Friday, July 30, 2010

Naga Kepala Dua




Jangan terperangkap sandiwara Tony Pua

KUALA LUMPUR 30 Julai - Seorang penganalisis politik hari ini menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua membangkitkan isu pemansuhan diskaun kepada bumiputera sebagai satu helah bagi menarik perhatian pengundi.

Oleh itu, penganalisis politik tersebut, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan menasihati ahli-ahli politik, terutamanya daripada UMNO, supaya berhati-hati dengan sandiwara yang dimainkan oleh Tony kerana kenyataan tersebut adalah helah DAP untuk meraih sokongan pengundi Cina kepada mereka.

''Tony dan DAP sebenarnya sedang memancing sokongan pengundi kepadanya dengan melontarkan isu sensitif yang melibatkan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

''Beliau tahu melalui tindakan berkenaan pemimpin Melayu akan marah dan ia membolehkan kaum Cina hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) dan menyokong DAP,'' katanya.

Tony ketika membuat dakwaan itu meminta pemansuhan diskaun berkenaan melibatkan pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.

Cadangan beliau turut mendapat sokongan daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara itu, pensyarah politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, cadangan pemansuhan pemberian diskaun tersebut adalah satu tindakan yang boleh dianggap menentang dasar nasional.

Ahmad Atory berkata, pemberian diskaun kepada bumiputera sememangnya sudah termaktub dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia sentiasa dipatuhi oleh BN.

''Oleh itu jika DAP mahu menghapuskannya mereka perlu bersedia untuk menghadapi sebarang akibat berikutan tindakan tersebut,'' katanya.

DAP juga kata beliau, perlu memberikan penjelasan atas alasan apakah mereka mahu memansuhkan dasar pemberian diskaun berkenaan sedangkan jurang ekuiti antara bumiputera dan bukan bumiputera masih jauh.

Pasir: DAP mahu Khir dedah identiti ’samseng’


Friday, 30 July 2010

(TVSelangor) - Exco Selangor Ronnie Liu Thian Kiew meminta bekas Menteri Besar Selangor menunjukkan bukti yang menyokong dakwaan bahawa DAP Selangor dilindungi kumpulan samseng.

DAP juga menuntut Dr Mohamad Khir Toyo mendedahkan identiti samseng terbabit. Sekiranya gagal, maka pemimpin

UMNO itu digesa bertaubat dan meminta maaf secara terbuka.

Ketua Pembangkang Selangor mendakwa pelombong-pelombong pasir haram dilindungi samseng dan samseng berkenaan rapat kepada DAP Selangor. Beliau turut mendakwa samseng-samseng terbabit membiayai jentera pilihan raya DAP

DAP meminta Dr Khir Toyo mengemukakan bukti dalam tempoh 24 jam atau hadapi tindakan undang-undang.
“Saya minta Dr Khir Toyo untuk tidak membuat tuduhan bukan-bukan, tanpa bukti. Tunjukkan bukti dan jangan jadi pengecut. Saya mempertimbangkan untuk menyaman beliau,” tegas Ronnie.

“Keuntungan dari Kumpulan Semesta digunakan untuk rakyat. Saya minta Khir Toyo untuk ambil teladan dari urustadbir Menteri Besar sekarang. Jadi saya cabar kamu berikan bukti menunjukkan kaitan DAP kepada samseng-samseng pasir,” kata Ronnie.

Sementara itu juga, DAP menggesa Khir menamakan kumpulan samseng yang dimaksudkannya itu jika benar beliau mempunyai bukti menyokong dakwaannya.

“Berikan kami nama-nama samseng tersebut dalam masa 24 jam. Sekiranya tidak, tindakan undang-undang akan diambil terhadap kamu,” kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

No comments:

Post a Comment