Bahaya aliran politik perkauman
Oleh Zainul Arifin
2010/07/11
Fenomena pengundi tegak aspirasi bangsa secara buta tuli jejaskan perpaduanBANYAK penganalisis politik kini membincangkan peranan pengundi Cina pada pilihan raya kecil serta fenomena mereka semakin cenderung menjauhkan diri daripada Barisan Nasional (BN). Mereka seakan sepakat ketika mengundi untuk memberi lebih suara kepada gabungan parti pakatan pembangkang.
Sudah tentulah pemimpin BN pula, terutama yang meneraju komponen majoriti Cina berkerut dahi memikirkan fenomena ini. Pada pilihan raya kecil lalu, walaupun banyak yang dijanjikan, pengundi Cina secara amnya semacam tidak peduli dan berduyun-duyun memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.
Oleh kerana marah agaknya ada pihak yang menggesa kerajaan supaya jangan melayan sangat mereka ini kerana apa sekalipun mereka seperti tidak berminat memilih BN.
Kebanyakan orang Cina dan India di negara ini sekarang, berada terlalu jauh daripada generasi sebelum merdeka, oleh itu mereka kurang ambil kira sejarah negara dan juga apa yang berlaku di dalam menuju kemerdekaan.
Oleh itu, mereka tidak suka bila dibezakan dengan orang Melayu dan Bumiputera. Ada juga orang Melayu yang berfikiran demikian, terutama dari kalangan generasi muda.
Politik perkauman tidak menarik minat mereka dan kepincangan serta salah laku ketika usaha menyusun semula masyarakat, umpamanya melalui Dasar Ekonomi Baru, membuat generasi kurang berminat kepada BN.
Generasi tua Cina pula yang kini tiada lagi masalah ekonomi tidak berapa kisah dengan isu kestabilan politik, yang dulunya satu perkara yang amat penting bagi mereka. Malah selepas kekuatan ekonomi mereka peroleh, kini tumpuan adalah kepada isu lain.
Ada kalanya, kata-kata seperti ‘kaum pendatang’ melukai perasaan mereka. Bagaimana mereka hendak menyokong jika sentiasa berasa seperti dihina?
Tetapi kenapa kemarahan mereka muncul kini? Apa yang membuat kebanyakan mereka bertindak memberi sokongan kepada pakatan pembangkang?
Persoalan itu mungkin mudah dijawab, tetapi sebenarnya ia mungkin lebih rumit daripada yang dijangkakan. Contohnya, sememangnya di kawasan bandar sokongan kepada pakatan pembangkang adalah kuat. Persoalannya adakah sokongan itu lebih kuat sekarang, seperti ditunjukkan pada pilihan raya kecil lalu.
Kenapa pula contohnya orang Cina sanggup meninggalkan MCA dan BN dan menaruh kepercayaan kepada DAP dan PAS yang jelas rakan sandaran politik dan bukannya rakan di dalam kerajaan. Apakah isu negara Islam yang kini timbul semula boleh diatasi dengan mudah bila berkuasa nanti?
Namun fenomena ini sudah tentu membimbangkan BN dan sesuatu yang baik untuk pakatan pembangkang. Tetapi di kawasan luar bandar yang kebanyakannya pengundi Melayu, sokongan lebih kepada BN, terutama dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.
Apakah yang tersirat di dalam fenomena ini? Adakah kita melihat permulaan pengundi Cina berpihak kepada pakatan pembangkang dan Melayu kepada BN?
Ramai yang berteori pada pilihan raya kecil, undi Cina sebahagian besarnya pergi kepada calon pakatan pembangkang dan kemenangan tipis pakatan pembangkang menggalakkan orang beranggapan jika lebih sedikit saja pengundi Cina menyokong kerajaan, maka BN akan menang.
Di Sibu umpamanya, adakah politik DAP dan pakatan pembangkang yang memberikan kemenangan atau orang Cina marahkan BN?
Ataupun ia adalah penonjolan peningkatan kuasa politik orang Cina sebagai ‘King Maker’, walaupun mereka adalah kaum minoriti.
Mungkinkah orang Cina kini bersatu membentuk satu kuasa politik yang boleh mempengaruhi kerajaan, tidak kiralah siapapun kerajaan yang memerintah? Bolehkah dikatakan ini satu sikap pragmatik orang Cina di dalam politik negara?
Contohnya di dalam isu sekolah Cina, seolah-olah tiada beza yang ketara di antara pendirian parti yang didominasi Cina seperti MCA, DAP dan Gerakan. Rasanya tiada juga perbezaan pendapat untuk isu seperti bahasa atau kebudayaan Cina.
Fenomena ini mungkin kurang jelas di kalangan orang India yang kini ramai dikatakan kembali menyokong BN.
Namun antara masyarakat Melayu, ia tidak berlaku langsung. Orang Melayu seperti ditarik ke tiga arah – BN, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Malah untuk isu yang boleh dikatakan boleh merentas sempadan politik seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam ataupun larangan berpolitik di masjid, ada perbezaan pendapat yang sungguh ketara yang boleh dikatakan berpunca daripada parti politik. Bukan penyatuan ummah yang dilihat, tetapi tetap berpolitik macam biasa.
Begitu juga pendapat mengenai dasar kerajaan membantu orang Melayu dan Bumiputera atau isu hak mereka, perbezaan pendapat antara orang Melayu adalah menurut parti politik yang disokong mereka.
Walaupun orang Melayu adalah kaum majoriti, sebagai suara dan pengaruh politik dan keupayaan mempengaruhi, mereka tidak seperti dijangkakan. Belah-bahagi ini juga digunakan untuk menentukan orang Melayu bergantung kepada kaum lain untuk kekal berkuasa.
Oleh itu, timbullah kumpulan seperti PERKASA dan GERTAK yang tertubuh kerana ada orang Melayu yang berasa tiada siapa mewakili aspirasi dan kehendak mereka ataupun berbuat demikian dengan cara yang kurang memuaskan.
Sudah tentu BN harus bimbang dengan penurunan sokongan Cina. Pada masa sama, pakatan pembangkang juga perlu mengkaji bagaimana sokongan Cina bertambah pada setiap pilihan raya kecil sedangkan sokongan orang Melayu dan India semakin merosot.
BN yang diterajui Melayu bertentang dengan pakatan pembangkang yang disokong kuat Cina. Adakah ini satu fenomena baik, tidak kiralah parti mana yang kita sokong?
Kita perlu bimbang kerana dalam usaha memenangi kerajaan, corak politik negara pula kini lebih cenderung kepada perkauman; ia adalah satu lagi medan di mana kita dipisahkan mengikut bangsa. Sudahlah sekarang ini anak kita pergi ke sekolah berbeza-beza mengikut kaum.
Walaupun BN patut bimbang dengan fenomena kemerosotan sokongan pengundi Cina, pakatan pembangkang juga sepatutnya bimbang yang kejayaan politiknya berlandaskan sokongan Cina, manakala sokongan Melayu merosot.
Fenomena ini mungkin menyumbang kepada perpecahan kaum yang tentunya tidak baik untuk negara kita.

No comments:
Post a Comment