Monday, July 26, 2010

Di Kudakan atau Mengkudakan





Kita memang sudah mengetahui lagi bersuluh bahawa Roket memang suka menggunakan peluang untuk menjatuhkan kuasa org Melayu Islam di Malaysia. Ini dapat diperolehi apabila Mata Sepet dan Bulan Penuh sanggup berpakat dgn Roket untuk mengujudkan Pakatan Rompah. Realitinya kita ambil apa yg terjadi di Kota Darul Ridzuan, cemas jadi Kota Darul Ngeh. Nasib baik Allah (SWT) tunjukkan siapa yg lebih berkuasa dgn menumbangkan kerajaan Pakatan Rompah. Pakatan Rompah tumbang adalah angkara mereka sendiri. Di Kota Darul Ridzuan Roket Kudakan Mata Sepet dan Bulan Penuh.

Di Kota Darul Aman Roket cuba menimbulkan polimek dengan keluar Pakatan Rompah kerana tak puashati dgn tindakan kerajaan Bulan Penuh tetapi utk tidak menimbulkan kegelisahan rakyat Kota Darul Aman maka Roket terpaksa masuk kembali Pakatan Rompah. Angkara merobahkan tempat sembelihan babi. Di Kota Darul Aman Bulan Penuh kudakan Roket dan Mata Sepet.

Di Dinasti Lim Pulau Mutiara Pakatan Rompah telah melancarkan gerakan untuk meghapuskan setinggan dengan merobohkan Kg Buah Pala Kg Asam dan banyak lagi selepas itu. Roboh gerai org Melayu dan tutup harapan org Melayu untuk berniaga. Milikan harta org Melayu di Tanjung semakin berkurangan kerana harga yang melambung tinggi terpaksa bersadai di Tanah Besar sekitar Seberang Prai dan lain-lainnya. Polimek politik juga merebak di dalam pentadbiran agama Islam dgn cubaan Pakatan Rompah utk melantik TKM 2 sebagai Pengerusi Pusat Zakat. Walau bagaimanapun permohonan tersebut di tolak oleh DYMM Agong kerana tak mahu org politik duduk dlm institusi Islam. Terbaru polimek politik Dinansti Lim dgn kakitangan kerajaan iaitu SDO. Polimek ini telah membabitkan kerajaan Pusat termasuk KSN sekali. Mata Sepet dan Bulan Penuh hanya membisu seribu bahasa kerana mereka sudah dikunci taring mereka apabila berhadapan dgn Roket. Di Pulau Mutiara Roket kudakan Mata Sepet dan Bulan Penuh.

Sekarang dikita lihat di Kota Darul Ehsan. Sememang daripada mula lagi Roket telah menunjukkan taringnya di Kota Darul Ehsan dgn perlantikan ahli-ahli Majlis Tempatan dan ahli-ahli Majlis akan di lantik menerusi pemilihan spt pilihanraya kecil. Tetapi proses tersebut gagal. Kemudian timbul isu mengelapkan wang peruntukkan DUN di Selangor. Dab-du kita dengar org Roket mati jatuh bangunan. Tuduh SPRM lakukan jenayah dan org Roket di bunuh. Mahkamah inkues sampai sekarang masih belum selesai lagi. Macam kes liwat Ketua Mata Sepet. Sebelum itu timbul kes gambar melucahkan DUN di Kota Darul Eshan. Kes tutup. DUN itu boleh terus bekerja tiada tindakan kerana pengaruh Roket walaupun DUN itu Mata Sepet sebab satu bulu dgn Roket. Lepas itu timbul kes nak hapuskan arak di Kota Darul Ehsan oleh Bulan Penuh. Tapi Roket kata ianya adalah utk org bukan Islam. Bulan Penuh senyap. Timbul kes pasir. Mata Sepet bagi berbagai-bagai alasan dan tuduhan terhadap kerajaan Pusat. Kes senyap aje. Roket punya angkara dan kawasan. Oleh itu kita dapati bahawa segala kejadian di Kota Darul Ehsan sekarang yg mendapat jolokan sebagai Kota Darul Urut kerana terlalu banyak rumah urut serbu hari ini besok buka lagi ada yg sudah sepuluh kali serbu still buka lagi. Di Kota Darul Urut Roket kudakan Mata Sepet dan Bulan Penuh.

Di seluruh negara siapa yang lantang menghalang penubuhan negara Islam oleh Bulan Penuh. Tiada lain selain drp Roket "over my dead body". Dlm persoalan ini Bulan Penuh senyap aje sebab tak nak hancurkan cita-cita untuk merampas Putrajaya.

Oleh itu kesimpulan yang boleh di perhalusi drp hujahan di atas adalah Bulan Penuh dan Mata Sepet di kudakan oleh Roket dalam segala segi dalam Pakatan Rompah.

Petanda awal DAP mahu mansuh hak Melayu

KUALA LUMPUR 27 Julai - Cadangan terbaru seorang Ahli Parlimen DAP memansuhkan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor disifatkan sebagai satu petanda awal bahawa parti itu sedia menghapuskan semua hak istimewa Melayu sekiranya diberi kuasa memerintah.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, melalui konsep 'Malaysian Malaysia', DAP sudah tentu akan berusaha untuk mencapai misi tersebut termasuk melakukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, sekiranya igauan buruk itu benar-benar berlaku, nasib kehidupan orang Melayu bukan sahaja bertambah perit malah kepentingan Islam juga boleh terjejas.

''Adakah ini yang kita mahukan? Adakah kita mahu melihat nasib kaum kita seumpama mengemis di tanah air sendiri? Adakah kita mahu melihat Islam sebagai agama kita yang suci ini terjejas?

''Insaflah, sedarlah, lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin Melayu dan pengikut-pengikut mereka yang terlalu seronok bersekongkol dengan DAP. Cuba lihat Singapura apa sudah jadi dengan orang Melayu di sana?,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Hilmi berkata, secara peribadi beliau meminta kumpulan pemimpin Melayu yang sanggup bekerjasama serta bersekongkol dengan DAP supaya segera bermuhasabah.

''Jangan nanti kita menyesal setelah melihat negara ini tergadai kepada kaum lain,'' katanya.

Ketika menjawab satu soalan, Mohd. Hilmi turut mengakui cadangan Tony Pua itu akan melebarkan lagi jurang dalam bentuk pegangan ekuiti antara bumiputera khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

''Umum mengetahui kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain dalam konteks pegangan ekuiti adalah terlalu jauh. Orang Melayu masih lagi ketinggalan. Ini adalah fakta dan bukannya kenyataan kosong.

''Berapa sangat orang Melayu boleh memberi hartanah komersial dan rumah mewah? Saya percaya ia boleh dikira dengan jari. Selama ini pun sejak berpuluh-puluh tahun sistem diskaun pembelian hartanah oleh bumiputera diamalkan tidak pula timbul masalah,'' katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh memberi amaran kepada Tony supaya tidak bermain api dengan sengaja membangkitkan isu tersebut.

Beliau berkata, walaupun cadangan itu hanya melibatkan hartanah komersial dan rumah mewah tetapi ia memberi mesej cukup jelas iaitu DAP mahu memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu.

''Lihat, inilah bibit-bibit permulaan DAP untuk menghapuskan segala keistimewaan orang Melayu. Mereka sememangnya bercadang untuk melakukan perkara ini jika diberi kuasa memerintah.

''Pulau Pinang adalah contoh yang terbaik. Cuba jenguk nasib orang Melayu di negeri itu. Pelbagai cara dibuat untuk meminggirkan orang kita di sana. Terbaru mengenai isu projek rumah mewah di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong,'' ujarnya.



No comments:

Post a Comment