Monday, March 2, 2020

Domino kejatuhan PHancing...



Apabila Kerajaan Perseketuan yang di ketuai oleh PHancing jatuh akibat perletakkan jawatan PM Tun MM yang menerajui PHancing tempoh hari dan TSMY menjadi PM-8, maka komposisi pemerintahan di negeri-negeri juga turut bertukar. 

Di Johor Darul Takzim, PHancing tumbang apabila Bersatu (PPBM) + Muafakat Nasional (UMNO+PAS) + BN menubuhkan kerajaan baru dengan Ketua Perhubungan UMNO Johor di lantik sebagai MB. Kemudian di ikuti oleh Kedah apabila MB Kedah meletakkan jawatan serta merta. Kemungkinan Muafakat Nasional akan mengetuai kerajaan Kedah Darul Aman dari PAS (ini masih belum disahkan oleh DYMM Sultan Kedah).

Di Perak MB Bersatu kena akur dengan komposisi di peringkat pusat apabila memberikan laluan kepada Ketua Perhubungan UMNO mengetuai kerajaan Perak. Setakat article ini di tulis DYMM Sultan Perak masih meneliti calon-calon berwibawa untuk di angkat sebagai MB Perak.

Di Melaka KM mengeluarkan kenyataan untuk membubarkan DUN tetapi permintaan itu di tolak oleh TYT Melaka. Maka KM dan Exco-exco Melaka kena kosongkan kedudukan mereka untuk memberi laluan kepada kerajaan baru iaitu Perikatan Nasional (UMNO+PAS+Bersatu+ Bebas) untuk melantik KM baru serta anggota Exconya. Mantan KM dari PHancing degil tak mahu letak jawatan kerana beliau di lantik oleh rakyat tetapi majority di dalam DUN milik Perikatan Nasional. Buat apa nak kecoh-kecoh berundur dengan hormat lain hari lawan lagi. 

Di Pantai Timur tiada sebuah negeri pun yang di kategorikan sebagai negeri pembangkang. Inilah sejarah kerana selama ini Kelantan akan kekal di bawah PAS yang dianggap sebagai negeri pembangkang, Terengganu dan begitu juga Pahang. Apabila pertukaran kerajaan di peringkat pusat kepada Perikatan Nasional status pembangkang kerajaan Pantai Timur terus bertukar kepada gabungan kerajaan pusat. 

Di Selangor dan di Pulau Pinang sahaja kerajaan telah bertukar status menjadi kerajaan pembangkang kerana komposisinya masih utuh di bawah PHancing.

Di Sarawak kerajaan masih di bawah GPS tetapi menyokong kerajaan Perikatan Nasional, maknanya Sarawak dalam gabungan Perikatan Nasional.

Di Sabah kerajaan Warisan akan menghadapi kesukaran kerana Warisan menyokong Tun MM sebagai PM tetapi gagal. Ini akan mengakibatkan kerajaan Warisan di anggap sebagai pembangkang. Ahli-ahli Parlimen dan Adun Sabah amat suka melompat apabila terjadi peralihan kuasa pemerintahan baik di negeri mahupun di pusat. Kemungkinan Warisan akan kehilangan majority di dalam DUN Sabah sama-sama lah kita tunggu perkembangan mutakhirnya. Inilah yang berlaku kepada UMNO apabila UMNO kehilangan kuasa di peringkat pusat dan negeri, maka Ahli-ahli Parlimen dan ADUN melompat sehinggakan hampir bungkus UMNO di buatnya. Tapi Ahli Parlimen Kinabatangan, DSBM dan team UMNO/BN telah berjaya meyakinkan rakyat Sabah bahawa UMNO/BN masih relevan yang telah di terjemahkan semasa PRK Kemanis. Ini yang menyebabkan Warisan agak gusar dengan perkembangan mutakhir di mana UMNO/BN di Sabah masih lagi utuh dan kuat.

Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan PHancing. Faktor yang paling besar ialah perebutan jawatan PM antara Tun MM dan DSAI (perjanjian peralihan kuasa). Faktor kedua terlalu banyak Hancingnya dalam melaksanakan agenda-agenda rakyat dan agenda-agenda pengukuhan ekonomi. Terlalu banyak U-Turn, pendakwaan terpilih, pendakwaan di tarik balik, pendakwaan di bakul sampahkan, pendakwaan yang menjijikkan, pendakwaan balas dendam. Ini bermakna semasa pemerintahan PHancing penguatkuasaan adalah ibarat "lu dalam group gua, maka gua akan kasi cancel lu punya Investigation Paper (IP)". Undang-undang di bawah PHancing adalah Undang-undang "rule of the jungle" siapa yang berkuasa pada ketika itu, maka dia lah yang menentukannya bukannya kepada KEDAULATAN UNDANG-UNDANG. Ini belum di ambil kira polisi-polisi Kartun oleh Menteri-Menteri PHancing yang menyebabkan rakyat terus keliru dan menjadi bahan jenakan rakyat saban hari.

Apa yang terjadi kepada LDP di Jepun berlaku di Malaysia. Parti-parti gabungan pembangkang yang menjadi kerajaan gagal untuk menunaikan tanggungjawabnya apabila rakyat Jepun memilih Gabungan Pembangkan untuk memerintah, maka rakyat Jepun kembali kepada LDP semula. Sayonara PHancing sesungguhnya kamu hanya layak secara azalinya duduk di kerusi "PEMBANGKANG".

Akhirnya tiada satu kerajaan pun akan kekal melainkan kerajaan di langit dan di bumi yang semuanya di miliki oleh Allah (SWT). Tamak, sombong, angkuh, sifat dendam, dengki, iri hati, bongkak adalah amat di keji oleh Allah (SWT). Inilah pengajaran dan iktibar yang mesti di ambil rakyat bahawa tiada kerajaan yang kekal melainkan kerajaan Allah (SWT). Kita hanya di amanahkan tetapi sekiranya kita melanggar amanah tersebut dengan menjauhkan serta membelakangkan Islam maka padah pasti akan menimpa kita satu ketika nanti. Inilah akhirannya apabila PHancing bergaduh sesama sendiri untuk merebut jawatan PM dan melupakan amanah yang di pertanggungjawabkan.



 

 

  

Negeri-negeri di bawah Perikatan Nasional adalah seperti berikut:-


No comments:

Post a Comment