Sunday, March 15, 2020

Tiga tokoh yang sedang berperang...






Tun Mahathir Mohamad

Tun telah menjadi PM-4 selama 22 tahun. Kenangan rakyat terhadap Tun ialah KLCC dan Putrajaya, kereta nasional Proton dan banyak projeknya yang di serahkan kepada kroni gagal di tengah jalan dan terpaksa di "bailout" oleh kerajaan contohnya LRT Ampang. Perwaja Steel, MAS, Bakun dan lain-lain. Malangnya rakyat tidak merasai apa-apa dari kenikamatan dan kemewahan Malaysia pada ketika itu. Malaysia di kejutkan dengan "permasalahan kerugian Forex" semasa pemerintahan PM-4. Tiada reformasi ekonomi yang utuh dan comprehensive yang telah di laksanakan semasa PM-4. Keutamaan PM-4 pada ketika itu ialah mengekalkan kuasa dan memperkayakan kroni-kroninya melalui dasar perswastaan. Habis semua ingin diswastakan dan diserahkan kepada kroni-kroninya untuk di majukan tetapi di pertengahan jalan banyak yang terbengkalai yang terpaksa di "bailout" oleh kerajaan. Maknanya pada ketika itu segala kemewahan yang di miliki oleh Malaysia telah di salurkan untuk menperkayakan kroni-kroninya sahaja.



Dato Seri Anwar Ibrahim

Pengasas Parti Keadilan Rakyat. DSAI telah di penjarakan semasa pemerintahan PM-4 akibat salah laku dan salah guna kuasa terutama kesalahan "meliwat" atau dalam bahasa mudah "main belakang". DSAI adalah pengasas ABIM dan banyak lagi sebelum beliau masuk UMNO dan terus menyinar naik ke puncak menjadi Timbalan Presiden UMNO. Regu Tun MM dan DSAI adalah di anggap regu yang paling dinamik dan utuh di kalangan pemerhati politik Malaysia pada ketika itu. Malangnya DSAI agak gelojoh dalam perang politiknya apabila cuba melawan towkay iaitu Tun MM. Maka terjadi peristiwa perang Mahathir v Anwar pada tahun 1998 di mana Anwar telah di pecat daripada kerajaan dan semua jawatannya dalam UMNO. Anwar telah melakukan gerakan democrazy seperti mana di lakukannya semasa Anwar menjadi pelajar universiti dahulu iaitu gerakan demo jalanan. Ini telah berterusan selama beberapa tahun semasa pemerintahan Tun MM dengan teriakan "REFORMASI". Semasa Anwar di penjarakan dan gerakan reformasi itu telah di pimpin oleh Dr Wan Azizah iaitu isteri Anwar. Semasa PRU12 PKR dengan Dap berjaya menawan Selangor dan Pulau Pinang. Inilah permulaan politik reformasi yang mana rakyat mula terpancing dengan politik "perception" seperti hasutan, fitnah, pembohongan dan penipuan yang di paparkan dalam media sosial. Kempen perception Pakatan Rakyat di laksanakan oleh Rafizi Ramli (PKR) dan Tony Phua (Dap) dan di bantu oleh RBA. Semasa PRU13 Pakatan Rakyat telah berjaya mengurang majoriti BN dalam Parlimen Malaysia.




Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak

Beliau adalah anak sulung Arwah Tun Razak ialah PM-2 Malaysia yang meninggal dunia dalam jawatan pada ketika umurnya 54 tahun. Perjalanan politik DSNR amat panjang dan berliku. Apabila ayahanda beliau meninggal dunia maka kekosong jawatan Dato' Shahbandar telah di isi oleh beliau. Kemudian timbul pula kekosongan jawatan Parlimen Pekan. UMNO/BN telah mencalonkan DSNR sebagai calon bagi mewakili UMNO/BN pada ketika itu di usia 23 tahun. Beliau menang dan di lantik untuk menjawat jawatan dalam kerajaan. DSNR telah meniti tangga politik dengan secara berperingkat-peringkat iaitu 10 tahun pertama sebagai MB Pahang, 10 kedua sebagai Ketua Pemuda UMNO dan jawatan Timbalan Menteri, 10 tahun ketiga sebagai Naib Presiden UMNO dan jawatan Menteri penuh dan 10 keempat sebagai TPM dan seterusnya PM. Semasa menjadi PM DSNR telah memperkenalkan dasar 1Malaysia, Transformasi Bandar dan Luar Bandar, BRIM, rangkaian keretapi dalam bandar dan luar bandar dan yang paling di benci oleh towkay-towkay Cina ialah GST. Ini juga di benci oleh kroni-kroni Tun MM apabila syarikat-syarikat mereka telah di beli oleh syarikat pelaburan negara iaitu IMDB. Kegiatan perniagaan IMDB mula meletup sekitar 2016 dan memuncak pada 2018-2019 dengan perbagai persepsi iaitu DSNR telah merompak, menyamun dan mencuri duit rakyat menerusi IMDB. Akibatnya persepsi, fitnah, penipuan, pembohongan serta cacian akhirnya kerajaan UMNO/BN dan DSNR tumbang dan rebah ke tanah. Cita-cita DSNR untuk menjadikan Malaysia negara maju berkubor. Setelah jatuh DSNR terpaksa menghadapi pertuduhan di Mahkamah di atas pertuduhan salah guna kuasa, AMLA dan rasuah. Semasa artikel ini di tulis pihak pembelaan iaitu team pembelaan DSNR telah menutup kes mereka. Inilah harga di bayar oleh DSNR yang prihatin terhadap permasalahan rakyat dengan rakyat menjadi agenda utama pemerintahan DSNR selama 9 tahun. PHancing ingat mereka telah berjaya membunoh DSNR secara "total" tetapi andaian PHancing agak meleset sekali apabila DSNR bangkit dengan slogan #"MALUAPABOSSKU" yang telah menjadi satu fenomena rakyat untuk beramah mesra dengan DSNR secara santai.    

Malahan Tun MM telah mengakui bahawa Tok Jib aka #MALUAPABOSSKU itu adalah lebih merbahaya dari bahaya DSAI. Ini mengokohkan andaian bahawa Tun MM sememangnya takut dengan kelebihan Tok Jib dan perancangan yang telah di laksanakannya untuk raykat dan negara Malaysia selama 9 tahun Tok Jib memerintah Malaysia.




Kerjasama Tun MM dan DSAI serta DAPIGS

Menjelang PRU14 satu pakatan pembangkang telah terbentuk apabila Tun MM dan DSAI telah berbaik-baik semula untuk membentuk satu pakatan bagi menjatuhkan UMNO/BN dan DSNR. Pada ketika itu tiada siapa dapat melawan gelombang yang telah di cipta oleh Rafizi Ramli dan Tony Phua dalam media sosial serta pasukan RBA dan Ideal untuk menjatuhkan UMNO/BN dan DSNR. Boleh dikatakan majoriti rakyat percaya apa yang di perkatakan di dalam media sosial oleh pasukan Pakatan pembangkang. Apabila PAS berpecah akibat daripada kekalahan para professional dalam pemilihan parti PAS, maka pemimpin-pemimpin professional dan ulamak berhaluan kiri telah keluar PAS dan menubuhkan parti AMANAH (PAN). Maka lengkaplah pakatan pembangkang ketika itu yang mana PAS tidak mahu mengganggotai pakatan pembangkang kerana ada Dap dan PAN. Walaupun PAS agak kekok dnegan agenda Tun MM dan DSAI. PAS telah menjadi pembangkang hampir 30-40 tahun dalam politik Malaysia. PAS pernah Bersama dengan Pakatan Rakyat yang ada Dapigs, Barisan Alternatif dan sebagainya tetapi tidak Berjaya menumbangkan UMNO/BN. 

Dapigs tercium satu peluang untuk Dapigs mempergunakan dan memecah belahkan undi Melayu dengan memperkudakan Tun MM dan DSAI bagi mendapatkan undi Melayu lebih kurang 15%-20% untuk membolehkan Dapigs menjadi kerajaan buat pertama kalinya. Dapigs tahu kaum Cina dan sebilagan kaum India akan menyokong agenda Dapigs iaitu Malaysia Malaysian. Kedua-dua Tun MM dan DSAI tidak menghidu agenda Dapigs tersebut, walaupun kedua-duanya tahu dan pernah berseteru dengan Dapigs semasa mereka dalam UMNO/BN dulu tetapi agenda "kuasa dan jawatan PM" itu lebih penting dari segala-gala. Maka bermulanya "PENGKHIATAN" terhadap agenda Melayu, Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu serta apa sahaja yang ada kena mengena dengan Melayu dan Islam di caci, dihina, diherdik dan di perlekehkan.

Tun MM, DSAI, Lim Kit Siang dan Mat Sabu telah memeteraikan ikatan mereka di bawah PAKATAN HARAPAN iaitu Harapan untuk rakyat Malaysia Baru dengan agenda menumbangkan UMNO/BN dan DSNR. Manifootuh PHancing pun di keluarkan iiatu dalam 100 hari PHancing akan laksanakan iaitu hapuskan tol, turunkan harga minyak, tangguh pembayaran PTPTN sehingga gaji 4,000, peluang pekerjaan 1,000,000 dan lain-lain lagi. Majoriti rakyat Malaysia termakan dengan umpan PHancing lebih-lebih lagi team propaganda Rafizi Ramli dan Tony Phua telah memesongkan pemikiran rakyat menjadi nekad untuk "Ubah ini kali" dengan mengundi PHancing. Akhirnya Mei, 2019 kerajaan UMNO/BN dan DSNR tumbang dan rebah ke bumi. Maka bermula era PHancing di Putrajaya dengan di kepalai oleh PM-4 sebagai PM-7. Namun begitu PM-7 hendaklah memberikan jawatan PM tersebut kepada PM-8 "in waiting aka PM tepi" selepas dua tahun memegang tampuk jawatan PM. Malangnya selepas 19 bulan PM tepi tidak sabar menanti apabila PM-7 berdolak dalih tentang masa yang sesuai untuk menyerahkan jawatan PM tersebut. Maka permainan politik tikam belakang pun bermula. Pemimpin-pemimpin PHancing berkelahi antara mereka dalam menentukan siapa yang layak menjadi PM, ekonomi negara di ketepikan dan kesejahteraan rakyat diabaikan. Akhirnya ekonomi Malaysia semakin merudum, pasaran Bursa KLSE jatuh teruk, nilai ringgit jatuh dengan drastik, pergerakan ekonomi domestik yang perlahan dan rakyat semakin tertekan dengan harga barangan serta kos kehidpuan semakin meningkat. 

Janji-janji manifootuh PHancing hanya tinggal janji dan Tun MM katakan "manifootuh itu bukan kitab suci yang perlu di patuhi". Maka episode mengencing PHancing pun bermula rakyat betul-betul dikencing dan diabaikan. Semasa PHancing memerintah rakyat di gesa untuk membantu kerajaan dengan mendermakan harta benda mereka kepada Tabung Harapan kononnya untuk bayar untuk yang di tinggalkan oleh kerajaan UMNO/BN dan DSNR dalam krisis IMDB. Rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada PHancing dan mempercayai bulat-bulat apa yang di perkatakan. Malangnya rakyat tidak tahu apakah agenda PHancing sebenarnya untuk menumbangkan UMNO/BN dan DSNR. Segala penafian mengenai PHancing di kuasai oleh Dapigs tidak di nafikan oleh Tun MM. Ini memang terbukti apabila Dapigs dengan sombong dan angkuh melaksanakan agendanya dengan menghulurkan bantuan kepada kaum-kaum sejeninya dengannya dan membantu sistem Pendidikan sejenis dengannya serta banyak lagi yang di laksanakan Dapigs. Rakyat mula sangsi dengan PHancing. Akhirnya kerajaan PHancing yang tegak di atas penipuan, fitnah, pembohongan dan persepsi jatuh dengan sendirinya oleh PHancing juga. PHancing hanya Berjaya memerintah 22 bulan sahaja bukan 22 tahun.

Tamat sudah riwayat PHancing maka timbul pula Perikatan Nasional (PN) iaitu gabungan individu-individu (MP-MP) dari parti-parti politik UMNO/PAS/BERSATU yang di kepalai oleh TSMY. Kita nantikan episode apa yang terjadi pada 18/5/2020 nanti.


   


No comments:

Post a Comment