Wednesday, April 15, 2020

COVID-19...ujian Allah (SWT)...


"Allah (SWT) tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikannya) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya"...

Kadang-kadang kita bertanya kepada diri sendiri dan juga kepada Allah (SWT) kenapa kita di uji dengan berat sekali? Adakah kita tahu ujian itu sebenarnya datang daripada Allah (SWT) sebagaimana Rasul-Rasul terdahulu termasuklah Nabi Muhammad (SAW) pun telah di uji oleh Allah (SWT). Inikan pula kita manusia yang kerdil dan kecil sekelumit kuman di sisi Allah (SWT) di jadikan sebagai Khalifah di muka bumi untuk menegakkan agamanya, Islam dan menyebarkan agamanya, Islam berdasarkan apa yang telah di nyatakan di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW).

Kebarangkalian kita tidak di uji itu adalah satu mitos yang tidak akan dibincangkan kerana setiap manusia yang di hidupkan di dunia oleh Allah (SWT) pasti akan diuji dengan pelbagai ujian untuk mengetahui samada manusia itu tetap teguh dengan akidahnya dan imannya serta patuh kepada Allah (SWT) malahan bersabar dengan ujian Allah (SWT). Hanya manusia yang putus asa dan berpaling dari Allah (SWT) sahaja akan di laknatinya kerana membantah dengan ujian Allah (SWT). 

Penyakit itu memang datang dari Allah (SWT) dan setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Kenapa negara China di landa dengan wabak yang sungguh dahsyat iaitu COVID-19. Kita mesti melihat dengan tingkahlaku, pemakanan dan persekitaran sesuatu tempat yang mengakibatkan wabak tersebut merebak. Inilah yang terjadi di Malaysia satu ketika dulu yang terkenal di Bukit Pelanduk "Wabak Nipah".

Kita mesti ingat bahawa di dalam Al-Quran Allah (SWT) telah menyatakan dengan jelas bahawa Allah (SWT) tidak akan sekali-kali menguji hambaNYa diluar kemampuan hambaNya. Allah (SWT) menguji kita bukan kerana Allah (SWT) benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah (SWT) sangat kasih kepada kita. Setiap kejadian yang di timpakan kepada kita oleh Allah (SWT) sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.

Cuba bayangkan sebelum kita dapat pergi ke mana sahaja di bumi yang ciptakan untuk kita samada melancong ke luar negara, umrah, makan minum di restoran mewah, melepak di kedai Kopitiam, Mamak, pergi masjid berjumaat, sembahyang berjemaah dan seterusnya pergi kerja dan melakukan segala aktiviti yang menjurus kepada kehidupan manusia di dunia dan diimbangi dengan tuntutan Allah (SWT) untuk akhirat. Apabila Covid-19 melanda negara Malaysia segala nikmat dan keselesaan kita telah di tarik balik apabila kerajaan mengisytiharkan "Movement Control Order (MCO)" selama 14 hari untuk mencegah wabak Covid-19 ini merebak, semasa article ini di tulis kerajaan telah melanjutnya MCO sampai 28/4/2020. 

Inilah ujian yang Allah (SWT) turunkan kepada kita iaitu untuk mengetahui samada kita ini manusia yang telah di jadikan oleh Allah (SWT) sebaik-baik manusia sanggup menghadapi ujian Allah (SWT) yang telah menarik nikmat kita ada sebelum ini.

Rasullah (SAW) bersabda:

"Tidak akan menimpa muslim SAKIT, KELETIHAN, KEBIMBANGAN, GANGGUAN, KESEDIHAN dan DUKA hingga duri yang mengenai dirinya. Kecuali Allah (SWT) akan MENGHAPUSKAN DOSAN-DOSANYA".

Manusia pasti akan merasa keletihan dan lesu apabila melakukan sesuatu pekerjaan ini. Kita harus ingat setiap keringat yang di keluarkan akan dinilai sebagai ibadat kepada Allah (SWT). Oleh itu "frontliner" pasti kamu ada kekuatan untuk terus berkhidmat kerana Allah (SWT) kerana kamu harus mengetahui bahawa tugasan yang kamu lakukan itu pasti ada kebaikan yang tersemat yang secara diam-diam Allah (SWT) hantar kepada kamu sebagai penghapus dosa-dosa lalu. Kepada orangramai atau rakyat tolong berikan kerjasama untuk mematuhi perintah MCO tersebut bagi mematikan wabak Covid-19 daripada menular dengan lebih cepat. Kita sama-sama bergandingan untuk mematahkan wabak Covid-19 dengan motto "Bersatu teguh Bercerai kita roboh". Bila benteng kita roboh sudah pasti Covid-19 ini akan menjarah kita dengan sesuka hati dan mungkin kita akan di kurung lebih lama lagi. Ini sudah tentu akan menyukarkan semua pihak baik kerajaan, hospital, petugas-petugas hospital, polis, tentera dan mahupun rakyat jelata. 

Bila sesorang itu di landa sakit maka Allah (SWT) akan hantar 4 malaikat untuk menjaga kita iaitu malaikat yang mengambil kekuatan kita sehingga menjadi lemah, malaikat mengambil rasa lazatnya makanan dari mulut kita, malaikat mengambil cahaya terang di wajah kita sehingga berubah menjadi wajah letih dan lesu dan malaikat yang mengambil semua dosa-dosa kita yang lalu maka berubahlah kamu menjadi suci dari dosa. Apabila Allah (SWT) memberi kesembuhan kepada kamu, maka Allah (SWT) akan memerintahkan malaikat-malaikat kembalikan nikmat kekuatan, nikmat kelazatan dan nikmat keserian wajah tetapi dosa-dosa lalu tidak dikembalikan. 

Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah (SWT) seraya berkata "Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?"

Allah (SWT) menjawab "Tidak baik bagi kemulianKu jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut"

Nabi Muhammad (SAW) bersabda yang bermaksud:

"Setiap muslim yang terkena musibah penyakit atau yang lain, pasti akan hapuskan kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya".

Kebimbangan memang terpancar dalam setiap sanubari manusia ketika menghadapi wabak Covid-19. Sebagai manusia yang berakal kita mesti beriktiar untuk keluar dari rasa kebimbangan dengan cara berdoa dan bertawakal. Keputusanya serah kepada Allah (SWT). Dengan itu hati kita akan lebih tenang dan bahagia, Insya Allah. 

Allah (SWT) timpakan kita dengan ujian Covid-19 supaya kita bersabar. Jika kita anggap negara Malaysia sahaja yang ditimpa dengan musibah Covid-19 ini, maka kita mesti melihat paparan di akhbar-akhbar mahupun di media sosial bahawa Covid-19 ini sudah menjadi "epidemic dunia".  

 #STAYATHOMEFIGHTCOVID19
#DUDUKDIRUMAHLAWAN COVID-19  


No comments:

Post a Comment