Pas had thought the generous tax carrot would stick. In fact, the
cheer that went for Husam was shortlived. What Harakah had failed to report was Husam's remarks at the same
function linking the murder of the Customs deputy director-general to
corruption. In the evening edition of Berita Harian yesterday headlined "Tergamak
kau Husam. Kes mati pun nak salahkan BN", Husam was reported as saying
that there were links to the case of the Customs official with
corruption in the government. "Bukan (saya) tuduh dia (mangsa) terima rasuah, tetapi dia mangsa
kepada sistem yang diamalkan (kerajaan) sekarang. "Kes seperti ini berlaku di Putrajaya, maknanya negara kita sedang
diancam jenayah," he added. ("It's not that I accuse the victim of accepting bribes, but that he
was a victim of the system that the government practises. Cases like
this happening in Putrajaya mean that the country is under the threat of
crime.") In an almost similar blunder as PKR's Tian Chua over his Lahad Datu
remarks, Husam has committed a faux pas by labelling civil servants as
corrupt and dishonest.
DI SENARAIKAN PEMBOHONGAN HUSAM MUSA DI PUTRAJAYA...NAMUN BAGI PENJAWAT AWAM SERTA PENDUDUK PUTRAJAYA MEREKA SEDAR AKAN GELAGAT TEMBERANG HUSAM MUSA...
Di Putrajaya dalam beberapa hari ini, Husam mencanangkan mahu
menurunkan cukai pintu seluruh rumah dan kediaman di situ. Padahal bukan
dia tak tahu, atau sengaja 'tidak mahu ambil tahu' yang kira-kira 90
peratus kediaman di Putrajaya adalah kuarters kerajaan. Mana ada
dikenakan cukai pintu. Selepas itu habis diuar-uarkan supaya
dilaksanakan konsep jual beli kuarters kerajaan kepada staf. Sedangkan
umum maklum kuarters kerajaan di Putrajaya bukan untuk dijual beli.
Ini kuarters kerajaan. Kakitangan yang bekerja datang dan pergi.
Kalau dijual, generasi akan datang yang bekerja di Putrajaya nak tinggal
di mana? Kalau asyik fikirkan kepentingan sendiri, sampai ke Nilai pun
rumah-rumah yang nak dibina bertebaran untuk penginapan kakitangan
Putrajaya. Dan takkan cukup sampai bila-bila.
Demikian juga apabila calon Pas ini cuba memainkan isu Projek
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilancarkan kerajaan BN enam
bulan lepas. Hal perumahan sememangnya diambil perhatian BN Putrajaya
sebelum Husam datang ke situ sehari dua ini. BN menyedari wujud
tanggapan 'oleh kerana tinggal di kuarters, penduduknya seakan terlupa
mahu membeli hartanah'. Maka, Tengku Adnan mengambil inisiatif
berbincang dengan kerajaan untuk melancarkan perumahan penjawat awam
1Malaysia. Difahamkan, sejumlah 11,000 unit rumah akan dibangunkan.
Dari segi isu-isu lain, cuma ada masalah kecil di Presint 9 - meletak
kereta. Untuk perumahan di sekitar Seksyen 16, 17, 18 dan 19, sudah
disediakan kediaman selesa. Ini termasuk tempat letak kereta berbumbung
manakala setiap unit rumah disediakan parkir untuk dua buah kereta.
Jumaat lepas juga Husam mengatakan terdapat kira-kira 100 ahli
daripada empat cawangan UMNO masuk Pas. Sedangkan, itu hanyalah gimik
Pas yang mana kumpulan itu diketuai oleh seorang individu dikenali
'Shauki'. Berdasarkan semakan akhbar ini, 'Shauki' ialah ahli dan
pengikut tegar Pas. Maknanya, kalau nak diperbetulkan majlis masuk Pas
itu adalah 'ahli Pas sendiri masuk Pas'.
Di Salor sekarang, Husam menguar-uarkan lagi bahawa dia sudah
'hijaukan' Putrajaya. Gimik Husam mendorong seorang bapa di Kota Bharu
menghubungi anaknya, seorang penguat kuasa di ibu pejabat Imigresen
untuk mendapat jawapan. Lalu dijawab si anak: "Adalah bendera dan poster Pas... tapi tidak seperti mana digambarkan
Husam. Itu bohong Husam ja."
Malah, Husam dalam ceramah di sekitar Putrajaya begitu beria-ria mahu
menjadikan pusat pentadbiran itu kota Islam. Sedangkan BN sudah buat
pun perkara ini. Setakat hari ini sudah 49 surau beroperasi di seluruh
Putrajaya termasuk tujuh dinaik taraf surau Jumaat. Masjid pula ada dua
buah. Sekolah rendah agama sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu. Pada
Mac lepas ini pun, Tengku Adnan berjaya mendapatkan peruntukan khusus
untuk mendirikan sekolah menengah agama berasrama penuh. Tidak cukup
Islamkah? Tengku Adnan berjaya menyelesaikan banyak perkara lain
termasuklah pembesaran surau. Surau di Presint 14 pun akan beroperasi
tidak lama lagi.
Dari segi pengangkutan awam pula, Husam dipercayai tidak boleh
terkata apa dah. Penjadualan semula Nadi Putra dan pengangkutan lain
sedang dirangka oleh Perbadanan Putrajaya untuk keselesaan penghuni
Putrajaya. Malah, Tengku Adnan telah meminta kerajaan menyelesaikan isu
'allignment' monorel yang tersedia ada. Cuma sekarang, kos meletakkan
rel, gerabak dan sistem elektroniknya meningkat tinggi. Setakat ini lebih RM8 bilion dibelanjakan untuk pembangunan
Putrajaya. BN suatu ketika cukup menyedari Kuala Lumpur menjadi sub
pembangunan dan kuarters untuk penjawat awam. Justeru, kekangan itu
dikurangkan dengan beralih ke Putrajaya.
No comments:
Post a Comment