SIAPA KATA AHMAD SAID TAK BOLEH DUDUK SEMEJA DENGAN AHMAD SAID. GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN BETAPA KUKUH DAN UKHWAHNYA BARISAN NASIONAL TENAGU KITA...
BARISAN NASIONAL TENAGU KITA |
Perjuangan Pas dilihat mengelirukan rakyat apabila mengeluarkan
kenyataan bertentangan berhubung sesuatu isu iaitu perkara yang
"dikatakan tidak boleh" sebelum ini tetapi kini "dikata boleh".
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said
berkata antara contoh kenyataan yang mengelirukan itu ialah pemimpin
parti itu sebelum ini mengatakan haram bagi Umno bekerjasama dengan
parti bukan Islam seperti MCA.
"Tetapi kini mereka (Pas) boleh pula berkawan dengan DAP dan tidak
haram," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Menteri Besar
Terengganu dengan jentera pilihan raya BN Kuala Besut di sini hari ini.
Turut hadir calon BN bagi kawasan Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh
dan calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A Rahman
Mokhtar.
Idris ketika berucap sebelum itu berkata perjuangan Pas sejak akhir-akhir ini makin mengarut. "Dulu dia (Pas) kata suara wanita aurat, tetapi sekarang dia ambil pula artis-artis wanita jadi calon pilihan raya umum kali ini," katanya. Beliau berkata Pas kini sanggup mengambil artis untuk menjadi calon sebagai wadah perjuangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Pas meletakkan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin bertanding di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan untuk menentang calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

No comments:
Post a Comment