Wednesday, April 3, 2013

ANWAR IBRAHIM KEKAL KALIMAH ALLAH [SWT] BOLEH DI GUNAKAN OLEH BUKAN ISLAM "PERJANJIAN SEPAKATAN PAKATAN SI BIADAP, SI GILA KUASA DAN SI PENDENDAM PADA 8/1/2013" LALU...


KITA KALAU NAK BERPOLITIK DAN MENDAPATKAN KUASA SEBAGAI PEMERINTAH MESTI FAHAM DAN BERPEGANG KEPADA PRINSIP BAHAWA KITA INI ADALAH UMAT ISLAM YANG BERBANGSA MELAYU. DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA TELAH DI NYATAKAN BAHAWA ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN. MAKA NATIJAHNYA UMAT MELAYU ITU ADALAH BERAGAMA ISLAM. KITA TIDAK BOLEH LARI DARI ITU. SEMUA ORANG DI MALAYSIA DAN JAJAHAN TAKLUKNYA TAHU BAHAWA UMAT MELAYU ADALAH BERAGAMA ISLAM DAN ISLAM DENGAN UMAT MELAYU ADALAH IBARAT ISI DENGAN KUKU. KITA MESTI BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD [SAW]. INI BERMAKNYA JUGA KITA TIDAK BOLEH BERKOMPROMI DENGAN SESIAPA SAHAJA YANG CUBA MEMPERLEKEHKAN AGAMA ISLAM, ALLAH [SWT] DAN NABI MUHAMMAD [SAW].

DALAM AL-QURAN ADA DI NYATAKAN DALAM SURAH AL-IKHLAS BAHAWA "DIALAH ALLAH YANG MAHA ESA...DIA TIADA BERANAK DAN TIADA PULA DI PERANAKKAN...DAN TIDAK ADA SESUATU PUN YANG SETARA DENGAN DIA"...

DALAM SURAH YUNUS AYAT 68 mereka (orang Yahudi dan Nasrani) berkata Allah mempunyai anak.

PERCAKAPAN SEHARIAN MENGENAI PERKATAAN ALLAH [SWT] ADALAH BERLAINAN DENGAN TERJEMAHAN PERKATAAN ALLAH [SWT] DALAM VERSI BAHASA MELAYU DALAM KITAB BIBLE BOLEH MENDATANG BERBAGAI IMPLIKASI KEPADA MASYARAKAT ISLAM DI MASA AKAN DATANG DI MALAYSIA.

Muslims who support the word Allah to be used in Malay-language Bibles could be considered as committing syirik (the act of destroying one’s faith and make one turn against Allah), a Grand Imam from Saudi Arabia said.

Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Ibrani, who is the Grand Imam for the Abbad Mosque in Mecca, said the use of the word Allah in Bibles was an act similar to equating Allah to the God of those who believe in the Bible. He said Islam, as stated clearly in the Quran, forbids its followers from comparing Allah with any form or substance. "It is wrong to include the word Allah in Malay-language Bibles since they are not the holy book for Muslims".





KAWAN-KAWAN ANWAR IBRAHIM PUN LARI DARI BELIAU YANG TERKINI IALAH PROF. DATUK SR. SIDEK BABA. SETELAH 40 TAHUN RAPAT DENGAN ANWAR IBRAHIM DAN PERNAH DI TAHAN DI BAWAH ISA KERANA NAK MEMPERTAHANKAN ANWAR IBRAHIM AKHIRNYA SETELAH BERKELANA MENCARI BERBAGAI JAWAPAN TENTANG ANWAR IBRAHIM BELIAU LARI DARI ANWAR IBRAHIM KERANA:-

1. MASALAH KERUNTUHAN MORAL.
2. SOKONGAN KEPADA PLURALISME AGAMA.
3. KREDIBILITI ANWAR IBRAHIM.

Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar. Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

"Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang. "Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup...Sidek menjelaskan, beliau juga kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.

"Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal," katanya. Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara.

DALAM KATA LAIN ANWAR IBRAHIM ADALAH "AUTAMAN, PEMBOHONG, KAKI FITNAH DAN KAKI DUSTA".

ADAKAH KITA INGIN BERGANTUNG KEPADA FAHAMAN TAKSUB DAN JUMUD SEPERTI PEMIMPIN DOKTRIN PAS INI YANG TIDAK TAHU MEMBEDAKAN ANTARA YANG HAK DAN YANG BATIL. SEOLAH-OLAH PEMIMPIN DOKTRIN PAS INI UMPAMAKAN BAHAWA PARTI UMNO ITU KAFIR AKAN MELAKUKAN SEBEGITU RUPA TERHADAP NABI MUHAMMAD [SAW]. IANYA SEOLAH-OLEH CUBA MELINDUNGI ANWAR IBRAHIM DAN SAMAKAN ANWAR IBRAHIM ITU DENGAN NABI MUHAMMAD [SAW] DAN MEMBURUKKAN NAMA PARTI UMNO KONONNYA PARTI UMNO ITU ADALAH PARTI PENYEBAR FILEM LUCAH. KALAU PEMIMPIN SUKA SAMA SUKA MENGAKU DAN BERTAUBAT PERKARA INI TIDAK AKAN BERPANJANGAN. INI DI BURUKKAN LAGI APABILA DOKTRIN PAS BENTINDAK MENGATAKAN BAHAWA PERLAKUAN PEMIMPIN SUKA SAMA SUKA ITU ADALAH "BESI"...

PENGHINAAN NABI MUHAMMAD DALAM BENTUK KARTUN KITA KECAM DAN KENYATAAN OLEH DOKTRIN PAS INI LAGI KITA KECAM KERANA IANYA SEMATA-MATA BERBAU POLITIK.

Pemimpin Pemuda Pas dilihat tidak mencerminkan akhlak mulia apabila dengan sewenang-wenangnya mempermainkan nama Nabi Muhammad SAW demi kepentingan politik parti itu. Penasihat Agama, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berpendapat, seorang pemimpin Islam tidak akan bercakap mengikut perasaan. Jangan kerana kepentingan peribadi dan politik, maka Islam juga terheret sama ke tempat yang tidak sewajarnya sehingga menyentuh keperibadian Rasullullah. Kita semua tahu Rasullullah merupakan contoh tauladan yang cukup tinggi dan tindakan membandingkan baginda yang maksum daripada dosa dengan manusia bukanlah tindakan orang yang soleh tetapi orang yang fasik...




Photo: Memang kurang ajar dan kebodohan yang sangat melampau 
tindakan mamat ini.Mana nya bukti yang mengatakan UMNO yang lakukan 
semua itu.Entah entah Puak PR menyamar sebagai PRO BN untuk merosakkan 
nama BN dan UMNO..Mamat ini dalam Twitternya kebodohan yang paling giler
 ahlaknya...
DOKTRIN PAS NAK COVER ANWAR IBRAHIM



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibenarkan, seperti dipersetujui parti-parti pembangkang pada 8 Januari lepas.

Malah beliau berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyiapkan draf berhubung perkara itu pada Januari lepas yang antara lain menyatakan orang Islam tidak boleh mempertikai kalimah Allah daripada digunakan orang bukan Islam dan mereka tidak boleh menghina kalimah itu.

"Seperti contoh apabila saya memaklumkan kepada Naib Presiden Parti, Tian Chua mengenai mesyuarat esok dan dijawab Tian Chua "insya-Allah". Ini bukanlah satu yang menghina," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Ketetapan pakatan pembangkang itu bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, yang memutuskan pada 2008 bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci bagi agama dan umat Islam.

Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lepas juga memutuskan keputusan yang sama.

Isu itu timbul apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu dalam perutusan Krismas tahun lepas.

Ekoran keputusan Majlis Syura Ulama Pas, ditambah dengan kecaman daripada mufti-mufti dan cendekiawan Islam, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz, yang sebelum itu bersetuju dengan DAP akhirnya akur dan menarik balik kenyataan mereka.

Malah Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebelum ini berkata, haram bagi umat Islam membuka ruang untuk orang bukan Islam mempersenda kebesaran Allah.

Mohamad Shukri berkata, Kelantan menguatkuasakan Seksyen 9 Bahagian 1 dan 2 Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) 1981 melarang perkataan dikaitkan dengan agama bukan Islam.

Katanya, kalimah Allahuakbar antara 10 kalimah yang dinyatakan dalam Seksyen 9 Bahagian 2 iaitu perbahasan (bahasa) yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Enakmen sama turut dikuatkuasakan di sembilan negeri iaitu Terengganu sejak 1980, manakala Kedah, Melaka, Perak dan Selangor sejak 1988, diikuti Pahang (1989), Negeri Sembilan dan Johor pada 1991.

Ianya amat berbeda dengan YAB PM yang menyatakan bahawa kerajaan akan tetap mempertahankan kalimah Allah [SWT]. Kerajaan akan tetap mempertahan kalimah Allah selaras dengan prinsip yang terkandung dalam Maqasid Syariah atau objektif syariah dalam Islam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, lima perkara yang terangkum dalam Maqasid Syariah iaitu memelihara dan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta - ialah juga perkara-perkara yang diperjuangkan kerajaan.

Malah, katanya, berdasarkan kajian antara negara-negara Islam di dunia dari segi pematuhan kepada prinsip-prinsip Maqasid Syariah, mengikut para ulama, Malaysia berada antara tempat tertinggi dalam memperjuang objektif-objektif berpandukan kepada Maqasid Syariah.

"Kita ambil dalam soal agama, mempertahankan akidah, mempertahankan kesucian agama Islam, mempertahankan kalimah Allah, ini diperjuangkan oleh Al-Quran. Kita tak main politik dalam hal ini... satu ketika setuju dengan orang lain, selepas itu pusing balik tak setuju...Kita istiqamah dalam hal kalimah Allah.

Kerajaan yang ada pada hari ini, tetap akan mempertahankan kalimah Allah," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment