RAJA FATWA DAN DALIL SONGSANG |
Sebelum itu ceramah di Kampung Jambu, Kelantan, 3 April lalu, yang mendakwa
sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu
menolak dasar Islam.
Dalam kenyataan terbaharu, Menteri Besar Kelantan tersebut selepas
melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar di Kota
Bharu, Kelantan turut berkata, "program-program berkaitan Islam yang
dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak
Islam". "Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat,
sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar. "Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil
menyelam sambil minum air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh'
(kenduri). Bukan setakat minum sahaja, makan besar"
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan
sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala,
malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru
menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang
turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi,
Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan
menentang Rasulullah.
“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,”
katanya disambut sorakan penyokong Pas. Sementara ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pawah Rusa
Kelantan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar, di sini semalam, Nik Aziz
menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) juga tidak
mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.
“Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN) buat masjid
bukan kerana Islam… dia nak kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak
kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital…
semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar,”
katanya.
Pada 4 April lalu, dalam ceramah Nik Aziz di Kampung Jambu di sini,
beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala
kerana parti itu menolak Islam.
Menjelaskan dakwaan itu, Nik Aziz berkata, bukan sahaja penyokong
Umno, malah ahli Pas yang riak dan bermegah diri menjalankan ibadah juga
dianggap tidak mendapat pahala. "Bagi orang yang menyokong Umno dikira tidak mendapat pahala. Usahkan
Umno, sokong Pas pun, kalau sokong Pas, tetapi riak, bangga diri juga
tidak dapat pahala.
“Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam. Saya minta Melayu tolong
terima Islam secara syamil, secara komprehensif… Apabila tolak Islam,
maknanya tolak Allah. Islam mari (datang) daripada Allah,” katanya. Kata beliau, Pas menerima Islam kerana agama tersebut sempurna dan
menyatakan bukan sahaja orang Melayu menolak Islam, malah terdapat
masyarakat di Timur Tengah turut menolak Islam.
“Kita (Pas) menerima Islam, Islam ini serba molek. Tiba-tiba kita
Melayu menolak Islam. Bukan Melayu sahaja, Arab pun tolak Islam yang
menyebabkan sekarang timbul Arab Spring. Kerana apa tolak Islam? Kerana
habis tempoh? Nabi sampai kiamat Islam dia guna,” katanya. Ketika ditanya mengenai manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam, Nik Aziz berkata, semua yang
diumumkan itu mengarut kerana secara dasar Umno menolak Islam. “Buatlah apa saja pun, asalkan tolak Islam, semuanya mengarut,”
katanya.
PENASIHAT AGAMA ISLAM JOHOR DARUL TAKZIM |
Usaha membina masjid untuk menzahirkan sedekah atau kebaikan kepada
orang ramai bagi tujuan menggalakkan manusia beribadah, berbuat baik
atau melakukan perkara sama dibolehkan dalam Islam selagi perbuatan itu
adalah ikhlas.Bagaimanapun, menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh
Gadut, tidak boleh seseorang itu membina masjid untuk perpecahan,
perkelahian atau permusuhan.
"Masjid merupakan lambang kesatuan hati, spiritual, minda dan
fikiran, objektif, misi dan matlamat dan lambang kepada satu
perlaksanaan sama yang abadi. "Siapa yang tahu ikhlas atau tidak, awak jadi kontraktor. Ia
(keikhlasan) benda dalaman. Dalam hadis nabi, kita menghukum apa yang
lahir. Yang batin, hanya Allah sahaja yang tahu dan kalau itu
syariatnya, tuduhan atau tohmahan tersebut lari daripada yang hak".
Malah, ujar Nooh, sebagaimana ayat 48 surah Al-Maaidah, seseorang itu
digalakkan berlumba-lumba membuat kebaikan. "Kita sepatutnya menggalakkan dan bukannya menghalang. Kita hamba
Allah tidak boleh menghukum. Yang menentukan orang buat (sesuatu) kerana
apa hanyalah Allah sahaja,'' tambahnya. Selain itu, Nooh memberitahu, sebagai umat Islam kita tidak boleh
bersangka buruk kepada sesiapa walaupun individu tersebut berbeza
pendapat mahupun atas nama politik.Ini kerana, dalam Al-Quran ada menyebut, bersangka buruk adalah
sebahagian daripada dosa bosar. "Akhlak baik dalam Islam ialah kita mesti bersangka baik," kata Noh.
DR. FATHUL BAHARI MAT JAHAYA |
Hanya Allah yang tahu apa yang terkandung di dalam hati manusia termasuk mereka yang membina masjid". Itulah reaksi Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya. Sebelum ini, Nik Aziz menyatakan, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor. Kata Fathul Bari, isunya sekarang ialah keikhlasan.
"Hadis Rasullulah SAW berbunyi sesiapa yang membina sesebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga. "Jadi siapa beliau (Nik Abdul Aziz) yang menentukan seseorang itu ikhlas atau tidak dalam membina masjid? Adakah dia tahu keikhlasan orang yang membuat masjid. "Kalau kita kata Pas hendak memerintah negara bukan kerana Islam, mereka marah, saman. Ini sindrom tuduh orang, mempertikaikan keikhlasan orang," ujarnya.
Tambahnya, tiada sesiapa yang tahu apa yang terkandung di dalam hati seseorang kecuali Allah Taala. "Lihat kisah Usamah bin Zaid yang tetap memancung kepala seorang ketika perang walaupun telah mengucap syahadah dan tindakan tersebut telah ditegur oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri mengajar kita agar tidak menentukan apa yang ada dalam hati seseorang. Saya harap beliau bermuhasabah diri dan jangan menghukum hati-hati manusia," katanya.
KESIMPULANNYA:-
SIAPA NIK AZIZ NIK MAT DAN DOKTRIN PAS YANG HENDAK MENENTUKAN PAHALA DAN KEIKHLASAN HATI SEORANG MANUSIA DALAM MENGERJA APA YANG DI MESTIKAN OLEH ALLAH [SWT]. ALLAH [SWT] HANYA BERPESAN KEPADA NABI MUHAMMAD [SAW] DAN SETERUSNYA NABI MUHAMMAD [SAW] BERPESAN KEPADA MANUSIA SEPERTI APA YANG DI NYATAKAN OLEH ALLAH [SWT] DALAM AL-QURAN HENDAKLAH KAMU BERIMAN DAN BERTAKWA KEPADA ALLAH [SWT] SESUNGGUHNYA SIAPA YANG BERIMAN DAN BERTAKWA AKAN MENDAPAT TEMPAT YANG TERTINGGI DI AKHIRAT NANTI. ADAKAH NIK AZIZ NIK MAT DAN DOKTRIN PAS NAK MENIDAKKAN PERKARA TERSEBUT. ADAKAH NIK AZIZ NIK MAT SUDAH PASTI BAHAWA BELIAU DAN DOKTRIN PAS AKAN MASUK SYURGA DAN MENDAPAT PAHALA DALAM SEGALA BIDANG YANG DI LAKSANAKAN?????
SEPATUTNYA NIK AZIZ NIK MAT GALAKKAN UMAT MELAYU DAN ISLAM DI MALAYSIA BERLUMBA-LUMBA MELAKUKAN AMAL SOLEH DAN KEBAJIKAN BUKANNYA MEMPERKECILKAN "SOLAT DAN KEBAJIKAN" ORANG LAIN APABILA NIK AZIZ NIK MAT DAN DOKTRIN PAS GAGAL DALAM MELAKSANAKAN "NEGARA BERKEBAJIKAN" KEPADA RAKYAT KELANTAN...!!!!!
ALLAH [SWT] MENYATAKAN
BAHAWA "SESUNGGUHNYA TUHANMU DIALAH YANG LEBIH MENGETAHUI TENTANG ORANG
YANG SESAT DARI JALANNYA DAN DIA LEBIH MENGETAHUI TENTANG ORANG YANG
MENDAPAT PETUNJUK".
DALAM SURAH AL-ANAM AYAT 161 MENYATAKAN
BAHAWA "SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH
UNTUK ALLAH [SWT] TUHAN SEMESTA ALAM ".
KALAU KITA MANUSIA TAK KIRA PARTI MANA PUN BERPEGANG KEPADA TALI ALLAH [SWT] SUDAH PASTI AKAN MENDAPAT PAHALA SEPERTI SURAH AL-BAQARAH AYAT 62. NATIJAHNYA TAK PERLU NIK AZIZ NIK MAT MENGELUARKAN FATWA DAN DALIL SONGSANG UNTUK MENGELIRUKAN DAN MEMECAH BELAHKAN UMAT MELAYU DAN ISLAM DI MALAYSIA. ADAKAH TUJUAN NIK AZIZ NIK MAT UNTUK MEMPEROLOK-OLOKKAN AGAMA ISLAM DAN MEMBUAT MAIN-MAIN SERTA BERSENDA GURAU TENTANG AGAMA ISLAM. ADAKAH NIK AZIZ NIK MAT DI TIPU OLEH KEMEWAHAN "BAHALUL SIYASI" YANG DI PEROLEHI AKIBAT BERSAHABAT DAN BERPELUKAN DENGAN DOKTRIN DAP DAN DOKTRIN PKR YANG TERTUNJANGNYA KERUNTUHAN MORAL, KEPLURALISMA AGAMA DAN KECAIRAN KREDIBILITI KEPIMPINAN HANYA KERANA "RINDU BAYANGANKAN" KUASA DAN PUTRAJAYA.
FIRMAN ALLAH [SWT]:-
DALAM SURAH AL-ANAM AYAT 39 MENYATAKAN BAHAWA "DAN ORANG MENDUSTAKAN AYA-AYAT KAMI ADALAH TULI, BISU DAN BERADA DALAM GELAP GELITA. BARANG SIAPA YANG DIKEHENDAKI ALLAH [SWT] (KESESATANNYA) NESCAYA DISESATKANNYA. DAN BARANG SIAPA YANG DIKEHENDAKI ALLAH (UNTUK DIBERINYA PETUNJUK) NESCAYA DIA MENJADIKANNYA BERADA DI ATAS JALAN LURUS".
DALAM SURAH AL-ANAM AYAT 49 MENYATAKAN BAHAWA "DAN ORANG YANG MENDUSTAKAN AYAT-AYAT KAMI MEREKA AKAN DI TIMPA SEKSA DISEBAKAN MEREKA SELALU BERBUAT FASIK".
DALAM SURAH AL-ANAM AYAT 68 MENYATAKAN BAHAWA "DAN APABILA KAMU MELIHAT ORANG MEMPEROLOK-OLOKKAN AYAT-AYAT KAMI MAKA TINGGALKANLAH MEREKA SEHINGGA MEREKA MEMBICARAKAN PERKARA LAIN. DAN JIKA SYAITAN MENJADI KAMU LUPA (AKAN LARANGAN INI) MAKA JANGANLAH KAMU DUDUK BERSAMA ORANG ZALIM ITU SESUDAH TERINGAT (AKAN LARANGAN ITU)".
DALAM SURAH AL-ANAM AYAT 70 MENYATAKAN BAHAWA "DAN TINGGALKANLAH ORANG YANG MENJADIKAN AGAMA (YAKNI AGAMA ISLAM YANG MEREKA DISURUH UNTUK MEMATUHINYA DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH) SEBAGAI MAIN-MAIN DAN SENDA GURAU (MENJADIKAN AGAMA SEBAGAI MAIN-MAIN DAN SENDA GURAU IALAH MEMPEROLOK-OLOKKAN AGAMA ITU MENGERJAKAN PERINTAH-PERINTAHNYA DAN MENJADI LARANGAN-LARANGANNYA ATAS DASAR MAIN-MAIN DAN TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH) DAN MEREKA TELAH DITIPU OLEH KEHIDUPAN DUNIA. INGATKANLAH (MEREKA) DENGAN AL-QURAN ITU AGAR DIRI MASING-MASING TIDAK TERJERUMUS (KE DALAM NERAKA) KERENA PERBUATANNYA SENDIRI. TIDAK AKAN ADA BAGINYA PELINDUNG DAN PEMBERI SYAFAAT SELAIN DARIPADA ALLAH [SWT]. DAN JIKA DIA MENEBUS DENGAN SEGALA MACAM TEBUSAN PUN NESCAYA TIDAK AKAN DITERIMA ITU DARIPADANYA. MEREKA ITULAH ORANG YANG DIMASUKKAN (KE DALAM NEREKA) DISEBABKAN PERBUATAN MEREKA SENDIRI. BAGI MEREKA (DISEDIAKAN) MINUMAN DARIPADA AIR YANG SEDANG MENDIDIH DAN AZAB YANG PEDIH DISEBABKAN KEKAFIRAN MEREKA (SEMASA DI DUNIA).
No comments:
Post a Comment