Wednesday, April 3, 2013

FATWA DAN DALIL SONGSANG NIK AZIZ SUDAH BERTERBANGAN...


NIK AZIZ NIK MAT


Parlimen baru sahaja di bubarkan oleh YAB PM pada 3/4/2013. Dun Kelantan belum pun di bubarkan. Pelik bin ajaib, Fatwa dan Dalil Songsang Nik Aziz Nik Mat sudah merayap berterbangan di serata pelusuk negara Malaysia dan jajahan takluknya.

Nik Aziz Nik Mat terus menerus mengelar org UMNO sebagai kafir kerana menolak Islam. Sikap iri hati, dendam dan prasangka buruk Nik Aziz Nik Mat memang sudah tidak dapat di bendung lagi kerana "tendangan" Barisan Nasional terhadap Doktrin PAS Tiga Suku semakin kuat dan keras. Ini di perlihatkan lagi oleh kebangkitan para pendidik dan ilmuan agama pondok yang berkeras menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional dan menolak Doktrin PAS. Sokongan ini di perlihatkan sebagai satu penolakan perjuangan Doktrin PAS yang sesat dan menyesatkan umat Melayu dan Islam di Malaysia.

Inilah yang menyebabkan Nik Aziz Nik Mat terpaksa melakukan sesuatu agar sokongan umat Melayu dan Islam tidak terus luntur terhadap Doktrin PAS yang di labelkan sebagai perjuangan Islam, menegakkan Islam dan memartabatkan Islam. Malangnya itu hanya retorik Nik Aziz Nik Mat yang hanya pandai berfatwa dan berdalil songsang seperti seorang pengikut Doktrin Khawarij yang mengatakan dia Islam dan seterusnya org lain tidak Islam iaitu kafir kerana menolak Hukum Hudud [Doktrin PAS Tiga Suku] dan Negara Islam. 

Itulah sahaja modal dan kriteria Nik Aziz Nik Mat dalam memperkatakan betapa Islam dan muliannya Islam org yang masuk Doktrin PAS, sokong Doktrin PAS dan undi Doktrin PAS. Selain dari itu bukan Islam termasuklah org Umno kerana menolak Islam dan ambil kebangsaan. Walau bagaimanapun parti UMNO melakukan berbagai agenda Islam seperti menyebarkan agama Islam, menegakkan agama Islam dan memartabatkan agama Islam, Nik Aziz Nik Mat tetap dengan pendirian bahawa parti UMNO kafir kerana menolak Islam ala Doktrin PAS dan terus menerus mendokong kebangsaan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam. Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan. "UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala. "Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SWT tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.
Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama. Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. "Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai, bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya.
 
Nik Aziz Nik Mat hanya pentingkan "kuasa dan kelangsungan Doktrin PAS" memohon agar rakyat Kelantan tidak buang Doktrin PAS yang di labelkan sebagai pembela Islam sedangkan umumpun tahu bahawa Doktrin PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukan Doktrin PAS. Doktrin PAS bukan agama wahyu dan Nik Aziz NIk Mat hanya seorang ustaz politik yang memerlukan undi rakyat Kelantan untuk terus berkuasa selepas PRU13 nanti. Matlamat Nik Aziz Nik Mat ialah "kuasa" bagaimana cara mencapai matlamat "kuasa" itu belakang kira sehinggakan fatwa dan dalil songsang pun sanggup di keluarkan. Agama Islam yang suci di robeknya dan di ceraikan bagi maksud "menghalalkan cara" bagi mencapai matlamat "kuasa" tadi iaitu Doktrin PAS berterusan memerintah Kelantan.

Sekarang semuanya berada di tangan rakyat Kelantan. Agenda Tukar berwarna merah sudah berkemundang dan bergerak cergas dalam menyedarkan rakyat Kelantan betapa kebelakangnya mereka dan betapa daifnya mereka di bandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia dari segi pembagunan dan ekonomi malahan agama pun mereka tertinggal kerana "penjajahan minda oleh Doktrin PAS" yang hanya mementingkan agama Islam cara Doktrin PAS yang menolak pembangunan dan kemajuan ekonomi kerana ianya bakal mengundang kemaksiatan dan kehancuran masyarakat "Islam di Kelantan".

Ingat Allah [SWT] tidak akan mengubah umatnya melainkan umatnya mengubah dirinya sendiri kepada yang buruk kepada yang baik. Barisan Nasional telah menunjukkan dan ikhlas dalam membantu dan menaikkan ekonomi serta membawa pembangunan di Kelantan. Kerajaan Doktrin PAS Kelantan sudah menunjukkan 22 tahun kepada rakyat Kelantan. Kalau nak kira dari segi corak kepimpinan dan corak keagamaan Barisan Nasional tidak pernah lari dari terikat dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Muhammad [SAW]. Barisan Nasional pun tidak pernah memerintahkan rakyat supaya menyembah selain dari Allah [SWT] dan mengaku Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah [SWT].

Bertindaklah dengan hati terbuka dan lihat sekeliling di mana letaknya rakyat Kelantan kalau 5 tahun lagi bersama-sama dengan Doktrin PAS dan kalau 5 tahun dengan Barisan Nasional.

 




























































No comments:

Post a Comment