BARISAN NASIONAL TIDAK PERNAH MENGATAKAN UNDI MANA-MANA PARTI HARAM. PERKATAAN ITU KERAP DI GUNAKAN OLEH DOKTRIN PAS DI SETIAP PRU TETAPI KALI INI PERKATAAN "HARAM UNDI" ITU TELAH TERBALIK KEPADA DOKTRIN PAS DAN DOKTRIN PKR DAN DOKTRIN DAP YANG MEMBENTUK "PAKATAN SI BIADAP, SI GILA KUASA DAN SI PENDENDAM". SEBELUM INI GOLONGAN PONDOK, PARA PENDIDIK DAN ILMUAN AGAMA INI TELAH MENGATAKAN BAHAWA DOKTRIN PAS ITU JAHIL AGAMA KERANA MEMBUAT "U-TURN" DALAM ISU KALIMAH ALLAH [SWT] YANG TELAH DI UTARAKAN OLEH LIM GUAN ENG.
Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz |
Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat
dan Tahfiz membuat deklarasi bahawa haram bagi umat Islam di negara ini
mengundi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mereka
menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.
Pengerusi persidangan, Harun Yahya berkata, deklarasi tersebut dibuat
berdasarkan nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang
muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari
bermula Sabtu lalu. Menurutnya, para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti
pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja
menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam
serta sesat lagi menyesatkan.
Katanya, kenyataan bersama ketiga-tiga (Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang) pimpinan tertinggi pakatan
pembangkang (pada 8/1/2013) bahawa kalimah Allah boleh digunakan agama lain adalah
perbuatan jenayah yang paling besar ke atas agama Islam dan umatnya. Akibat pluralisme, rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah
syahadah lenyap yang menyebabkan murtad kerana umat Islam tidak
mengesakan Allah serta mengaku agama lain adalah agama Allah dan Nabi
Muhammad bukan lagi utusan yang membawa agama Allah, yang bermakna Islam
bahkan semua agama benar belaka bukan hanya Islam.
Oleh itu adalah haram menyokong Pas, PKR dan DAP kerana mereka
sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh
penganut agama lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah,"
katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah
Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Harvard di sini hari ini. Harun yang juga Ketua Penerangan Minda Pondok berkata, kalimah Allah
adalah nama zat Tuhan yang telah menurunkan agamanya iaitu Islam, maka
kalimah Allah hanya untuk umat Islam yang mentauhidkan Allah dan tidak
menyekutukannya dengan yang lain.
Jelasnya, ini yang membezakan umat Islam dengan agama lain yang
diperintah berdakwah dan menyeru umat lain mengesakan Allah bukan
membenarkan Allah untuk disekutukan seperti yang dipersetujui Pas, PKR
dan DAP. Pas sepatutnya menyeru mereka masuk Islam dan menganut agama Islam
bukan membenarkan nama Allah untuk digunakan, sedangkan secara terangan
menyalahgunakan kerana mereka masih tidak meninggalkan kepercayaan
mereka yang asal.
Apabila dibenarkan mereka menggunakan kalimah Allah dalam bible atau
kitab-kitab agama mereka, maka natijahnya semua agama adalah agama Allah
dan bukan lagi Islam agama Allah, ujarnya. Menurutnya, itulah yang dipanggil pluralisme agama yang menjadi
agenda jahat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam.
Katanya, rakyat negara ini usah termakan dengan dakyah pakatan
pembangkang khususnya Pas yang kononnya mahu melaksanakan Islam tetapi
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalalkan Allah disekutukan
dengan memberi nama Allah digunakan oleh agama lain.
Isu kalimah Allah bukan isu politik semata-mata sebaliknya adalah
usaha untuk merombak perkara rukun yang utama dalam Islam," katanya. Harun berkata, pihaknya turut menyeru segenap lapisan masyarakat dan
pemimpin di seluruh negara melakukan solat hajat sehingga pilihan raya
umum atau seterusnya agar umat Islam di Malaysia dan dunia terpelihara
daripada agenda memurtadkan mereka.
AKIBATNYA:-
NIK AZIZ NIK MAT SEMAKIN SERABUT PERUT DAN TERDESAK UNTUK MEMPERBETULKAN "KERUNTUHAN KEDIBITLITI DAN MARUAH" DOKTRIN PAS DENGAN MENYATAKAN BAHAWA KALAU NABI MUHAMMAD [SAW] HIDUP KEMBALI PASTI PARTI UMNO AKAN MENENTANG BELIAU...SEPERTI KATA PEMIMPIN KANAN DOKTRIN PAS "KALAU NABI MUHAMMAD MASIH HIDUP VIDEO SEKSNYA PASTI AKAN DI KELUARKAN OLEH PARTI UMNO...JAHANAM PARTI UMNO". DOKTRIN PAS HANYA MEMIKIRKAN PERMASALAHAN DAN KELANGSUNGAN SERTA KEPENTINGAN DOKTRIN PAS SAHAJA. BAGAIMANA NAK TERUS BERKUASA DI KELANTAN DAN BAGAIMANA PULA NAK MENDAPATKAN "KUASA DAN PUTRAJAYA".
Selepas mengeluarkan fatwa
politik yang disifatkan banyak pihak sebagai menyesatkan, Mursyidul Am
Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin biadab selepas mendakwa jika
Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah. Tuduhan liar itu dibuat selang tiga hari selepas Menteri Besar
Kelantan berkenaan mendakwa, solat orang UMNO tidak mendapat pahala
dengan alasan parti yang telah banyak mengembangkan syiar Islam di
negara ini sejak lebih 50 tahun lalu tersebut mengamalkan dasar
kebangsaan.
Lebih menyedihkan, dakwaan itu dibuat selepas Nik Abdul Aziz dengan
bongkak mempertahan kenyataan solat orang UMNO tidak mendapat pahala
sebelum disusuli tuduhan masjid yang dibina tidak memberi apa-apa makna
kononnya atas alasan parti itu menolak Islam. "Puak ini (UMNO) kalau Nabi Muhammad hidup balik, dia lawan," katanya
semasa berceramah dalam majlis prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli,
Kelantan yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagaimana dipetik di blog, rbfonline.net hari ini.
Ini kali kedua Pas mengheret Rasulullah dalam kancah politik selepas
Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som
menerusi Twitternya baru-baru ini berkata: "Kalau Nabi Muhammad masih
hidup, mungkin video seks baginda pun UMNO akan keluarkan...Jahanam
UMNO,". Mengulas kontroversi terbaru itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata,
kenyataan dan perumpamaan terbaharu Nik Abdul Aziz yang menyifatkan UMNO
akan menentang baginda merupakan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
"Nilaikan prinsip Pas dalam memperjuangkan Islam, di mana pendirian
mereka berhubung penggunaan kalimah Allah sebelum ini? ''Sebagai Tok Guru, Nik Abdul Aziz patut berhenti menuduh semua orang
menolak dasar Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh
Gadot berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya menggunakan agama Islam
serta mengaitkan Rasulullah SAW untuk mencapai matlamat politik.Menurut beliau, tindakan Nik Abdul Aziz itu juga bertentangan dengan
sikap sesetengah musuh Islam yang turut menghormati Rasulullah SAW. "Islam tidak menggalakkan kita bercerita hal-hal keburukan seseorang
yang sudah meninggal dunia apatah lagi sekiranya perkara itu melibatkan
Nabi Muhammad SAW yang maksum," katanya.
SEKARANG TERPULANG KEPADA KITA SEBAGAI RAKYAT UNTUK MEMBUAT SATU PENILAIAN YANG SAHIH DAN JITU SIAPA YANG MESTI KITA PILIH UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TIDAK DI HURU HARAKAN OLEH DOKTRIN PAS YANG AKAN MENGHANCURKAN AGAMA, DOKTRIN DAP YANG AKAN MENGHAPUSKAN BANGSA DAN DOKTRIN PKR YANG AKAN MEMUSNAHKAN NEGARA.
SEKARANG TERPULANG KEPADA KITA SEBAGAI RAKYAT UNTUK MEMBUAT SATU PENILAIAN YANG SAHIH DAN JITU SIAPA YANG MESTI KITA PILIH UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TIDAK DI HURU HARAKAN OLEH DOKTRIN PAS YANG AKAN MENGHANCURKAN AGAMA, DOKTRIN DAP YANG AKAN MENGHAPUSKAN BANGSA DAN DOKTRIN PKR YANG AKAN MEMUSNAHKAN NEGARA.
No comments:
Post a Comment