Friday, April 19, 2013

PENAMAAAN CALON...BERAPA KERAT CALON BARISAN NASIONAL YANG KECEWA AKAN BERTANDING SEBAGAI BEBAS ATAU MENGGUNAKAN LOGO PARTI LAWAN...?????



KAMILIA IBRAHIM


Pada satu ketika saya amat menghormati beliau kerana berkat kesabarannya berada di bawah Tan Sri Rafidah Aziz dan kemudian di bawah Shahrizat Jalil pula. Kegelisahan beliau untuk memanjat tangga teratas mula kelihatan apabila Shahrizat Jalil terpalit dengan kes NFC. Kita tidak nafikan bahawa Shahrizat Jalil tiada kena mengena dengan kegiatan NFC tetapi sedikit sebanyak "kesan tahi lembu itu" terkena juga kepada beliau. Shahrizat Jalil telah meletakkan jawatan sebagai Menteri dan Senatorshipnya tidak berapa lama selepas itu tetapi masih memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita Barisan Nasional. 

Menjelang PRU13 semasa untuk membentangkan nama-nama calon tempoh hari nama Shahrizat Jalil tidak di umumkan dan sebelum ini Shahrizat Jalil telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRU13 nanti. Ini di lihat dalam konteks Wanita UMNO Malaysia sebagai satu "blessing in disguise" kepada sesetengah calon yang ingin melobikan kuota "Shahrizat Jalil". Kerja-kerja lobi melobi itu rancak berjalan sehinggalah PM memberikan watikah-watikah perlantikan calon-calon Barisan Nasional kepada setiap Ketua parti komponen dan Ketua UMNO Perhubungan Negeri masing-masing.


MB PERAK DARUL RIDZUAN



Apabila MB Perak Zambry Kadir mengumumkan calon-calon Barisan Nasional Perak Darul Ridzuan, kita pun pelik juga kenapa nama Kamilia Ibrahim tiada sedangkan beliau adalah Timbalan Ketua Wanita UMNO Malaysia dan merangkap Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar. Sebaliknya Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad (bekas ADUN Bukit Chandan) telah di pertanggungjawabkan untuk mengalas memastikan bahawa Parlimen Kuala Kangsar berada dalam tangan Barisan Nasional pada PRU13 nanti.

Pada keesokkan harinya Kamilia Ibrahim meletup dalam Sinar Harian dan berbagai akhbar dan portal-portal pembangkang. Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim. Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. “Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya. “Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya. Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu. Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir. “Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya. Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan. Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya. “Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti. Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh BN dalam PRU13.
Kita tidak rasa YAB PM ingin meminggirkan WANITA UMNO MALAYSIA pada PRU13 ini. YAB PM menjawab dengan secara sinis dengan menyatakan bahawa:-

 "Wanita Umno vice chief Datuk Kamilia Ibrahim has rejected the offer to contest in the Bukit Chandan state seat in Perak in the 13th General Election. As such, said the Prime Minister, the issue that she was not given a seat to contest in the general election or not appreciated by BN did not arise at all. Najib explained the offer to Kamilia include the State Executive Council (Exco) post if BN forms the next Perak state government  but she turned it down.

"That's her decision. The issue of the Wanita Umno vie head not given a place or not appreciated by BN does not arise. She wanted to contest a parliamentary seat but we think it is more suitable for Datuk Kamilia to contest the state seat.  After all, the late Tun Lim Keng Yaik accepted the post of State Executive Council member when he was Gerakan president. The State Executive Council is an important post.

"If the offer is accepted, Datuk Kamilia can play a role not only in Perak but also in the national context," he told reporters after the launch of the Women's Network for Single Mothers (JUWITA) - Wanita BN here today.  He was commenting on a newspaper report quoting Kamilia as saying the absence of Wanita Umno top leaders as candidates was disappointing and an insult to women.

Kamilia said that it showed that BN did not give due recognition to women leaders who represent women organisations in the country.  Najib, who is also BN chairman blamed what happened on the rising demand from women as candidates for parliamentary seats.

Asked about those who were not nominated, he urged them to stay calm down as it was not easy to satisfy all parties.  "If none of them wants to give way, there will not be any change. I hope those who feel a little disappointed do not harbor ill feelings but think about the party's future.  "In this election, we need the loyalty and support of each party member and most importantly, we want to form the government.

When the goverment is formed,  we can help them in many ways, but if we don't have power, we can't offer help."  On the request by certain quarters to review the BN candidates listed, he said: "We cannot give satisfaction to all parties. "If we change at the last minute, other problems can arise, but we try to address in other ways. It depends on the situation, but we consider the line up as acceptable to the people."


Kemudian Kamilia Ibrahim kata Husam Musa ada menghubungi beliau kerana terperanjat beliau tidak dapat kerusi Parlimen Kuala Kangsar bagi menggantikan Tan Sri Rafidah Aziz sebaliknya di berikan kepada orang lain.

SEKARANG KITA TUNGGU APA TINDAKAN KAMILIA IBRAHIM SETERUSNYA. NAK SABOTAJ ATAU NAK BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS ATAU NAK BERTANDING ATAS NAMA CALON PARTI LAWAN. SEKARANG KITA TELAH KATUPKAN KEDUA-DUA BELAH MATA TERHADAP KAMILIA IBRAHIM KERANA REAKSI BELIAU YANG TIDAK MENUNJUKKAN PERAWAKAN SEBAGAI SEORANG "PROFESSIONAL" LANGSUNG. ORANG SUDAH OFFER AMBIL AJELAH. INI TIDAK NAK YANG LEBIH TINGGI. MACAM BELANDA SUDAH DI BERIKAN PEHA NAK SATU BADAN PULA. TAMAK KUASA DAN HALOBA PANGKAT.

Bekas Menteri Pertanian, UMNO Bahagian Tasek Gelugor Pulau Pinang pula secara terang-terang menyatakan bahawa seolah-olah dirinya telah diperbodohkan dan di permainkan oleh teman-teman seperjuangannya sendiri dalam UMNO. Apabila Nor Mohamed Yaacob tidak di calonkan untuk Parlimen Tasek Gelugor maka beliau "expect" nama beliau akan naik kerana kerusi Parlimen itu di pinjamkan kepada Nor Mohamed Yaacob pada PRU12 lalu. Malangnya kerusi tersebut telah di berikan kepada Shabudin Yahaya. Ini menyebabkan Shariff Omar marah tak tentu pasal kerana beliau adalah orang yang lebih layak dari Shabudin Yahaya kerana sebagai bekas Menteri Pertanian beliau adalah "winnable candidate". Belliau serahkan kepada rakyat sekiranya rakyat sokong beliau untuk bertanding maka beliau, Shariff Omar akan bertanding sebagai "Pakatan Friend". 

Inilah contoh-contoh betapa akujanji yang menyatakan bahawa kita tidak akan sabotaj parti, lawan parti dan khianat parti adalah akujanji "bullshit" aje oleh sesetengah pemimpin2 UMNO. Mereka di perlihat lebih "buas, tamak haloba dan gila pangkat serta kuasa" sehinggakan akujanji terhadap parti di telannya bulat-bulat bagi meluahkan perasaan kekecewaan dan "frustration" yang melampau sehinggakan "ingin menikam parti dari belakang". Kita masih ingat lagi kata-kata Rais Yatim semasa memasuki Semangat 46. Saya akan membakar jambatan yang telah saya bina selama ini untuk membina jambatan baru. Malangnya jambatan baru itu berkubur selepas PRU10 atau PRU11 apabila parti Semangat 46 di bubarkan dan semua ahli-ahlinya kembali kepada parti UMNO semula. 


Md Isa Sabu
BEKAS MB PERLIS - KE 6

Kita harus contohi bekas MB Perlis yang tidak di calonkan semula tetapi beliau tetap teguh berdiri di belakang parti UMNO dan banyak lagi pemimpin2 tertinggi parti UMNO yang tidak di calonkan pun tetap berdiri di belakang dan terus berusaha untuk memastikan calon-calon Barisan Nasional menang dan Barisan Nasional dapat memerintah semula negara Malaysia dan Jajahan Takluknya dengan majoriti 2/3 atau lebih besar lagi.

KITA MESTI PEGANG AMANAT INI "BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH". Maka kita jadikan hari penamaan calon hari ini untuk menguatkan tekad dan tanamkan azam bahawa inilah Barisan kita, BARISAN NASIONAL yang telah berjuang selama 55 tahun dari Perlis sampai ke Sabah, Malaysia telah berjaya dalam berbagai bidang. Kita sekarang di ambang menuju ke WAWASAN 2020 iaitu negara maju dan berpendapatan tinggi. Adakah kita ingin biarkan begitu sahaja kerana "tamakkan kuasa dan pangkat" yang di hajati tidak diperolehi dan seterusnya mengugut parti dan pemimpin yang sedia ada bahawa kita akan sabotaj parti atau tikam belakang parti kerana parti tidak memberikan apa yang kita hajati. Ingat sekali air pasang sekali itulah pasir akan berubah. Dalam setandan pisang itu tidak semua buahnya elok pasti ada yang busuk. Kita rasa YAB PM dan YAB TPM sudah menjangkakan bahawa perkara "kekecewaan" ini akan berlaku tetapi ianya tidak seharusnya berlarutan sehingga ke larut malam. Ingat lagu P. Ramlee bila larut malam...
































































No comments:

Post a Comment