Rakyat Johor akan terus melarat jika negeri itu ditadbir Umno BN
selepas pilihan raya umum nanti, kata Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk
Seri Chua Jui Meng. Di bawah Umno BN, masa depan rakyat bertambah gelap terutama
golongan berpendapatan rendah. Kais pagi makan pagi, kais malam makan
malam.
Orang Melayu pula berterusan diketepikan, lihat apa jadi di
Pengerang, Nusajaya dan Pelepas? Tanah mereka di sana dengan sesuka hati dirampas, jadi apa yang
rakyat dapat?,” katanya ketika berucap depan hampir 2,000 hadirin di
New York Hotel sempena pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Johor, petang
tadi.
Katanya, masalah ekonomi negara juga di tahap amat membimbangkan dan
ia terbukti dengan aliran wang haram yang begitu tinggi.
Negara kita di bawah pimpinan Umno BN mendapat pengiktirafan yang
amat memalukan apabila dilabel antara negara paling korup di dunia
sinisnya. Justeru katanya, jika Pakatan diberi mandat membentuk kerajaan
negeri, segala tawaran dalam Manifesto akan dilaksana seberapa segera
demi kebahagian rakyat.
Kunci kepada permasalahan itu adalah kerajaan yang bertanggungjawab
dan menitik berat masalah rakyatnya. Kita berikrar jika dipilih sebagai
kerajaan, segala masalah ini dan amalan rasuah akan kita selesaikan. Kita merupakan kerajaan yang berpegang pada prinsip. Dengan
manifesto ini, kita tidak akan memperhambakan rakyat, tapi biar kita
menjadi hamba kepada rakyat,” kata bekas menteri kesihatan itu. Beliau berkata, antara kandungan menifesto ditawar kepada rakyat
Johor adalah program satu keluarga satu rumah, bantuan kepada ibu
tunggal dan ibu tinggal, bantuan pendidikan dan lain-lain.
Kita juga akan memastikan Johor bebas dari diskriminasi antara kaum,
segala bantuan-bantuan akan kita berikan terbuka kepada semua kaum
tidak kira Melayu, Cina, India mahupun orang asal di sini. Saya percaya rakyat Johor sudah bersedia untuk melakukan perubahan.
Manifesto yang kita lancarkan hari ini adalah manifesto yang mencukupi
segala yang dimahukan rakyat Johor.
No comments:
Post a Comment