VS
KELANTAN AKAN DI BIRUKAN ATAUPUN AKAN KEKAL HIJAU LAGI LIMA (5) TAHUN...????? PERANAN NGO "TUKAR" TELAH MENYEMARAKKAN ASAKAN "TUKAR" CORAK DAN PEMERINTAHAN DOKTRIN PAS KELANTAN KEPADA BARISAN NASIONAL KELANTAN. T-SHIRT BERBAJU MERAH TELAH MELANDA KELANTAN. DOKTRIN PAS TELAH MENGEMBELINGKAN "TENAGA UNIT AMALNYA" UNTUK MENGELUARKAN T-SHIRT "HIJAU" KEKAL DAN T-SHIRT R FOR ROYALTY. NAMPAKNYA PERTEMBUNGAN T-SHIRT MERAH DAN HIJAU TELAH MEMUNCAK DAN AKAN DI KETAHUI OLEH PENDUDUK-PENDUDUK KELANTAN DAN RAKYAT KELANTAN YANG BERADA DI SELEURUH MALAYSIA PADA 5/5/2013 NANTI...KITA TUNGGUKAN SIAPA YANG BERHAK UNTUK MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGERI KELANTAN DARUL NAIM...?????
KAWASAN PRU13 NEGERI KELANTAN |
ANGIN perubahan yang sedang melanda Kelantan
ketika ini pasti mencetuskan gelombang kesedaran rakyatnya untuk
mengembalikan negeri Cik Siti Wan Kembang itu ke pangkuan Barisan
Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Tidak dinafikan Kelantan dianggap kubu kuat Pas apabila parti
tersebut kembali menerajui pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990.
Namun, rakyat Kelantan mulai sedar mandat yang mereka berikan kepada Pas
sejak 23 tahun lalu adalah satu kesilapan.
Seperti yang dijelaskan tokoh veteran UMNO, Tan Sri Hussein Ahmad
kepada Utusan Malaysia semasa berkunjung di Ibu Pejabat Utusan
Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur kelmarin, populariti Pas yang
diterajui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan kini
jatuh merudum. Rakyat semakin resah ekoran kegagalan kerajaan Pas
Kelantan membawa perubahan fizikal dari segi ekonomi, sosial, pendidikan
dan pembangunan infrastruktur.
Keyakinan Hussein itu bukan sekadar spekulasi yang bersandarkan
kepada cakap-cakap kosong di warung kopi semata-mata. Pengalaman beliau
dalam politik khususnya di Kelantan amat luas dan mendalam. Hussein
pernah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang selama 32
tahun dan Ketua Penerangan UMNO selama 15 tahun.
"Harapan Kelantan untuk kembali ke pangkuan BN kali ini adalah cerah
sebab yang bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ialah
'Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Saya kata begitu sebab kesemua calon yang diletakkan di Kelantan
mewakili kepimpinan Najib," katanya penuh bersemangat. Menurut beliau, rakyat Malaysia termasuk di Kelantan dapat melihat
sendiri kesungguhan Najib melaksanakan transformasi dalam pentadbirannya
sejak dilantik sebagai Perdana Menteri dan 'faktor Najib' itu memberi
bonus yang besar dalam membantu calon-calon BN di Kelantan untuk
memenangi hati pengundi.
"Saya percaya ahli-ahli Pas yang tegar akan kekal dengan parti itu
tetapi sebahagian besar pengundi di atas pagar sudah nampak apa yang
dilakukan oleh BN di bawah kepimpinan Najib. "Golongan ini akan menyokong UMNO dan sokongan mereka sudah cukup
untuk memastikan kemenangan BN di Kelantan. "Selain itu, rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri-negeri lain
untuk mencari rezeki mula menunjukkan perubahan sikap. Jika dulu mereka
menentang BN namun sekarang sikap itu bertukar 180 darjah," jelasnya.
Veteran UMNO berusia 79 tahun itu berkata, kerajaan Pas Kelantan juga
menerima tamparan hebat apabila golongan ulama pondok yang pernah
menjadi penyokong tegar parti tersebut telah berubah arah dan menyatakan
sokongan mereka terhadap UMNO secara terbuka. "Kehendak Allah SWT yang membuka pintu hati pemimpin-pemimpin agama
di pondok di negeri yang dianggap sebagai serambi Mekah ini. Sekarang,
golongan ulama pondok sudah nampak kepalsuan Pas. Sebab itu mereka
kembali ke jalan yang benar. "Sudah tentu perkembangan terbaharu membabitkan ulama pondok itu akan
membawa perubahan di Kelantan. Ini satu petanda yang baik. Saya pernah
menjadi calon pilihan raya dahulu. Hendak dapatkan dua pengundi yang
menyokong BN di sebuah pondok pun susah tetapi sekarang ramai yang
sokong kita," ujarnya.
Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, Pas semakin rancak mengulangi
janji-janji lapuk seperti melaksanakan hudud, membangunkan negeri malah
tergamak menjanjikan syurga kepada pengundi yang memilih parti itu. Bagi
Hussein, rakyat Kelantan semakin bijak dan tidak akan mudah
diperdayakan oleh Pas dengan janji-janji palsunya. "Hudud pun tidak dilaksanakan dalam Pas. Pernahkah pemimpin Pas
dihukum hudud? Sekarang heboh isu pemimpin kanan Pas dituduh tetapi
apakah tindakan yang diambil oleh Pas?" katanya.
Mengulas tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad
Muhd. Taib menyertai Pas dan bekas ahli-ahli UMNO termasuk bekas Ketua
Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas,
Hussein yang cukup memahami tepuk dan tampar politik tanah air
menganggap senario itu sebagai 'irama biasa' setiap pilihan raya umum
atau kecil. "Golongan ini kalau kita beri langit pun mereka tetap tidak akan
berpuas hati. Itulah tandanya orang yang tidak bersyukur. "Tetapi kita tidak perlu risau kerana tindakan mereka itu tidak
memberi kesan sedikit pun kepada parti malah bilangan pengikut mereka
saya percaya setakat boleh dibilang dengan jari.
"Cuma satu sahaja yang saya hendak nasihatkan kepada
pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan. Berilah sokongan kepada calon-calon
kita sama ada yang baru atau lama demi memastikan kemenangan parti. "Kita harus ingat semasa kita bertanding dahulu, mereka bekerja keras
membantu kita. Kenapa bila mereka bertanding, kita tidak boleh
melakukan perkara serupa?" ujarnya.
Sebelum mengakhiri pertemuan, Hussein sempat meninggalkan sedikit
pesanan kepada orang Melayu di Kelantan: "Jaga kepentingan diri kita
dahulu sebelum menjaga kepentingan orang lain. Kita mesti membantu diri
sendiri dan kita boleh melakukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13."
KELANTAN UNIK SIKIT KERANA PENGUNDI-PENGUNDINYA AKAN SETIA KEPADA SATU. TAPI ANGIN PERUBAHAN PADA PRU13 INI JELAS KELIHATAN. KITA PUN TIDAK PASTI BAGAIMANA PERSEPSI PENGUNDI-PENGUNDI ATAS PAGAR BEGITU JUGA PENGUNDI-PENGUNDI LUAR (CARI MAKAN DI PERANTAUAN) AKAN MENGUNDI PADA 5/5/2013 NANTI. SATU YANG UNIK IALAH PARA PENDIDIK, ILMUAN DAN ULAMA PONDOK YANG TELAH MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA BARISAN NASIONAL. MENURUT SAHABAT KITA SESETENGAH KERUSI ITU TELAH DI KETAHUI. CUMA BEBERAPA KERUSI YANG DI KATAKAN 50:50 MASIH BELUM BOLEH DI BACA. APAPUN KEPUTUSANNYA NANTI SELEPAS 5/5/2013 KITA MESTI MENERIMA SEADANYA DAN IKATAN SESAMA KITA TIDAK SEHARUSNYA DI PISAHKAN OLEH GARISAN "POLITIK ATAU IDEALOGI YANG BERLAINAN"....
Ini persepsi dan tanggapan, kita akui di peringkat awal 90 an, ramai
yang akui ketokohan beliau, sebab itu kita kalah di Kelantan, kalau
tiada beliau, kita (Barisan Nasional) dah lama menang...“Tetapi
setelah begitu lama diberi peluang, rakyat dapat nilai, terlalu lama,
sampai bila nak pimpin negeri ini, ketandusan idea, kita mahu yang
cerdas, yang boleh berubah seiring dengan perubahan di seluruh negara,”
ujar Mustapa.
Mustapa sementara itu berkongsi penilaian beliau mengenai peluang BN menguasai Kelantan, pada pilihan raya umum ke-13. Menurut beliau, dua faktor memungkinkan kemenangan parti ialah keberkesanan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dapat dinilai sendiri oleh rakyat. Ini melibatkan transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta keterbukaan kerajaan membenarkan demonstrasi dengan syarat-syarat tertentu. Kelemahan PAS dalam beberapa isu, hujah Mustapa, turut memberikan kelebihan kepada BN. “Banyak masalah timbul, isu kalimah Allah, pendirian PAS berubah-ubah, parti itu tolak mereka yang tegakkan Islam, seperti Datuk Hassan Ali, ini menyebabkan rakyat Kelantan tak puas hati,” kata Mustapa.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmud Zuhdi Abd Majid menyifatkan ketaksuban penyokong terhadap Nik Aziz, hingga membenarkan keceluparan pemimpin ini, boleh membawa padah kepada PAS.
“Mereka anggap siapa yang tentang, akan dijatuhkan, bila dalam keadaan begitu, Nik Aziz tidak dapat nasihat menyeluruh sebab orang bawahan menganggap, siapa melanggar keputusan dia (Nik Aziz), ada kemungkinan akan jadi mangsa macam Nasarudin... “Keceluparan Tuan Guru ini kadang-kadang, boleh bangkitkan isu di kalangan pengundi atas pagar,” kata Profesor Datuk Dr Mahmud Zuhdi Abd Majid.
Dr Mahmud juga berhujah, pertarungan di Kelantan banyak ditentukan oleh BN, berdasarkan rekod hampir rampas Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilihan raya umum ke 11 (2004), di bawah kendalian Datuk Seri Mustapa Mohamad. “Persoalannya BN jika betul-betul nak menang di Kelantan, parti itu boleh susun strategi untuk menang, namun agak malang pasukannya tak teratur,” ujar beliau.

Read more at: http://www.astroawani.com/election/news/show/pas-kekal-di-kelantan-selagi-nik-aziz-ada-hanya-persepsi-8961?cp
STRATEGI DOKTRIN PAS IALAH KEKAL KELANTAN TAPI KITA TUKAR "PUTRAJAYA"...KENAPA AGAKNYA...?????
KELANTAN DIKEKALKAN KERANA "LABEL ISLAM" DOKTRIN PAS...PUTRAJAYA MESTI DI TUKAR KERANA "LABEL ISLAM UMNO"...MAKNANYA DOKTRIN PAS BERDENDAM, IRI HATI DAN DENGKI DENGAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL YANG TELAH BERJAYA MEMBANGUNKAN NEGARA BERPAKSIKAN ISLAM SEDANGKAN DOKTRIN PAS GAGAL DI KELANTAN...DOKTRIN PAS MENERAJUI PERUBAHAN MENCAPAI KEBERKATAN...APA PERUBAHAN YANG DITERAJUI OLEH DOKTRIN PAS UNTUK MENDAPAT KEBERKATAN...?????
RAKYAT KELANTAN FIKIR-FIKIRKANLAH...5/5/2013...JALANKAN TANGGUNGJAWAB KELIAN SEBAGAI RAKYAT KELANTAN DAN MALAYSIA.