Friday, June 22, 2012

Doktrin PAS itu bukan Islam...Islam itu bukan Doktrin PAS...


Kita pernah di gemparkan oleh Doktrin PAS ini dengan Amanat Presiden Doktrin PAS Haji Hadi Awang yang menyebabkan umat Islam di Malaysia berpecah kepada dua kelompok terutama di Terengganu. Dua (2) Imam, Dua (2) Masjid dll sehinggakan kenduri, tahlil dan sembelihan pun di haramkan untuk di makan oleh puak-puak Doktrin PAS ini kalau org UMNO yg membuat dan melaksanakannya. Betapa dahsyatnya amanat Haji Hadi Awang ketika itu sehinggakan org UMNO itu kafir kerana bersahabat dengan kaum kafirun terutama MCA dan MIC.

Masa berlalu Doktrin PAS tak pernah menang kerusi di Parlimen lebih dari 30 kerusi sebelum PRU12, 2008 dan tidak pernah memerintah Negeri lain selain dari Kelantan dan Terengganu. Terengganu pun satu penggal sahaja kerana kurang pengalaman dan pengetahuan dalam selok belok pentadbiran menyebabkan segala-gala perancangan terbantut. Rakyat Terengganu kembali kepada Barisan Nasional lima tahun kemudian. Doktrin PAS hanya kekal di Kelantan mungkin kerana faktor "wow" Tok Guru MB Kelantan atau rakyat Kelantan selesa dengan "Negeri Islam" yg di laungkan oleh Doktrin PAS dan Tok Guru. Rakyat Kelantan juga teruja kerana "Kelantan akan di naungi oleh Hukum Hudud" yang telah di luluskan oleh DUN Kelantan dan telah mendapat berkenan DYMM Sultan Kelantan untuk di laksanakan. Kemudian senyap, ayam telah berkokok berkali-kali tapi "Negeri Islam" dan "Hukum Hudud Doktrin PAS" masih belum dilaksanakan. Sambil itu, telah bergerak gembar-gembur bahawa Doktrin PAS bakal menggantikan UMNO untuk memacu umat Islam ke arah "Islam yg berteraskan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW)".

Kemudian pada PRU12, 2008 datang pukulan maut atau di panggil "tsunami politik" Doktrin PAS berjaya mendapat kerusi terbanyak yang pernah di perolehi di Parlimen dan berjaya menawan Kedah serta pemimpinnya di lantik menjadi MB Perak yg pertama dari pembangkang yg di wakili oleh Doktrin PAS. WOW! ahli-ahli sangat teruja dan "excited" dengan perkembangan yg tanpa di duga yg di kurniakan oleh Allah (SWT). Maka timbullah cakap-cakap bahawa Allah (SWT) telah merestui perjuangan Doktrin PAS dan Allah (SWT) ingin menunjukkan kpd org2 UMNO bahawa betapa UMNO dan Barisan Nasional itu telah banyak melakukan kerosakkan dan kemusnahan terhadap kewangan negara, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, kronisme dan nepotisme. Maka semua yg buruk tentang UMNO itu pun keluar dari mula menjalankan pemerintahan di Perak, Kedah, Selangor dan Penang sehinggalah UMNO secara resmi mengajak PAS untuk membentuk kerajaan gabungan antara PAS dan UMNO di Perak yang mana MB akan di serahkan kpd PAS. Malangnya pelawaan UMNO itu di tolak mentah-mentah oleh Doktrin PAS kerana mereka telah sepakat dengan PKR dan DAP. Selebihnya adalah sejarah yang mana dari hari pertama pemerintahan Doktrin PAS sehinggalah kini di ambang PRU13 berbagai masalah dan dugaan di timpakan oleh Allah (SWT) kepada Doktrin PAS di atas segala perbuatan dan pelakuan pemimpin2nya.

Persoalan sekarang adakah Doktrin PAS itu Islam dan Islam itu Doktrin PAS...benarkah Doktrin PAS itu parti Islam atau sebenarnya Doktrin PAS itu parti secular berlabelkan atau mencelup "Islam".

Allah (SWT) dalam Al-Quran tidak mengatakan bahawa Aku akan menciptakan UMNO ataupun Doktrin PAS untuk dijadi khalifah di muka bumi untuk tunduk kepadaKU melainkan:-

Melalui ayat 30 Surah Al-Baqarah Allah (SWT) mengatakan apabila Tuhanmu berfirman kepada para malaikat "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka [malaikat] berkata "Mengapa Engkau hendak menjadikan [khalifah] di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpuhkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau" Tuhan berfirman "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Allah (SWT) mengajar Nabi Adam (AS) semua perkara kemudian mengemukakan kepada para malaikat lalu berfirman "Sebutkanlah kepadaKU nama-nama benda itu jika kamu memang orang yang benar!". Mereka [para malaikat] menjawab "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". Deretan itu ayat 34 Surah Al-Baqarah mengatakan Dan [ingatlah] ketika Kami berfirman kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka sujudlah mereka kecuali iblis dia enggan dan takbur dan dia termasuk golongan orang kafir.

Sebelum itu ayat 21 Surah Al-Baqarah mengatakan bahawa "Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang yang sebelummu agar kamu bertakwa". Seterusnya ayat 22 Surah Al-Baqarah "Dan yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap dan Dia menurunkan air [hujan] dari langit lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buhan sebagai rezeki untukmu kerena itu janganlah kamu mengadakan sekutu2 bagi Allah (SWT) padahal kamu mengetahui.

Oleh itu kita sebagai umat Islam harus pandai membedakan antara "Khalifah di muka bumi" dengan UMNO ataupun Doktrin PAS. UMNO dan Doktrin PAS adalah ciptaan manusia sahaja bukan ciptaan Allah (SWT), maka ketundukkan kpd Allah (SWT) itu adalah sesuatu yg tidak di perlukan. Malang ada setengah orang yg taksub dan jumud mengatakan bahawa UMNO dan Doktrin PAS itu mesti tunduk kepada Allah (SWT) sedangkan Allah (SWT) tidak pernah mencipta UMNO dan Doktrin PAS melainkan Allah (SWT) hanya mencipta "Khalifah di muka bumi " iaitu Nabi Adam (AS) dan Allah (SWT) juga memerintahkan para malaikat sujud kepada Nabi Adam (AS). Hanya Syaitan sahaja yg enggan untuk sujud kepada Nabi Adam (AS) kerana kesombongan dan ketakburanya memandangkan "Syaitan" lebih mulia yg di ciptakan dari "api" sedangkan Nabi Adam (AS) hanya dari tanah yg busuk.

Sekiranya Allah (SWT) mencipta UMNO dan Doktrin PAS maka, para malaikat dan syaitan pun mestilah sujud kepada UMNO dan Doktrin PAS. Maka di sini timbulnya permasalahan samada UMNO ataupun Doktrin PAS itu Islam. Secara dasarnya kita tidak yakin pun bahawa UMNO dan Doktrin PAS itu  Islam melainkan pemimpin2 yg memimpin parti2 tersebut memang Islam yg telah bersyahadah mengaku tiada Tuhan yg berhak di sembah melainkan Allah (SWT) dan Nabi Muhammad (SAW) itu adalah pesuruhNYA. Maksudnya UMNO dan Doktrin PAS tidak pernah "Islam" melainkan pemimpin2 parti tersebut yang Islam tapi malangnya Doktrin PAS gagal dalam tanggungjawabnya dalam menyebarkan, menegakkan dan memartabatkan Islam di Malaysia. Walaupun Doktrin PAS itu terkenal dengan label atau celup Islamnya tetapi Islam yang di perjuangkan berkisar pada "Islam Doktrin PAS dan Islam UMNO", maknanya Islam berpecah belah akibat Doktrin PAS yang menggaulkan agama dalam politik. Doktrin PAS mendahulukan agama tapi agama yang mendatangkan kepentingan kepada agenda dan political mile Doktrin PAS. Apa yg menjadi barah sekarang ialah Doktrin PAS mengaku parti Islam, sedangkan di dalam Al-Quran dan di zaman Nabi Muhammad (SAW) sampailah ke zaman-zaman para sahabat dan Khalifah Rasyhidin, Abu Bakar Al Siddiq, Umar Al Khattab, Uthman Al Affan dan Ali Abi Talib tiada pun di sebutkan sebagai "parti Islam". Di zaman Khalifah Muawiyah, Abbasiyah dan seterusnya mungkin "parti Islam" itu muncul akibat fahaman "agama" dan pembawaan "politik" yg berbeda dalam menjalankan urus tadbir negeri ataupun negara.

Maka timbul perbalahan tersebut yang di cipta oleh manusia  yang inginkan kuasa dan jawatan, walaupun  pemimpin2 Doktrin PAS mengetahui bahawa pemimpin2 UMNO telah berjaya  menyebarkan, menegakkan dan memartabatkan "syiar Islam" di Malaysia. Pemimpin2 Doktrin PAS yang berstatus "ulama" kononnya kerap menuding jari di atas segala permasalahan yang menimpa rakyat dan negara di atas bahu pemimpin2 UMNO dengan mengatakan bahawa pemimpin2 UMNO telah menolak Islam. Akibatnya segala permasalahan ekonomi, politik dan sosial dalam negara adalah betunjang kepada permasalahan pemimpin UMNO tolak Islam, kemudian di selang selikan dengan Malaysia bukan Negara Islam, pemimpin2 UMNO gagal dalam mengadakan Hukum Hudud seperti Hudud Doktrin PAS dll.

Modal politik Doktrin PAS

Tapi bagaimana pula kenyataan ini:-

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak agenda hudud dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat. Mahfodz mengakui bahawa parti komponen Pakatan Rakyat belum mencapai kata sepakat dalam pelaksanaan hukuman hudud dan menyatakan bahawa penekanan terhadap pelaksanaan hudud adalah menurut kesesuaian. 

Datuk Seri Azizan Abdul Razak (MB Kedah): ''Kerajaan Pas Kedah tidak akan laksanakan hudud buat masa ini kerana Pas berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Inilah realiti politik hari ini di Kedah. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan. Kerajaan Pas Kedah akan berunding dengan rakan Pakatan dahulu.''  

Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor): ''Kerajaan PKR Selangor tidak akan melaksanakan hudud.''  

Abdul Wahid Endut (Pesuruhjaya Pas Terengganu): "Cadangan pelaksanaan hudud oleh Kerajaan Kelantan adalah selaras dengan Islam, dan itulah perjuangan Pas sejak ditubuhkan.''

Salahuddin Ayob (Naib Presiden Pas): ''Isu pelaksanaan hudud hanya akan dibincangkan semula jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya! Tidak guna bercakap mengenai hudud sekarang. Lebih baik fokus kepada pilihan raya umum!''

Khalid Abdul Samad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor): Pas tidak akan melaksanakan hudud tanpa persetujuan DAP dan PKR.''

Dzulkifly Ahmad (AJK Pas Pusat): ''Pakatan akan hancur jika terperangkap dengan isu hudud yang tidak penting buat masa ini! Lebih baik fokus kepada strategi memenangi pilihan raya.''

Kemudian Doktrin PAS mengejutkan umat Islam di Malaysia dengan renjetan "Kita bukan sahaja akan berkawan dengan Doktrin DAP tapi malahan dengan "Syaitan" sekali pun boleh melainkan dengan parti UMNO dan pemimpin2 parti UMNO". Inilah yang menjadi "label Islam" Doktrin PAS itu lebih kusut. Dahulu Amanat Haji Hadi Awang mengatakan "orang-orang UMNO" kafir, sesat, jahil dan munafik tapi sekarang apabila kenyataan sebegitu rupa keluar dari mulut yang di gelar oleh puak-puak Doktrin PAS sebagai "Ulama" maka ianya sudah tentu memberikan gambaran yang berlainan kepada orang-orang Islam yang tidak mempunyai dokongan kepartian dan ianya juga telah memberi ruang kepada "parti UMNO" untuk menarik nafas lega akan kegelojahan dan kerakusan Doktrin PAS untuk mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri dan menawan Putrajaya. Umat Islam di Malaysia mula tertanya-tanya adakah Doktrin PAS ini parti Islam sebenar atau parti "label Islam" iaitu "parti celup Islam". Kalau dahulu Doktrin PAS mengelar orang2 UMNO kafir, sekarang adakah puak2 Doktrin PAS pun sudah kafir?????

Oleh kerana "Syaitan" telah di jadikan sahabat maka keluar istilah "Tahaluf Siyasi". Ianya bermaksud membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Persoalan sekarang kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama. Siapakah musuh yang sama????? Adakah UMNO dan orang2 UMNO itu musuh yang sama????? Adakah kewujudan Tahaluf Siyasi untuk mengurangkan tekanan kepada pucuk kepimpinan parti Doktrin PAS yg sudah terlajak perahu untuk memusingkan "kekafiran" tersebut supaya jangan jatuh kepada puak-puak Doktrin PAS maka di canangkan istilah "Tahaluf Siyasi". Dalam erti kata lain istilah Tahaluf Siyasi ini telah menghalalkan parti Doktrin PAS dalam tindakannya untuk berkawan dengan Doktrin DAP. Begitu mudah bagi parti Doktrin PAS itu menghalalkan cara yang sebelum ini telah berbakul-bakul "mengkafirkan" orang2 UMNO.

Semenjak dari itu persahabatan dengan "Syaitan" telah naik ke level yang kedua di mana para pemimpin DAP di benarkan untuk berceramah di dalam masjid, surau, menggunakan ayat-ayat Al-Quran dll. Ini semua tidak pernah di lalui oleh umat Islam di Malaysia di bawah Barisan Nasional kerana MCA dan MIC lebih memahami kebudayaan dan agama Islam itu sendiri yang menjadi milik mutlak orang2 Islam di Malaysia.

YB Serdang Kafirun DAP ceramah dalam Surau Al Huda Kajang

Ayat Al-Quran akan di jadikan modal politik dan akan berterusan selagi nas2 Al-Quran boleh dieksploitasi mengikut acuan dan ramuan parti Doktrin PAS dan pemimpin "ulama politik parti Doktrin PAS". Adakah Doktrin PAS terlalu melayan  "Syaitan" yang menjadi sahabat setia mereka sekarang????? Semasa PRK Bukit Gantang yg di menangi oleh YB Nizar Pembohong, Ngo Kong Ming [YB Taiping] dengan lantang membaca Sural2 Al-Quran dan seterusnya di hentam teruk sehingga meminta maaf di akhbar ekoran mengunakan ayat Al-Quran, namun maaf hanya sekadar maaf, apabila nik aziz & pimpinan2 PAS sendiri pula mengalakkan Nga mengunakan ayat Al-Quran sebagai modal politik.

Persoalan sekarang adakah Doktrin PAS itu parti Islam????? UMNO sesungguhnya bukan parti Islam tetapi parti UMNO melalui pemimpin2 berjaya menyebarkan, menegakkan dan memartabatkan "syiar Islam" di Malaysia. Ini di akui sendiri oleh cendiakawan ilmu Islam tersohor di Malaysia Dr. Muhammad Uthman El Muhammady. Sebaliknya Doktrin PAS yg "mecelup label Islam" itu telah gagal dalam menyebarkan, menegakkan dan memartabatkan "label Islam" nya walaupun tunduk kepada Allah [SWT] kerana terlalu banyak "Syaitan" yang menggangu pelaksaan "label Islam" Doktrin PAS seperti "over my dead body" dan "Kitab Hikyat 100 hari Buku Jingay".  Pada pandangan kita lagi lama Doktrin PAS berkawan dengan "Syiatan" lagi lama Doktrin PAS akan di sesatkan seperti kata-kata "Syaitan" apabila di turunkan ke bumi akibat tidak mahu sujud kepada Nabi Adam (AS). Maka "Syaitan" berjanji dengan Allah (SWT) akan menyesatkan, memalingkan dan memusnahkan "akidah" dan pegangan "tali Allah (SWT)" sesiapa yg di fikirkan telah menyeru kepada jalan "Syaitan". Parti UMNO tidak pernah menyeru kepada jalan "Syaitan" sebaliknya ingin bermuzakarah dan bergabung dengan Doktrin PAS, sebaliknya Doktrin PAS yang telah menyeru kepada jalan "Syaitan" apabila menyeru bahawa "kita bukan sahaja akan berkawan dengan Doktrin DAP malahan dengan "Syaitan" sekalipun kita sanggup berkawan". Inilah tulah yang di turunkan oleh Allah (SWT) kepada parti Doktrin PAS dan pemimpin2 Doktrin PAS yang di labelkan sebagai "ulama politik" yang telah banyak menimbulkan kerosakkan, perpecahan, perbalahan dan kehancuran kepada umat Islam dan "perjuangan Islam" itu sendiri di Malaysia.

Kita percaya bahawa sesungguhnya Allah (SWT) nak berikan pengajaran kepada parti UMNO dan pemimpin2 parti UMNO bahawa kekuasaan dan ketentuan Allah (SWT) itu adalah segala-galanya. Setelah kita berusaha sebaiknya kita berserahlah kepada Allah (SWT), Insyaallah kemenangan akan berada di pihak kita. Allah (SWT) juga ingin menguji parti Doktrin PAS dan pemimpin2 Doktrin PAS dengan kemenangan yang tidak di duga tetapi malangnya "Islam" yang di harapkan "selam" pula yang timbul. 

Natijahnya kita jangan biarkan "Islam" di buat seperti barangan antik bila tiba masa pameran maka barangan antik akan di bersihkan dan dikilatkan tapi bila tiada pameran akan di simpan. Ini seolah-olah menjadi "Islam" itu sebagai "senjata politik" apabila perlu sahaja iaitu apabila keadaan parti Doktrin PAS yang semakin terdesak dan merudum sokongannya, maka fatwa dan dalil songsang agama di keluarkan untuk mengelirukan rakyat terutama umat Melayu dan Islam. 


No comments:

Post a Comment