Saturday, November 13, 2010

UMNO/BN mesti undur secara hormat jika kalah PRU 13: Kita dalam UMNO/BN sentiasa mengamalkan demokrasi kepimpinan dan terpimpin mengikut Perlembagaan Malaysia. Kita tahu bila kita kalah kita akan serahkan hak tersebut kepada yang menang. Inilah yg terjadi di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Kita tidak mempertahankan dengan jiwa dan raga kita negeri-negeri ini drp di ambil oleh Pakatan Rakyat dengan bermandikan darah tetapi dengan secara diplomasi tiada ganggu gugat. Kita faham akan Perlembagaan Malaysia sekiranya kita tiada majoriti maka kita akan jadi pembangkang itu sudah adat dalam proses demokrasi berparlimen. So tuduhan YB Marang ini tidak berpijak di bumi nyata pun kerana yang tidak memahami undang-undang adalah di pihak PAS dan Pakatan Pembangkang. Kita ambil contoh di Perak bila UMNO/BN dapat majoriti apabila YB-YB bebas keluar parti masing-masing menyokong UMNO/BN maka UMNO/BN berhak untuk menubuhkan kerajaan sebab dapat majoriti. UMNO/BN tidak pernah merampas kuasa dan suara rakyat. PAS dan Pakatan Rakyat telah membuat fitnah dan pembohongan kononnya UMNO/BN telah merampas kuasa dan suara rakyat tetapi rakyat yg tahu berfikir dan tidak emosi akan nampak akan kecurangan dan kejelikkan perbuatan PAS dan Pakatan Rakyat tersebut. Proses undang-undang telah di lalui sebanyak 3 peringkat tetapi akhirnya memihak kepada UMNO/BN. Maka kita kena menerima keputusan tersebut dengan seadanya jangan menuding jari, fitnah dan buat pembohongan kononnya kita UMNO/BN tidak patuh terhadap undang-undang. Kalau kita kalah pada PRU 13 nanti bukan sahaja Putrajaya kita serah tetapi kunci kantung Perbendaharaan Negara pun kita serahkan kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Apa yang di ungkapkan oleh YAB PM adalah satu pesanan dan semangat kepada UMNO/BN supaya bekerja lebih gigih dan sentiasa mendampingi rakyat agar Putrajaya kita dapat pertahankan. Nampaknya YB Marang inipun macam YB Batu Gajah, YB Ipoh Timur dan YB Pembangkang yang lain kurang faham bahasa Malaysia. Mungkin YB Marang banyak sangat baca Harakah Daily kerana memboikot Utusan Malaysia maka berumpamaan Melayu telah di lupainya. Kita tak boleh menuduh UMNO/BN org bodoh dan gila tak tahu undang-undang sebabnya yang sebenarnya PAS dan Pakatan Rakyat yg tak tahu undang-undang maka semua fitnah dan pembohongan di fatwa dan di dalilkan sah di utarakan sekiranya untuk melawan UMNO/BN. Adakah ini perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Adakah perjuangan Islam yg memecah belahkan umat Islam dengan fatwa dan dalil yg mengelirukan boleh di kategorikan Islam yang berpandukan Al-Quran dan Hadis Nabi. Kita jangan lari drp landasan sebenar hanya kerana kepentingan politik dan duniawi. Sekali umat Islam tersimpang masuk ke lorong lain maka kita pemimpin yang kena bertanggungjawab sebab kita yang memimpin mereka menyimpang drp landasan sebenar. Inilah yang terjadi di Kedah apabila banjir melanda MB PAS di Kedah marah-marah kerana pihak media membangkitkan isu bantuan banjir yang sememangnya tiada bantuan. Kalau ada bantuan pun pilih bulu atau berbau politik. DYMM Sultan Kedah sampai bagi pesan turun bantuan mangsa banjir ketepikan fahaman politik tetapi PAS dan Pakatan Rakyat degil maka Allah (SWT) tunjukkan kecurangan tersebut maka melentingkan MB PAS tak tentu pasal boikot media arus perdana drp menghadiri sidang Dun Kedah. Adakah ini corak kepimpinan dan kerja cara Islam yang di amalkan oleh PAS dan Pakatan Pembangkang sekiranya memerintah Malaysia kemudian hari. Kita sentiasa berdoa agar Allah (SWT) memberikan negara Malaysia ini kpd pemimpin-pemimpin yang mulia, berakhlak waras, beragama dan berilmu serta berwawasan bukannya yang memfitnah dan melakukan pembohongan. Kita yg peliknya suratakhbar dan media kaum "sebelah sinun" telah diberikan perhatian yang lebih sangat sehinggakan bangsa sendiri di ketepikan. Adakah PAS Kedah ingin bergantung kpd kaum "sebelah sinun" atau takut dengan Monyet DAP. Natijahnya YB Marang mungkin tidak dapat nasihat yang betul drp penasihat-penasihatnya atau kurang membaca suratakhbar perdana maka ucapannya hanya berbau fitnah dan pembohongan sahaja.

SHAH ALAM, 13 Nov — Sambil menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno tidak patuh terhadap undang-undang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendesak parti Melayu terbesar itu berundur secara terhormat jika kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Hadi berkata Umno yang merupakan teras kepada Barisan Nasional (BN) sepatutnya perlu bersikap terbuka dalam menerima kekalahan dalam pilihan raya, bukan dengan berusaha mencari taktik untuk menang dan bertindak macam di Perak tahun lalu.

“Saya minta Umno undur diri secara terhormat sekiranya kalah, mengaku kalah sahaja. Jangan nak cari jalan menang. Macam di Perak dulu, sudah kalah terima sahajalah, begitu juga dengan undi Orang Asli.

“Parti yang memerintah kalau menghadapi masalah kenalah berundur, beri peluang kepada kita untuk memerintah.

“Kita tahu Umno ada masalah tapi masih cuba nak tutup tapi akhirnya akan terdedah juga,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan program PAS Sedia Ganti Umno di sini hari ini.

Perak merupakan antara lima negeri dimenangi Pakatan Rakyat tetapi jatuh ke tangan BN awal tahun lalu.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010 berkata Putrajaya — merujuk kepada nadi pentadbiran kerajaan persekutusan — “mesti dipertahankan walau apa pun terjadi.”

Pakatan Rakyat pula secara menggerakan tema kempen “Bergerak Menuju Putrajaya”.
 
Hadi (gambar) yang juga Ahli Parlimen Marang juga menggesa jentera parti itu supaya memperkuatkan parti Islam itu dalam menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Kita kena rancang strategi, kita perlu tingkatkan kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya.

“Kita nak capai kemenangan dengan kekuatan sendiri bukan kerana kelemahan lawan.

“Justeru, program yang kita anjurkan hari ini amat penting supaya jentera memahami polisi dan strategi parti,” katanya.

Terlebih dahulu dalam ketika merasmikan program tersebut, Hadi berkata PAS perlu mempunyai kekuatan dan strategi yang baik untuk menghadapi Umno-BN dalam pilihan raya.

“Kita berlawan dengan Umno macam berlawan dengan orang bodoh, orang gila. Tiada undang-undang.

“Kalau nak lawan kita kena ada kekuatan sendiri, kena ada strategi sendiri, kena ada cara untuk berlawan 
denga musuh dan kita kena gerakkannya di peringkat akar umbi.

“Umno tidak boleh memerintah selama-lamanya, siapa yang boleh ambil alih negara? Sebab itu kita tawarkan diri, biar Umno berehat,” katanya.

Beliau yang juga bekas menteri besar Terengganu meminta supaya jentera parti itu mendapatkan sokongan daripada semua pengundi termasuk orang bukan Melayu dan juga ahli Umno.

“Kita tidak boleh menang dengan hanya undi dari ahli PAS, tetapi undi daripada bukan ahli juga (diperlukan). 

Kita juga perlu undi daripada ahli Umno juga.

“Sebab itu kita kena rancang strategi dan gunakan pendekatan untuk membawa mereka kepada kita. Kita harus bersikap terbuka dalam perkara ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment