Saturday, November 27, 2010

PKR dakwa UMNO gagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan: Ini adalah satu tuduhan yang melulu dan tanpa melihat kepada realiti serta keadaan di Malaysia. Ini mungkin pada Presiden PKR, Malaysia masih lagi terbelakang apabila Anwar tidak dapat pembelaan sebaiknya dalam kes liwatnya. Tetapi sekiranya Anwar di bela dengan baik maka persepsi negatif tidak akan timbul langsung. Persoalannya bagaimana nak membela Anwar? Kita hairan mengapa Presiden PKR ini sanggup membuat tuduhan liar dan tanpa membuka mindanya dan melihat keadaan sekelilingnya, kemudian tanya dirinya sendiri samada aku boleh mengerjakan amal ibadat aku dengan sempurna, aman tenteram serta di mana sahaja ada masjid dan surau untuk aku melaksanakan amal ibadat aku dengan tawaduk dan penuh kerendahan kepada Allah (SWT). Kita pelik buat apa Presiden PKR nak fitnah dan melakukan pembohongan dengan lemparan meliar kpd UMNO yang tidak terlibat langsung dengan permasalahan PKR. Sayang sekali Presiden PKR ini berada dikapal yang salah dalam mempersoalkan samada UMNO berjaya atau tidak memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan. Kita tanya rakyat apa pandangan mereka? Kita jangan tanya puak PAS kerana nanti mereka kata UMNO gagal untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Pada PAS mereka adalah raja Islam, UMNO itu akan kuli Islam. Natijahnya kedua-dua parti tersebut samada PKR ataupun PAS, memang mereka sedar bahawa mereka gagal untuk menundukkan UMNO dalam menyebarkan dan memartabatkan syiar Islam di Malaysia. Selama 53 tahun kita merdeka begitulah Islam subur dan tersebar luas di Malaysia. Ketika kita hendak memartabatkan Islam ada pula yang ingin menghancurkan Islam. Kita patut tanya perkara ini kpd PKR dan PAS. Islam tidak akan dapat di memartabatkan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah tengoklah negeri-negeri Pakatan Rakyat bagaimana Islam di layan dan di selewengkan dan di mainkan oleh mereka hanya untuk kepentingan politik dan agenda politik taksub mereka bukan untu rakyat dan negara. Kita berjuang adalah demi agama, bangsa dan negara. PKR berjuang adalah untuk Anwar dan konco-konconya atas nama demokrasi dan keadilan mana ada Islamnya. Kalau Islam sudah tentu tiada permasalahan dalam PKR. Ini menunjukkan bahawa PKR telah jauh lari drp landasan politik dan perjuangannya. Kita ingatkan pejuang-pejuang PKR kembalilah kepada perjuangan demi agama, bangsa dan negara bersama-sama UMNO/BN. Jangan taksub dengan Anwar serta dongengan fitnah dan pembohongan Anwar kerana kelak kita yang akan rugi, Anwar sentiasa akan untung sebab dia duduk di atas. Segala keperitan akan kita tanggung demi untuk membela dan menaikkannya tetapi apabila sudah naik kita hendak di lanyaknya. Inilah mainan politik Anwar yg akan melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan Putrajaya yg paling di idamkan macam burung pungguk rindukan bulan macam itulah Anwar rindukan Putrajaya!!!



Wan Azizah (kanan) bersama suami dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. — Gambar oleh Jack Ooi
PETALING JAYA, 27 Nov — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Umno gagal melaksanakan amanah rakyat untuk membina negara yang bermaruah, mempamerkan keadilan Islam, menerapkan ajaran Islam dan gagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Presiden PKR itu juga berkata sokongan orang Melayu terhadap Umno kini semakin menurun, malah gelombang sokongan orang bukan Melayu sudah beralih ke Pakatan Rakyat.

“Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Gelombang sokongan orang bukan Melayu, rakyat Sabah dan Sarawak pula kini sudah beralih ke Pakatan Rakyat.

“Sesungguhnya, mereka telah gagal melaksanakan amanah rakyat untuk membina negara Malaysia yang bermaruah, mempamerkan keadilan Islam, menerapkan ajaran Islam dan gagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Pelaksanaan undang-undang kerajaan sentiasa tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut selera mereka,” kata Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR di sini.

Dr Wan Azizah menegaskan isu survival Melayu dan agama Islam di negara ini tidak akan dapat diselesaikan jika melihat melalui teropong Umno.

“Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.

“Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam dan ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat.

“Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah, barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan.  Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat,” katanya.

Menurut Dr Wan Azizah, PKR menerusi Pakatan Rakyat mahu mewujudkan sebuah masyarakat majmuk yang dapat hidup bersama di negara ini.

“Bagi kita PKR dan Pakatan Rakyat, kita mahukan wujudnya sebuah masyarakat majmuk yang dapat hidup bersama dengan saling lengkap melengkapi dan bekerjasama ke arah negara yang makmur dan aman damai.

“Islam yang sebenar mengajar umatnya agar bersikap adil, sederhana dan sentiasa menghormati bangsa dan agama lain,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau menyeru kepada seluruh rakyat di negara ini agar tidak diperkotak-katikkan oleh Umno.

“Oleh yang demikian, kita menyeru kepada seluruh orang Melayu, umat Islam dan masyarakat Malaysia umumnya agar tidak mudah diperkotakkatikkan oleh Umno dengan mengatakan bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan suara jika negara diperintah oleh Pakatan Rakyat.

“Kita juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar dapat berfikir dengan rasional dan fakta yang jelas serta tidak keliru dengan dakwaan mereka.

“Jelas terbukti bahawa Umno-BN telah pun mengkhianati mereka di masa silam. Apakah yang dapat menjamin mereka tidak akan berlaku curang lagi di masa hadapan jika amanah kuasa terus diberikan kepada mereka?” kata bekas ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

Beliau berkata hasrat itu kini semakin menjadi kenyataaan apabila melihat orang bukan Melayu tidak lagi fobia terhadap Islam.

Nurul Izzah Anwar, sebahagian daripada perwakilan yang menghadiri Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya hari ini. — Gambar oleh Jack Ooi
“Perkara ini sedang menjadi kenyataan, masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam  di dalam pilihan raya, selepas sekian lama.

“Umno telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata Umno ditolak rakyat di negara ini disebabkan kemungkaran dan kezaliman yag dilakukan pemimpin sendiri.

“Umno ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu tetapi Umno ditolak hasil dari segala kemungkaran dan kezaliman diri mereka sendiri.

“Perjuangan pemimpin Umno bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat, asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati.

“Malah amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa,” katanya.

Beliau berkata Umno ditolak rakyat di negara ini disebabkan kemungkaran dan kezaliman yag dilakukan pemimpin sendiri.

“Umno ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu tetapi Umno ditolak hasil dari segala kemungkaran dan kezaliman diri mereka sendiri.

“Perjuangan pemimpin Umno bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat, asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati.
“Malah amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa,” katanya

No comments:

Post a Comment