Mari kita pikirkan bagaimana tiga parti yang berlainan idealogi dan prinsip-prinsip perjuangan boleh duduk satu rumah makan satu rumah tidur satu rumah, Mata Sepet dengan konsep liberalisasinya, Bulan Penuh dengan keislamannya dan Roket dengan Malaysia Malaysian. Itu sebab Pakatan Rakyat masih belum di daftarkan sebagai satu parti seperti BN kerana idealogi dan perjuangannya macam langit dan bumi.
DAP- saya gelar Roket Naga kepala 2 wawasanya adalah Malaysia Malaysian iaitu kesamarataan bagi setiap rakyat Malaysia iaitu berdiri sama tinggi duduk sama rendah, menolak negara Islam dan Hukum Hudud.
PAS - saya gelar Bulan Penuh wawasannya adalah Malaysia sebuah negara Islam dan Undang-undang Hudud agenda utama.
PKR - saya gelar Mata Sepet wawasannya adalah reformasi, keadilan, Malaysia yang demokratik, mematuhi prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia dan menghormati undang-undang antarabangsa.
Kita semua ketahui bahawa Pakatan Rakyat itu adalah pakatan untuk menawan Putrajaya tiada agenda lain selain untuk menumbang BN yang telah memerintah selama 53 tahun walaupun pada dasarnya Pakatan Rakyat adalah ikatan atau perkahwinan contract yang belum didaftarkan di ROS adalah amat rapuh serta longgar berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-
Kita jangan kata dalam Pakatan Rakyat akan menjamin keadilan, kesamarataan, menolak ruang rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan menindas, kontrak dan tender telus, golongan miskin akan di bantu, kebijakan ekonomi Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan sihat, kepatuhan kepada Perlembagaan, berubah dari dasar perkauman sempit, kebebsan dan kewibawaan sistem kehakiman.
Apabila kita hendak menyokong sesuatu pihak kita kena tengok apa manifesto dan wawasannya. Kearah mana parti tersebut ingin membawa Malaysia dan bagaimana kita hendak mencapai matlamat tersebut. Apakah perancangan pembangunan dan ekonomi yang ingin dipraktikkan. Apakah target ekonominya. Apakah mekanisme dan aturcara yang digunakan untuk mencapai matlamat itu.
Kita ada agenda tersendiri iaitu untuk martabatkan Islam dibumi Malaysia, mengukuhkan perpaduan umat Islam, menjaga kedaulatkan Raja-Raja Melayu, martabatkan bahasa Melayu, meningkatkan ekonomi orang Islam serta menjaga keharmonian antara kaum yang berbumbungkan Malaysia. Itulah yang di terjemahkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Kita orang Melayu Islam ini kadang kala cepat terpengaruh dengan cerita-cerita yang tak tahu hujung pangkal. Seolah-olah cerita fitnah dan pembohongan ini adalah benar tiada yang benar selain itu adalah benar. Kesian orang-orang yang cepat terpengaruh dengan penulisan seperti ini. Kita kena tengok rasional penulisan tersebut dan kaji kesahihannya jangan cepat melatah nanti kita naik lintah siapa yang susah kita jugak yang susah.
UNTUK seketika selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Barisan Nasional (BN) menjadi tumpuan arena politik negara.
Ia berikutan pencapaian terburuknya dalam sejarah pilihan raya apabila kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan terlepas genggaman kekuasaan di tiga negeri iaitu Selangor, Perak dan Kedah sementara Pas terus memerintah di Kelantan.
Kedudukan BN dikatakan semakin tergugat apabila dalam beberapa pilihan raya kecil yang diadakan beberapa bulan selepas pilihan raya umum 2008, parti itu tewas.
Antaranya termasuklah di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) BN kecundang di Bukit Selambau, Permatang Pasir dan Manek Urai. Semua itu menyebabkan pakatan pembangkang yang disertai oleh PKR, DAP dan Pas mula bercita-cita tinggi untuk menawan Putrajaya.
Mereka menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai sasaran kononnya untuk 'mentalkinkan' BN. Pembangkang juga menguar-uarkan sejarah politik dunia menunjukkan sebuah parti yang memerintah terlalu lama tidak akan bertahan dengan mengambil contoh apa yang berlaku di Jepun dan India.
Berikutan itu maka ramailah yang resah apakah benar hala tuju politik negara akan berubah pada pilihan raya umum akan datang. Ada ketika seolah-olah kita semua sudah dibelenggu kebimbangan BN tidak akan berkuasa lagi selepas pilihan raya berkenaan. Tetapi senario sejak kebelakangan ini seharusnya memberikan isyarat kepada pembangkang bahawa rakyat negara ini tidaklah selama-lamanya akan terperangkap dengan agenda politik sempit mereka.
Kegigihan dan kesungguhan kerajaan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melakukan transformasi kepada pemerintahan negara mula dilihat menarik hati rakyat.
Isyarat diterima di DUN Bagan Pinang dan Galas, Parlimen Hulu Selangor dan Batu Sapi. Jangan lupa DUN Batang Ai sebelumnya.
Awal
Walaupun terlalu awal untuk dijadikan ukuran namun ia sekurang-kurangnya menyuntik semangat kepada BN untuk terus berusaha mengembalikan sepenuhnya sokongan rakyat kepada mereka. Walaupun masih banyak lagi perlu di laksanakan oleh kerajaan BN dalam mengembelingkan sentimen rakyat kembali kepada BN, tetapi momentum tersebut telah kelihatan kerana rakyat faham dan mengerti bahawa BN sahaja yang boleh membawa kestabilan, kesejahteraan, keharmonian, saling hormat menghormati antara agama dan kaum. Ini telah jelas di persembahkan oleh rakyat dalam PRK di Galsa dan Batu Sapi.
Apa yang berlaku di dalam pakatan pembangkang sekarang termasuklah cara mereka memerintah di negeri-negeri yang dikuasai sudah membuktikan kestabilan negara dalam pelbagai bidang akan tergugat.
Masa depan rakyat tidak boleh dipertaruhkan kepada satu pakatan yang dianggotai tiga buah parti yang ibarat biarpun tidur setilam dan sebantal tetapi selimut berbeza dan mimpi lain-lain.
Tindakan-tindakan mereka bagaikan 'kera mendapat bunga' setelah diberi kuasa akibat protes rakyat kepada BN pada tahun 2008 telah membuktikan pakatan berkenaan masih belum layak disandarkan harapan memerintah negara ini.
Lihatlah bagaimana sebuah parti yang mengaku demokratik tetapi dilihat memerintah penuh rasis di Pulau Pinang, sekutunya pula menggunakan nama keadilan tetapi tindakan mereka sendiri tidak adil hatta dalam parti sendiri manakala teman mereka, sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi tindak-tanduk tidak mencerminkan keadaan itu.
Di Pulau Pinang semua yang berkaitan dengan Islam cuba di langgarinya kerana tukang fatwa dan dalil ada di pihak Monyet DAP yang kononnya demokratik tetapi ibarat racun yang akan membunuh sesiapa sahaja yang cuba merampas dan menidakkan hak Monyet DAP di Pulau Pinang. Gegaran terbaru ialah apabila menuduh bahawa Landasan Keretapi Berkembar adalah penyebab banjir di Kedah dan arahan hentikan pembinaan landasan tersebut di keluarkan di Pulau Pinang kerana takut banjir di Sebarang Perai. Inilah contoh demokratik yg di pimpin oleh kerajaan Monyet DAP yang tidak usul periksa dan dengar penjelasan di pihak kontraktor sudah jatuhkan hukuman gantung! Adakah ini contoh "pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz". Memalukan umat Islam sahaja pakai contoh terbaik dikalangan pemimpin Islam tetapi pemerintah dan pelaksanaan buat macam Monyet. Mungkin Monyet DAP ini takut air bah itu dtg ke negerinya maka bantuan tak dapat di hulurkan maka malu nak minta bantuan pusat nanti pecahlah tembelang Monyet DAP bahawa simpanan Perbendaharaan Negeri bukannya banyak sangat!
Monyet DAP ini adalah parti perkauman No.1 di Malaysia. Agenda politiknya adalah untuk menghancurkan kekuatan UMNO yang menjadi tunjang BN. Sekiranya hancur UMNO maka hancurlah BN maka hancurlah Islam dan hancurlah Melayu. PAS dan PKR bagi Monyet DAP adalah ibarat mee kueh teow mereka sahaja kerana Anwar ingin Putrajaya, Monyet DAP pun inginkan Putrajaya begitu juga PAS. Maka PAS dan PKR memerlukan Monyet DAP untuk mendapatkan undi kaum "sebelah sinun" bagi memerangi MCA dan Gerakan drp BN. Lagipun PAS dan PKR memang berdendam dgn UMNO maka sudah wujudkan Pakatan Rakyat yang masing-masing menyimpang dendam untuk menjatuhkan UMNO dengan apa cara sekalipun. Setiap kenyataan Monyet DAP ini memang kebanyakkannya adalah berbentuk provokasi terhadap UMNO contohnya isu perkauman Guru dan pegawai BTN, isu Teoh, isu Menara 100 tingkat, isu ekonomi, isu kebebsan berakhbar, isu hak asasi manusia, isu perundangan, isu agama, isu 13 Mei dan banyak lagi. Apa sahaja yg berkaintan dgn kaum "sebelah sinun" akan ditengahkan dan sentiasa mengesa kerajaan BN menubuhkan Suruhjaya Diraja dan Suruhjaya yg berbagai utk menunjukkan bahawa Monyet DAP itu memang melindungi kaum "sebelah sinun" tetapi rakyat gagal meneliti dengan mendalam bahawa itu hanya mainan politik Monyet DAP untuk memecah belahkan dan mengucar-gacirkan ketenteraman, kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian yang telah kita bina selama 53 tahun.
Inilah yg berlaku di Kedah sampai MB Pas Kedah naik angin apabila media menanyakan persoalan mengapa bantuan mangsa banjir tidak sampai kepada mangsa banjir. Kalau ada bantuan pun hanya sampai kepada org tertentu sahaja seolah-olah pilih bulu dan berbau politik. DYMM Sultan Kedah menitahkan supaya kerajaan negeri beri bantuan kpd mangsa-mangsa banjir di Kedah tetapi kerajaan negeri degil maka terpaksalah kerajaan pusat di bawah Majlis Tindakan Negara mengambil keputusan menghulurkan bantuan kepada rakyat Kedah yang di landa banjir.
Angin seluruh badan MB Pas Kedah hari itu. Selepas itu boikot media arus perdana drp menghadiri dan membuat liputan sidang DUN Kedah. Adakah ini tanda-tanda perjuangan Islam dan kerja cara Islam.
Mengulas perkara ini seorang penganalisis politik terkenal di utara tanah air berkata, rakyat sudah melihat bagaimana situasi dalam pakatan pembangkang dan ia seharusnya memberikan mereka ruang untuk menilai.
''Memang dulu BN ada masalah, namun kepimpinan Najib telah memperlihatkan kesungguhan untuk atasi semua isu-isu besar yang membelenggu UMNO dan BN.
''BN khususnya UMNO kini tampil jauh lebih bertenaga dan dinamik serta kukuh berbanding pakatan pembangkang yang semakin berkecamuk,'' katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, keadaan itu berlaku kerana Pas kini dibelenggu pemikiran yang berkecamuk dan hala tuju tidak jelas sehingga menimbulkan persoalan apakah mereka kini berada di landasan yang betul atau tidak.
Kita kadang kala kena fikir bahawa adakah kepimpinan aku ini dapat memberikan sebarang faedah atau manfaat kepada pembinaan umat dan kekukuhan umat Islam di Malaysia. Apakah aku telah menyimpang drp landasan yang telah di tetapkan oleh Al-Quran dan Hadis Nabi. Adakah aku ini telah membawa umat Islam ke lorong yang berlainan drp landasan sebenarnya. Adakah aku ini banyak melakukan fitnah dan pembohongan demi politik dan kepentingan parti PAS yang di taksubkan oleh ahli-ahli ku. Adakah aku ini kepimpinan yang dibaratkan seperti membuat kueh mengikut acuan yang telah di sediakan iaitu menggunakan Islam sebagai batu locatan untuk mendapatkan sokongan tetapi pengertian Islam itu tidak di terapkan sepenuhnya hanya petik sana- sini demi kepentingan dan keuntungan politik parti PAS aku.
Maka timbulkanlah 2 iman, 2 masjid, 2 kariah, 2 dua umat Islam, kafir mengkafir, kerja dengan syaitan lebih baik drp kerja dgn UMNO, undi PAS/PR masuk syurga, undi UMNO/BN masuk neraka, UMNO sesat, UMNO tiada akidah, UMNO bodoh, gila dan tak tahu undang-undang, UMNO/BN kerajaan fasis, UMNO/BN kerajaan rasuah dan sebagainya.
''Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ternyata menjadi liabiliti besar kepada Pas.
''Oleh itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden mesti berani menguasai Pas dan melebarkan pengaruh beliau seperti era 80-an dulu,'' katanya.
Mengenai PKR, beliau berkata parti sudah menjadi parti yang semakin hari semakin hilang taring dan kredibilitinya.
PKR sekarang sudah menjadi parti yang kelam kabut yang tidak dapat dipulihkan sehinggalah ahli-ahlinya berpuashati bahawa 3AAA tiada dalam parti PKR. Inilah contoh demokrasi dan keadilan yang rakyat inginkan drp parti PKR. Ntijahnya Selangor telah merasainya dan kemungkinan Malaysia akan merasainya selpeas PRU 13 nanti adalah di ibaratkan spt pagang jauh drp api. Kita rasa sekarang rakyat tahu apa itu PKR dan siapa itu PKR dan untuk apa PKR itu di wujudkan.
''Pakatan pembangkang nyata sebuah marriage of convenience yang cacamarba. Negara akan lebih berkecamuk jika mereka berpeluang memerintah. Keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara akan hancur berkecai di tangan mereka,'' katanya.
Dalam situasi dunia yang semakin mencabar kini, negara sememangnya tidak boleh lagi terjebak dengan ketidakstabilan atau ketidaktentuan politik seperti mana dialami pada tahun 2008.
Sikap marah, protes dan benci sehingga sanggup menggadaikan masa depan negara dengan mengundi pakatan pembangkang yang berjaya mengabui mata rakyat melalui mainan politik persepsi harus dihentikan.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, suara rakyat adalah suara keramat, di tangan mereka penentu sama ada mereka hendak memilih kestabilan atau kekacauan. Kestabilan politik negara perlu dipertahankan, mereka sudah melihat apa yang terjadi apabila pembangkang mempunyai secebis kuasa.
Ketika diminta mengulas perkara ini, penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad berkata, perbezaan teras perjuangan menjadi satu petanda utama bahawa tidak wujud satu persefahaman yang jelas akan hala tuju sebenar pembangkang untuk membawa negara ini jika ditakdirkan mereka berjaya membentuk kerajaan pada suatu masa nanti.
Tontonan
''Pelbagai polemik telah berlaku dari semasa ke semasa yang menjadi tontonan rakyat. DAP dilihat semakin ketara tidak kasihnya kepada orang Melayu sebagaimana yang banyak didedahkan di Pulau Pinang.
Manakala di Perak pula, pemimpin-pemimpin parti itu mula bergaduh sesama sendiri. Semua kerana kuasa dan pengaruh.
''Pas pula, walaupun mempunyai kapasiti untuk mempengaruhi orang Melayu dengan kekuatan falsafah politik dan teras perjuangan mulai dilihat oleh masyarakat Melayu akhir-akhir sebagai parti yang hanya menjadi pak turut semata-mata dalam pakatan.
''PKR sebagaimana yang semua ketahui sudah pun berada di ambang kehancuran yang berlaku bukan diakibatkan oleh pihak luar tetapi adalah kerana faktor dalaman mereka sendiri,'' katanya.
Oleh itu, kata beliau, rakyat perlu melihat kesungguhan Perdana Menteri yang menunjukkan kualiti kepimpinan dan kebijaksanaan beliau dalam merancang strategi-strategi untuk negara baik dari segi ekonomi, politik dan pembangunan masyarakat
''Pembaharuan yang cuba diketengahkan dalam bentuk Pelan Transformasi Negara yang mencakupi dimensi ekonomi, sosial dan terakhir politik telah membuka mata banyak pihak akan keseriusan kerajaan untuk mengembalikan semula kehebatan negara sebagaimana yang pernah kita kecapi suatu masa dahulu terutamanya di era Tun Dr. Mahathir Mohamad,'' kata Ahmad Masrizal.
Sememangnya rakyat sudah melihat kesungguhan kerajaan BN untuk membawa negara ke arah lebih berjaya bersandarkan kepada gagasan 1Malaysia, 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.' Mereka tidak boleh lagi terpedaya dengan perjuangan pakatan pembangkang yang berteraskan kepada prinsip untuk merebut kekuasaan semata-mata. Tindakan pembangkang yang tidak mengotakan segala janji seperti mana diuar-uarkan ketika pilihan raya umum lalu membuktikan masa depan negara tidak boleh digadaikan kepada kelompok seumpama ini.
Bagaimanapun BN terutamanya pemimpin serta ahli UMNO perlu konsisten dalam memenuhi agenda perubahan yang sedang diusahakan oleh Najib bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Rakyat sedar UMNO adalah tunjang kepada kekuatan BN. Keutuhan UMNO adalah kunci kejayaan BN. Oleh itu pemahaman ahli UMNO terhadap aspirasi Najib dan Muhyiddin yang dilihat masih lagi pada tahap sederhana haruslah dipertingkatkan demi untuk kelangsungan kepimpinan BN,'' kata Ahmad Masrizal.
Apa pun segalanya terserah kepada rakyat untuk menilai dan membuat keputusan. Mereka mempunyai dua pilihan sama ada ingin terus menyaksikan kemelut di pembangkang yang haru-biru kerana mendapat kuasa atau bersama-sama kerajaan BN meneruskan agenda kesejahteraan untuk rakyat dan negara.
Pokoknya, rakyat tidak boleh lagi bergantung atau menaruh harapan kepada 'roket' yang rakus bila ditambah kuasanya atau 'mata' yang sentiasa buta untuk menunaikan janji atau kepada bulan yang tidak akan dominan cahayanya kerana sekadar menurut.
Cukup-cukuplah arena politik negara dilihat berada dalam ketidakstabilan akibat mainan politik pembangkang. Senario ini perlu diubah dengan menjadikan kesungguhan BN untuk membawa kesejahteraan rakyat sebagai sandaran. Adalah sesuatu yang malang apabila negara ini terus berada dalam suasana politik tidak menentu sedangkan negara-negara lain sedang berlumba-lumba untuk menjadi negara maju.
Kestabilan politik, kemakmuran yang diusahakan dan kesejahteraan yang hendak dicapai melalui agenda kerajaan BN tidak harus disia-siakan. Mereka perlu mengingati pesanan Najib ketika menghadiri majlis kesyukuran di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kelmarin antara lain beliau berpesan,''
''Dalam banyak perkara, manusia mengambil mudah perkara tertentu dan hanya akan merasakan ia sangat bernilai sekiranya ia tiada lagi di sisi mereka. Banyak perkara dalam kehidupan kita yang kita anggap perkara biasa. Tetapi sebenarnya apabila Tuhan menarik balik nikmat itu daripada kita, pada masa itulah kita rasa perkara itu bernilai.''
Hakikatnya, apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri sudah dirasai oleh sebahagian besar rakyat yang melontarkan undi mereka kepada pembangkang dalam pilihan raya umum lalu. Semoga mereka menginsafi kesilapan berkenaan dan mengembalikan nikmat yang hilang itu demi masa depan negara serta rakyat keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment