Wednesday, November 24, 2010

PRU 13: Anwar unbending on 'hooligans': Only Umno wants me out/BN akan terus serang Pakatan tapi kami yakin, kata Anwar:- Kita UMNO/Bakan terus serang PKR, DAP, PAS kerana mereka yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat cuba memecah belahkan rakyat dengan dakyah dan sentimen benci kerajaan seperti di laksanakan oleh PKR, DAP dan PAS. PKR akan membawa isu demokrasi dan keadilan tetapi hancur di tengah jalan kerana PKR sendiri tidak amalkan demokrasi dan keadilan, DAP dengan sentimen perkaumannya yang terbaru isu biasiswa oleh YB Seputeh. Ini memperlihatkan bahawa DAP cuba dan terus mencuba untuk memainkan isu perkauman. PAS pula dengan isu perjuangan Islam dan hukuma hakam Islam tetapi gagal sebab memecah belahkan umat Islam di Malaysia dan fatwa serta dalil yang mengelirukan. Natijahnya kita UMNO/BN akan bukan sahaja menyerang tetapi akan mematikan langkah Pakatan Rakyat untuk mengfitnah dan membohongi rakyat dengan dakyah-dakyah dongengan yang kebanyakkannya berbentuk retorik politik drp realiti politik. Inilah kejadian yang sering menimpa rakyat di Malaysia apabila sentiasa di bawa bersama dalam segala persoalan. Ianya menjadi satu bebanan pula apabila kita asyik memikirkan pasal politik sehinggakan kerja-kerja pembangunan dan peningkatan ekonomi kita tertangguh dek kerana nak menepis dakyah fitnah dan pembohongan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat telah menjalankan dakyah tersebut bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara. Ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat akan melakukan apa sahaja demi untuk mencapai cita-cita peribadi seorg pemimpin untuk mendapatkan Putrajaya. Selalunya kemenangan pertama adalah ujian kepada kita tetapi ujian kedua pula kemungkinan akan timbul kekalahan yang paling buruk yang akan kita alami kerana kerakusan dan keegoan serta kesombongan kita dalam mengejar cita-cita tersebut sehingakan apa-apa yang di larang dan ditegah di langgar semacam sahaja. Inilah sikap-sikap pemimpin yang tidak di ingini oleh sistem kepimpinan secara Islam kerana kerakusan seorg individu yang inginkan Putrajaya tanpa mengira waktu dan tempat. Tidur teringatkan Putrajaya. Makan teringatkan Putrajaya. Siang Malam teringatkan Putrajaya. Kesian!!!

Rasulullah SAW pula mengingatkan supaya kalangan yang berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin hendaklah jangan dilantik kerana ia akan mendatangkan banyak masalah pemimpin itu sendiri dan juga yang dipimpin. Sebaliknya jawatan itu hendaklah diberikan kepada orang yang dipilih daripada kalangan yang tidak berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin tetapi ada kebolehan. 

 

Anwar:  Putrajaya remains our direct target
Opposition Leader Anwar Ibrahim is confident of support from Pakatan Rakyat partners DAP and PAS, dismissing calls from enemies such as the Barisan Nasional and former PKR leader Zaid Ibrahim for asking him to step down as head of the opposition.

"Only UMNO wants me out," Anwar told TV Selangor in an interview.

He also slammed 'hooligans' for causing trouble in the PKR's recently completed direct elections, accusing them of having ulterior motives and bad intentions of making the party look weak in the eyes of the Malaysian public.

Indeed, his arch rival, Prime Minister Najib Razak, is expected to call snap polls early next year and has begun a series moves to roil the opposition as much as possible.

Will not bow to 'blackmail'

Nevertheless, Anwar was unfazed, saying he was sure that Pakatan would do well in the next general election despite fears that the trouble caused by Zaid and his faction had harmed the Pakatan's chances. Zaid had created a ruckus after he failed to beat long-time vice president Azmin Ali for the PKR deputy presidency and even accused Anwar of rigging the results.

Zaid, left, wants to form a new party
However, Anwar reiterated neither PKR nor Pakatan would bow to any form of blackmail or pressure from saboteurs within or outside their coalition.

A former Umno leader, Zaid has said he wants to form a new party 'Keadilan Baru'. But whatever the name he eventually decides on, pundits believe its aim is to spoil the Pakatan's chances in favor of the BN.

“Our party polls have ended and we will now be having our congress. Focus will surely be given to the next general election. At the coming congress, we will emerge stronger by introducing a team which comprises of more young professional leaders,” Anwar vowed.

Anwar pointed out that in 2008, few pundits gave the Pakatan much chance of success. Yet the PKR, DAP and PAS carted away 5 of the country's 13 states and more than half of the votes in the peninsula.

“In 2008, he thought that we would not be successful, but we proved him wrong. Now, we will try to take over another one or two states,” said Anwar, referring to former premier Mahathir Mohamad's recent remarks that Pakatan might lose "one or two" states.

 

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Pakatan Rakyat (PR) yakin masalah dalaman PKR ekoran dakwaan pemilihan dicemari kepincangan tidak akan menjejaskan usaha perikatan tiga parti itu untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut diadakan dalam waktu terdekat.

Sehubungan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengetepikan tanggapan pemimpin BN bahawa pihaknya akan mengambil kesempatan daripada kemelut kepimpinan PKR untuk memperoleh kejayaan lebih baik kali ini.

Dengan penuh yakin, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, BN akan menggunakan apa sahaja taktik untuk menjatuhkan komponen PR.

“Saya pasti bukan ini sahaja satu-satunya isu (dibawa BN). Apabila saya pergi ke Australia, ia menjadi satu isu, apabila (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) Hillary Clinton menghubungi saya, ia menjadi isu.

“Apabila saya bercakap dengan (Menteri Luar Australia) Kevin Rudd, ia menjadi satu isu, apabila Sky News atau ABC News menemu bual saya, ia juga menjadi satu isu.

“Tetapi TV3 tidak menemu bual saya... saya bersedia jika mahu menemu bual saya. Malah, Astro Awani pun tidak menemu bual saya. Tidak ada masalah.

“Saya merasakan mereka akan menggunakan sebanyak isu yang mereka boleh gunakan,” kata Anwar.

Anwar juga berkata, rakan-rakannya dari PR seperti Penasihat Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga berhadapan dengan serangan daripada BN.

“Mereka menggunakan apa sahaja situasi, jadi saya merasakan kami sudah bersedia.

“Apa yang kami alami sekarang lebih kecil berbanding apa yang kami hadapi ketika pilihan raya umum 2008?

“Mereka sering menyerang PAS, DAP dan PKR tetapi saya merasakan rakyat tidak boleh diperbodohkan begitu sahaja,” kata beliau.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata meskipun berhadapan dengan pelbagai dakwaan berhubung kepincangan dan kecacatan dalam pemilihan pusat yang berakhir Ahad lalu partinya tidak pernah menyembunyikan masalah-masalah yang wujud.

“Apabila terima aduan, kami mengambil tindakan. Kami tidak pernah menyembunyikan,” kata beliau yang sekali lagi menyalahkan media bahasa Malaysia milik Umno cuba untuk mendiamkan pandangan-pandangan berbeza daripada kalangan orang Melayu, tetapi ia tidak semestinya dianggap sebagai petanda kegagalan PR dalam pilihan raya umum akan datang.

“Media Melayu tidak beri ruang kepada orang Melayu untuk berfikir. Media bahasa Cina memberikan sedikit ruang dan begitu juga akhbar bahasa Inggeris, tetapi dalam media Malaysia... tiada peluang langsung,” katanya.

Anwar juga menyenaraikan beberapa program PR yang akan diadakan sepanjang beberapa bulan akan datang, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan sokongan dan menjadikan pakatan mantap menghadapi BN.

Antaranya menganjurkan persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 29 November di Shah Alam dan konvensyen PR kedua di Pulau Pinang pada 19 Disember.

Kata beliau, PR juga akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam waktu terdekat bagi membincangkan kecacatan dalam daftar pemilih.

No comments:

Post a Comment