KEPALA BATAS, 28 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya mahu menyelamatkan kedudukan mereka dan tidak langsung memikirkan masalah rakyat di negara ini. Katanya, walaupun cuba menonjolkan Malaysia sebuah negara hebat di mata dunia, namun hakikatnya rakyat negara ini masih dibelenggu segala permasalahan. "BN hanya berfikir bagaimana nak selamatkan BN pada pilihanraya umum akan datang tidak pun merencanakan berbagai perancangan menghilangkan tangapan umum tentang Malaysia yang dicintai," tegasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada ceramah anjuran PAS Cawangan Permatang Keriang dengan kerjasama Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Aishah, Penaga, Kepala Batas semalam. Menurut beliau lagi, sebab itu BN memperkenalkan ahli gabungan dan bersekutu, semata-mata mahu menarik golongan muda yang masih tidak menyokong BN kerana marahkan Umno, MIC, MCA, Gerakan dan sebagainya. "Apa guna sokong cara yang BN sedang laksanakan sekarang kerana menyokong BN bererti tetap bersekongkol dengan Umno dan komponen lain yang nyata menyelewengkan wang rakyat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Kata beliau, cara demikian hanya mahu memastikan BN terus kerana yang penting bagi mereka adalah memenuhi kocek sendiri dan kroni terdekat. Perdana Menteri sepatutnya mengenal pasti kelemahan pentadbiran sendiri dan memperbetulkanya agar mampu memperkasakan negara kembali. Negara pada waktu ini sedang berdepan kehilangan kepercayaan rakyat kerana hancurnya demokrasi, sistem kehakiman, gejala rasuah, gejala sosial berterusan. "Nak ubah macam mana, mereka tetap naik perahu yang sama hanya pendayung sahaja yang bertukar tangan. Tambahan lagi kini perahu yang dinaiki bocor sana sini pasti keadaanya kelam kabut menyalahkan orang itu dan ini bahkan ada yang telah terjun ke laut bila mendapat tahu perahu nak tengelam," jelas beliau. Berceramah sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dan Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein |
Sunday, November 28, 2010
BN hanya fikir selamatkan parti bukan negara: Kita apabila baca kenyataan Meriam Buluh PAS ini seolah-olah kerajaan BN sekarang ini adalah kerajaan loqlak seperti PAS di 2 K. Meriam Buluh PAS ini pandai cakap sahaja tapi perbuatan tiada hasil. Cakap berdegar-degar tapi tahi bergelumang di dubur. Kenapa Meriam Buluh ini tak bagi ceramah di Kedah kenapa pilih Kepala Batas. Kita ambil contoh 2 K kononya negeri Islam, tatakerja cara Islam, pemerintah cara Islam itu hanya pada kulit sahaja. Kosmetik sahaja tapi isi kosong. Inilah yang di perlihatkan apabila MB Kedah mengamuk tak tertentu pasal macam kerbau naik minyak pasal isu banjir maka keluarlah perkataan kerja cara Islam. So Meriam Buluh PAS ini kerja cara Islam ke? Tuduh melulu tanpa berfikir adalah diibaratkan spt org bercakap tanpa berfikir dan melihat sekeliling. Mengapa marah BN buka pintu kepada ahli bersekutu? PAS yang buka pintu kpd org bukan Islam tiada siapa pun yang marah. Itulah menunjukkan hasad dengki dan dendam terhadap UMNO/BN masih belum terpadam drp sanubari Meriam Buluh PAS ini. Kita nasihatkan Meriam Buluh PAS ini jaga Kedah sebab gerhana awam biru akan datang untuk menolak awam hijau yang tidak boleh memerintah dengan cekap dan lambat serta pilih bulu dalam pelaksanaan projek dan bantuan. Apa guna rakyat sokong PR kerana menyokong PR bererti tetap bersekongkol dengan DAP dan PKR yang nyata kerap melakukan fitnah, pembohongan, memperlekehkan agama Islam dan penyelewengan dari dasar demokrasi dan keadilan. Kita tanya Meriam Buluh PAS apa sudah jadi dengan Tabung Memali? Siapa yang masuk dalam kocek sendiri dan kroni? Meriam Buluh PAS sepatutnya menasihatkan MB Kedah supaya lebih pro aktif dgn rakyat dan memperbetulkan kelemahan pentadbiran sendiri jangan sibuk pasal negara Malaysia yang di tadbir oleh BN di mana demokrasi subur, kepercayaan rakyat meningkat, sistem kehakiman telus, gejala rasuah dan gejala sosial dapat di kurangkan. Kita dalam BN walaupun perahu yang sama tetapi pendayung bertukar tangan bermakna berubah ke arah yang lebih baik dan kebocoran perahu lalu di baiki untuk mengelakkan kebocoran di masa akan datang tetapi PR bukan sahaja perahu asing-asing itu yang bocor dan hampir nak karam kerana masing-masing mengikut haluan dan destinasi yang berlainan untuk sampai ke arah yang di tujuinya. Akhirnya rakyat telah di bohongi dengan kata-kata fitnah dan dongengan kononya PR mengamalkan Islam tulen dengan fatwa dan dalil yang mengelirukan serta memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Inilah kerja-kerja PR terutamanya PAS yang akan terus menyerang BN bagi menegakkan benang yang memang sudah basah dik banjir tempoh hari yang masih belum kering-kering sampai ke PRU 13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment