Tuesday, November 23, 2010

Mengapa rakyat perlu takutkan logo-logo ini?


Vote Pakatan into Putrajaya, urges Wan Azizah. Gesaan ini di buat bagi memastikan bahawa momentum Tsunami PRU 12 tidak mati begitu sahaja dan rakyat mesti berani untuk melantik Pakatan Rakyat bagi mengemudi Putrajaya. Adakah ini realiti yang akan di canang dan di dongengkan oleh Pakatan Rakyat bahawa kita mempunyai kebolehan dan kepakaran untuk mengendalikan Putrajaya dengan jayanya. Kita telah menunjukkan bahawa sistem kepartian kita adalah lebih demokratik dan adil berbanding dengan BN. 

Walaupun di lihat sekarang kegelisahan dan kemusykilan rakyat semakin teruja-uja untuk mengambalikan status quo tersebut kepada BN, lebih-lebih lagi dengan Pakatan Rakyat yang banyak menabur fitnah dan pembohongan. Rakyat mula menunjukkan mual dan meluatnya terhadap Pakatan Rakyat apabila perkara-perkara yang melibatkan kaum dan agama di permain-mainkan oleh Pakatan Rakyat. 

Pada kita gesaan Presiden PKR itu hanya satu dongengan yang tidak akan menjadi realiti. Kita tahu rakyat Malaysia tidak akan gadaikan kestabilan, kesejahteraan, keharmonian, saling hormat menghormati antara agama dan kaum yang telah di bina selama 53 tahun hanya keuntungan jangka pendek Pakatan Rakyat. Kalau kita lihat PKR yang sebelum ini mendabik dada kerana akan mengadakan satu undi untuk satu ahli bagi pemilihan pemimpin-pemimpinnya tetapi ianya telah di cemari oleh kerakusan kuasa, penyelewengan sistem pengundian, peratusan pengundian tidak tinggi dan banyak lagi kecacatan yang telah menampakkan ketidak bolehan PKR untuk menerajui Pakatan Rakyat apalagi untuk mengemudi Putrajaya.

Pemimpin-pemimpinnya banyak yang mendongengkan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan di lakukan. PKR adalah diibaratkan seperti karya Merong Mahawangsa yang penuh dengan dongengan bagi menarik perhatian rakyat seperti gula-gula yang akan menarik perhatian semut untuk mengerumumnya apabila gula-gula tersebut mula di keluarkan drp mulut pemimpin-pemimpin PKR. Ingat keuntungan jangka pendek tidak akan membawa Malaysia ke mana pun tetapi keuntungan jangka panjang dengan perancangan dan transformasi yang di bawa oleh UMNO/BN kita yakin Malaysia akan mencapai negara maju pada 2020.

Mengapakah parti-parti gabungan Pakatan Rakyat, PAS dan DAP senyap sunyi tanpa sebarang kenyataan. Mungkin pada PAS dan DAP ini adalah permasalahan PKR, ianya perlulah di selesaikan oleh PKR sendiri tanpa campurtangan org asing. Inilah yang kita hendak persoalkan mengapa Anwar bila memberi ceramah dan kenyataan di luar negara, PAS dan DAP senyap dan sunyi seribu bahasa. Adakah ini memang telah di rancang oleh Pakatan Rakyat supaya pemimpin-pemimpin dunia memberi tekanan kepada kerajaan BN sekarang supaya lebih demokratik dan adil. Kita harap rakyat nampak akan kecurangan dan pengkhianatan Pakatan Rakyat yang di laksanakan secara licik dan berhemah sekali sehinggakan sekulit kuman pun tak nampak bahawa Pakatan Rakyat cuba memecah belahkan rakyat Malaysia sehinggakan akan timbul huru-hara bagi memudahkan Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa drp BN.

Natijahnya Malaysia inginkan satu kerajaan yang dapat memupuk perpaduan dan kesefahaman antara agama dan kaum bagi menjamin kestabilan, kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan kemakmuran tersebut dapat kenikmatan oleh semua rakyat Malaysia yang telah di berikan pengiktirafan di bawah Perlembagaan Malaysia yang berprinsipkan kepada Rukun Negara.  


No comments:

Post a Comment