Saturday, November 27, 2010

Adakah Anwar Ibrahim anugerah Tuhan kepada Malaysia?

Sekarang ini di Malaysia ada pemimpin-pemimpin menyeru supaya mereka di lantik untuk memimpin negara dengan beranggapan bahawa mereka adalah pemimpin yang di pilih oleh Allah (SWT) tetapi mereka gagal mengambil konsep bahawa Nabi Muhammad (SAW) tidak akan memberikan sesuatu jawatan, kepimpinan kepada org yang memohon atau orang yang berhasrat untuk mendapatkannya sebaliknya menyerahkan kepada mereka yang cukup layak untuk menjawat dan memimpin tetapi tidak berhajatkan jawatan berkenaan.

 


Kita yang mengikuti Konvensyen PKR di Petaling Jaya amat terharu dengan ucapan dan hujahan Presiden PKR yang sentiasa berada di samping Anwar Ibrahim walaupun pada dasarnya Presiden PKR itu tahu bahawa sekarang parti yang di asaskan oleh sang suami telah di landa ombak besar yang akan merobohkan asas tersebut dengan satu gempa yang akan mengakibatkan tsunami besar melanda PKR.

Ucapan dasar Presiden lebih berkisar kepada untuk memulihankan imej PKR yang telah tercalar akibat pemilihan cabang untuk pemimpin-pemimpin pusat. Berlaku perebutan, manipulasi dan penipuan yang tidak berpaksikan demokrasi dan keadilan langsung sehinggakan pemimpin kontroversi Zaid Ibrahim terpaksa menarik diri drp bertanding kerusi Timbalan Presiden dan seterusnya menarik diri drp PKR. Dengar khabar Zaib Ibrahim akan menubuhkan parti baru Januari nanti mungkin dengan nama "PKR Baru". Kita tunggu perkembangan tersebut.

Berbalik kepada ucapan Presiden PKR yang banyak menyentuh untuk memulihkan imej Ketua Umum PKR seperti Anwar adalah pemimpin anugerah Tuhan kepada Malaysia, kita mesti ketepikan konsep "Ketuanan Melayu" untuk maju ke depan, kita mestilah menjadi org Melayu yang bermaruah, PKR sahaja parti yang mengamalkan demokrasi dan keadilan di Malaysia, UMNO tidak memartabatkan Islam dan banyak serpihan-serpihan yang tidak menunjukkan hala tuju PKR dalam memulihkan imej parti yang semakin merundum ini.
Apa yang kita ingin hujahkan di sini ialah adakah Anwar Ibrahim itu sesuai untuk memimpin Malaysia? Jawapannya sudah tentu tidak sesuai sebabnya dalah seperti berikut:-
  • Anwar Ibrahim adalah di ibaratkan seperti pungguk rindukan bulan, Anwar sentiasa rindukan Putrajaya. Sejak PKR di tubuhkan sehingga kini matlamat Anwar Ibrahim ialah untuk menjadi PM. Menurut hadis Nabi Muhammad (SAW) yang sahih Allah (SWT) tidak akan meletakkan seorg itu menjadi pemimpin sekiranya org tersebut terlalu beriya-iya sangat atau tergila-gila untuk menjadi pemimpin. Ini adalah kerana kemungkinan org tersebut mempunyai hasad dengki ataupun dendam terhadap org lain maka beliau nanti dikhuatiri akan menggunakan jawatan tersebut untuk membalas dendam. Lagi satu di khuatiri org tersebut tidak akan berlaku adil sesama manusia apabila telah memegang jawatan tersebut. Ini telah diperlihatkan kejadian banjir di Kedah, kejadian-kejadian penyelewengan dan memperlekehkan agama di Selangor, penindasan dan tidak berlaku adil kepada manusia di Pulau Pinang dan tidak mengambil berat akan kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat di Kelantan. 
  • Permasalahan moral dan harga diri Anwar Ibrahim sudah merosot begitu teruk sekali. Sekiranya beliau adalah di jalan yang benar buat apa nak tangguh-tangguh perbicaraan liwatnya. Selesaikan baru rakyat nampak bahawa Anwar Ibrahim adalah benar tetapi beliau pilih jalan salah dengan melewat-lewatkan perbicaraan tersebut. Rakyat sudah meluat dan loya dengan kerenah tersebut. Rakyat inginkan satu keputusan. Ini bermakna Anwar Ibrahim takut drp kebenaran atau memang telah melakukan sesuatu yang memang di laknat oleh Allah (SWT). Kita nantikan apakah kesudahannya. Harga diri yang cuba di naikkan oleh Presiden PKR juga tidak melonjak kerana kecurangan Anwar Ibrahim yang suka memburuk-burukkan Malaysia di luar negara telah memperlihatkan rakyat semakin jauh drp menyayangi Anwar Ibrahim tetapi ianya sudah bertukar menjadi benci dan meluat dengan taktik-taktik kotor dan licik seperti penjenayah yang rakus ingin merampas harta benda dan membunuh semua mangsa tanpa sebarang belas kasihan langsung. Akibatnya imej Malaysia telah tercemar dan tercalar akibat kerakusan dan kejelikkan harga diri Anwar Ibrahim yang menabur racun di dalam periuk nasi Malaysia di mata dunia.
  • Islam yang selalu di propaganda Anwar Ibrahaim adalah Islam omongan org politik yang akan dilenturkan dan di luruskan mengikut keadaan dan suasana politik pada ketika itu. Inilah yang terjadi di Malaysia apabila perkataan Allah tersebut di pertikaikan maka Anwar Ibrahim dan sekutunya telah menyokong penggunaan tersebut. Ceramah dalam masjid, doa kesejahteraan org kafir dan berbagai permasalahan Islam telah diperlekehkan sehinggakan rakyat keliru Anwar Ibrahim ini pejuang Islam atau ingin menghancurkan Islam. Agenda terbarunya ialah menuduh UMNO tidak memartabatkan Islam di Malaysia. Ini adalah tuduhan yang meliar atau dongengang hikayat Putrajayanya.
  • Apa jasa Anwar Ibrahim kepada Malaysia selain drp permasalahan kepada pihak berkuasa spt demo jalanan, ceramah yang berbau hasutan, perebutan kuasa yang cuba di ilhamkan spt 16 September tetapi yang jatuh Perak kpd BN bukannya Parlimen kepada Pakatan Rakyat, pencabulan hak-hak demokrasi dan keadilan serta memperlekehkan UMNO dalam memartabatkan Melayu dan Islam di Malaysia.






    No comments:

    Post a Comment