Monday, November 29, 2010

Apa guna ketuanan Melayu jika pecuri pimpin negara: Semalam YB Meriiam Buluh PAS ini kata pemimpin BN hanya pentingkan parti bukan negara. Hari ini tuduhannya lebih hebat lagi menuduh pencuri dan perompak pimpin negara mana ada "Ketuanan Melayu". Inilah mainan politik fitnah dan pembohongan YB Meriam Buluh PAS yang sudah ketandusan dan kekeringan idea dan tak tahu apa yang hendak di hentamkan maka apabila isu Ketuanan Melayu di bangkitkan oleh PKR maka YB Meriam Buluh PAS ini menyahutnya dengan menambahkan cili dan sos bagi menyemarakan lagi api UMNO/BN. Kita tidak semudah itu untuk bangkit mempertahankan isu Ketuanan Melayu yang telah di bicarakan panjang lebar dalam PAU 2010 lalu dan YAB PM juga inginkan perkara tersebut tidak di bangkitkan oleh mana-mana pihak baik di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Nampaknya pembangkang memang tiada isu untuk di bentangkan bagi memancing undi kaum "sebelah sinun" maka bangkitkan isu "Ketuanan Melayu" dan Isu Jawatan TPM kepada Lim Kit Siang. Datang YB Meriam Buluh PAS kononnya nak jadi jaguh tetapi tempat sendiri tak terjaga nak jaga tempat lain. Pi tengok Pokok Sena YB nanti takut Pokok tiada Sena pun tiada yang ada tinggal YB dengan koco-konco YB sahaja. Kita nak tanya YB Pokok Sena ini adakah UMNO itu bukan Islam dan UMNO tak bermaruah. Adakah PAS itu Islam dan lebih bermaruah walaupun memecah belahkan umat Islam sengan fatwa dan dalil yang mengelirukan umat Islam termasuklah YB Pokok Sena pun terkeliru di buatnya sehinggakan nampak hanya pencuri dan perompak yang memimpin negara tetapi dia lupa nak bagi tahu bagaimana dengan Tabung Memali dan Kohilal? Tidakkah UMNO bermaruah kerana memperjuangkan Islam spt yang telah di peruntukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan memegang prinsip-prinsip Rukun Negara. Kalau YB Meriam Buluh PAS ini kata maruah org Melayu adalah dengan Islam maka YB Meriam Buluh PAS kena tunjukkan maruah yang Islam PAS bina selama 53 tahun di Malaysia. Kita jangan pandai cakap aje tapi natijahnya isi tiada langsung macam cakapa berdegar-degar tapi tahi bergelumang di dubur. Natijahnya YB Meriam Buluh PAS ini yang tak bermaruah kerana malu menamakannya Melayu dan beliau tahu bahawa UMNO/BN telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara dalam berbagai bidang dan pemimpin-pemimpin UMNO telah berjaya mengukuhkan perjuangannya dan Islamnya untuk memartabatkan Melayu di pesada yang lebih tinggi. Kita ambil contoh kejadian banjir di Kedah. Mana pi YB-YB PAS yang dikatakan contoh maruah Melayu adalah dengan Islam. Sampai MB Kedah melenting pun YB-YB PAS yang mengatakan maruah org Melayu dengan Islam tak nampak ataupun tak keluar pun dalam portal-portal pembangkang. Sudahlah YB Meriam Buluh PAS rentikanlah fitnah dan pembohongan ini. Ini bukan corak pemimpin Islam yang YB perjuangankan tetapi adalah pemimpin politik yg berjuang untuk kelangsungan politik parti YB yang sekarang sedang menghadapi saat-saat getir untuk mengukuhkan diri di Kedah. Sehinggakan MB Kedah terpaksa kata hasil Kedah meningkat drp kutipan pembalakan dan rakyat serasi dengan cara kepimpinannya. Adakah ini kenyataan terdesak, meminta simpati atau cuba menyakinkan akar umbi PAS Kedah?


KUALA LUMPUR, 29 Nov: Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.

"Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.

"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 'ketuanan Melayu' yang  cuba ditanam oleh Umno dalam pemikiran orang Melayu.

Jelasnya, Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.

Sedangkan katanya, yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.

Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.

Menyedari hakikat itu, PAS katanya membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.

Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.

"Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.

"Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu," katanya.

No comments:

Post a Comment