Kata-kata Anwar Ibrahim "Islam yg cuba ditegakkan oleh pemimpin PAS dengan kata-kata semata-mata itu hanyalah "Islam ayat Kerusi" dan Kerusi Parlimen" sahaja kerana mereka dengan jelas menolak setiap kebenaran dan usaha meningkatkan syiar Islam di Negara ini hanya kerana dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional". Sekarang Anwar telah mengesa PM Australia membuat pendirian tentang demokrasi di Malaysia. Kita lihat Anwar sendiri gagal untuk menegakkan demokrasi dalam PKR tetapi cuba untuk memaksa org bahawa demokrasi di Malaysia sudah mati. Kesian Anwar kerana terlalu ingin sangat Putrajaya sanggup membelakangi sebagai rakyat yg menghormati dan menjaga nama baik Malaysia di luar negara.
Kita rakyat ingin tahu siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim? Adakah beliau pemimpin yang boleh dipercayai sebagai pemimpin ulung untuk rakyat Malaysia yang banyak di canang oleh Pakatan Rakyat dan portal-portal pembangkang. Malaysia hanya ada Anwar Ibrahim sahaja yang boleh mengubah sistem kuku besi dan korupsi serta menindas rakyat oleh kerajaan UMNO/BN. Inilah yg selalu di canang oleh Pakatan Rakyat dan portal-portal pembangkang tetapi mereka gagal untuk menafsirkan Anwar Ibrahim yg banyak mencemar nama baik Malaysia di persada dunia. Adakah ini perbuatan seorang pengkhianat atau seorang jaguh kampung?
Adakah ini pemimpin yang mempunyai suara sumbang ingin kita lantik sebagai pemimpin Malaysia kelak.
Jika anda menyatakan sokongan kuat terhadap demokrasi di Myanmar kenapa tidak kepada pihak yang melakukan kekejaman di Malaysia," kata Anwar dalam sebuah wawancara dengan Herald di Australia tempoh hari.
Kekejaman itu katanya termasuk "banyak kes pembunuhan yang tidak terjawab", ujarnya termasuk kematian salah seorang aktivis aktivis parti Pakatan Rakyat akibat terjatuh dari tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tahun lalu.
Nampak tak mainan Anwar dalam meraih simpati dan belas kasihan kuam "sebelah sinun" menjelang PRU 13. Anwar tahu bahawa beliau tidak akan dpt sokongan drp org Melayu maka beralih angin kpd org "sebelah sinun" bagi melonjakkan imej PKR yang sedang di landa tsunami yg paling bersejarah dalam politk di Malaysia. Demokrasi dan Keadilan yg di perjuangkan adalah di ibaratkan seperti gula yang terasa keenakkan tetapi di sebalik keenakkan tersebut berbagai penyakit akan dtg kpd individu yg gemar memakannya berlebihan setiap hari.
Inilah yang terjadi kpd PKR apabila demokrasi dan keadilan yg di perjuangkan tidak dpt dipraktik dalam pemilihan jawatan-jawatan penting PKR Pusat. Rumah sendiri tidak dapat dikendalikan dengan baik sekarang berani pula menegur seorg pemimpin asing cuma kerana pemimpin tersebut tidak bersetuju dengan pendirian dan pembawaan serta perwatakan Anwar di luar negara.
Anwar perlu insaf bahawa semakin hari semakin meluat dan loyanya rakyat melihat kegilaan dalam pemilihan PKR yg di katakan cuba mencipta sejarah sebagai parti yg betul-betul demokrasi dengan mengadakan pengundi seluruh negara tetapi dicemari dengan pelbagai anasir-anasir yang tidak demokrasi dan tiada keadilan telah mencetuskan bantahan sana-sini termasuklah penarikan diri seterusnya terkeluarnya Zaid drp PKR.
Inilah trajedi yang menimpa PKR akibat drp fitnah dan pembohongan yang sentiasa bermain di otak dan sanubari serta bibir mereka, akhirnya Allah (SWT) telah menunjukkan kekuasaan bahawa fitnah dan pembohongan tersebut adalah sesuatu yg ditegah di dalam Islam dan akibatnya PKR telah menerima padahnya kerana telah mungucar-gacirkan rakyat Malaysia akibat drp fitnah dan pembohongaan tersebut.
Kata-kata Saifuddin Nasution SUA PKR - PAS sudah tutup kerjasama dengan Umno, tapi Umno secara terang masih lagi ajak PAS untuk menyertai BN. “Umno macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. PAS sudah lama menutup kerjasama perpaduan antara Umno dan PAS. “Ini jelas menunjukkan betapa terdesaknya Umno untuk mendapatkan sokongan PAS. Lagipun kepimpinan PAS telah bersepakat untuk tutup isu kerjasama perpaduan dengan Umno. Rakyat sudah menolak UMNO/BN pada PRU 12 maka tak payahlah UMNO/BN memancing PAS untuk menyebelahi mereka pulak.
Apa yang YB Machang ini gagal melihat ialah Pakatan Rakyat hanya dapat 4 negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Ini tidak bermakna yang keseluruhannya menolak UMNO/BN. Kalau pada PRU 12 UMNO/BN di tolak keseluruhannya maka bolehlah YB Machang ini mendabik dada bahawa UMNO/BN tidak diperlukan oleh rakyat lagi.
Kita mesti melihat drp persepsi rakyat jelata yang inginkan kestabilan, kesejahteraan, keharmonian, keadilan, demokrasi yang terpimpin bukannya demokrasi momokkan sahaja, saling hormat menghormati antara agama dan kaum. Maka sudah tentu pilihan kali ini jatuh kepada UMNO/BN kerana Pakatan Rakyat terdiri drp PKR, PAS dan DAP gagal untuk merealisasikan semangat ubah dan perjuangan rakyat mereka apabila masalah demi masalah melanda parti masing.
PKR dengan masalah demokrasi dan keadilan yang diperjuangkan, PAS dengan pecah belahkan umat Islam dan fatwa serta dalil yang mengelirukan rakyat dan DAP dengan sikap perkauman yang tinggi. Natijahnya PRU 13 nanti Pakatan Rakyat sudah pasti akan di ajar oleh rakyat bagaimana cara nak mentadbir negeri dan negara dengan adil dan saksama tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Maka YB Machang tak perlu mendabik dada dengan mengatakan UMNO/BN hidung tak mancung pipi tersorong-sorong sepatutnya kita kena cakap bidalan tersebut kpd Pakatan Rakyat yg sudah nampak gerhana atau gelombang gempa bumi akan berlaku pada PRU 13 nanti apabila rakyat menolak Pakatan Rakyat untuk mengembalikan semula UMNO/BN memerintah negeri-negeri yang terlepas kpd Pakatan Rakyat dan mengekalkan status quo UMNO/BN sebagai pemerintah Malaysia yang sah.
Hari ini YAB PM katakan Anwar seperti suara sumbang di mana pemimpin-pemimpin dunia mengiktiraf pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen yang patut di contohi dan di tauladani. Tetapi agak malang apabila ada pemimpin negara Malaysia yang sanggup mencaci dan mencela Malaysia di pentas dunia cuma untuk menlonjakkan ego dan karektor jahatnya di pandang mulia oleh pemimpin-pemimpin dunia yg memang ingin mencengkam Malaysia sehingga lemas.
No comments:
Post a Comment