Pemujaan Najib:
Katak dimasak  dalam air panas
 
 PRK Bukit Gantang, Hulu Selangor dan Sibu  memperlihatkan sokongan padu pengundi Cina terhadap Pakatan Rakyat.   Malah, sikap pengundi menolak rasuah politik (sogokan wang) seolah-olah  memberi tamparan yang sengit terhadap Najib dalam usahanya mendapatkan  sokongan pengundi Cina.
"Kali pertama PM mengunjungi sini sejak n  tahun", "PM menikmati makanan tempatan yang enak"..., ditambah pula  dengan gambar lautan manusia, orang ramai menegakkan jari telunjuknya  untuk menyokong 1Malaysia bersama Najib, menyarat di muka depan  suratkhabar.
Bagaimana kita membaca  kedua-dua fenomena yang bertentangan ini?  Pertama, kehangatan pengundi  Cina menyambut ketibaan PM sekadar kelakuan bersopan, atau hanya  berminat dengan cahaya kamera yang datang bersama orang besar, namun  tiada kena-mengena dengan pilihan undi.  Kedua, pengundi Cina menyambut  baik Najib, tetapi kesukaan mereka terhadap Najib tidak cukup untuk  menghilangkan ketidakpercayaan terhadap UMNO?
 Analisa kedua di atas mungkin boleh  diperlihatkan menerusi contoh berikut.  Dalam kolumnya di Sinchew  Daily, Lim Mun Fah memetik kata-kata pemimpin Pertubuhan Cina di  Johor Bahru yang berbunyi, "Seandainya setiap pemimpin UMNO mesra  rakyat, bersikap terbuka seperti Najib, bagaimana BN boleh hilang  sokongan orang Cina?"
Analisa kedua di atas mungkin boleh  diperlihatkan menerusi contoh berikut.  Dalam kolumnya di Sinchew  Daily, Lim Mun Fah memetik kata-kata pemimpin Pertubuhan Cina di  Johor Bahru yang berbunyi, "Seandainya setiap pemimpin UMNO mesra  rakyat, bersikap terbuka seperti Najib, bagaimana BN boleh hilang  sokongan orang Cina?"Seandainya  soalan yang berlegar dalam minda kalangan masyarakat Cina hanya  berbunyi, "Najib telah berubah, bagaimana pula dengan UMNO?",  sebagaimana yang dikatakan penulis Sinchew Daily, maka Najib  hanya perlu menutup mulut orang seperti Ibrahim Ali dan akhbar Utusan  Malaysia buat sementara sebelum PRU, agar BN berkemungkinan besar  untuk mengembalikan kemenangannya.
Malah,  seandainya Najib singgah untuk sejam dalam perarakan hari besar Tua Pek  Kong di Sibu (Najib hanya singgah selamat 10 minit), berjabat tangan  dengan 500 orang, di samping tidak menyogok pengundi dengan RM5 juta di  Rejang Park sehingga mengundang kesan sebaliknya, maka undi kepada BN  mungkin bertambah ratusan, sehingga membawa kemenangan kepada BN.
Imej Najib melambung
Bukan mimpi seandainya dibayangkan Najib  tampil sebagai pemenang di Sibu, kerana kawasan ini masih kubu BN yang  kukuh pada dua tahun yang lalu.  Kini, PR dengan semangat berkobar-kobar  menyasarkan Malaysia Timur.  Persoalannya, jikalau diadakan PRK, bahkan  pilihan raya negeri di Perak sekarang juga, apakah "Gelombang Najib"  akan memenangkan BN?
 Kalaulah jawapannya "ya", maka loceng  kecemasan telah berdering di Barat Semenanjung, asas kuasa PR.  Tetapi,  setahun yang lalu, imej Najib masih merudum berikutan rampasan kuasa di  negeri Perak.  Najib tidak berani untuk turun berkempen di PRK Bukit  Gantang kerana khuatir dengan kesan negatif yang mungkin dibawa  dirinya.  Bukan sahaja orang dalam negeri, malah di luar negeri Perak  berasa jijik apabila Najib dengan megahnya memperkenalkan empat ekor  katak di Perak ketika rampasan kuasa.
Kalaulah jawapannya "ya", maka loceng  kecemasan telah berdering di Barat Semenanjung, asas kuasa PR.  Tetapi,  setahun yang lalu, imej Najib masih merudum berikutan rampasan kuasa di  negeri Perak.  Najib tidak berani untuk turun berkempen di PRK Bukit  Gantang kerana khuatir dengan kesan negatif yang mungkin dibawa  dirinya.  Bukan sahaja orang dalam negeri, malah di luar negeri Perak  berasa jijik apabila Najib dengan megahnya memperkenalkan empat ekor  katak di Perak ketika rampasan kuasa.Mengapa  imej Najib, terutamanya di kalangan masyarakat Cina melambung dalam  jangka yang amat singkat ini?  Lebih-lebih lagi, sepanjang jangka satu  tahun ini, Najib membiarkan kumpulan seperti Utusan Malaysia,  Ibrahim Ali, protes kepala lembu, golongan yang cuba memonopoli  penggunaan kalimah Allah untuk terus melakukan apa yang dikehendaki  sewenang-wenangnya.
Jikalau beliau  berjaya mengawal kumpulan di atas, menutup mulut Ahmad Ismail, Nasir  Safar daripada mengeluarkan hujah yang mengundang "malapetaka", jadi  apakah Najib akan menjadi lebih mesra rakyat, bersifat terbuka  sebagaimana yang disifatkan oleh Lim Mun Fah dalam tempoh setengah tahun  yang akan datang?  Menjelang PRU ke-13, apakah Gelombang Najib bakal  menangkis badaian tsunami politik pada tahun 2008?
Nilai orang Cina
Terdapat dua bacaan terhadap fenomena  "Karisma Najib" dalam masyarakat Cina.
 Pertama, "terkenal untuk 15  minit".  Orang ramai suka tengok, bergambar dengan orang ternama, agar  turut menjadi tumpuan.  Jadi, apabila PM menjenguk ke rumah mereka buat  kali pertama, ia semestinya sesuatu yang menggembirakan.  Jikalau Ketua  Menteri atau Menteri Besar PR juga datang bertanya khabar, maka persepsi  positif terhadap Najib akan diimbangi, atau sekurang-kurangnya tidak  ditukar menjadi undi.
Pertama, "terkenal untuk 15  minit".  Orang ramai suka tengok, bergambar dengan orang ternama, agar  turut menjadi tumpuan.  Jadi, apabila PM menjenguk ke rumah mereka buat  kali pertama, ia semestinya sesuatu yang menggembirakan.  Jikalau Ketua  Menteri atau Menteri Besar PR juga datang bertanya khabar, maka persepsi  positif terhadap Najib akan diimbangi, atau sekurang-kurangnya tidak  ditukar menjadi undi.Bacaan keduanya  sebegini.  Najib berjaya membina imej positif dirinya kerana harapan  masyarakat Cina terhadap pimpinan UMNO terlalu rendah.  Hanya dengan  tidak mendendangkan perkauman Melayu, Najib berjaya mengkagumkan  masyarakat Cina yang tidak menaruh harapan terhadap UMNO, meskipun  propaganda "1Malaysia" itu memperlihatkan kecetekannya.
 Namun begitu, apakah ini berbeza  dengan Pak Lah, yang turut membina imejnya sebagai mesra rakyat,  bersikap terbuka sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan PM?  Apakah  fenomena untuk membezakan antara pemimpin dengan parti ini akan  berlanjutan sehingga PRU pertama PM baru ini?
Namun begitu, apakah ini berbeza  dengan Pak Lah, yang turut membina imejnya sebagai mesra rakyat,  bersikap terbuka sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan PM?  Apakah  fenomena untuk membezakan antara pemimpin dengan parti ini akan  berlanjutan sehingga PRU pertama PM baru ini?Pada hakikatnya, kedua-dua bacaan ini mencerminkan kualiti budaya dan nilai masyarakat Cina.
Bacaan pertama meskipun tidak  banyak menjejaskan proses pendemokrasian, namun menumpang bangga dengan  ketibaan orang ternama, bermegah apabila orang berpangkat menjenguk  tanpa mempersoalkan akhlak orang ini...bukankah apa yang berlaku pada  ribuan tahun dahulu?  Apa yang berbeza adalah, kalau dahulu orang Cina  melutut di tepi jalan, melaungkan agar Maharaja dilimpahi rahmat dan  umur yang panjang hingga ribuan tahun, kini menjadi fans zaman  moden yang mengambil gambar dengan telefon bimbit.
Peranan  media
Setelah 8 Mac,  kesedaran sivil semakin membangkit.  Demokrasi, negara hukum (rule  of law), hak asasi manusia, sistem dua parti yang diperjuangkan  pelopor gerakan masyarakat sivil pada tahun 1980-an, telah menjadi  persetujuan asas golongan muda dan penduduk bandar tanpa mengira kaum.   Mengapa wujud pula pemikiran pemujaan pemimpin yang anti-intelektual  dalam masyarakat Cina?
 Apakah jenis manusia yang akan  memuja Najib, biarpun pemerintahannya setahun ini mencatatkan rekod  buruk - menumbangkan satu kerajaan negeri dengan rampasan kuasa, cubaan  rampasan kuasa di negeri lain mengakibatkan kehilangan nyawa seorang  pemuda, meninggalkan seorang janda dan anak.
Apakah jenis manusia yang akan  memuja Najib, biarpun pemerintahannya setahun ini mencatatkan rekod  buruk - menumbangkan satu kerajaan negeri dengan rampasan kuasa, cubaan  rampasan kuasa di negeri lain mengakibatkan kehilangan nyawa seorang  pemuda, meninggalkan seorang janda dan anak.Sementara itu, akhbar fasis dibiarkan terus menghasut populist,  di samping menekan media yang bebas dan profesional, sehingga isteri  perlu tampil mengawal stesen televisyen.
Adakah manusia itu orang tua yang selama ini hidup dalam  pemerintahan autokratik, yang takut jika berlakunya huru-hara?  Adakah  pemuda yang asyik menyalin jawapan standard lantaran pendidikan  yang tidak mengajarkannya agar berfikir secara bebas?  Adakah  kakitangan kerajaan yang periuk nasinya dikawal kerajaan?  Adakah  peniaga kroni yang mendapat kontrak kerana kebergantungannya terhadap  kuasa pemerintah?
 Kita boleh faham seandainya  golongan yang tersebut di atas.  Tetapi, seandainya bukan sahaja mereka  di atas... Siapakahnya yang menyolek pemimpin sedemikian, agar kita  percaya Najib telah menjadi baik, dan kini hanya menunggu masa agar UMNO  menjadi baik seterusnya?
Kita boleh faham seandainya  golongan yang tersebut di atas.  Tetapi, seandainya bukan sahaja mereka  di atas... Siapakahnya yang menyolek pemimpin sedemikian, agar kita  percaya Najib telah menjadi baik, dan kini hanya menunggu masa agar UMNO  menjadi baik seterusnya?Hari ini,  setelah sembilan tahun persekongkolan kuasa politik ekonomi untuk  memonopoli akhbar Cina, semua warga yang prihatin terhadap masa depan  negara wajib bertanya kepada diri, sanggupkah kita masih mengangguk  kepada akhbar Cina untuk meneruskan agenda mereka untuk membantutkan,  malah menongkah arus pendemokrasian negara kita dengan rencana mereka,  sehingga kita menjadi katak yang masak dalam air yang dipanaskan secara  perlahan-lahan?
Juga, pembangkang  yang menikus dan terlalu berkira-kira bila berdepan dengan akhbar Cina  selama ini, kerana takut diri mereka diboikot dalam akhbar Cina, wajib  berdepan dengan persoalan iniKickdefella alat BN untuk Gugat Kelantan
Suara Keadilan - Oleh Frederick Luccas
SHAH ALAM 8 Mei -  Dakwaan penulis blog  Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz bahawa PAS  membelanjakan wang  kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM4 juta kononnya  bagi tujuan Operasi  Perang Saraf adalah tidak berasas serta  bertentangan dengan realiti.
"Syed   Azidi telah memberi gambaran lima orang terlibat bersamanya dan   memberikan dana RM4 juta dalam bentuk wang, peralatan, bangunan  dan  sebagainya. 
"Jika dibandingkan  dengan ahli PAS, saya  boleh mengaitkan seorang ahli yang telah  membelanjakan sejumlah wang  yang besar untuk membeli sebuah bangunan  untuk kegunaan yayasan dan wang  yang digunakan adalah wang ahli itu  sendiri. 
"Dari mana pula  datangnya  fitnah PAS membelanjakan wang rakyat?" tanya Khalid pada  sidang media  di pejabat beliau Khamis lalu.
Khalid  menerangkan  siasatan awal parti menunjukkan lima individu yang dituduh  oleh penulis  blog itu sebagai kroninya merupakan beberapa individu  yang mempunyai  reputasi yang baik di arena politik.
"Mereka sentiasa memberikan  sumbangan  daripada wang mereka sendiri yang digunakan untuk membeli  pelbagai  kegunaan dan juga untuk kebajikan masyarakat," kata beliau.
Menurut  Khalid lagi, salah seorang peguam  yang digambarkan oleh Syed Azizi  hampir sama seperti rakan  sepejuangannya di dalam PAS dan rakannya  hanya menunggu sahaja untuk  blogger itu mengungkitkan namanya.
"Sebaik   sahaja Syed Azidi menyebut namanya, dia akan terus mendakwa Syed Azidi   di mahkamah kerana menburukkan namanya," tambah Khalid.
Menurut  Khalid, dakwaan Syed Azidi  bertujuan supaya Suruhanjaya Pencegfahan  Rasuah Malaysia menahan dan  menyoalsiasat pemimpin Kelantan dan  memburukkan nama mereka. 
Insiden ini, katanya, sama seperti apa   yang berlaku di Perak semasa Pakatan Rakyat memerintah di  mana  Umno-Barisan Nasional menuduh dua anggota Dewan Undangan Negeri   KEADILAN menyalahguna dana dan memperbesarkan isu ini sehingga   menyebabkan KEADILAN kehilangan dua ADUN kepada BN.
Peristiwa ini  menyebabkan Pakatan Rakyat  Perak hilang majoriti dan terpaksa  menyerahkan Perak kepada BN.
"Yang peliknya bagaimana tuduhan  yang  dibuat oleh SPRM kepada dua bekas ADUN KEADILAN itu hilang begitu   sahaja apabila mereka menyertai BN.
"Ini  jelas menunjukkan salah  satu taktik kotor BN yang digunakan untuk  merampas kuasa kerajaan  Pakatan Rakyat Perak," jelas beliau.
Selak, dedah, londeh’ jadi mainan politik
Setelah dua tahun ‘tersembunyi’ ibarat di dalam rumah yang pintunya  bagaikan diselak rapat, tiba-tiba habis (mungkin ada lagi) semuanya  diselak pada Rabu, 17 Mac 2010 di Dewan Rakyat. Zahrain Mohamed Hashim  menyelak apa yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk  berkaitan pembentukan kerajaan pakatan DAP-Pas-PKR bersama wakil rakyat  yang sedia melompat parti secara beramai-ramai bagi memenuhi impian  Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Bukan sekadar yang  di dalam PKR ‘panas punggung’ tetapi yang di luar juga terasa bahangnya  apabila nama mereka dikaitkan. Pada masa yang sama, pihak di luar parti  politik dikaitkan termasuk institusi raja dan Angkatan Tentera Malaysia  (ATM).
Pendedahan ini menimbulkan pelbagai kritikan termasuk daripada  Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut terseret sama dalam  ucapan Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu.
Menurut Zahrain, yang  berhijrah dari PKR pada 12 Februari 2010, Penasihat PKR, Anwar dikatakan  pernah menggelarkan Nik Abdul Aziz sebagai ulama terompah. Tetapi Nik  Abdul Aziz tidak percaya Anwar berkata demikian. Sama ada betul atau  tidak, terserahlah.
Tetapi Nik Abdul Aziz pun pernah menggelarkan  golongan agama yang ditonjolkan oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan  raya umum (PRU) sebagai terompah kayu. Malahan Angkatan Keadilan Insan  Malaysia (AKIM) juga pernah digelar sebagai terompah kayu kepada UMNO.  Maka tidak ada yang luar biasanya. Cuma dalam dunia politik, hari ini  kita maki hamun orang yang menjadi musuh, esok lusa jadi kawan amat  rapat, boleh makan semeja, berada di pentas yang sama dan ‘tidur  sebantal’. Sama ada lupa seketika apa yang dikatakan dahulu atau  ingat-ingat lupa (Dalam politik inilah yang dipanggil sumpah-sumpah). 
DAP juga pernah menjadi bahan kritikan Anwar ketika mantan Timbalan  Perdana Menteri itu bersama-sama UMNO dan BN. Begitu juga sebaliknya,  DAP pernah menghentam Anwar. Tetapi demi kelangsungan politik, mereka  lupakan itu semua. Ada yang sanggup menjilat ludah. Mungkin dalam  politik, kita tidak boleh terlalu ‘amanah’ ketika menjalin hubungan  dengan musuh. Sama ada buat-buat lupa apa yang dikatakan dulu atau buat  ‘pekak telinga’. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Namun dalam kritikan Nik Abdul Aziz terhadap Zahrain, sesuatu yang  perlu kita hargai ialah apabila kenyataannya mengenai ahli politik  Melayu yang tidak berakhlak kerana sanggup membuka rahsia parti yang  pernah disertainya.
Kata Menteri Besar Kelantan itu: ‘‘Orang MCA, MIC berpecah pun tidak  membuka rahsia parti mereka tetapi orang Melayu bila berpolitik tidak  ada integriti langsung. Kita suka dan berasa bangga dapat buka rahsia,  namanya lagi rahsia kenapa kita buka? Tak ingat dosa pahalakah?''.
Nik Abdul Aziz menjawab pendedahan Zahrain terhadap Anwar yang  dikatakan sebagai rasaksa pelbagai wajah. Memang betul kata Nik Abdul Aziz itu. Apabila orang Melayu berpolitik  bergaduh, ‘rupa’ mereka memang buruk dan hodoh. Lupa dosa dan pahala  lebih-lebih lagi ketika berceramah di pentas politik (Inilah yang terjadi apabila bulan penuh dan mata sepet dapat topik APCO, Sikitul dan Mandeliar pun timbul dengan mengatakan bahawa UMNO  Yahudi dan siapa yang menyokong UMNO adalah Yahudi, UMNO pengkhianat agama, bangsa dan negara. Dimana letaknya akhlak kita dan moral kita sebagai seorang Melayu Islam. Saya percaya Penasihat bulan penuh itu pasti akan cakap itu tak apa kerana UMNO tidak memperjuangkan Islam).
Dalam ceramah, mereka ‘belasah’ ikut sedap mulut. Maki hamun, memberi  gelaran buruk, ‘londeh’ itu ini malahan mengaibkan seseorang sudah  menjadi lumrah apabila mereka berada di pentas politik. Ketika itu pesan  tok guru ditolak ke tepi. Bagi mereka itu wajib didedahkan. Lebih  penting, mereka yang mendengar ceramah itu seronok dengan maki hamun dan  dapat bertepuk gembira. Itulah realiti politik bagi sesetengah orang  Melayu dalam sesetengah parti politik (tidak semua).
Tetapi mendedahkan sesuatu yang menyebabkan orang resah gelisah  dengan tujuan memperbetulkan keadaan pula bagaimana? Contohnya apabila  Zahrain mendedahkan apa yang berlaku dalam gerakan PKR mahu membentuk  kerajaan pakatan pembangkang dan menumbangkan kerajaan BN selepas PRU  lalu. Selama ini berlaku syak wasangka antara kalangan ahli Parlimen BN  mengenai siapa yang mahu melompat parti (dihalalkan PKR-Pas-DAP jika  berlaku - itu dulu tetapi kini apabila ahli PKR lompat ke Bebas, mereka  digelar pengkhianat) bagi membantu kerajaan pimpinan Anwar.
Dulu ramai  yang tertanya-tanya mengenai siapa agaknya yang akan berpaling tadah  tetapi dengan pendedahan Zahrain, orang yang sebelum ini resah gelisah  kini lega. Cuma ada yang nama mereka disebut sedikit gelabah. Manakan  tidak seolah-olah mereka bersubahat mahu menjatuhkan kerajaan. Itulah  kebaikan pendedahan Zahrain. Ini untuk memulihkan kekeliruan. Dan  katakanlah kebenaran itu walaupun pahit. Tetapi janganlah pula  mendedahkan sesuatu yang boleh merugikan. Contohnya tentang isu  keselamatan. 
Memang benar kata Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi.  Kadang-kadang kerana politik, orang sanggup membongkar rahsia berkaitan  pertahanan. Ada yang sanggup mempolemikkan isu ketenteraan dan aset  strategik ketenteraan. Biar orang luar terutama musuh kita tahu kekuatan  atau kelemahan pertahanan negara. Mereka ini seolah-olah tidak peduli  semua itu asalkan isu-isu ini boleh menjejaskan imej kerajaan di mata  rakyat. 
Satu lagi kelemahan politik Melayu ialah apabila sanggup  membangkitkan sesuatu yang sudah menjadi hak mereka. Jika dulu ia  ‘tertutup’ di bawah ‘tudung saji’ dan orang lain sudah tahu ‘menu’ yang  tersedia tetapi kerana politik, tudung dibuka dan mahu hidangan itu  ‘dimakan’ bersama orang lain. 
Ada pula yang sanggup mencanangkan orang Melayu dapat itu dan ini dan  mereka mahu ‘menu’ yang dikhususkan kepada Melayu dikongsi bersama.  Padahal pada masa yang sama orang lain terus meminta untuk menambah apa  yang sudah dimiliki seolah-olah sebelum ini hak mereka diabaikan.  Hakikatnya, orang lain sudah menikmati lebih daripada apa yang Melayu  miliki. 
Ketika orang lain berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak membantu  mereka tetapi hakikatnya, orang Melayu sendiri masih ketinggalan. Ketika  mereka mendakwa tidak ada deretan kedai di satu-satu kawasan tetapi  hakikatnya, mereka sudah memiliki lebih daripada itu sementara orang  Melayu tetap hilang. Begitulah betapa orang lain amat menjaga hak mereka  tetapi pada yang sama, Melayu bagaikan terkulai layu dalam  mempertahankan apa yang menjadi hak mereka. Benarlah, orang Melayu apabila bergaduh sanggup membuka pekung di  dada!
1Malaysia, 1Israel: Apa yang kalut sangat?
MARAHKAH Anwar Ibrahim apabila 1Malaysia dikaitkan dengan 1Israel?  Mengapa beliau sensitif sangat? Dalam dunia tanpa sempadan sekarang  macam-macam idea boleh menjadi sama. Apa yang peliknya? Ketua  pembangkang (yang ikut buku sudah patut turun kerusi) mempertikaikan  gagasan itu yang dikaitkannya dengan slogan negara Yahudi tersebut.
Samakah konsep di Malaysia dengan negara Yahudi itu? Di Israel, ia  hanya mengiktiraf satu bangsa sahaja iaitu Yahudi yang agung. Anwar  takkan tidak tahu perkara ini, kan beliau mempunyai ramai rakan  berpengaruh dari keturunan itu.
Mengapa secara tiba-tiba beliau mahu mempertikaikannya? Jika idea itu  bagus - apa salahnya kita pakai. Israel marahkah kita guna slogan itu?  Rasulullah SAW sendiri pernah menyarankan umatnya supaya menimba ilmu  dari mana-mana tempat sekali pun asalkan ia boleh memberi manfaat kepada  umatnya.
Kita belajar ilmu fizik dari orang Yahudi, Einstein. Malah orang Iran  yang membina reaktor nuklear pun perlu belajar ilmu itu. Jadi, apa yang  hairan sangat. 
Seperti yang semua kita sedia maklum, Anwar membangkitkan isu itu  hanya semata-mata mahu mencabar minda orang Melayu Islam di Malaysia  supaya membenci pemerintah. Israel dan Yahudi memang menjadi tabu -  ketakutan, kebencian - orang Melayu Islam di negara ini (Kita mesti ingat bahawa Ketua Umum mata sepet itu sudah tiada topik untuk hemtam kerajaan sekarang, maka korek punya korek dengan menggunakan kapal korek dapat isu APCO yang ada kaitan dengan Yahudi maka apa lagi dicanang keseluruh telinga rakyat Malaysia terumatamnya orang Islam. Org Islam dengan Isreal dan Yahudi sahaja naik semangat untuk membantu kaum seagamanya di Palestine tetapi anasir-anasir gerak saraf yang di disampaikan kepada telinga-telinga org Melayu Islam amat berkesan. Dengan pertolongan SiKitul-SiKitul yang memang anti UMNO dan BN maka peluang ini digunakan oleh PR untuk memanjangkan agenda politik sempit mereka ke dalam minda rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam).
Seorang kenalan  berbangsa Amerika pernah memberitahu saya bagaimana hasratnya mahu  memperisterikan seorang gadis Kelantan gagal setelah keluarga gadis itu  di saat-saat akhir mengetahui dia seorang berketurunan Yahudi. Akhirnya  dia membawa diri ke Filipina dan mengahwini gadis di sana. Mereka hidup  aman damai di New York hingga ke hari ini.
Jadi untuk membangkitkan rasa benci mereka kepada kerajaan kaitkan  apa-apa saja dengan Yahudi atau Israel, pasti orang Melayu Islam akan  marah.
Anwar kan bijak dengan perang sarafnya. Psy-warnya, atau dalam bahasa  mudah ilmu putar-belitnya, memang hebat. Semua orang mengiktiraf  kehebatannya dengan permainan itu. Ingat lagikah dengan isu pendakap  leher, isu racun arsenik dan lain-lain..?
Oleh itu, apa yang kalut sangat di Parlimen itu. Orang kita, termasuk  para pemimpin kerajaan cukup kalut apabila Anwar membangkitkan  soal-soal macam ini. Mereka cukup cepat merasa defensif atau mengalah. Sepatutnya, baguslah Anwar membangkitkan isu itu. Sekurang-kurangnya  beliau sudah secara tidak langsung mengakui pengaruh yang ada pada  1Malaysia itu.
1Malaysia pun yang pada mulanya disangsi oleh banyak pihak termasuk  mantan Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, kini diterima sebagai satu  gagasan yang bijak. Orang Cina dan India menerima gagasan itu dengan  senang hati.
Pakatan pembangkang melihat 1Malaysia sebagai musuhnya. Mereka  sebenarnya takut dengan gagasan itu dan sedang berusaha keras mahu  memecahkannya.
Mereka tahu kekuatan yang hanya boleh mereka capai ialah apabila  orang Cina dan India membenci orang Melayu. Orang Melayu membenci orang  Melayu; orang Melayu membenci orang Cina dan India; dan orang India  membenci orang Melayu dan Cina. Serta, orang Iban membenci orang  Bidayuh; orang Sarawak membenci orang Semenanjung dan Sabah.
Itulah yang mahu dilihat oleh pakatan pembangkang yang masih diketuai  oleh Anwar. Bencinya rakyat kepada kerajaan, bermakna kemenangan kepada  mereka. Oleh itu, jangan jadi kalut tak tentu pasal.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
DOA Tok Guru Nik Aziz yang gemar mengadakan solat  hajat satu stadium untuk musuh-musuhnya nampaknya tidak menjadi. Doanya  tidak makbul, sebaliknya beliau yang bermasalah.
Syed Azidi @ Kickdefella kini menjadi musuh No.1-nya. Syed  Azidi menjadi duri dalam daging Nik Aziz. Syed Azidi yang dihajatkan  menjadi seperti Osama Ben Ladin oleh CIA, kini memakan tuan.
Syed Azidi kini sudah menjadi seperti al-Qaeda oleh Amerika Syarikat.  Osama pernah dibentuk oleh AS untuk menjahanamkan Rusia satu ketika  dulu. Tapi kini Osama ialah musuh Amerika No.1.Dalam dunia ini banyak benda yang boleh jadi terbalik. Hari ini kawan, esok lawan dan begitulah putarannya.
Blogger Kickdefella (bererti: Sepak Orang Itu) diberi misi untuk merosakkan imej Perdana Menteri, Pak Lah ketika itu. Jika imej PM rosak ia sekali gus akan merosakkan imej BN dan UMNO, khususnya di Kelantan.
Imej-imej grafik yang direka bentuk oleh Kickdefella amat hebat. Poster-poster wayang yang memaparkan wajah hero-hero Hollywood, ditukar menjadi wajah-wajah jelik Pak Lah, Tun Mahathir, malah Najib.
Dipendekkan cerita PRU 2008, pembangkang menang besar. Kelantan terus diperintah oleh Tok Guru. Rakyat ketika itu sudah jadi keliru. Pemikiran mereka sudah termakan dengan dakyah yang direka oleh orang seperti Syed Azidi. Syed Azidi mendakwa kepada SPRM beliau dibayar RM4 juta oleh operatif Pas untuk operasi gerak sarafnya. (Sehingga kini tiada siapa dari Pas yang mahu mengaku).
Pada waktu operasi itu kencang dicanang oleh Syed Azidi, para pemimpin pembangkang senyap-sunyi. Nik Aziz pun tak komen apa-apa. Pada waktu itu Syef Azidilah segala-galanya. Beliau ialah permata hati pengikut Pas.
Kini, apabila Syed Azidi membongkar segala-galanya, Nik Aziz mula melalut sehingga sanggup cakap macam-macam terhadap Syed Azidi. Kasihan Tok Guru. Beliau sudah tua dan sudah terlalu lama, agaknya?
Cukup-cukuplah wahai Tok Guru. Kalau ambo di tempat Tok Guru, buat apa pening-pening kepala, berhenti sahajalah dari politik. Dan duduk diam-diam di Pulau Melaka tu. Beribadat dan serahkan diri kepada-Nya. Ingatlah kita ini bukan insan yang sempurna. Wallahualam.
Cara kita tangani krisis...
KES 1: Kisah wanita 'didera' polis ketuk-ketampi. Ia menjadi riuh satu Malaysia pada Jun 2005. DAP menangguk di air keruh mengatakan seorang wanita dari tanah besar China didera polis dalam lokap.
Gambaran wanita itu hanyalah dari imej video telefon tangan.
Akhirnya kerana kerajaan terlalu defensif atau mungkin terdesak dek public opinion yang kuat, maka sebuah suruhanjaya bebas dibentuk bagi menyiasat dakwaan itu. Suruhanjaya yang dipengerusi oleh mantan Hakim Tun Mohd. Dzaiddin Abdullah itu bolehlah dianggap sebagai yang terhebat di negara ini.
Ramai yang kena panggil. Mahu dipendekkan cerita yang panjang, maka suruhanjaya itu mendapati pihak polis bersalah 'mendera' wanita itu.
Kerajaan kemudian menghantar seorang wakil bertaraf menteri Kabinet, Datuk Seri Azmi Khalid ke Republik Rakyat China pada November 2005 bagi memohon maaf. Maka maaf pun dipinta dan kerajaan China yang mungkin 'tidak begitu kisah dengan isu itu kerana rakyatnya berjumlah lebih 1 bilion orang' pun terimalah maaf itu.
Mahu dijadikan cerita lagi, wanita yang dikatakan berasal dari China itu, rupa-rupanya ialah seorang wanita Melayu - warganegara Malaysia. Namanya ialah Hemy Hamisa Abu Hassan Assari.
Semua orang tergamam. DAP, sebaliknya buat-buat tak dengar, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
KES 2: Kisah Beng Hock yang didakwa 'dibunuh' oleh SPRM. Ia juga menjadi riuh. Sama seperti kisah ketuk-ketampi, DAP juga yang menjuarainya. Satu inkues bagi menyiasat bentuk kematian pegawai khas kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu pun dibentuk.
Sehingga hari ini, siasatannya belum berakhir. Pakar forensik dari UK yang dilantik oleh SPRM, Dr. Peter Vanezis telah membuat konklusinya dengan mengatakan Beng Hock tidak dibunuh. Berdasarkan post-mortem kali kedua tiada kesan yang menunjukkan bahawa lelaki itu dicekik atau diseksa dengan kejam sebelum dibuang dari tingkat 14 bangunan SPRM cawangan Selangor itu.
Semasa bedah siasat itu dijalankan kali kedua, pakar forensik bagi pihak Kerajaan Selangor turut hadir. Pakar forensik bernama Dr. Pornthip itu berasal dari Bangkok, Thailand.
Namun, kini nampaknya kes itu mulai sejuk. DAP dan mana-mana pihak yang menuduh SPRM terbabit membunuh saksinya sendiri itu, mulai membisu. Yang peliknya pakar forensik Siam mereka itu entah ke mana.
Beliau sepatutnya hadir untuk memberi keterangannya terhadap bedah siasat kedua itu. Namun, beliau memberi alasan takut hendak datang ke negara ini.
Beliau takut nyawanya terancam. Beliau mahukan 'jaminan negara Malaysia' bagi melindunginya. Persoalannya siapa pula yang mahu mengancam nyawa beliau?
KES 3: Kisah kematian murid tingkatan tiga Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis. Sejak kejadian murid itu berlaku dua minggu lalu banyak pihak yang mahu tumpang semangkuk. Masing-masing mahu menjadi juara untuk membela kematian budak sekolah itu. DAP nampaknya tidak berapa kisah.
Tapi Ketua Polis Negara (KPN) nampaknya tetap mempertahankan anak-anak buahnya. Oleh kerana public opinion sekali lagi mengatasi kes jenayah itu sendiri, maka sebuah badan siasatan dibentuk.
Bekas KPN, Tun Hanif Omar, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusuf, Suhakam, peguam dan pensyarah adalah antara lapan panel khas dilantik memantau siasatan itu.
Keluarganya mahukan sebuah suruhanjaya diraja. Keputusannya belum ada lagi. Sekiranya badan siasatan itu merasakan perlu, mungkin ia akan ditubuhkan. Jika ia ditubuhkan maka sekali lagi ia akan memakan masa yang panjang dan wang rakyat yang besar.
Namun, public opinion daripada golongan muda, NGO berhaluan kiri semuanya menyalahkan pihak polis. Perkara pokok bagaimana kejadian itu boleh berlaku tiada siapa peduli. Persoalan tanggungjawab keluarga terhadap anak jagaan tidak dipersoalkan. Semua kesalahan diletak di bahu polis.
Ada juga yang mempertahankan polis. Oleh kerana terlalu banyak versi yang timbul mengenai kes itu, kita tidak perlu campurlah.
Kes-kes di atas adalah sebahagian daripada cara kita menangani krisis yang berlaku membabitkan orang awam di negara ini.
Persoalannya apakah kita mengambil iktibar daripada kesemua kes itu, atau kita tidak kisah.
Saya mahu tanya apakah sistem kita ini semakin matang ke depan, atau semakin gostan ke belakang?
Sandiwara terbaru Pas?
MASIHKAH kita ingat pada penghujung tahun lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta orang ramai mendoakan kemusnahan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Tindakan itu dikaitkan dengan isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan negeri tersebut. Tetapi selepas doa berkenaan dilafazkan, sama ada secara kebetulan atau tidak, satu demi satu peristiwa melanda pentadbiran Nik Abdul Aziz.
Bermula dengan isu tajaan menunaikan haji sehinggalah pelantikan menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), semuanya membabitkan kekalutan di negeri Cik Siti Wan Kembang berkenaan.
Terbaru, Kerajaan Negeri Kelantan yang sering melaung-laungkan konsep kepimpinan berteraskan Islam dan begitu bangga dengan slogan 'Kepimpinan Bersama Ulama' berhadapan dengan satu lagi 'krisis'.
Ia lanjutan daripada pendedahan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang menyatakan sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Jika dalam beberapa kes sebelum ini, kerajaan negeri termasuklah beberapa pemimpin Pas Kelantan begitu cepat menafikan atau mengambil tindakan mahkamah ke atas orang yang membuat dakwaan tetapi dalam kes terbaru ini, mereka lebih gemar untuk mendiamkan diri.
Keadaan itu mewujudkan persepsi bahawa apa yang didakwa oleh Syed Azidi adalah satu kebenaran. Walaupun ada Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang cuba menafikan dakwaan berkenaan secara lembut melalui blognya tetapi ia masih belum meyakinkan.
Sebaliknya, Syed Azidi membuat tindakan yang lebih mengancam apabila mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta tersebut.
Adalah sesuatu yang mengejutkan, selain mengaitkan seorang pengarang sebuah akhbar propembangkang, Syed Azidi juga secara berani menyatakan empat lagi pihak yang terlibat ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.
Kalau dakwaan berkenaan benar, maknanya kesemua mereka mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri pimpinan Nik Abdul Aziz, oleh itu sewajarnya mereka memberi jawapan balas demi membersihkan nama kerajaan negeri.
Tetapi malangnya, kerajaan Pas Kelantan setakat ini tidak mahu berbuat demikian. Mereka mungkin ingin mendoakan melalui tindakan mendiamkan diri itu, ia akan membolehkan isu yang dibangkitkan oleh Syed Azidi, diam begitu sahaja.
Jika itulah sikap yang ingin diamalkan adalah jelas Kerajaan Negeri Kelantan tidaklah sebaik mana. Malahan menampakkan demi politik, Pas Kelantan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah dengan mewujudkan operasi gerak saraf bagi melemahkan kepimpinan negara.
Kerajaan negeri pimpinan Nik Abdul Aziz sepatutnya berjiwa besar dengan memastikan segala dakwaan yang dilakukan oleh Syed Azidi disiasat dan bukannya menganggap ia sekadar satu pendedahan sahaja.
Penglibatan individu daripada kepimpinan Pas negeri dalam satu operasi yang boleh dianggap 'memualkan' itu bukanlah satu perkara kecil. Ia sebaliknya menyeret sama imej kerajaan negeri.
Oleh itu mahu tidak mahu, kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan dan bukannya menganggap Syed Azidi mempunyai motif politik.
Janganlah pula ada di kalangan pemimpin Pas membuat tuduhan dangkal untuk mengaitkan pendedahan itu dengan permainan politik oleh UMNO.
Dalam kes ini, jelas sekali, UMNO tidak ada 'apa-apa saham', sebaliknya pendedahan itu berpunca daripada keceluparan pemimpin Pas sendiri yang mempertikaikan sumbangan Syed Azidi kepada parti tersebut.
Kita boleh menganggap sebarang kenyataan oleh mana-mana pemimpin Pas yang mendakwa UMNO terlibat dalam apa juga segi dalam isu ini sebagai kenyataan orang yang sudah tertekan.
Walaupun kebenaran semakin nyata tetapi masih ada di antara mereka masih mahu berusaha mengalihkan isu.
Lebih aneh lagi, secara tiba-tiba dasar Pas seolah-olah berubah apabila isu melibatkan kerajaan negeri dijawab oleh Pas Pusat.
Ini berikutan tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengadakan sidang akhbar menyatakan bahawa Pas tidak tahu menahu mengenai peruntukan RM4 juta itu.
Memanglah Pas Pusat tidak tahu, sebab itu urusan kerajaan negeri, bukankah selama ini Pas begitu menghormati kuasa pesuruhjaya Pas negeri sehingga ada satu ketika usaha menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak gagal kerana ia ditolak oleh pesuruhjaya Pas negeri.
Kenapa pula secara tiba-tiba dalam isu berkaitan pentadbiran kerajaan negeri, Pas Pusat hendak campur tangan? Apa justifikasinya? Adakah Pas Pusat semakin resah kerana kerajaan Kelantan tidak mampu menjawab dakwaan Syed Azidi?
Untuk rekod, penulis tidak pernah mengenali Syed Azidi secara peribadi tetapi beliau adalah penulis blog yang bertanggungjawab 'menghentam' penulis habis-habisan tidak berapa dahulu apabila penulis mengkritik seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang bertanding dalam pemilihan parti.
Apa yang ingin penulis nyatakan di sini ialah, Syed Azidi membuat pendedahan berkenaan dengan rela hati dan mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan kepimpinan kerajaan negeri.
Malahan beliau pernah memegang jawatan dalam PMBK dan dibawa balik ke Kelantan oleh exco yang beliau pertahankan itu.
Oleh itu, kebenaran pendedahan yang Syed Azidi lakukan tidak boleh dipertikaikan kecualilah kerajaan negeri mempunyai hujah bagi mematahkan dakwaan berkenaan.
Kita harus ingat, Kelantan bukanlah sebuah negeri yang maju, ia masih ketinggalan dalam banyak bidang. Berikutan itu, jumlah RM4 juta yang dilaburkan semata-mata untuk kepentingan politik, boleh dianggap satu pembaziran.
Selama ini Pas begitu bangga menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai dakwaan, malahan penulis yakin kalaulah operasi gerak saraf ini dikaitkan dengan UMNO, sudah pastilah Pas tidak akan duduk diam.
Mereka akan membuat ribuan laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan terpekik terlolong di pentas-pentas ceramah melemparkan pelbagai tuduhan.
Namun apabila ada dakwaan yang melibatkan mereka, mulalah Pas bersandiwara seolah-olah apa sahaja keburukan yang dikaitkan dengan mereka adalah fitnah dan seolah-olah juga merekalah parti baik di alam fana ini.
Itulah Pas sekarang, hari demi hari, pendirian parti tersebut semakin bercelaru. Justeru tidak hairanlah, jika Pas kini begitu mudah di perkotak-katikkan oleh sekutu mereka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Ia kerana kedua-dua parti berkenaan sedar bahawa pendirian Pas boleh berubah bila-bila masa demi mencari kuasa politik!
 
No comments:
Post a Comment