Monday, May 17, 2010

KALAH BUKAN MENGALAH TAPI BANGKIT UNTUK MENANG

Selepas kemenangan di Hulu Selangor, BN mengharapkan satu lagi kemenangan di Sibu tetapi meleset sebaliknya pengundi-pengundi telah memilih calon DAP untuk menjadi wakil mereka di Parlimen. Apakah yang menyebabkan peralihan atau perubahan tersebut berlaku di Sibu. Semua tahu di Sibu majoriti penduduknya adalah keturunan Cina Foochow dan lain-lain etnik Sarawak.

Pada pandangan saya pola pengundian di Sibu adalah kerana faktor kaum Cina yang memegang saham terbesar yang menentukan siapa yang mereka inginkan di Parlimen. Pada mereka pihak kerajaan telah berjanji semasa PRK untuk membaiki dan membangunkan Sibu serta memperuntukkan perbelanjaan besar untuk sekolah Cina di Sibu. Kaum Cina di Sibu sudah tentu gembira dengan perkara-perkara tersebut tetapi semasa mengundi belum tentu mereka akan mengundi BN.

Semasa menganalisa pola pengundian di Hulu Selangor, saya telah merumuskan bahawa dikawasan urban/bandar, kaum Cina akan menjadi power broker kepada parti-parti yang bertanding. Kebanyakkan kawasan urban/bandar di Malaysia yang mana kaum Cina majoriti kemenangan untuk BN adalah amat tipis kerena pihak PR terutamanya DAP pandai memainkan peranan sebagai pemusnah iaitu meniupkan api anti Melayu, anti Islam dan anti kerajaan kepada kaum Cina.

Roket scud akan mengatakan bahawa sekiranya kaum Cina mengundi PR mereka akan mendapat segala-galanya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Dalam PR, Roket Scud akan mendabik dada bahawa bulan penuh dan mata sepet banyak bergantung kepada kebijaksanaan dan kepakaran mereka untuk menerajui sesuatu perkara dan polisi. Roket Scud akan menjual seolah-olah mereka adalah boss bagi PR kerana sekiranya PR menang yang menang adalah kaum Cina bukannya Melayu ataupun India ataupun etnik-etnik lain. Roket Scud akan memastikan bahawa segala polisi dan kepentingan kaum Cina akan terpelihara seperti yang terjadi di Perak. Di Selangor Roket Scud gagal melaksanakannya kerana mendapat tentangan yang hebat daripada BN. Di Kedah mereka gagal juga kerana Bulan Penuh memegang tampuk pemerintahan. Adun Roket Scud yang ingin keluar parti suatu ketika telah tidak diendahkan oleh pentadbiran Bulan Penuh.

Oleh itu berhati-hati dengan falsafah Roket Scud "4Change - Jom Ubah" kerana sekiranya kita berubah kepada kebaikan adalah baik tetapi sekiranya kita berubah kepada yang lebih buruk maka musibahlah kita. Kita kena renungkan untuk masa depan anak-anak kita yang bakal mewarisi Malaysia daripada kita. Malaysia bagaimanakah yang akan kita tinggalkan untuk anak-anak kita nanti.

Bacalah petikan-petikan yang telah di muat turun daripada akhbar arus perdana dan akhbar alternatif untuk renungan kita bersama.

Isu, pengundi Cina di Sibu

Keputusan Pilihan Raya kecil di Sibu berpihak kepada DAP. Keputusan itu menyimpang daripada status quo kerana kerusi P212 Sibu diisytiharkan kosong selepas Ahli Parlimen Barisan Nasional lima penggal, Robert Lau Hoi Chew meninggal dunia pada 9 April 2010.

Pilihan Raya kecil yang berlangsung kelmarin juga merupakan yang ke sebelas sepanjang dua tahun selepas pilihan raya umum pada Mac 2008. Bermula di Permatang Pauh pada Ogos 2008, diikuti dengan di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti, Permatang Pasir, Bagan Pinang dan Hulu Selangor; kesemuanya berpihak kepada gabungan parti pembangkang kecuali dua keputusan pilihan raya kecil yang terakhir iaitu Hulu Selangor berpihak kepada BN serta kemenangan di Batang Ai.

Apakah kekalahan Barisan Nasional (BN) di Sibu merupakan petunjuk yang berbeza dengan kemenangan di Hulu Selangor? Adakah kemenangan DAP yang bertanding buat kali pertama di pilihan raya kecil sejak 2008 menunjukkan parti tersebut mendapat kepercayaan pengundi?

Adakah pengundi juga mula serik dengan politiking yang berlebih-lebihan sepanjang tempoh masa berkempen sehingga kadar peratusan yang keluar mengundi jauh daripada jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Hanya 59.86 peratus atau 32,742 pengundi berdaftar keluar mengundi. Jumlah undi pos pula adalah 2,537.

Ia memaparkan seolah-olah wujud sifat alienasi ke atas politik yang terbukti dengan kadar peratusan yang amat rendah walaupun dalam pilihan raya umum 2008, peratusan pengundi adalah 68 peratus daripada 53,679 jumlah pengundi berdaftar. Pada tahun 2004, yang keluar mengundi adalah 62.8 peratus. Dalam pilihan raya negeri 2006, yang keluar mengundi adalah 63.7 peratus. Purata yang keluar mengundi sebelum ini adalah sekitar 64.7 peratus.

Peratusan ini dianggap rendah kerana dipengaruhi oleh beberapa sebab, antaranya pendirian bahawa pilihan raya tidak mempunyai makna ke atas mereka atau wujud tanggapan pilihan raya tidak dapat membawa perubahan; pengangkutan dari kawasan penempatan yang jauh, pengundi bekerja di luar Sibu atau protes ke atas pihak tertentu.

Dalam pilihan raya tahun 2008, calon BN menang dengan majoriti 3,235 undi selepas memperolehi 19,138 undi berbanding dengan calon DAP, Wong Ho Leng (15,903 undi) dan Lim Chin Chuang PKR (812 undi). Ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah kerusi Parlimen ini iaitu Bawang Assan, Pelawan dan Nangka turut dimenangi oleh BN dalam pilihan raya negeri 2006.

Calon BN yang kalah Robert Lau Hui Yew telah memberikan saingan hebat kepada calon DAP Wong Ho Leng yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan pernah bertanding dalam pilihan raya 2008 di Sibu. Pilihan raya kecil ini juga menyaksikan calon Bebas, Narawi Haron bertanding semula kerana beliau pernah bertanding dalam pilihan raya 1995. Pengundi Cina adalah hampir 67 peratus daripada demografi pemilih berdaftar di P212 diikuti Melayu/Melanau sebanyak 10.5 peratus dan Bumiputera Sarawak 22 peratus.

Sepanjang kempen pilihan raya, pelbagai isu telah dijadikan sebagai bahan kempen. Malahan kedua-dua parti cuba mempengaruhi pengundi berdasarkan kepada isu lokal, negeri dan isu nasional Semenanjung.

Pertembungan pilihan raya kecil sebelum ini yang dilihat menguji personaliti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berlaku di Sibu. Sibu menjadi pertembungan untuk meraih sokongan pengundi Cina dan DAP yang majoriti ahlinya merupakan masyarakat Cina meletakkan calon mereka.

Yang memenangkan DAP adalah peratusan pengundi Cina yang keluar mengundi tinggi berbanding dengan kumpulan etnik lain. Kemenangan DAP juga dipengaruhi oleh peratusan keluar mengundi dalam kalangan pengundi atas pagar yang berkecenderungan untuk memangkah berdasarkan kepada isu.

Kebetulan isu yang dilontar dalam pilihan raya kecil kali ini banyak bersandarkan kepada persoalan hak sebagai pengundi untuk menunjukkan protes walaupun pengundi akur tidak dapat mengubah kerajaan dengan hanya sekadar menang di Sibu.

Politik adalah persepsi dan kegagalan BN untuk menukar persepsi yang dibawa oleh pembangkang menyebabkan strategi BN masih di takuk yang sama.

Isu keetnikan dan agama dibawa dalam kempen. Ia menjadi pertembungan SUPP dan DAP yang kedua-duanya mahu menjadi jaguh masyarakat Cina. SUPP perlu membuktikan dalam pilihan raya kecil ini bahawa ia relevan untuk masyarakat Cina setelah kehilangan enam kerusi negeri kepada DAP yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam pilihan raya negeri 2006.

Pengundi Cina yang merangkumi hampir 67 peratus demografi pengundi di Sibu sebenarnya merupakan safe deposit DAP, misalnya di kawasan Palawan yang majoritinya adalah pengundi Cina, DAP memperolehi 11,000 undi berbanding BN 5,000 undi. Malahan, dianggarkan undi Cina meningkat sebanyak 10 peratus berpihak kepada DAP berbanding pilihan raya 2008. Ini kerana DAP memobilisasi isu agama, hak kebudayaan, pendidikan, keadilan, salah laku seperti nepotisme, kronisme rasuah, ekonomi serta pekerjaan dan banjir.

Pembunuhan karakter tidak terkecuali ke atas calon BN dan Tan Sri Taib Mahmud yang telah 29 tahun menjadi Ketua Menteri. Dominasi keluarga beliau ke atas ekonomi negeri dan hegemoni PBB menjadi modal DAP dan masyarakat Cina di sini tidak lagi memberi keutamaan ke atas isu pembangunan.

Isu perkataan 'Allah' menjadi mainan politik tanpa memikirkan sensitiviti antara etnik menyebabkan ia menjadi dominan; juga provokasi isu pembakaran 5,000 kitab Injil di Semenanjung.

Mengapakah SUPP gagal menangkis serangan sedemikian rupa atau membiarkan isu tersebut mendapat perhatian umum? DAP meneruskan agenda pilihan raya sebagaimana yang dilaungkan dalam pilihan raya kecil sebelum ini iaitu 'Sibu4Change, Jom Ubah', walaupun bagi BN perubahan sudah berlaku dan BN mampu berubah.

Strategi DAP jelas mirip kepada usaha untuk menumbangkan kerajaan Gerakan di Pulau Pinang pada Mac 2008 dengan sentimen populis dan usaha meraih sokongan bersifat protes jelas pada saat-saat akhir sebelum waktu kempen berakhir. Jika pengundi membanjiri Chung Hin di Pulau Pinang pada 7 Mac 2008; masyarakat Cina khususnya berpusu-pusu memenuhi ruang legar Hotel Paramount pada 15 Mei 2010.

Pengundi Cina terus menghantui strategi BN dan yang jelas, mereka menjadi kingmaker dalam mana-mana pilihan raya. Pengundi Cina tidak akan berganjak dalam suasana apabila mereka sedar akan menjadi 'penentu' dalam konteks hala tuju kepimpinan dan pentadbiran negara. Yang nyata, baik di Bukit Gantang, Hulu Selangor mahupun Sibu, trend pola pengundian pengundi Cina telah memenangkan calon gabungan parti pembangkang dan melemahkan kekuatan BN.

Walaupun Najib menghampiri pengundi dan jujur untuk membangunkan kedudukan di Sarawak sejak beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara, ternyata itu tidak cukup bagi pengundi Cina khususnya.

Walaupun ramai menyoal perbelanjaan dana oleh BN termasuk RM18 juta untuk sekolah vernakular aliran Cina, beliau akur dengan meminta pengundi bantu calon partinya. Ketara, sokongan pengundi Cina tidak berubah untuk terus memberi sokongan kepada DAP.

BN yang banyak bergantung kepada pengundi pengundi Iban dan Melayu Melanau juga perlu menilai semula dan menghalusi kemerosotan sokongan pengundi ini sehingga mempengaruhi pola pengundian dan kadar peratusan yang keluar mengundi.

Undi DAP meningkat sebanyak 2,942 undi manakala bagi BN, ia merosot sebanyak 691 undi jika perbandingan dilakukan ke atas pencapaian keputusan Mac 2008 dan Mei 2010.

Ini sekali gus menunjukkan bahawa tanpa sokongan pengundi Cina, BN yang selama ini bergantung kepada sokongan mantap pengundi Iban dan Melayu Melanau akan berada dalam keadaan kritikal. Di Hulu Selangor, calon BN menang dengan sokongan pengundi Melayu dan India. Bermakna, petanda kekalahan BN menjurus kepada persoalan selama manakah pengundi Cina akan meneruskan trend pengundian sedemikian rupa dan apakah pakatan pembangkang akan terus memobilisasi sokongan masyarakat Cina untuk meraih sokongan?

Dalam perubahan pendekatan BN untuk memenangi semula pengundi Cina, adakah pakatan pembangkang pula akan cuba mendekati pengundi Melayu? Politik sudah tidak mengenali sensitiviti mana-mana kelompok etnik atas nama mahukan kemenangan; masih terikat dengan garis perkauman.

Keputusan pilihan raya dan strategi kempen akan dinilai semula oleh kedua-dua parti kerana semangat dan pendekatan yang sama akan digunakan dalam pilihan raya negeri. Terikat dengan amalan konvensional dengan hanya bergantung kepada trek rekod lama perlu diubah.

Yang penting, jentera parti tidak perlu menunggu sehingga Najib datang. Faktor Najib harus menjadi 'pemangkin' tetapi pasukan parti harus lebih teliti dari segi perancangan dan kejayaan bergantung kepada semangat berpasukan.

Strategi dengan kepelbagaian pendekatan ke atas isu semasa penting untuk disesuaikan dengan kumpulan sasar yang berbeza apatah lagi hari ini anak yang berpendidikan mempunyai tendensi yang tinggi untuk mempengaruhi ibu bapa mereka dan bukan disebaliknya. Bagi SUPP, walaupun tewas, ini bukan luar biasa. Bagi DAP walaupun menang, ini bukan kemenangan selesa.

Keputusan Sibu bukan penolakan berlaku ke atas pentadbiran Najib tetapi bersifat protes ke atas kepimpinan negeri yang masih leka dengan sumbangan besar dalam pilihan raya umum lalu.

Bagi DAP, kemenangan ini memberikan legitimasi moral ketika gabungan parti pembangkang berhadapan dengan krisis kepimpinan parti gabungannya.

Safe deposit BN di Sarawak sedikit tergugat dengan keputusan 16 Mei 2010 tetapi jauh daripada itu, keputusan tersebut boleh digunakan untuk menilai semula kekuatan sebenar masing-masing untuk berhadapan dengan ujian sebenar dalam pilihan raya kerajaan negeri yang perlu diadakan tidak berapa lama lagi.

Isu tempatan pengaruhi pengundi Sibu sokong DAP

Adat dalam pertandingan - ada menang, ada yang kalah. Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu dengan hati terbuka.

Calon DAP, Wong Ho Leng berjaya menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan kelebihan 398 undi bagi kerusi yang sebelum ini diwakili oleh BN.

Tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya menilai dan memperbaiki kelemahan yang dihadapi. Oleh itu BN kena cari di mana faktor kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan tipis 398 undi itu.

Apa yang BN patut lakukan sekarang seperti yang disarankan oleh Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah mengkaji segala kekurangan yang mungkin wujud dan melakukan pembaharuan dan penambahbaikan termasuk kepada jentera BN.

BN melalui Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta anggota Kabinet Persekutuan dan Negeri Sarawak semua turun membantu calon berkempen di Sibu, tetapi pada akhirnya yang menentukan untung nasib ialah pengundi.

BN kena terima keputusan itu. Sebagai sebuah parti yang berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen maka keputusan pengundi adalah muktamad dan perlu dihormati.

Penolakan pengundi Sibu dipercayai ada sebab. Apakah faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN di Sibu? Adakah isu nasional, isu tempatan atau isu negeri?

Sentimen isu-isu tempatan dikatakan menjadi faktor penolakan itu.

Isu tempatan seperti pembangunan dan pertumbuhan fizikal Sibu yang kebanyakannya adalah hasil usaha kepimpinan BN dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen parti Barisan Nasional (BN) yang bertanding menentang DAP dalam pilihan raya kecil itu tidak berkesan. Strategi jentera BN masih bergerak pada kaedah dan cara lama.

Begitu juga kempen mengenai jasa-jasa BN dalam pembinaan jalan dan jambatan, kemudahan awam, taman dan kawasan hijau, sistem trafik, pelebaran terminal lapangan terbang Sibu dan juga pendidikan sudah tidak memikat hati pengundi Sibu.

Sebaliknya DAP mengambil kesempatan dengan memainkan isu tanah dan pengagihan kekayaan di Sarawak untuk mengapi-apikan kemarahan dan kebencian pengundi Sibu yang majoritinya adalah kaum Cina.

Ramai penyokong BN tidak keluar mengundi pun perlu dicari sebabnya.

Adakah ia berpunca daripada rasa tidak senang pengundi terhadap SUPP? Berdasarkan kenyataan Presidennya Tan Sri Dr. George Chan, lebih 50 peratus pengundi berasa tidak senang dengan SUPP. Jadi anggota SUPP perlu turun ke akar umbi untuk mengetahui puncanya.

Kalau inilah faktor kekalahan BN, maka isu-isu peringkat nasional sebenarnya tidak banyak mempengaruhi minda pengundi Sibu.

Ini bermakna pengundi Sibu tidak menolak pembaharuan dan perubahan dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri. Mereka mungkin tidak berpuas hati dengan isu-isu tempatan dan negeri.

Oleh itu, menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak, parti komponen BN perlu jadikan kekalahan di Sibu sebagai iktibar untuk bangkit semula dengan semangat dan kekuatan baru.

Strategi pikat rakyat, undi Cina perlu dicari
Oleh Manja Ismail

2010/05/18

Taib wajar namakan pengganti untuk terajui BN Sarawak

BENNY Pladin, pemuda Iban yang menjadi pemandu kami meninjau kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Khamis lalu, ketika ditanya calon mana yang akan diundi oleh penghuni rumah panjangnya di Tanjung Penasu, tanpa teragak-agak menjawab: "Dak ya mauk beri DAP (disebut dap) dua tahun, mun DAP sik bagus, undi balit BN." (Mereka mahu undi DAP untuk dua tahun akan datang, jika DAP tidak bagus, kami undi semula BN).

Apabila ditanya kenapa, pemuda berusia 23 tahun itu memberi pelbagai alasan daripada kekurangan kemudahan asas sehinggalah kesukaran mendapat pekerjaan, yang menurutnya, penduduk Iban dan Melayu di pinggir bandar Sibu kurang diberi perhatian berbanding masyarakat Cina di bandar. Malah beliau sendiri, yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dari sebuah kolej swasta di Melaka hanya menjadi pemandu sambilan dan berhasrat mencari kerja di Semenanjung.

Ternyata sebahagian daripada 7,823 pengundi Iban dan 8,866 pengundi Melayu/Melanau, masing-masing mewakili 17 dan 15 peratus daripada 54,695 pengundi Sibu, yang secara tradisinya penyokong Barisan Nasional (BN) kali ini berpaling arah.

Akibatnya, DAP pertama kali mencatat kemenangan dalam sejarahnya menyertai pilihan raya kecil apabila calonnya, Wong Ho Leng, mendapat 18,845 undi, menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew (18,447 undi) dan calon Bebas, Narawi Haron (232 undi). Sebanyak 395 undi rosak dicatatkan, manakala peratusan keluar mengundi sebanyak 70 peratus kelmarin adalah tertinggi berbanding tiga pilihan raya di Sibu, sebelum ini.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang mewakili BN menang dengan majoriti 3,235 undi. Beliau memperoleh 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang daripada PKR (812 undi).

Pilihan raya kecil kelmarin adalah kemenangan pertama Wong di Sibu selepas tiga kali menentang Hoi Chew pada 1995, 2004 dan 2008, tetapi tidak pernah mencapai kemenangan. Dengan kemenangan itu juga, DAP kini mempunyai dua kerusi Parlimen di Sarawak.
Analisis awal menunjukkan punca kekalahan tipis BN di Sibu kelmarin ialah kerana sebahagian besar pengundi Cina, yang selama ini menjadi penyokong Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengundi DAP.

Di kawasan Dewan Undangan Negeri Pelawan misalnya, lebih 10,000 pengundi Cina menyokong DAP, berbanding 5,000 undi yang diperoleh BN, berbanding BN menang 200 undi di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum 2008.

Ini ditambah dengan undi sebahagian masyarakat Melayu/Melanau dan Iban yang sama ada mengundi DAP, merosakkan kertas undi atau tidak keluar mengundi, sebagai protes terhadap BN. Jumlah undi rosak yang hampir sama dengan majoriti diperoleh DAP menunjukkan betapa sengitnya pilihan raya kecil kelmarin.

Walaupun andaian bahawa tsunami politik 2008 sudah melanda Sarawak ekoran kemenangan pembangkang di Sibu kelmarin masih boleh dipertikaikan, hakikat bahawa masyarakat Cina di Sibu, yang selama ini penyokong BN, berpaling arah, tidak boleh dipandang ringan.

Begitupun, sebab kenapa masyarakat Cina Sibu lari daripada BN berbeza dengan rakan mereka di Semenanjung. Punca pengundi Cina Sibu, sebahagian besarnya keturunan Foochow, menyokong DAP bukan kerana mereka sukakan parti pembangkang itu, tetapi lebih kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepemimpinan negeri dan muak dengan perpecahan dalam SUPP, termasuk di Sibu sendiri.

Rasa tidak puas hati masyarakat Cina Sibu terhadap kepemimpinan negeri dan SUPP ini ternyata digunakan dengan berkesan oleh DAP dalam kempen mereka, terutama melalui papan tanda dan risalah yang diedarkan kepada pengundi.

Antara papan tanda DAP yang menarik perhatian ialah ‘undi SUPP=undi Taib’ atau dalam dialek Foochow, ‘undi SUPP=undi Pek Moh’ (rambut putih), merujuk kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Bukan rahsia lagi di sepanjang tempoh lapan hari berkempen, Taib tidak kelihatan pada ceramah BN untuk pengundi Cina di kawasan bandar, termasuk yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebaliknya, Taib menumpukan perhatian kepada penghuni rumah panjang di kawasan pinggir bandar atau yang agak pedalaman.

Dalam kata lain, keputusan di Sibu kelmarin lebih mencerminkan kesan masalah dalaman SUPP dan sentimen masyarakat Cina terhadap kerajaan negeri. Malah, ada pemerhati politik yang berpendapat DAP mungkin menang lebih besar jika Najib tidak datang untuk membantu kempen BN di Sibu minggu lalu.

Keputusan kelmarin juga belum boleh dianggap bahawa pengundi Cina di Sarawak dan Sabah mengikuti jejak rakan mereka di Semenanjung yang lebih memihak kepada pembangkang, khususnya DAP.

Namun, kekalahan BN di Sibu kelmarin sudah cukup untuk dijadikan isyarat kepada BN Sarawak, terutama SUPP, agar memikirkan strategi yang lebih berkesan untuk menawan semula pengundi Cina supaya kembali menyokong BN pada pilihan raya negeri akan datang.

Pilihan raya negeri Sarawak mesti diadakan sebelum Julai tahun depan dan BN negeri mempunyai kira-kira setahun untuk memperbaiki segala kelemahan bagi memastikan percikan tsunami politik yang digembar-gemburkan oleh pembangkang ekoran kemenangan mereka di Sibu, tidak menjadi kenyataan.

Taib, sebagai ahli politik veteran yang hampir seangkatan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad serta banyak berjasa kepada BN dan Sarawak cukup menyedari perkara ini.

Barangkali inilah ketikanya bagi beliau untuk menamakan bakal pengganti secara jelas supaya siapa saja yang dipilihnya nanti dapat dibimbing, bukan saja untuk meneruskan falsafah politik pembangunannya, tetapi lebih penting lagi dalam memastikan BN terus berkuasa di Bumi Kenyalang.

Undi protes, 'ubah angin' perlu dikaji
Oleh Kadir Dikoh

2010/05/18

BN kena segera bedah siasat punca calon SUPP tewas di Sibu

AWAL pagi semalam, Ahli Parlimen Sibu yang baru, Wong Ho Leng, ke Kuching menerusi penerbangan sejam dari Lapangan Terbang Sibu dan terus menuju ke Petrajaya untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), atas kapasitinya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek.

Ho Leng, 49, yang tangan kanannya masih berbalut kesan jatuh sebelum ini, walaupun cuma tidur sejam dua selepas keputusan diumumkan jam 11 malam kelmarin, sentiasa senyum melayan ucapan tahniah sesiapa saja yang bertembung dengannya. Calon Barisan Nasional (BN) yang tewas, Robert Lau Jr, 45, masih tersentak dengan kekalahan, sekali gus mengakhiri dominasi keluarga Lau selama lima penggal di Parlimen Sibu.

Namun, kekalahan BN melalui calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) itu, bukan saja memerlukan kajian menyeluruh, malah melihat beberapa aspek yang selama ini dipandang remeh, terutama oleh jentera BN.

Ketika undi masyarakat Cina memang dijangka lebih cenderung menyokong DAP bukan saja di Sibu, malah dalam beberapa pilihan raya kecil di Semenanjung sebelum ini termasuk Hulu Selangor, apa yang mengejutkan di Sarawak kali ini ialah meningkatnya undi DAP di kubu kuat BN membabitkan lokasi Bumiputera seperti di rumah panjang kaum Iban dan perkampungan orang Melayu.

Bayangkan di beberapa saluran mengundi di kawasan kaum Iban, DAP berjaya menembusinya kerana selama ini ia dikuasai BN. Misalnya di saluran mengundi SK Sungai Rassau, BN memperoleh 229 undi dan DAP 93; SK Nanga Tutus, BN 179, DAP 79; SK Sungai Pasai BN 496, DAP 368; SK Sungai Pinang BN 249, DAP 41; Rumah Basseh, BN 300, DAP 128; SJK Boi Ing (Bawang Assan) BN 59, DAP 87.

Kawasan Iban terbabit sebelum ini sukar bagi DAP atau pembangkang memperoleh lebih 50 undi. Apakah benar dakwaan bahawa SUPP yang mewakili BN, mengabai kawasan penempatan kaum Iban sehingga seorang menteri kanan kaum Iban dalam Kabinet Sarawak sendiri membuat pengakuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya itu. Menteri itu kemudian membuat penjelasan bahawa beliau cuma meluahkan apa disuarakan masyarakat kaum Iban.

Masalah seperti ketiadaan bekalan air dan elektrik, jalan raya yang tidak sempurna atau tiada langsung dan sebagainya, memang bagi sesetengah pihak agak remeh, tetapi itulah keperluan asas masyarakat luar bandar di Sarawak.

Bukan sedikit pengumuman peruntukan sama ada oleh menteri Pusat atau negeri sepanjang kempen lapan hari ke kawasan kediaman kaum Iban di sepanjang Sungai Rajang itu, tetapi kemudian masyarakat Iban tertanya-tanya, mengapa tiba-tiba bantuan mencurah masuk, sedangkan mereka sudah mendiami kawasan itu berpuluh-puluh tahun, masih tiada kemudahan asas.

Jentera kempen BN perlu melihat pendekatan strategi ini, yang mungkin perlu diubah. Pokok pangkalnya ialah kerajaan perlu sentiasa menjaga kebajikan rakyat sepanjang masa.

Bagi kawasan majoriti Melayu/Melanau di Kampung Hilir, Kampung Nangka, Kampung Datu, Kampung Baharu dan Kampung Jariah, sesetengah undi DAP meningkat. Di saluran mengundi SK Abang Ali dalam DUN Nangka, satu daripada tiga kerusi DUN dalam Parlimen Sibu, BN cuma memperoleh 96 undi, calon Bebas (2), tetapi DAP menang di situ dengan 207.

Tidak pernah dalam sejarah kawasan orang Melayu/Melanau, DAP boleh menang dan di beberapa saluran mengundi lain di DUN Nangka, jumlah undi DAP kelihatan turut meningkat. Sesetengah pemerhati berpendapat, ia antara lain berpunca daripada kegagalan Adun Nangka, Awang Bemee Ali Basah di kawasan terbabit dan berasa tidak puas hati pengundi terhadap beliau, diluahkan dalam bentuk undi protes kepada DAP.

Ceramah tetap pakatan pembangkang di medan selera Bandong di Kampung Nangka setiap malam sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan dan buat kali pertama dalam sejarah politik Sarawak, penduduk tempatan disajikan ceramah oleh tidak kurang 30 ahli Parlimen PKR, DAP dan Pas, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng; Tian Chua serta Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Malah, gambar wajah hero Sarawak, Rosli Dhoby yang digantung sampai mati kerana membunuh Sir Duncan Stewart ketika melawat Sibu pada 1948, turut dipaparkan sebagai poster kempen dan ada majlis dianjurkan atas nama ‘Memperingati Rosli Dhoby’ hingga kuburnya di situ dikunjungi bukan saja pemimpin pembangkang, malah BN.

Pembangkang mengeksploitasi isu itu dengan mendakwa bahawa Rosli Dhoby pejuang Sarawak, anak Melayu jati Sibu, tetapi nasib orang Melayu Sibu dikatakan diabai oleh pemimpin BN, terutama SUPP.

Kampung Nyabor dan Kampung Dato di Sibu, yang seakan Kampung Baru di Kuala Lumpur, dikatakan bakal lenyap dengan pembangunan komersial dan separuh kampung itu, kini sudah diduduki hotel seperti Hotel Paramount dan Hotel RH – dua hotel terbesar di bandar Sibu. Pembangkang menggunakan isu ini yang mempengaruhi minda orang Melayu/Melanau.

Parlimen Sibu mempunyai 66 peratus pengundi Cina dan pada pilihan raya kecil ini, 20 peratus undi kaum Cina yang selama ini berada dalam genggaman SUPP, lari kepada DAP. Kawasan padat kaum Cina di Rejang Park yang merangkumi satu suku daripada jumlah pengundi Cina, dikuasai DAP.

Semua lima saluran mengundi di situ dimenangi DAP. Antara isunya ialah masalah banjir dan bagi masyarakat Cina, SUPP gagal menangani masalah itu sebaik mungkin, di sebalik pengumuman RM1 bilion untuk projek tebatan banjir dan RM300 juta sedang dibelanjakan.

Begitu juga masalah pajakan tanah dimainkan DAP. Malah masyarakat Cina kurang senang dengan pencalonan Robert Lau Jr kerana bagi mereka, keluarga Lau, termasuk sepupu calon, mendiang Datuk Robert Lau menguasai ekonomi dan media di Sibu.

KTS group yang dikuasai keluarga itu, menguasai empat akhbar, iaitu akhbar berbahasa Inggeris Borneo Post yang mempunyai edaran tertinggi di Sarawak (86,000 sehari), Utusan Borneo (bahasa Melayu dan Iban), See Hua Daily News dan Oriental Daily.

Lebih parah lagi ialah masalah dalaman SUPP itu sendiri dan sudah menjadi rahsia terbuka bahawa kepemimpinan SUPP di Sibu berbalah sesama sendiri sehingga menjejas jentera kempen BN.

Pendeknya, SUPP semakin hilang pengaruh di kalangan masyarakat Cina dan kekalahan di Sibu sebenarnya banyak berpunca daripada kelemahan SUPP sendiri yang gagal meyakinkan masyarakat Cina. Jika SUPP tidak bangkit, ia mungkin alami nasib sama seperti MCA.

Memastikan SUPP jadi pilihan Cina Sarawak
Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my
2010/05/19

Calon DAP menang di Sibu kerana pengundi marah kepada komponen BN negeri

"KAMI bukan anti-Barisan Nasional (BN) tapi kami sudah bosan dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang pemimpinnya asyik bertelagah sesama sendiri. Nampak gaya SUPP tidak belajar daripada kekalahan teruk pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri 2006," demikian komen seorang pengundi lelaki berusia 58 tahun hadir pada majlis mesra rakyat di Rajang Park, Sibu.

Namun pengundi Cina yang enggan namanya disiarkan itu turut mengakui cukup senang dengan pendekatan Datuk Seri Najib Razak, yang kerap turun padang melakukan tinjauan mesra. “Pemimpin dan wakil rakyat di Sibu jarang tunjuk muka, jarang turun padang jenguk masalah kami. Mereka patut ikut cara Perdana Menteri kita,” katanya.

Penduduk di kawasan Melayu dan Iban yang ditemui juga mengadu perkhidmatan diberikan terlalu perlahan untuk sampai kepada mereka. Malah ada mengadu seperti memperbaiki jambatan kayu yang rosak akibat banjir pun belum tertunai sedang ikrar sudah lama diberi. Akibatnya, BN menerima padah pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu, 16 Mei lalu.

Tidak sampai 24 jam selepas keputusan pilihan raya itu diumumkan menyaksikan kubu kuat BN itu jatuh ke tangan pembangkang, Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, tampil mengakui rasa kurang senang masyarakat Cina di Sibu terhadap parti itu sebagai punca kekalahan BN.

Tsunami politik di Sarawak sebenarnya bermula pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri 2006, terutama membabitkan SUPP - parti tertua diasaskan pada 1959 itu. Semua masih ingat SUPP kalah teruk di lapan kerusi dalam pilihan raya 2006. Rentetan kekalahan itu, SUPP mula retak sehingga timbul desakan supaya Dr Chan melepaskan jawatan dan beliau kemudian akur. Namun atas sebab tertentu, perancangan Dr Chan berundur akhirnya tidak menjadi kenyataan. Sebelum itu nama Pengerusi SUPP Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh, juga Menteri Kewangan Kedua Sarawak, berada di carta teratas, sebagai pengganti.

Namun belum pun reda krisis akibat kekalahan besar SUPP pada 2006, muncul masalah baru susulan penubuhan Cawangan Dudong di Sibu oleh kumpulan diketuai Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Dr Soon Choon Teck, juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dudong, menyebabkan SUPP Sibu pecah dua.

Dudong terletak dalam Parlimen Lanang. Cadangan penubuhan SUPP Cawangan Dudong sebagai cawangan baru mulanya dipersetujui peringkat Jawatankuasa Pusat parti tetapi dibatalkan kemudian. Apabila Choon Teck meneruskan hasrat menubuhkan Cawangan Dudong, krisis bertambah parah sehingga Pendaftar Pertubuhan mengisytiharkan penubuhan cawangan itu tidak sah.

Masalah dalaman SUPP berterusan biarpun cuba disembunyikan. Malah masyarakat Cina menjadikan SUPP tempat berlindung sejak 51 tahun lalu, terutama di Sibu, mula bosan. Parti itu sedaya upaya menutupnya termasuk ketika pilihan raya kecil Parlimen Sibu, namun kehadiran pemimpin yang tidak sebulu di pentas sama gagal menambat hati penyokong setia SUPP termasuk pengundi yang tahu semua itu lakonan semata-mata.

Jentera SUPP di peringkat akar umbi dikatakan tidak efektif, terutama di kalangan puak bertelagah kerana marah susulan krisis penubuhan Cawangan Dudong. Jatuhnya kerusi Parlimen Sibu ke tangan DAP sebenarnya manifestasi kemuncak kemarahan masyarakat Cina Sibu kepada SUPP.

Jentera kempen SUPP di Sibu begitu hambar sehingga tanggungjawab memenangi sokongan pengundi lebih banyak digalas bahu parti komponen lain.

Taktik kempen DAP juga jauh mendahului dengan menggunakan teknologi serba canggih, termasuk menggunakan projektor LCD dan paparan skrin besar, selain khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memaklumkan ceramah bukan saja oleh calonnya malah semua pemimpin pakatan pembangkang selain perang poster lebih berkesan berbanding SUPP.

Bilangan jentera pembangkang bukan saja membabitkan DAP, malah Pas dan PKR begitu ramai dari Semenanjung untuk berkampung di Sibu malah disifatkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sebagai jumlah paling besar dalam sejarah politik di Sarawak. Selain sebuah hotel bertaraf tiga bintang jadi markas pakatan, mereka menyewa beberapa rumah penduduk untuk menampung bilangan petugas yang begitu ramai.

Api kemarahan penduduk Sibu terhadap SUPP semakin membara apabila pembangkang ‘menyimbah minyak’ dengan isu sensitif dan isu tempatan seperti agama, tanah dan banjir seterusnya melangkaui sehingga isu kepemimpinan Sarawak yang sudah terlalu lama. Isu yang dimanipulasikan pembangkang amat sensitif tetapi begitu ‘dekat di hati’ rakyat.

Air longkang melimpah dan genangan air di kebanyakan kawasan ketika pengundi keluar Ahad lalu diambil kesempatan pembangkang menaikkan kemarahan penduduk yang sudah berpuluh tahun dibelenggu masalah banjir.

Isyarat yang diberi pengundi Sibu kelmarin ialah suara kekecewaan mereka yang sudah menunggu terlalu lama dan mempersoalkan ‘mengapa baru sekarang’ (untuk kerajaan menangani masalah mereka). Kalau tidak kerana kehadiran Perdana Menteri membantu kempen di Sibu, SUPP mungkin akan kalah lebih teruk kerana pada hari-hari terakhir kempen ramai meramalkan DAP boleh menang besar kalau mengambil kira sentimen penduduk tempatan.

Namun ketika Kerajaan Pusat menampakkan kesungguhan menangani masalah rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak, pemimpin serta wakil rakyat di peringkat negeri juga harus memainkan peranan.

Bagi Sarawak, isu tempatan sebenarnya isu kitar semula yang digunakan pembangkang setiap pilihan raya di Sarawak tetapi tidak lagi boleh dipandang sepi. Jika pada pilihan raya sebelum ini isu sama gagal mempengaruhi pengundi di Sarawak untuk tidak terus menyokong BN, tindakan agresif pembangkang terus-terusan membangkitkan isu sama, mulai menampakkan kesan dengan apa yang berlaku di Sibu.

Kajian menyeluruh disusuli tindakan bersepadu perlu diambil untuk memastikan masalah sama tidak merebak menjelang pilihan raya negeri yang perlu diadakan sebelum 24 Julai 2011. Pada masa sama SUPP perlu menyelesaikan apa jua kemelut parti itu bagi memastikan ia kekal relevan untuk kaum Cina di Sarawak.

The Sibu by-election shows that the political landscape of urban Sarawak can no longer be taken for granted.

DARK clouds loomed over the horizon just as polling closed for the Sibu by-election.

The mood at the DAP camp was only slightly less gloomy because the low voter turnout was not a good sign for them.

Barisan quickly took the lead in the first hour of counting. But the trend began shifting after that and DAP steadily climbed into the lead.

First it was by a few hundred, then more than 1,000. By 8pm, it was leading by more than 3,000 votes. By 8.20pm, it was ahead by close to 4,000.

The postal votes had yet to come in but by then the situation had begun to look quite hopeless for Barisan’s Robert Lau Hui Yew.

Despite the rain that began falling at about 7pm, a big crowd had gathered outside the perimeter fence of the Sibu Civil Centre, many of them huddling under umbrellas and shouting “Wang Her Lian,” the Chinese pronunciation of Wong Ho Leng, the DAP candidate.

By 9pm, it was clear that Wong, who is also Bukit Assek assemblyman, had won.

Sarawak’s urban political landscape has changed.

The tsunami had reached Sarawak and as one journalist said, “They can’t say there was no tsunami warning.”

The Chinese vote spearheaded the shift. Sibu had decided to follow in the footsteps of Kuching, which elected DAP’s Chong Chien Jen as MP in 2004 and again in 2008.

The impact of the result will have far-reaching implications for Tan Sri Taib Mahmud’s leadership in Sarawak and the standing of the SUPP, the party which Lau comes from.

His prestige is on the line and his own political future will have to be seriously considered in the months ahead.

To compound the situation, he has to call for state elections by May next year.

It is going to be a very difficult period ahead for Taib, who will mark his 29th year as Chief Minister next month.

It will also not be a very happy birthday for him next Friday when he turns 74.

Taib might have sensed that things had changed because he had surprised many people when he went down to campaign, especially in the Iban areas where he speaks their language and is at home with their customs.

But he has been an issue among the Chinese for too long.

They know him as “Pak Moh,” the Foochow reference to his silvery hair. Everywhere one went, they were critical of him, of his family’s dominance of the local economy and the fact that he had been around for decades.

The DAP had started its campaign playing up the Allah issue. But when the Sarawak United People Party (SUPP) retaliated by declaring that a vote for DAP was a vote for PAS and the Islamic state, they were forced to switch theme, and began harping on Taib and his family’s widespread business.

It became the rallying point at DAP ceramah.

SUPP is the other big loser in this by-election.

It has been under a cloud since losing six state seats to the DAP in the 2006 state polls. The grassroots had expected some form of political renewal and leadership transition in the party but it has instead discouraged any discussion on the matter.

The Sibu result means it cannot put off the issue of renewal for much longer.

The SUPP has been overly reliant on Malay and Iban support as well as postal votes to win in previous elections.

Like its Chinese cousins in the peninsula, it has to urgently act on correcting the Chinese disenchantment.

The Chinese, as SUPP’s Sibu warlord Datuk Seri Wong Soon Koh noted, have moved beyond development issues to bigger ideas like justice and equality.

It is significant to note that even big ticket announcements like multi-million ringgit allocations for Chinese schools, funds for development and reduction of land premium had such limited effect on the Chinese electorate.

Some said these measures, especially the land policy, came too late in the day.

But it is also likely that DAP and PKR have begun to make some inroads into the Iban longhouses.

Their Chinese support is clear-cut or as one Umno politician put it, the Chinese vote is the DAP’s “fixed deposit.”

The DAP, as many journalists had noted, ran a very efficient campaign. The campaign was headed its new age leaders — PJ Utara MP Tony Pua, Kuching MP Chong Chien Jen and Bukit Bendera MP Liew Chin Tong.

Information was forthcoming and daily schedules of every Tom, Dick and Harry from Pakatan were SMSed to reporters, with updates several times a day.

Sibu has given a sense of where the DAP’s strengths and weaknesses lie as the party prepares for the state polls.

The blame game is about to begin but Sibu, like Hulu Selangor, ought to be food for thought for politicians on both sides of the divide.

Sarawak’s wake-up call has finally come.

Tunaikan janji demi pembangunan Sibu
Oleh Hassan Omar

2010/05/17

MASYARAKAT Sibu semestinya mahu melihat calon yang menang  mengotakan janji  dalam pilihan raya kecil ini.

MASYARAKAT Sibu semestinya mahu melihat calon yang menang mengotakan janji dalam pilihan raya kecil ini. Pelaksanaan projek diumum buka mata masyarakat, tangkis politik propaganda.

PILIHAN raya kecil Parlimen Sibu yang berakhir semalam menyimpan himpunan kisah pahit manis bagi masyarakat di kawasan Sibu dan jentera Barisan Nasional (BN) serta pembangkang, termasuk dari Semenanjung.

Bandar yang pada 1948 itu menyaksikan pejuang kemerdekaan Sarawak, Rosli Dhoby membunuh Gabenor Inggeris, Sir Duncan Stewart, dipenuhi dengan jentera kedua-dua parti, sama ada pemimpin politik atau mereka yang bertungkus-lumus bekerja siang dan malam di peringkat akar umbi untuk meraih undi.

Jika pada ketika Rosli yang berusia 17 tahun, membunuh Stewart, Sibu hanyalah pekan kecil di tebing Sungai Rejang, Sibu sekarang adalah bandar ketiga terbesar di Sarawak yang menyediakan peluang ekonomi, khususnya bagi masyarakat Cina Foochow, selain sebilangan kecil masyarakat Bumiputera.

Kakak Rosli, Fatimah yang kini tinggal di Kampung Bandong, kira-kira 10 kilometer dari bandar Sibu, sepanjang kempen berkenaan, turut menerima kunjungan pemimpin BN dan pembangkang yang memberikan penghormatan kepada beliau sebagai mengenang pengorbanan Rosli memperjuangkan kemerdekaan Sarawak bersama anggota Rukun 13.

Walaupun bagi kebanyakan petugas media dan jentera BN serta pembangkang, khususnya dari Semenanjung, pilihan raya kecil Parlimen Sibu tidak semeriah pilihan raya kecil di Semenanjung sebelum ini berikutan kurangnya perang poster dan kejadian tegang membabitkan jentera dan penyokong kedua-dua parti, ia tetap menyimpan aspek menarik untuk diteliti.

Daripada hal yang berkaitan dengan penamaan calon pada 8 Mei lalu hinggalah kempen pilihan raya berakhir pada jam 12 tengah malam Sabtu lalu, selain ketika pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing semalam, pelbagai aspek menarik untuk dilihat.

Satu hal yang jelas ialah jentera dan penyokong BN di Sibu tercabar dengan kerakusan pemimpin pembangkang ‘membelasah’ bukan saja kepemimpinan negeri ini, malah BN secara keseluruhannya.

Kejadian kira-kira jam 10.30 malam Jumaat lalu di medan selera Bandong, kira-kira 10 kilometer (km) dari pusat bandar Sibu, menyaksikan pentas ceramah BN dan PR yang terpisah hanya pada jarak kira-kira 50 meter, hampir menjadi titik pertempuran petugas jentera BN dan pembangkang.

Sejurus selepas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pentas ceramah dengan kesan kritikan pedas terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menyebabkan jentera BN ‘panas,’ beberapa jentera BN segera berteriak menyentuh hal perbicaraan yang sedang dijalani Anwar di mahkamah sekarang.

Dalam tempoh tidak sampai lima minit, pentas ceramah pembangkang sudah dikerumuni sekumpulan lelaki yang naik berang dengan tuduhan Anwar, menyebabkan jentera pilihan raya pembangkang segera membalas dengan melaungkan ‘reformasi’.

Mujurlah anggota polis berpakaian preman dari Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bertindak pantas mengawal keadaan. Bagaimanapun, bukan mudah untuk menyuraikan kedua-dua pihak yang diselubungi perasaan amarah yang seolah-olah tidak mampu dipadamkan.

Dengan meminjam perkataan ‘politik propaganda’ dan ‘politik perkhidmatan’ yang digunakan Abdul Taib ketika berkempen, kejadian itu adalah bukti jelas pembangkang tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat tempatan, terutama yang berkaitan dengan kepemimpinan kerajaan negeri.

Mungkin bagi pembangkang, tuduhan seperti Taib Mahmud harus segera turun daripada kerusi empuknya bagi memberi peluang kepada pemimpin lain menerajui kerajaan negeri, tidak lebih daripada sekadar kelaziman modal politik dibawa dari Semenanjung tetapi bagi kebanyakan anggota masyarakat tempatan, aspek itu mencabar kesabaran mereka.

Sejauh manakah politik propaganda mengancam politik perkhidmatan di Sarawak? Tidak keterlaluan jika dinyatakan, pembangkang tidak akan berhenti daripada membawa corak politik sedemikian ke negeri ini, apatah lagi menjelang pilihan raya negeri yang harus diadakan selewat-lewatnya Julai 2011.

Mampukah BN Sarawak mempertahankan politik perkhidmatan dan memastikan politik propaganda pembangkang tidak terus menular di negeri ini?

Mahu tidak mahu, barisan pemimpin BN Sarawak harus menanganinya kerana dalam dunia tanpa sempadan sekarang, penyaluran maklumat bukan hanya setakat oleh media massa, terutama media arus perdana, malah melalui kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang sama sekali tidak boleh dinafikan kemampuannya dalam menarik minat generasi muda.

Hal yang tidak kurang menarik diteliti sepanjang kempen pilihan raya berkenaan ialah ‘rezeki’ melimpah-ruah untuk penghuni etnik Iban di rumah panjang.

Kehadiran pemimpin BN bukan setakat untuk beramah mesra, malah membawa khabar gembira melalui peruntukan demi peruntukan bagi menjalankan kerja pembaikan rumah dan hal yang berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), adalah ‘rezeki’ untuk mereka.

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir di kebanyakan rumah panjang di Bawang Assan selepas menghabiskan antara satu hingga dua jam menaiki bot, menyifatkan kehadirannya menyebabkan Tuai Rumah berkenaan ‘sesak nafas’, pemimpin BN pula menyifatkan kehadiran mereka bukan untuk memancing undi.

Pemilikan tanah NCR adalah antara isu dijaja pembangkang sepanjang kempen pilihan raya dengan menuduh kerajaan negeri tidak mempedulikan nasib rakyat di pedalaman yang memerlukan tanah untuk memajukan pelbagai aktiviti pertanian dan penternakan.

Satu lagi hal yang menarik ialah masalah banjir yang membebani masyarakat di kawasan Parlimen Sibu sejak sekian lama, dileraikan secara perlahan-lahan apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM1 bilion sebagai kos pelan pembangunan mengatasinya.

Biarlah aspek mengenai politik propaganda dan politik perkhidmatan itu diserahkan saja kepada pemimpin politik, sama ada BN atau pembangkang.

Yang jelas, pilihan raya kecil Parlimen Sibu, selain bertujuan meletakkan seorang pemimpin baru di peringkat Parlimen, secara langsung menyediakan peluang untuk anggota masyarakat pelbagai kaum dan etnik menikmati pembangunan yang walaupun sesetengahnya diumumkan secara agak drastik.

Pilihan raya kecil Sibu bukan setakat memberi sinar harapan baru kepada masyarakat berkenaan untuk menikmati kesan pembangunan negara, terutama bagi peruntukan yang sudah diumumkan, malah melihat dengan mata kepala sendiri projek berkenaan benar-benar dilaksanakan kerana ia adalah sebahagian daripada yang akan dinilai menjelang pilihan raya negeri dan umum akan datang.

Kemenangan yang mengejutkan semua
Harakah Daily.

SYABAS diucapakkan kepada DAP, dan syabas juga kepada Pakatan Rakyat dan syabas juga kepada pengundi Sibu di atas kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Sibu. Kemenangan itu seperti mana dikatakan ia adalah satu kejutan. Kejutan itu bukan saja kepada DAP tetapi kepada BN.

DAP harus terkejut kerana mungkin mulanya mereka merasakan sukar untuk menang apabila BN telah sedia menurunkan Perdana Menteri, Najib Razak untuk memenuhi apa saja kehendak rakyat. Najib tanpa merasa malu dan segan menawarkan RM18 juta untuk sekolah Cina. Masyarakat Cina bijak dan arif segala pemberian instant itu, mereka menerimanya sebagai tanggungjawab tetapi bukan untuk mengikut heretan Najib dan BN. Dalam erti kata lain orang Cina tidak sedia menjadi lembu.

Ternyata janji untuk menatahkan bumi Sibu dengan intan berlian ditolak oleh pengundi di Sibu khasnya orang Cina. Dalam pada itu kemenangan itu memberi gambaran bahawa politik baru yang mengemukakan harapan baru oleh Pakatan Rakyat mula 'menjelira' ke dalam hati masyarakat di sana.

BN harus berwaspada dengan apa yang berlaku. Kekalahan mengejutkan dan di luar dugaan itu perlu diberi tumpuan yang mendalam. BN tidak boleh cuba mencari helah-helah lain untuk tidak menerima kekalahan itu. Segala janji yang telah ditaburkan dan termasuk replika cek yang diberikan harus ditunaikan.

Kekalahn itu memberi peringatan kepada BN bahawa politik wang yang diagungkan selama ini bukan menjadi modal dan penentu kepadanya. Rakyat tidak dapat menirima projek dan wang untuk melindungi keburukan pentadbiran kerajaan BN yang lain.

Kepada Taib Mahmud pula kekalahan calon SUPP-BN itu mungkin memberi ilham kepadanya untuk membuat penilaian semula bagi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sudah pasti kemenangan DAP dengan meraih 398 undi itu memberi isyarat yang parti itu akan menjadi parti alternatif bagi masyarakat Cina terbaik di Sarawak untuk masa akan datang.

Sudah pasti persepakatan DAP bersama PKR dan Pas ia juga akan turut memberi keuntungan bersama kepada Pas dan DAP di negeri Bumi Kenyalang itu. Pas yang bertungkus lumus untuk mempengaruhi undi Melayu Melanau khasnya di Dun Nangka itu tentu tumpang bergembira dengan kemenangan itu

Kemenangan DAP menumpaskan calon BN di PRK Parlimen Sibu merupakan satu mimpi ngeri bagi PM DS Najib Tun Razak dan TPM TS Muhyiddin Yassin.

Ia satu tamparan memalukan kerana seluruh jentera BN turun padang untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi BN pada pru 12 2008 lepas. Hanya lebih sedikit daripada dua tahun kerusi itu berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat (DAP).

Gelak sorai kemenangan PRK Hulu Selangor nampaknya tidak berpanjangan.

DAP tidak menaruh harapan besar untuk memenangi kerusi Sibu memandangkan bertanding di kawasan yang dikuasai BN. Taburan janji dan projek umpama mee segera oleh Najib dan Muhyiddin ternyata disantap dengan baik oleh pengundi SIBU, dan keadaan ini menakutkan pemimpin veteran DAP LKS yang mengatakan harapan tipis.

Namun jelas umpan dimakan, ikan tak lekat. Apakah mungkin dendam BN membara pada penduduk SIBU ?

Apapun yang jelasnya hanya 60 peratus yang keluar mengundi. Satu angka peratusan yang amat rendah bagi satu pilihan raya kecil. Secara am, ia menunjukkan bahawa mereka memprotes dengan tidak keluar mengundi.

Kemenangan DAP adalah satu mimpi ngeri kepada BN, akan menakutkan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Ia membuktikan bahawa rakyat sebenarnya belum mengubah pendiriannya terhadap Pakatan Rakyat sejak pru 12. Mereka sekadar menyimpan kuku.

Persepsi rakyat berketurunan Cina terhadap sikap Umno tersangat kritikal. Mereka telah dapat membandingkannya dengan peranan dan pendirian PAS. Mereka telah dapat menerima PAS meskipun dilemparkan oleh UBN dengan pelbagai kecaman.

Senjata telah mula memakan diri. Pendekatan Umno melalui Perkasa juga mulai menikam diri. Padah kerana sikap Umno sendiri yang menyakini bahawa Umno itu adalah dominan.

Ringkasnya pada pru mendatang nanti... di mana jua Umno bertanding ... Umno akan berhadapan dengan masalah besar apabila sesuatu kawasan itu mempunyai 30-40 peratus pengundi bukan Melayu.

Apatah lagi jika jumlahnya melebihi anggaran itu. Yang kuat dan nampak kuat dalam BN kini hanyalah Umno, manakala komponen-komponennya sekadar menumpang kekuatan Umno itu sendiri.

Seandainya Umno rebah, maka akan rebahlah seluruh BN. Sesungguhnya BN telah rebah di Sibu. Rebah yang tidak akan kebah.



No comments:

Post a Comment