Kejadian Manusia di muka bumi ini amat unik sekali. Ianya bermula dengan kelahiran Nabi Adam (A.S) yang mana Allah (SWT) telah berdailog dengan malaikat sebagai saksi untuk menciptakan Nabi Adam (A.S) dan keturunannya sebagai khalifah di muka bumi ini. Allah (SWT) akan menempatkan dan menjadikan Nabi Adam sebagai penguasa di bumi. Para malaikat takjub mendengar khabar itu kerana yang akan menjadi khalifah Allah (SWT) di bumi tidak menyamai kasih sayang dan kesucian malaikat-malaikat di langit. Padahal Allah (SWT) telah menciptakan makhluk sebelum Nabi Adam (A.S) tetapi mereka telah membuat kerosakan di bumi. Malaikat menanyakan kepada Allah (SWT) "Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji engkau dan menyucikan engkau?" (Ayat 30 Surah Al-Baqarah).
Malaikat berkata demikian kepada Allah (SWT) adalah kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih berhak daripada manusia yang akan dijadikan sebagai khalifah. Allah (SWT) menjawab "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (Ayat 30 Surah Al-Baqarah). Setelah mencipta manusia iaitu Nabi Adam (A.S) Allah (SWT) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu bertanya "Sebutkanlah kepadaKu nama benda-benda itu jika kamu memang orang benar!" (Ayat 31 Surah Al-Baqarah). Akan tetapi para malikat tidak berdaya untuk menjawabnya lalu berkata "Maha Suci Engkau tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Ayat 32 Surah Al-Baqarah).
Allah (SWT) memanggil Nabi Adam (A.S) untuk mengajarkan kepada malaikat dengan berkata "Wahai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama benda-benda ini!" (Ayat 33 Surah Al-Baqarah) Setelah Nabi Adam (S.A) memberitahu nama benda-benda ini kepada para malaikat, Allah (SWT) berfirman "Bukankah sudah Aku katakan kepadamu bahawa sesungghnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" (Ayat 33 Surah Al-Baqarah).
Allah (SWT) telah memberitahu kepada kita tentang bahan yang digunakan untuk mencipta Nabi Adam (A.S) dengan firmannya "(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat "Sesungguhnya Aku telah mencipta manusia daripada tanah" (Ayat 71 Surah Sad). Allah juga berfirman "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk" (Ayat 26 Surah Al-Hijr). Allah (SWT) juga berfirman bahawa "Dia menciptakan manusia daripada tanah kering seperti tembikar" (Ayat 14 Surah Al-Rahman).
Allah (SWT) telah menciptakan Nabi Adam (A.S) dari tanah liat kering yang berasal daripada lumpur hitam atau tembikar yang diberi bentuk (Ayat 28 Surah Al-Hijr) diperdengarkan suara supaya ianya boleh mendengar, kemudiannya ditiupkan roh dari Allah (SWT) kepadanya. Maka jadilah manusia yang terdiri dari daging, darah, otot yang bergerak menurut kemahuanya dan fikiranya.
Apabila Allah (SWT) telah menyempurnakan (kejadiannya) dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan) Ku (Ayat 29 Surah Al-Hijr) maka Allah (SWT) memerintahkan supaya para malaikat tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud (sujud di sini bukan menyembah tetapi penghormatan). Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama (Ayat 30 Surah Al-Hijr) kecuali Iblis yang enggan ikut bersama-sama (malaikat) yang sujud itu (Ayat 31 Surah Al-Hijr). Allah (SWT) juga berfirman "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia enggan dan takbur dan dia termasuk golongan orang yang kafir (Ayat 34 Surah Al-Baqarah).
Allah (SWT) mengulanginya sekali lagi ingatannya bahawa "(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia daripada tanah. (Ayat 71 Surah Al-Sad). Kemudian apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tuipkan roh (ciptaan)Ku kepadanya maka tunduklah kamu dengan bersujud kepadanya (Ayat 72 Surah Al-Sad). Lalu para malaikat itu bersujud semuanya (Ayat 73 Surah Al-Sad). Kecuali iblis, ia menyombongkan diri dan ia termasuk golongan yang kafir (Ayat 74 Surah Al-Sad) (Ayat 11 Surah Al-A'raf).
Allah (SWT) berfirman "Wahai iblis, apakah yang menghalang kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasaanKu. Apakah kamu menyombong diri atau kamu (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?" (Ayat 75 Surah Al-Sad)(Ayat 12 Surah Al-A'raf) Iblis pun berkata "Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah" (Ayat 76 Surah Al-Sad)(Ayat 12 Surah Al-A'raf) Allah berfiman "Kalau begitu keluarlah kamu dari syurga! Sesungguhnya kamu adalah makhluk yang terkutuk" (Ayat 77 Surah Al-Sad)(Ayat 13 Surah Al-A'raf). Allah seterusnya berfirman "Dan sesungguhnya kutukanKu tetap ke atasmu sampai hari pembalasan" (Ayat 78 Surah Al-Sad). Iblis memohon kepada Allah (SWT) seraya berkata "Ya Tuhanku tangguhkanlah aku sampai pada hari mereka dibangkitkan" (Ayat 79 Surah Al-Sad) (Ayat 14 Surah Al-A'raf). Allah berfirman "Maka sesungguhnya kamu termasuk golongan yang diberi penangguhan, sampai pada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat)" (Ayat 80-81 Surah Al-Sad) (Ayat 15 Surah Al-A'raf). Iblis menjawab "Demi kemulianMu pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya" kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka" (Ayat 82-83 Surah Al-Sad).
Iblis diusir keluar dari Syurga
Allah (SWT) berfirman bahawa "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam) lalu Kami bentuk tubuh(mu) kemudian Kami berfirman kepada para malaikat "Bersujudlah kamu kepada Adam, maka mereka pun bersujud kecuali Iblis. Ia (iblis) tidak termasuk mereka yang bersujud (Ayat 11 Surah Al-A'raf). Iblis enggan dan dengan bongkak dan sombongnya mengatakan bahawa iblis lebih mulia kejadiannya iaitu daripada api sedangkan Adam daripada tanah. Keengganan iblis tersebut telah menyebabkan Allah (SWT) murka dan terus mengusir iblis keluar dari Syurga. Iblis telah memohon penangguhan hukumannya sehingga hari kiamat kerana apabila Allah (SWT) menyesatkan iblis maka iblis berjanji di hadapan Allah (SWT) bahawa iblis akan menyesatkan keturunan Adam sehingga ke hari kiamat. Allah (SWT) berkenan akaan permintaan iblis lalu menangguhkan hukumannya sehingga hari kiamat. Ini dapat dilihat apabila iblis menjawab "Kerana Engkau telah menghukum aku sebagai sesat, aku benar-benar akan (menghalang) meraka dari jalan Engkau yang lurus (Ayat 16 Surah Al-A'raf).
Iblis terus berkata "kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat) (Ayat 17 Surah Al-A'raf). Seterusnya Allah (SWT) berfirman bahawa "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir! Sesungguhnya barang siapa di kalang mereka ada yang mengikutimu pasti Aku akan isikan nereka Jahanam dengan kamu semuanya" (Ayat 18 Surah Al-A'raf).
Nasihatnya:-
Kita boleh lihat betapa Maha Bijaksana dan Maha Mengetahuinya Allah (SWT) untuk mencipta Adam dan keturunannya sehingakan para malaikat terpaksa sujud terhadap Adam dengan penuh hormat. Ini bermakna kejadian manausia di muka bumi ini amat dimuliakan oleh Allah (SWT) sejajar dengan kekhalifahan kita sebagai penghuni muka bumi Allah (SWT). Iblis cuba menunjukkan sikap bongkak dan sombongnya dengan seraya berkata bahawa Adam di jadikan daripada tanah sedangkan iblis daripada api maka buat apa perlu iblis sujud kepada Adam. Oleh kerana keengganan iblis tersebut ianya telah memurkakan Allah (SWT) yang telah mengusir iblis daripada syurga. Iblis pula sebaliknya telah berjanji dengan Allah (SWT) selepas permohonan penangguhan hukumannya telah di terima oleh Allah (SWT) untuk meyesatkan keturunan Adam sehingga hari kiamat. Kesombongan itu penghalang (perlaksanaan kebenaran) dan pemusnah kemuliaan manusia. Oleh itu kita hendaklah menghindarkan diri daripada bersifat egois atau individualistik. Orang-orang yang bersikap demikian menganggap bahawa seolah-olah dirinya "Tuhan" di dunia ini. Ia tidak mahu tunduk kepada kebenaran atau menerima kritikan yang membangun dari orang lain. Oleh itu mereka berpendirian tidak akan mengikuti orang lain, ia bertindak sewenang-wenang dan kejam terhadap orang yang di bawah kekuasaanya - kisah Firaun, Qarun, Kaum Lut, Kaum Ad dan berbagai lagi kisah yang akan di paparkan.
Di zaman kita ini kita melihat bahawa kesombongan mendatang kepedihan kerana mendapat kemurkaan Allah (SWT) apabila Allah (SWT) berfirman "Tidak diragukan lagi bahawa sesungguhnya Allah (SWT) mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Allah (SWT) tidak menyukai orang yang sombong" (Ayat 23 Surah Al-Nahl). Orang yang sombong ini selalunya akan mendapat hukuman yang pedih daripada Allah (SWT) dan akan digolongankan dalam golongan yang terkutuk seperti iblis. Kesombongan juga akan mengakibatkan kelemahan kepada akal fikiran dan merosakkan sanubari serta hati seseorang manusia untuk mengenal yang mana satu salah dan yang mana satu betul. Kesombongan yang masuk ke dalam hati seseorang akan keluar dari akalnya sesuai dengan kesombongan yang memasukinya. Inilah janji iblis kepada Allah (SWT) iaitu untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam (A.S) dengan mendatangi mereka dari atas, bawah kiri dan kanan meniupkan sikap, sifat dan perwatakan iblis ke dalam sanubari umat Nabi Adam (A.S) agar tidak mengikuti jalan yang lurus yang diredhai oleh Allah (SWT).

No comments:
Post a Comment