Monday, May 17, 2010

PAKAT KELUAR RAMAI-RAMAI

Fallout from Khalid’s ouster

COMMENT
By BARADAN KUPPUSAMY


By handing over the Selangor PKR leader’s post to Azmin, Anwar has set a bad precedent and has prolonged internal feuding, not end it.

NEWLY-appointed Selangor PKR chief Azmin Ali has won, for now, in an unvarnished power struggle against the gentlemanly Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, but he has exposed his unbridled ambitions and earned the image of the “ugly, bad man” of Pakatan Rakyat politics.

It is no secret that Azmin, a dynamic and focused politician, covets the Selangor Mentri Besar’s post, which went to Khalid after Pakatan seized power in Selangor during the 2008 general election.

Azmin could have been a dynamic Mentri Besar in the way DAP secretary-general Lim Guan Eng is in Penang, his supporters say, but PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim wanted to reward Khalid, who had bankrolled the incipient PKR and enjoyed an image as a corporate captain and elder statesman.

Besides, the DAP and PAS were wary of Azmin, seeing him as too ambitious, ex-Umno and difficult to compromise, unlike Khalid who is amenable and by nature not cunning or manipulative and willing to hear and share.

Khalid might not be decisive but he was popular among the public and the DAP and PAS in his own plodding way.

Besides, the DAP and PAS between them controlled more seats in the Selangor state assembly than the PKR with the DAP having 13, PKR 14 and PAS eight seats.

Any move to remove Khalid and put Azmin in his place would upset the power balance in the state assembly and lead to turmoil.

This is a major consideration for Anwar, what with the next general election imminent and every political party eager to show their best to the voters.

Anwar wants to present a united, strong PKR working hard for the people but this would not be possible by switching Mentris Besar midway.

While Anwar as the PKR leader can replace Khalid with Azmin, the reality of power distribution in the Selangor state assembly requires him to get the DAP and PAS to endorse the move and they would not agree to Azmin as a replacement.

Many in the Selangor PKR too who are popular in the Pakatan coalition and the general public like executive council members Elizabeth Wong and Dr Xavier Jeyakumar, party strategist Tian Chua, party treasurer William Leong and deputy president Dr Syed Husin Ali are with Khalid.

“They are unlikely to accept Azmin as a replacement for Khalid,” PKR sources said. “There would be a rebellion if Anwar insists on it.”

“The last thing he wanted was to switch Khalid with Azmin and see the Pakatan Rakyat coalition plunge into turmoil,” said a PKR insider.

“We all think Azmin over-played his hand.”

Even though Azmin has the support of Anwar and a majority of PKR MPs, he could not swing the people who really matter to achieve his ambitions to be Mentri Besar – a combination of DAP, PAS and PKR state assemblymen.

But what Azmin wants he gets, maybe not immediately but later.

Anwar has rewarded his ambitious acolyte Azmin with the state PKR chief’s post, which is his to give or take as the PKR’s undisputed leader.

But by doing that – taking from Khalid and giving it to Azmin, Anwar has set a bad precedent and has prolonged the feud, not ended it.

With his new found position as state PKR chief, Azmin would easily rival Khalid and be another rival centre of political power in Selangor.

He would have a big say in who in Selangor PKR gets selected for posts like directors of GLCs, councillors and even candidates in the next general election.

That’s a lot of influence and clout for Azmin who is likely to use his influence to promote his supporters and relegate his detractors – opening the way for more internal feud in the PKR.

The potential negative toll of the feud on the PKR’s public image can only be guessed coming as it does in the wake of PKR MPs defecting and the constant criticism against “Little Napoleons” who allegedly run the party to the detriment of democratic practices.

While Anwar has for now ended the feud by making Azmin state PKR chief, the fallout of the “Azmin” episode on legions of believers is not difficult to gauge.

They are angry, upset and disenchanted that among the three Pakatan political parties, the PKR, which is the glue holding the DAP and PAS together, still has not got its act together but has been visited by one turmoil after another.

Worse, most of it is of its own making and hardly the type that promotes public confidence in the PKR.

More than the DAP or PAS, the PKR was the big winner of 2008 and achieved on the back of widespread public support – support that can easily be turned to scorn by the endless petty squabbles.


Menanti 'episod pkr' dalam PKR

PAKAT keluar ramai-ramai atau ringkasnya pkr. Begitulah yang terjadi dalam sehari dua ini apabila ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu. Terkini, tentulah di cabang Ipoh Barat yang lumpuh atau terbubar apabila 19 daripada 25 ahli jawatankuasanya meletak jawatan. Nampaknya PKR seperti kata Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin sebagai parti kian runtuh.

Macam-macam alasan dan kata-kata yang menjelikkan dilemparkan oleh mereka yang meninggalkan PKR ini. Selaklah kembali sidang akhbar yang diadakan oleh wakil-wakil rakyat berkenaan. Ini berbeza dengan DAP yang sudah pun menambah kerusi melalui pilihan raya kecil (PRK) Sibu semalam. Roket DAP meluncur laju di Sibu. Apakah makna kemenangan DAP ini? Di mana silapnya BN? Kebanyakan orang politik sudah tahu 'membacanya' selepas melalui beberapa PRK. Berbalik kepada wakil rakyat PKR keluar parti, sebelum ini pemimpin-pemimpin PKR menyifatkan wakil rakyat yang keluar parti disifatkan 'kesilapan' memilih mereka sebagai pemimpin atau calon pilihan raya. Maka mereka 'mengalu-ngalukan dan menyambut baik' serta mencari pelbagai alasan bagi 'menghalalkan' tindakan pemimpin yang keluar parti itu. Ini juga merupakan langkah pembersihan parti yang akhirnya akan mempunyai ahli-ahli yang benar-benar seia sekata dengan pemimpin PKR. Tetapi apa pula alasan yang akan diberikan oleh pemimpin terhadap kumpulan di peringkat bawah yang meninggalkan parti seperti di Ipoh Barat? Apakah alasan bagi menghalalkan tindakan pkr itu? Adakah mereka tersalah pilih parti?

Mereka inilah yang semasa pilihan raya umum (PRU) lalu bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon-calon 3P - PKR, Pas, DAP. Sedikit sebanyak jasa dan sumbangan mereka pada PRU lalu tetap ada. Persoalannya sekarang apakah episod pkr berulang lagi selepas ini? Beberapa perkembangan terkini menarik untuk dinantikan kesudahannya. Kata Zulkifli Noordin, PKR tidak mampu bertahan lama. Beliau memberi tempoh beberapa bulan lagi. Tidak dinafikan tsunami politik yang melanda PRU lalu antara lain disebabkan mereka yang menyokong Barisan Nasional (BN) berpaling tadah memberi sokongan kepada pakatan 3P. Ada yang berkata, jika anda menyokong BN tetapi pada PRU lalu mengundi PKR, anda boleh dianggap pengkhianat. Agaknya kerana tidak mahu dilabelkan pengkhianat, mereka meninggalkan PKR. Sama ada kembali menyokong BN atau sebaliknya, itu soal lain. Apa yang penting, mereka tidak mahu dilabelkan sebagai 'pengkhianat' selama-lamanya.

Berbalik kepada isu pkr yang berlaku, tindakan itu menyebabkan jumlah wakil PKR di Parlimen terus berkurangan berbanding wakil Bebas yang terus meningkat. Jika sebelum ini PKR begitu ghairah menghitung jumlah wakil rakyat BN yang akan menyertai pakatan itu bagi membentuk kerajaan pada 16 September 2008 tetapi kali ini PKR pula menyaksikan satu persatu wakil rakyatnya angkat kaki. Tetapi jumlah itu masih boleh dihitung dengan jari. Keadaan ini juga menyebabkan DAP mendahului dengan 29 kerusi berbanding PKR 25 dan Pas 23. Sebelum ini PKR mendahului dengan 31 kerusi. PKR selain kehilangan lima wakil rakyatnya - empat keluar parti dan seorang dipecat - juga hilang satu kerusi melalui pilihan raya kecil (PRK) di Hulu Selangor. Seperti pernah diselak dalam ruangan ini pada 22 Februari lalu, tidak pasti berapa ramai lagi wakil rakyat yang tergolong dalam kumpulan yang dianggap sebagai tersalah pilih calon. Di samping pemimpin tersilap pilih calon, ada juga kumpulan calon yang tersilap pilih parti untuk bertanding sama seperti pengundi yang sokong BN tetapi undi PKR. Mungkinkah ada calon yang bertanding hanya untuk 'mengkhianati' BN?

Berdasarkan kedudukan di Parlimen sekarang, maka calon paling layak menjadi ketua pembangkang sudah tentulah Lim Guan Eng. Sebelum ini pun, tradisinya parti yang mendahului akan menjadi ketua seperti yang pernah disandang Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang. Pas juga pernah mengetuai pembangkang melalui Allahyarham Fadzil Noor dan Abdul Hadi Awang.

Itu di Dewan Rakyat. Turut menarik perhatian ialah di Dewan Undangan Negeri (DUN). Selepas kerajaan Perak yang diterajui pakatan 3P tumbang gara-gara dua wakil rakyat PKR dan seorang DAP meninggalkan parti untuk menjadi wakil Bebas, perhatian kini terarah kepada jirannya Kedah. Di negeri Jelapang Padi itu, Menteri Besar, Azizan Razak berulang kali menyatakan kesediaannya membubarkan DUN jika keadaan memaksanya berbuat demikian.

Ini berikutan ramai yang sudah mula bersembang mengenai kemungkinan ada lagi wakil rakyat pembangkang akan berhijrah sebagai wakil Bebas. Jika ini berlaku, maka episod Perak akan berulang di Kedah.

Kelmarin, Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir berkata, pembangkang sengaja mewujudkan suasana untuk mencetuskan pilihan raya negeri.

ADUN Belantek, Tajudin Abdullah pula memberitahu, ada juga sembang sumbang yang mendakwa BN memainkan peranan untuk menumbangkan kerajaan Pas di Kedah. Tetapi bagi Tajudin, hakikatnya, apa yang berlaku adalah rasa kecewa wakil rakyat pakatan 3P sendiri.

Pas mungkin terasa bahang penghijrahan wakil PKR ini yang kini hanya tinggal tiga. Dalam erti kata lain, Pas mungkin meragui kesetiaan saki baki wakil rakyat PKR yang ada. Namun Pas jangan pula lupa, jika perasaan kecewa tidak dapat dibendung, wakil Pas juga boleh meninggalkan parti itu walaupun setakat ini rekod menunjukkan wakil rakyat Pas tidak mudah goyang.

Mungkin ini bezanya antara wakil rakyat Pas dengan PKR. Di samping kesetiaan kepada parti, mereka yang dipilih sebagai calon bukan satu kesilapan. Maksudnya di pihak PKR, ada calon wakil rakyat yang dicalonkan secara tangkap muat atau bidan terjun untuk memastikan kerusi itu diisi oleh calon pembangkang. Akhirnya apabila menang, mereka tidak berupaya menjalankan tugas. Mungkin tidak diasuh sebagai wakil rakyat atau ahli politik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk rakyat.

Kata Tajudin, kalau dah jadi wakil rakyat, pintu rumah hendaklah senitasa 'terbuka', kerap menemui rakyat dan menyelami masalah rakyat. Soal wang ringgit juga tidak perlu berkira. Ada ketikanya semua yang ada dalam poket perlu dikosongkan untuk rakyat. Maka bukan mudah untuk menjadi wakil rakyat!

PKR, DAP bergabung?

Sejauh manakah PKR mampu bertahan? Ia adalah persoalan paling menarik berikutan semakin ramai ahli dan pemimpinnya keluar parti. Terbaru, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Chee Keong, turut mengikut arus. Ini menjadikan lima Ahli Parlimen dan lima ADUN telah keluar PKR, setakat ini.

Faktor utama ramai bertindak demikian kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Isu moral termasuk kes liwat kali kedua, tindakan agresifnya untuk mendapatkan campur tangan asing, isu pembohongan 16 September, imej sebagai putar alam, mengkhianati kawan dan banyak lagi, menyerlahkan siapa sebenarnya beliau.

Pada Awang, Anwar sudah tiada kawalan ke atas PKR. Isterinya, Wan Azizah pula hilang kewibawaan kerana lebih menjaga kepentingan suaminya daripada menegakkan kebenaran.

Jika diumpamakan bahtera, PKR dalam risiko menanti karam. Pelbagai cubaan yang dilakukan oleh Anwar termasuk di arena antarabangsa untuk menyelamatkan diri dan partinya, tidak berhasil. Imej beliau jatuh merudum. (Di sebalik gerakan agresif untuk menonjolkan diri sebagai pejuang hak asasi dan demokrasi serta sentiasa melobi media antarabangsa, nama Anwar tidak lagi tersenarai dalam 100 individu paling berpengaruh di dunia dalam bancian terbaru majalah Time. Beliau pernah berada dalam senarai tersebut pada kedudukan kesembilan bagi bancian 2008.)

Kini PKR bergantung ihsan kepada rakan pakatan iaitu DAP dan Pas. Namun di kalangan pengikut Pas, ramai yang menolak Anwar. Sebab itu, kumpulan Erdogan iaitu golongan pro Anwar dalam Pas, tidak lagi berpengaruh sebagaimana sebelum ini. Mereka sedar Pas bukan dilahirkan untuk menyelamatkan isu moral Anwar.

Parti yang kian menguncup seperti PKR, tidak boleh beroperasi sendirian. Ia hanya menjadi parti picisan yang tidak dihormati. Maka satu-satunya parti yang boleh menyelamatkan PKR ialah DAP. Awang mencadangkan agar PKR diserap ke dalam DAP kerana dasar kedua-dua parti itu hampir sama. Seperti PKR, DAP juga dianggap sebagai parti anak beranak dan kronisme. Apa pula jawatan yang sesuai untuk Anwar? Jika DAP kononnya mendakwa memperjuangkan kepentingan semua kaum, lantik sahaja Anwar sebagai Penasihat Bersama DAP berkongsi jawatan dengan Lim Kit Siang. Apakah Kit Siang sedia berbuat demikian?

War of the shifting sands

ANALYSIS
By BARADAN KUPPUSAMY


Kapar MP S. Manikavasagam's challenge to Selangor MB Tan Sri Khalid Ibrahim to expose the alleged graft in Kumpulan Semesta Sdn Bhd is part of a wider clash between two key factions in Selangor PKR.

THE latest bolt of lightning to strike the PKR is Kapar MP S. Manikavasagam's challenge to Selangor Mentri Besar and senior PKR leader Tan Sri Khalid Ibrahim to walk the talk and battle graft in his office or face exposure.

It is a direct challenge that no senior politician worth his salt can safely ignore.

After trying to settle things “within proper channels,” the issue of alleged graft in the state-owned Kumpulan Semesta Sdn Bhd, which has been thoughtlessly given power over all sand mining in Selangor, and failing, the Kapar MP did what he is famous for.

He threw caution to the wind, called the media and opened fire against Khalid, with whom he has never seen eye-to-eye from the very beginning.

His gripe before was that as Mentri Besar Khalid did not respect him as an MP but had given weight to the state assemblymen in his big parliamentary constituency of Kapar.

“I got peanuts to manage a huge constituency with over 100,000 voters facing numerous problems that need urgent attention,” Manikavasagam has said before.

The latest hiccup is over corrupt practices involving sand mining and has been dubbed the “sex and sand” scandal where allegations were made that Khalid had parked “his people” from his days in Guthrie Corp and beyond in Semesta, where sand mining, and not massage parlours, timber or pubs, is the new game in town.

According to Manikavasagam, staff of the state company had been backing their story with documents and statutory declarations from one Pakatan leader.

They want the “sand for money” issue raised with Khalid.

“They even met senior DAP lawyers with their tale of corrupt practices but nobody wants anything to do with the hot potato issue,” Manikavasagam told The Star.

“They saw me with all the documents because I am the head of the Public Complaints Bureau in PKR,” he said.

“I took up the matter also because I am against corruption.”

“If we preach clean government, then we must practise it,” he said justifying why he raised the issue in public and gave an ultimatum to Khalid.

“All this while Khalid refused to see me or had given me his standard 'three minutes' to hear me,” Manikavasagam said.

“I am an MP and not one of his clerks for him to give me his “three minutes.”

On Wednesday, under compulsion because at least a dozen PKR MP's had joined forces with Manikavasagam to demand an independent probe into the sand scandal, Khalid met Manikavasagam for an hour where it was agreed that a police report should be lodged, whatever the consequences.

Nevertheless, this is not the end of the sand mining squabble nor the cessation of the bad blood between Khalid and Manikavasagam.

His challenge to Khalid is not just an issue between them but part of a wider clash between two key factions in Selangor PKR, that have been vying for power and influence for a long time.

The feud between the factions headed by PKR vice-president Azmin Ali and that of Khalid, who also enjoys strong support from PKR leaders like exco members Elizabeth Wong and Dr Xavier Jeyakumar, has been festering for a long time.

Many PKR members like Manikavasagam and others are looking to Azmin for leadership while entrenched leaders holding office and leaders from the Selangor DAP favour Khalid to continue as Mentri Besar.

The “sand” scandal is just a manifestation of the worsening feud between them and is seriously weakening Pakatan's control over Selangor in the light of intense speculation that many more PKR MPs and state assemblymen are preparing to defect or go independent.

Pakatan leader and PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim has been too preoccupied to give his attention to the emerging dangers. Some PKR circles fear Selangor might go the way of Perak unless Anwar steps in and resolves the looming mutiny.

The crisis is no longer a spat between Manikavasagam and Khalid or a feud in PKR between two factions but all the signs of a big-scale munity are evident especially after nearly a dozen PKR MPs sided with Manikavasagam in his clash with Khalid.

It is learnt that several more PKR MPs called Manikavasagam to lend him their moral support.

But Anwar is in a Catch-22 position - if he acts to remove Khalid, he will be hurting an old and loyal friend and alienating the entrenched group around Khalid including Selangor DAP leaders who all clearly favour Khalid over Azmin.

And if the feud continues, Pakatan's control over Selangor may be weakened and put in grave danger.

Wakil PKR seru orang Islam puji Guan Eng

PULAU PINANG 6 Mei - Meskipun Lim Guan Eng dikritik pelbagai pihak kerana ciri pemerintahannya tidak sama dengan Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menyeru orang Islam khususnya di negeri ini memuji pendekatan Ketua Menteri itu.

Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung) yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri berkata, tindakan Guan Eng itu seharusnya dibanggakan kerana menjadikan pemimpin Islam sebagai contoh dalam pentadbirannya.

Shabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) yang dilihat kurang senang dengan kata-kata Abdul Malik kemudiannya mencelah memberitahu, beliau tidak melarang Guan Eng menjadikan Khalifah Umar sebagai contoh sekiranya Ketua Menteri itu mengikuti segala sifat dan kredibiliti yang ditunjukkan tokoh Islam tersebut.

Tambah Shabudin, tindakan itu juga perlu dibuat secara menyeluruh dan bukan hanya menyebutnya apabila berjumpa dan melakukan aktiviti di kalangan orang Islam semata-mata.

''Saya tidak larang. Tapi kalau nak ikut, ikut betul-betul. Jangan ada 'dwi standard'. Kena hormati tokoh itu dan bukannya hanya kata jadikan dia (Khalifah Umar) contoh bila jumpa orang Islam.

''Tindakan beliau (Guan Eng ) meluluskan 253 lesen baru pusat hiburan yang hidang minuman keras tahun lalu juga amat bertentangan. Kalau mahu jadikan Khalifah Umar ikon, hormati kredibiliti dan ikut semuanya dan bukan sesetengah saja. Ini satu persepsi yang tidak baik untuk tokoh tersebut," katanya dalam nada tegas.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.


No comments:

Post a Comment