Mari kita pikirkan bagaimana tiga parti yang berlainan idealogi dan prinsip-prinsip perjuangan boleh duduk satu rumah makan satu rumah tidur satu rumah, Mata Sepet dengan konsep liberalisasinya, Bulan Penuh dengan keislamannya dan Roket dengan Malaysia Malaysian. Itu sebab Pakatan Rakyat masih belum di daftarkan sebagai satu parti seperti BN kerana idealogi dan perjuangannya macam langit dan bumi.
DAP- saya gelar Roket Naga kepala 2 wawasanya adalah Malaysia Malaysian iaitu kesamarataan bagi setiap rakyat Malaysia iaitu berdiri sama tinggi duduk sama rendah, menolak negara Islam dan Hukum Hudud.
PAS - saya gelar Bulan Penuh wawasannya adalah Malaysia sebuah negara Islam dan Undang-undang Hudud agenda utama.
PKR - saya gelar Mata Sepet wawasannya adalah reformasi, keadilan, Malaysia yang demokratik, mematuhi prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia dan menghormati undang-undang antarabangsa.
Kita semua ketahui bahawa Pakatan Rakyat itu adalah pakatan untuk menawan Putrajaya tiada agenda lain selain untuk menumbang BN yang telah memerintah selama 53 tahun walaupun pada dasarnya Pakatan Rakyat adalah ikatan atau perkahwinan contract yang belum didaftarkan di ROS adalah amat rapuh serta longgar berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-
Kita jangan kata dalam Pakatan Rakyat akan menjamin keadilan, kesamarataan, menolak ruang rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan menindas, kontrak dan tender telus, golongan miskin akan di bantu, kebijakan ekonomi Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan sihat, kepatuhan kepada Perlembagaan, berubah dari dasar perkauman sempit, kebebsan dan kewibawaan sistem kehakiman.
Apabila kita hendak menyokong sesuatu pihak kita kena tengok apa manifesto dan wawasannya. Kearah mana parti tersebut ingin membawa Malaysia dan bagaimana kita hendak mencapai matlamat tersebut. Apakah perancangan pembangunan dan ekonomi yang ingin dipraktikkan. Apakah target ekonominya. Apakah mekanisme dan aturcara yang digunakan untuk mencapai matlamat itu.
Kita ada agenda tersendiri iaitu untuk martabatkan Islam dibumi Malaysia, mengukuhkan perpaduan umat Islam, menjaga kedaulatkan Raja-Raja Melayu, martabatkan bahasa Melayu, meningkatkan ekonomi orang Islam serta menjaga keharmonian antara kaum yang berbumbungkan Malaysia. Itulah yang di terjemahkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Kita orang Melayu Islam ini kadang kala cepat terpengaruh dengan cerita-cerita yang tak tahu hujung pangkal. Seolah-olah cerita Si Kitul dan Raja Mandeliar ini adalah benar tiada yang benar selain itu adalah benar. Kesian orang-orang yang cepat terpengaruh dengan penulisan seperti ini. Kita kena tengok rasional penulisan tersebut dan kaji kesahihannya jangan cepat melatah nanti kita naik lintah siapa yang susah kita jugak yang susah.
25/10/2010
Rakyat Malaysia akan di bawa sekali lagi untuk menentukan siapakah yang paling layak untuk mewakili mereka di dua kawasan iaitu di Dun Galas, Gua Musang dan di Parlimen Batu Sapi, Sabah. Di dalam kita mencari-cari formula dan idea bagaimana hendak menterjemahkan sesuatu PRK itu dapat di selitkan dengan agenda politik parti-parti yang bertanding dan penafsiran para pengundi dalam mengundi parti atau calon, kita dapati bahawa rakyat Malaysia sekarang memang sudah matang dan berfikiran jauh untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang benar-benar demokrasi.
Kedua-dua PRK ini telah membuktikan bahawa perjalanan yang kita lalui itu amat beranjau dan penuh dengan duri tetapi demokrasi yang di amalkan oleh kita selama ini tidak pernah luntur atau lebur di sebabkan oleh asakan, kritikan, cemuhan dan celaan Pakatan Rompah dan portal-portal pembangkang yang mengatakan bahawa demokrasi di Malaysia telah lumpuh dan hampir padam di sebabkan oleh cengkaman kuat Dacing selama 53 tahun.
Kata-kata azimat YAB PM dalam PAU 2010 "Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji BN. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".
Kata-kata ini telah banyak di gembar-gemburkan sebagai Keris cuba mempertahankan Putrajaya dengan berbagai cara. Ada yang cakap Keris akan gunakan kekerasan, ada yang cakap kita sekarang bukan demokrasi lagi, ada yang cakap Keris takut dan gentar hilang kuasa, ada yang cakap Keris duduk di bawah ketiak Raja-Raja Melayu, ada yang cakap Keris akan menghuru-harakan negara ini sekiranya Pakatan Rompah berjaya menawan Putrajaya dan ada yang cakap Keris gila kuasa. Berbagai andaian timbul daripada ungkapan keramat yang telah di lontarkan oleh YAB PM semasa PAU 2010 lalu.
Inilah lontaran kata-kata azimat seorang pemimpin yang mempunyai pandang yang melangkaui masa. Kita mesti lihat kata-kata azimat ini sebagai perangsang kepada ahli dan pemimpin Keris/Dacing bagi menterjemahkan sebuah pemikiran dan penelitian yang jitu untuk menjamin kelangsungan yang kita nikmati sekarang berkekalan sehingga ke anak cucu kita kemudian. Kata-kata azimat ini adalah untuk memperingati semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama yang sayangkan kestabilan, kehormanian, kesejahteraan dan kemuafakatan serta hormat-menghormati hak-hak masing telah di terjemahkan dalam Perlembagaan Malaysia bahawa Keris adalah tunjang kepada Dacing yang menjadi pemerintahan di Malaysia.
Perpasak kepada Keris bermakna org Melayu Islam mesti berdiri teguh di belakang Keris kerana Keris telah membawa org Melayu menikmati berbagai kemajuan selama 53 tahun merdeka. Insyaallah Keris akan terus memperjuangkan Islam dan hak-hak org melayu dan bumiputra seperti di dalam Perlembagaan Malaysia. Kata mesti di kotakan. Itu memang telah terbukti. Kalau di bandingkan dengan Mata Sepet dan Bulan Penuh. Di manakah letaknya perjuangan Islam dan hak-hak org Melayu dan bumiputra. Adakah agama Islam dan hak-hak org Melayu sebagai retorik politik dan untuk menjaga kepentingan dan keuntungan agenda politik mereka. Kita lihat sekarang di Malaysia adakah agenda politik agama dan demokrasi dan keadilan Mata Sepet dan Bulan Penuh dapat menegakkan Islam dan hak-hak org Melayu dan bumiputra?
Di PRK Dun Galas Bulan Penuh telah gagal untuk mempraktikkan agendanya untuk memperjuangkan Islam apabila gagal untuk mentadbir dan menguruskan kepentingan kaum Org Asli di Galas. Gagal untuk memtarbiyahkan mereka serta mentazkirahkan mereka kepada jalan yang lurus. Kemudian salahkan Keris/Dacing yang cuba menggunakan JHEOA sebagai "tools" untuk memancing undi di Galas. Inilah kesilapan kita yang harus kita selidiki sebelum menuding jari kepada org lain. Kita sudah cakap bahawa Bulan Penuh adalah adalah anggota Pakatan Rompah yang mengamalkan perpecahan iaitu akan cuba memecah belahkan umat Islam Malaysia dan mengeluarkan fatwa dan dalil yang mengelirukan umat Islam di Malaysia. Agenda ini adalah untuk menunjukkan bahawa fatwa dan dalil Bulan Penuh sahaja yang benar kerana Bulan Penuh memperjuangkan Islam untuk mendapat keberkatan di akhirat nanti. Kita jangan lupa bahawa Allah (SWT) akan mengira kita sejak kita lahir di dunia sehingga kita masuk ke liang kubur. Ini perkiraan yang tidak akan tertinggal satu pun. Adakah kita ingin di lihat sebagai membelakangi seruan Allah (SWT) yang di nyatakan di dalam Al-Quran bahawa apabila di tanya Islam apa yang di perjuangkan. Maka mulut akan cakap Islam Bulan Penuh. Di tanya lagi fatwa dan dalil apa yang kita pakai, semua anggota badan akan cakap fatwa dan dalil Bulan Penuh. Kita jangan taksub dan rakus mengatakan bahawa Bulan Penuh memperjuangkan Islam untuk akhirat tetapi Keris memperjuangkan Islam menyeleweng dan kafir tetapi Allah (SWT) nak perlihatkan kekafiran kita itu, Bulan Penuh telah bersekongkol dengan Roket Naga Kepala 2 dalam Pakatan Rompah. Siapa yang memperlekehkan Islam dan hak-hak org Melayu dan bumiputra sekarang. Ketidak seimbangan pemimpin-pemimpin Bulan Penuh akan di perlihat satu persatu oleh Allah (SWT) kerana setiap kita boleh merahsiakan sesuatu drp manusia tetapi setiap manusia tidak boleh merahsiakan sesuatu drp Allah (SWT). Natijahnya kita mesti berpasak kepada Keris selagi Keris terus mendaulatkan Islam dan mempertahankan hak-hak org Melayu dan bumiputra.
Di PRK Batu Sapi kerakusan dan ketamakkan kuasa Mata Sepet terserlah apabila turut serta dalam pertandingan walaupun SAPP turut serta bertanding. Sungguh SAPP telah di pujuk supaya tidak bertanding tetapi SAPP mungkin marah dengan agenda dongeng Mata Sepet pada 16/9 "I have the figures to take over Putrajaya", maka SAPP tidak menggangotai Pakatan Rompah dan SAPP memutuskan untuk meletakkan calon di Batu Sapi. Pada kita sekiranya satu parti pembangkang sudah bertanding buat apa satu lagi parti pembangkang bertanding. Ini menampakkan ketamakkan dan kerakusan parti tersebut dalam mengaut kuasa untuk menonjolkan dirinya bahawa aku sahaja yang berhak bertanding org lain mesti akur dengan permintaan aku. Natijahnya Mata Sepet tak ubah macam kaduk naik junjung yang rakuskan dan tamakkan kuasa untuk memerintah Malaysia dengan menamwan Putrajaya. Maka Batu Sapi adalah pemangkinnya kononnya selepas kejadian di Sibu maka Batu Sapi akan memberikan laluan tersebut kepada Mata Sepet yang mewakili Pakatan Rompah. Kita dapat rasakan bahawa Batu Sapi tidak akan melakukan kesilapan seperti di Sibu kerana rakyat inginkan kestabilan, kesejahteraan, keharmonian dan pembangunan berterusan bagi menjamin kelangsungan hidup mereka di dunia dan di akhirat. Maka rakyat akan bertetap dengan panji-panji Barisan Nasional kerana Barisan Nasional adalah untuk semua yang mencerminkan 1 Malaysia. Kata di kota janji di tepati dan kemajuan di bawa, pembangunan di rancakkan dan kehidupan rakyat di sejahterakan, keharmonian kaum di semaikan supaya saling hormat menghormati di segi agama dan hak -hak masing. Inilah agenda Barisan Nasional yang bukan retorik tetapi realiti yang kita akan kecapi dahulu, kini dan selama-lamanya.
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".
Kata-kata ini pula adalah untuk mengembelangkan usaha dan gerak kerja kita agar kita tidak lalai dan "complacent" dalam "comfort zone" bahawa kita berjaya mematahkan dakyah dan fitnah serta pembohongan Pakatan Rompah. Kata-kata azimat ini adalah satu ungkapan sahaja tidak lebih drp memberi satu suntikan semangat kepada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Keris dan Dacing agar bangkit drp tidur melakukan sesuatu untuk mempertahankan serangan fitnah dan pembohongan Pakatan Rompah yang inginkan Putrajaya. Keris dan Dacing tidak sekejam untuk mempertahankan Putrajaya dengan tentera dan kekerasan. Ini negara demokrasi, kerajaan yang kita ada sekarang adalah kerajaan rakyat, maka rakyat yang berhak menentukannya. Begitulah terjadi apabila Pakatan Rompah berjaya menawan Kota Darul Ehsan, Kota Darul Ridzuan, Pulau Mutiara, Kota Darul Aman dan Kota Darul Naim maka Keris dan Dacing telah memberi laluan yang bersih dan licin untuk Pakatan Rompah mengambil negeri-negeri tersebut. Di Kota Darul Ridzuan, Pakatan Rompah jatuh di sebabkan kejahilan dan ketamakkan kuasa mereka sehinggakan ahli-ahli mereka boleh keluar parti dan menjadi bebas tetapi menyokong agenda Barisan Nasional. Peluang telah di berikan maka Barisan Nasional memohon untuk menubuhkan kerajaan sebab mempunyai majoriti di dalam dewan. Kerajaan perpaduan antara Keris dan Bulan Penuh cuba di wujudkan tetapi gagal kerana Bulan Penuh tak ingin berkawan dengan Keris dan lebih suka berkawan dengan "syaitan" sekali pun. Macam mana nak buat.
Natijahnya kata-kata azimat YAB PM "Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji BN. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan" jangan di putar belitkan menjadi sesuatu halangan untuk kita mencapai demokrasi tulen di Malaysia. Ianya adalah suntikan semangat kepada Keris dan Dacing untuk mengembelengkan tenaga dan gerak kerja bagi menawan hati rakyat supaya kembali menyokong Dacing. Putrajaya adalah hak rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia yang akan menentukan siapa yang berhak untuk menduduki kerusi panas Putrajaya.
- Tamat -
Sebalik semua itu kadang kala kita pelik dengan kerja-kerja Si Kitul dan Raja Mandeliar kerana kerjanya terlalu licik dan halus dan lebih dashyat daripada kerja-kerja risikan CIA dan KGB. Pengetahuan mereka yang tinggi untuk membuat fitnah, mengadu domba dan hasad dengki, menabur racun dalam pemikiran org Melayu Islam serta memecah belahkan org Melayu Islam amat saya kagumi. Pakatan Rakyat sekarang sibuk mencari sokongan rakyat Malaysia yang berada di luar negara terutama di UK di mana Si Kitul dan Raja Mandeliar sedang menyembunyikan diri dari tekanan dan ancaman yang dikenakan terhadap mereka oleh siapa? Kehadiran mereka di UK sudah menjadi tandatanya berbagai pihak termasuklah rakyat kerana bagaimana mereka boleh hidup di UK dan siapa yang menaja mereka di sana? Si Kitul 4 juta Bulan Penuh telah dipecat kerana berlaku pergeseran antara penaja dan kerajaan negeri mengenai PMBK dan lantikkan menantukan Marsyidul Am Bulan Penuh. Sekarang kerajaan Kota darul Ehsan telah wujudkan dana 15 juta untuk membantu memperbetulkan maklumat-maklumat kerajaan negeri yang kononnya telah di putar belitkan oleh pembangkang.
Satu ketika kedengaran di dalam portal pembangkang Malaysia Today bahawa Raja Mandeliar ingin kembali ke Malaysia kerana rindukan ketupat dan lemang tetapi Raja Mandeliar ini meletakkan syarat-syarat tertentu bagi membolehkan beliau kembali ke Malaysia. Inilah perangai seorang pembohong dan pemfitnah yang diibaratkan sebagai duri dalam daging. Dia bukan sahaja sanggup memakan darah dagingnya sendiri tetapi juga darah daging org lain. Kemudian cerita itu tenggelam mungkin kerana taktik kotornya dapat di hidu oleh spy-spy leman yang di hantar untuk mengawasinya di UK.
Kemudian kita di kejutkan oleh sebuah syarikat yang telah menghulurkan derma kepada kerajaan Kota Darul Naim yang di tadbirkan oleh Bulan Penuh sebanyak RM4 billlion sebagai wang untuk membangunkan insfrastruktur di jajahan Kota Darul Naim. Mock cek tersebut telah di terima oleh adik MB Kota Darul Naim. Kecoh 1 Malaysia, tetapi Tok Guru Bulan Penuh keluarkan fatwa dan dalilnya bahawa beliau tak pernah mengenali dan mengetahui mengenai syarikat tersebut ataupun mengeluarkan dan memberi sebarang projek kepada syarikat tersebut. Adik MB mengaku menerima di atas kapasiti peribadi kerana tiada wakil daripada kerajaan Kota Darul Naim pada ketika itu. Lagipun beliau mengenali pengarah syarikat tersebut. Akhirnya kita dengar ialah kerajaan Kota Darul Naim telah membatalkan segala urusan dengan syarikat tersebut dan menyenarai hitamkan syarikat tersebut.
Kemudian diikuti oleh kenyataan ahli ekonomi kerajaan Kota Darul Naim menyeru umat Islam mendoakan supaya kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh Dacing diterbalikkan oleh Allah (SWT) kerana saman Petronas. Pada saya ini adalah satu kenyataan liar yang di belenggu oleh ketaksuban dan kesombongan berpolitik yang tak tahu membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Selepas itu diikuti pulak oleh pengumpulan dana sebanyak RM400,000-00 untuk menghantar ulama-ulama ke Mekah untuk mendoakan akan kemenangan Bulan Penuh dalam saman Petronas. Ini menunjukkan bahawa perjuangan Islam Bulan Penuh telah menuju kepada perjuangan Islam wang ringgit. Negara dikejutan oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh Tok Guru Bulan Penuh bahawa beliau tidak bangga menjadi Melayu kerana baginya adalah Islam itu penting kerana bangsa hanya pada orang Arab.
Kalau di baca kenyataan Tan Sri Harunsani Zakaria secara prinsipnya, menurut Islam ketaksuban kepada bangsa tidaklah ditolak secara keseluruhan, namun ia perlu menurut acuan syarak. Cuma, yang ditegah adalah berbangga dengan bangsa sendiri sehingga merendahkan dan memanipulasi bangsa lain. Biarpun begitu, saya sama sekali tidak mengajak masyarakat supaya membuta tuli kepada semangat terlalu bangga dengan rumpun bangsa sendiri sehingga menjatuhkan bangsa selain daripada Melayu.
Namun, di sini bukanlah bermakna kita langsung tidak perlu menghargai bangsa kita sendiri dan menolak segala keistimewaan semulajadi yang dimiliki. Ini disebabkan setiap bangsa dijadikan Allah SWT punyai kelebihan dan keistimewaan semulajadi, kelainan dan perbezaan antara mereka seperti mana bangsa Arab yang memiliki keistimewaan yang baik. Asasnya ialah bagaimana untuk menggunakan segala keistimewaan tersebut untuk membangun dan menaikkan martabat bangsa dan umat manusia berdasarkan keistimewaan yang dimiliki.
Oleh yang demikian, saya berpandangan bahawa dengan membela bangsa Melayu bererti membela kepentingan Islam kerana begitu sinonimnya perkataan “Melayu” itu dengan “Islam”. Tambahan pula tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa perkataan “Melayu” didefinisikan sebagai seseorang yang menganuti Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.
Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata, ayat (Surah Hujuraat - ayat 13) itu jelas menunjukkan manusia dijadikan mengikut bangsa dan kita perlu menyayangi bangsa serta keturunan tanpa menzalimi orang lain. Nabi Muhammad juga berbangsa Arab dan kita perlu mentaatinya.
Islam menuntut umatnya mempertahankan agama, nyawa, akal fikiran, harta dan keturunan yakni bangsa. Jika Melayu, ia perlu mempertahankan keturunannya dan sebaik-baik manusia termasuk orang Melayu adalah mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Mendengar penjelasan bekas Mufti Johor itu, mencetuskan kesedaran pentingnya bagi orang Melayu apatah lagi beragama Islam mempertahankan bangsanya.
Nampaknya kenyataan Tok Guru bulan Penuh itu adalah kenyataan politikus yang berpaksikan agama. Kalau Tok Guru atau ulama yang berpaksikan politik dan parti maka beliau akan membuat kenyataan yang akan menguntungkan politik dan partinya. Inilah terjadi kepada parti Bulan Penuh. Ulama berjuang atas dasar politik agama. Agama di gunakan untuk kepentingan perut dan partinya. YB-YB Bulan Penuh di bayar gaji politik mereka bukan di bayar gaji oleh agama mereka. Ini bermakna bahawa samalah macam Keris jugak. Keris pun Islam dan Bulan Penuh pun Islam. Adakah keislaman Bulan Penuh itu lebih tinggi daripada Keris kerana Bulan Penuh memperjuangkan Islam. Adakah akidah Keris ini tenggelam di bandingkan dengan Bulan Penuh yang meninggi kerana memperjuangkan Islam. Sekarang ada dengar cakap-cakap Islam adalah cara hidup memang betul tetapi adakah Bulan Penuh dan ahli-ahlinya mengamalkan apa yang di ajar oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi. Kita mesti walk the talk baru boleh mengajar orang bagaimana nak jalan lurus. Ini tidak bapa dan ibu ketam jalan bengkok nak suruh anak ketam jalan lurus.
Fatwa dan dalil Tok Guru Bulan Penuh terkini ialah kita sanggup bubarkan Bulan Penuh sekiranya Keris mengambil Islam sebagai perjuangannya. Sebelum ini menyuruh Keris membubarkan partinya untuk menyertai Bulan Penuh demi perpaduan Melayu Islam. Ini adalah kerana Bulan Penuh terpaksa menghadapai Keris dalam pertarungan PRK di Dun Galas akibat kematian Adunnya tempoh hari. Kita mendoakan supaya Adun tersebut di cucuri rohnya oleh Alah (SWT) dan di tempatkan bersama-sama dengan golongan bertakwa. Berbalik kepada Dun Galas, Bulan Penuh memang pandai bermain dengan fatwa dan dalil bagi mengelirukan rakyat Kelantan. Tok Guru Bulan Penuh memang di hormati di Kelantan. Kata-katanya adalah ibarat fatwa dan dalil yang mesti diikuti, kalau tidak nanti kena boikot. Kita tunggu apakah kesudahannya episode Galas ini nanti....
Persoalannya adakah maklumat putar belit itu di wujudkan oleh kerajaan Kota Darul Ehsan yang di pimpin oleh Mata Sepet. Mata Sepetkan terkenal dengan istilah putar belit sehinggakan orang hampir percaya pasal 16 September. Sekarang Pakatan Rakyat ingin wujudkan dana Tiram sebanyak 20 juta untuk membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Dana Tiram ataupun Dana Tikam. Kita tak tahu sebab yang ingin membantu dan menderma adalah rakyat. Adakah derma dan sedekah itu akan membawa kita ke mana-mana yang di hajati nanti. Kita nantikan fatwa dan dalil Tok Guru Bulan Penuh bagi menggalakkan orangramai menderma ke dalam Dana Tikam ini. nampak sangat Pakatan Rakyat kekurangan dana dan idea untuk merampas Putrajaya yang masih menjadi buruan Pakatan Rakyat walaupun mereka tahu bahawa undi Melayu Islam tidak akan mereka perolehi 100% di masa PRU 13 nanti. Walaupun undi kaum Cina memang 80% kepada Pakatan Rakyat di sebabkan sikap perkauman Roket Naga Kepala 2 tetapi undi kaum India nampaknya telah kembali kepada Dacing sedikit demi sedikit. Ianya akan memuncak pada PRU 13, insyaallah.Nampaknya kenyataan Tok Guru bulan Penuh itu adalah kenyataan politikus yang berpaksikan agama. Kalau Tok Guru atau ulama yang berpaksikan politik dan parti maka beliau akan membuat kenyataan yang akan menguntungkan politik dan partinya. Inilah terjadi kepada parti Bulan Penuh. Ulama berjuang atas dasar politik agama. Agama di gunakan untuk kepentingan perut dan partinya. YB-YB Bulan Penuh di bayar gaji politik mereka bukan di bayar gaji oleh agama mereka. Ini bermakna bahawa samalah macam Keris jugak. Keris pun Islam dan Bulan Penuh pun Islam. Adakah keislaman Bulan Penuh itu lebih tinggi daripada Keris kerana Bulan Penuh memperjuangkan Islam. Adakah akidah Keris ini tenggelam di bandingkan dengan Bulan Penuh yang meninggi kerana memperjuangkan Islam. Sekarang ada dengar cakap-cakap Islam adalah cara hidup memang betul tetapi adakah Bulan Penuh dan ahli-ahlinya mengamalkan apa yang di ajar oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi. Kita mesti walk the talk baru boleh mengajar orang bagaimana nak jalan lurus. Ini tidak bapa dan ibu ketam jalan bengkok nak suruh anak ketam jalan lurus.
Fatwa dan dalil Tok Guru Bulan Penuh terkini ialah kita sanggup bubarkan Bulan Penuh sekiranya Keris mengambil Islam sebagai perjuangannya. Sebelum ini menyuruh Keris membubarkan partinya untuk menyertai Bulan Penuh demi perpaduan Melayu Islam. Ini adalah kerana Bulan Penuh terpaksa menghadapai Keris dalam pertarungan PRK di Dun Galas akibat kematian Adunnya tempoh hari. Kita mendoakan supaya Adun tersebut di cucuri rohnya oleh Alah (SWT) dan di tempatkan bersama-sama dengan golongan bertakwa. Berbalik kepada Dun Galas, Bulan Penuh memang pandai bermain dengan fatwa dan dalil bagi mengelirukan rakyat Kelantan. Tok Guru Bulan Penuh memang di hormati di Kelantan. Kata-katanya adalah ibarat fatwa dan dalil yang mesti diikuti, kalau tidak nanti kena boikot. Kita tunggu apakah kesudahannya episode Galas ini nanti....
Sekarang adalah waktu puncak bagi Mata Sepet kerana sedang berlangsung pemilihan di peringkat cabang di seluruh Malaysia. Kita dapat lihat bahawa parti yang berpaksikan kepada KEADILAN dan DEMOKRASI tidaklah seperti yang di perjuangkan. Ini dapat di lihat dalam pemilihan cabang-cabang yang bermasalah, kroni, rasuah, gangster, pecah peti undi, baling kerusi, bertumbuk dan segala-gala yang keji semua ada dalam pemilihan cabang-cabang Mata Sepet. Persoalannya adakah ini parti yang ingin di sandarkan oleh rakyat Malaysia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya. Dalam terpaksa mengharungi huru-hara di cabang-cabang tersebut ada pulak nada busuk Setiausaha Agung Mata Sepet mengatakan bahawa huru-hara dan kacau-bilau itu adalah disebabkan oleh tangan-tangan luar yang menunjukkan kepada Keris. Kalau rumahtangga hendak porak-peranda jangan salahkan orang ketiga tanpa sebarang bukti yang sahih. Bulan Penuh dalam satu temuramah telah menyelar Mata Sepet jangan menuduh itu adalah kerja-kerja Keris kerana kita mesti jaga rumahtangga kita jangan salahkan orang lain kalau rumahtangga porak-peranda.
Saya yang menjadi pelik ialah dalam kekalutan Mata Sepet di cabang-cabang masing-masing Ketua Mata Sepet sedang bersantai sambil memberi ceramah di German dan sekarang di UK pulak. Di German Ketua Mata Sepet itu mengatakan Malaysia mengamalkan demokrasi wayang kulit dan di UK beliau telah menghentam pemimpin-pemimpin yang menggunakan media Keris untuk mengkritikan dan membancuh pemimpin-pemimpin Mata Sepet lain dalam proses pemilihan cabang-cabang dan pemilihan Timbalan Presiden nanti. Kita ingin tanya Ketua Mata Sepet adakah ini Demokrasi dan Keadilan yang ingin ditunjukkan oleh Mata Sepet kepada rakyat untuk memberi mereka tampuk pemerintahan di Putrajaya pada PRU 13.
Roket Naga Kepala 2 sekarang sibuk dengan agenda perkaumannya. Pengetua dan Guru di Johor dan di Kedah masing-masing telah diserang oleh Roket Naga Kepala 2. Kemudian diikuti oleh Namewee yang menyerang orang "Sebelah sini" telah di siasat oleh polis dan SKM mengenai klip video perkauman dalam You Tube dan yang terbaru ialah pegawai BTN yang mengeluarkan kenyataan mengenai "simata sepet" dan "kaki botol" yang tak sembahyang dan turun naik Batu Caves mempunyai satu undi. Semuanya telah di sensasikan oleh Roket Naga Kepala 2 kecuali Namewee yang berasal daripada "Sebelah sinun" telah di letakkan di bawah pengawasan dan di siasat atas perkara perkauman tersebut. Kadang kala saya tertanya-tanya adakah perkataan-perkataan "simata sepet", "keling karam", "botol kicap", "Sebelah sinun " balik Cina dan India dan berbagai lagi boleh dikategorikan di dalam lingkungan perkataan-perkataan perkauman. Tetapi perkataan-perkataan mengenai hak-hak istimewaan, agama, dan hak-hak Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Sosial Kontrak adalah tidak perkauman. Inilah di katakan berat sebelah kerana kita majoriti maka kita kena beralah kepada minoriti.
Roket Naga Kepala 2 memang pandai memainkan isu perkauman ini untuk mengaut undi kaum "Sebelah sinun" kerana Roket Naga Kepala 2 tahu sekiranya tiada orang "Sebelah sinun" maka tiada Roket Naga Kepala 2. Nak harapkan undi "Sebelah sini" kirim salam sahajalah. Kalau Malaysia ini tinggal tiga orang sahaja "Sebelah sini " tidak akan mengundi Roket Naga Kepala 2. Kita juga tertanya-tanya apabila Mantan Perdana Menteri telah dilabelkan sebagai perkauman No.1 di Malaysia tetapi sebaliknya semua orang tahu bahawa Roket Naga Kepala 2 adalah parti perkauman No.1 di Malaysia. Sehingga sekarang Roket Naga Kepala 2 sentiasa memburu bayang TPM dalam isu-isu Pengetua dan Guru. Sekarang akibat kelonggaran majlis Puteri Keris seorang agen perkauman daripada Malaysia Insider telah mengeluarkan berita bahawa pegawai BTN tersebut telah mengeluarkan kata-kata perkauman. Apa lagi Roket Naga Kepala 2 telah mengambil peluang emas ini untuk menghentam BTN dan Dacing serta pentadbiran Najib dengan mengatakan bahawa 1 Malaysia akan gagal kerana angkara perkauman tersebut.
Kita terpanggil untuk memetik kata-kata Presiden MIC yang akan berundur pada Januari, 2011 apabila beliau mengatakan bahawa adakah perkataan-perkataan tersebut memberi sebarang impak kepada kita. Dia ibaratkan ini adalah percakapan indidvidu yang berbentuk parasit yang tidak mencerminkan pandangan kerajaan Dacing yang berkonsepkan 1 Malaysia. Natijahnya mengapa kita ingin melihat segala segi perkataan dan percakapan serta ungkapan adalah berbentuk perkauman. Kita mesti tengok sejarah bahawa siapa orang Sebelah sini dan siapa orang Sebelah sinun. Apa yang di perkatakan dan di ungkapkan adalah berdasarkan fakta dan pertuturan biasa kita laksanakan di dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh kerana itu KSN telah mengeluarkan arahan jangan keluarkan perkataan-perkataan dan ceramah boleh membangkitkan perkauman dan sensitiviti agama masyarakat di Malaysia.
Kita boleh rumusakan bahawa daripada tiga-tiga isu yang di bangkitkan bahawa Pakatan Rompah - Roket Naga Kepala 2, Bulan Penuh dan Mata Sepet gagal menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rompah adalah alternatif kepada Dacing. Sekarang pun rakyat semakin bijak menentukan yang mana kaca dan yang mana intan. Agenda Pakatan Rompah untuk merampas Putrajaya daripada Dacing akan mengambil satu keajaiban di dunia ini memandangkan isu-isu yang di bangkitkan untuk menjadi santapan rakyat adalah berulang-ulang di dalam lingkungan agama, demokrasi, keadilan dan perkauman.
... the end ...
Bulan Penuh yang mengaku sebagai parti Islam yang berjuang atas dasar Islam dan menegakkan Islam serta atur cara Islam tetapi sayangnya tindakkan dan perlakuaan dan tutur katanya tidak mencerminkan sifat-sfat itu. Sayang sekali perkara yang bertentangan dengan Islam diguna pakai dalam agenda Bulan Penuh seperti hasad dengki, sombong, suka memecah belahkan umat Islam di Malaysia dengan mengatakan Keris kafir, haram, yahudi dan songsang akidahnya lebih teruk daripada Al-Arqam. Persoalannya di mana letaknya sifat keislaman pemimpin-pemimpin bulan penuh sehinggakan sanggup mengelar umat Islam yang lain sebagai kafir sedangkan sekutunya yang terang-terang tak payah bersuluh adalah kafirun di anggap sebagai sahabat dunia dan akhirat. Tahun 1990an isu kafir mengkafir, dua iman dan dua masjid ini biasa, tahun 2000an lagi canggih selepas penggunaan internet pakai blogger dengan upah 4 juta untuk memburukkan pemerintah Islam Keris/Dacing kononnya tak Islam seperti bulan penuh. Inilah dikatakan politik jahiliah iaitu berkabilah yang mana telah di hapuskan oleh Nabi Muhammad (SAW) tetapi di Malaysia muncul balik dengan pergeseran Keris dengan Bulan Penuh.
Sekarang isu judi bola tengah hangat di perkatakan orang bulan penuh tanpa malu dan sangsi telah memasukkan tengkuknya dalam menegakkan perkara yang haram menjadi haram untuk membunuh keris habis-habisan dengan berbagai-bagai tohmahan dan fitnah yang amat digemari oleh umat Islam di Malaysia seolah-olah memang keris itu adalah judi dan judi itu adalah keris. Sebelum ini isu APCO telah diperhebahkan bahawa keris bersekutu dengan yahudi maka timbul pulak keris adalah yahudi dan yahudi itu adalah keris. Ini yang dikatakan oleh orang nak ajar yang yang kurang akal senang tetapi nak mengajar yang pandai supaya mengetahui apa yang dikatakan itu kurang akal amat sukar sekali. Kita ambil contoh judi bola. Kita orang Islam sudah tahu judi haram mengapa nak diperbesarkan pasal benda haram sampai ajak Raja-Raja Melayu masuk campur, JAIS, Jakim, Menteri hal-ehwal agama bagi pendirian tentang perkara ini. Adalah menjadi suatu perkara yang tak panjang akal sekiranya mereka-mereka ini mengikut rentak orang yang kemaruk dan tamakkan kuasa. Kita tahu bahawa agenda utama bulan penuh adalah untuk mengaut undi umat Islam dengan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di Malaysia bahawa keris adalah penyebab kepada segala kemungkaran yang berlaku di Malaysia. Sebaliknya, sekiranya diselidiki secara mendalam bahawa kemungkaran yang ujud di Malaysia ini adalah disebabkan oleh mainan dan kepandaian bulan penuh yang telah memecah belahkan umat Islam kepada Islam bulan penuh dan Islam keris yang menjurus kepada perpecahan umat Islam menurut kabilah-kabilah masing-masing.
Isu negara Islam timbul kembali berikutan kemasukkan ulama muda ke dalam Keris tempoh hari. Pengerusi Roket dengan lantangnya sekali lagi melaungkan kata-kata bahawa Roket tidak setuju dengan konsep negara Islam tetapi Bulan Penuh dengan jelasnya menjadikan konsep negara Islam tersebut sebagai agendanya apabila berjaya menawan Putrajaya nanti. Ketua Pemuda Bulan Penuh berkata Bulan Penuh sedia mengkaji semula hubungan dengan Roket. Adakah ini sandiwara politik dengan matlamatnya adalah untuk membawa rakyat bersama memikirkan perkara ini sehingga PRU 13. Pemuda Bulan Penuh juga mencadangkan agar Roket dan Mata Sepet menerima terlebih dahulu Islam yang diperjuangkan oleh Bulan Penuh sebagai satu model pentadbiran bagi menilai sendiri keberkesanan konsep Islam.
Prof. Aziz Bari apabila di tanya mengenai Roket vs Bulan Penuh dalam persoalan konsep negara Islam. Adalah maklum bahawa Pengerusi Roket tidak pernah bersetuju perihal pembentukan Malaysia sebagai negara Islam jika Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya. Banyak kali beliau mengutarakan kata-kata "langkah mayat saya dulu" apabila Bulan Penuh menyuarakan ketegasan untuk melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Beliau mengatakan bahawa konsep negara Islam acuan Bulan Penuh di Kelantan adalah salah malah Malaysia dikatakan negara secular berdasarkan kes Che Omar Che Sos vs PP (1988) yang menjadi pegangan orang undang-undang apabila mahu bercakap mengenai negara Islam.
Prof. Aziz Bari mengatakan bahawa Bulan Penuh ada masalah untuk mengungkap Islam dalam konteks sekarang yang moden dan lengkap. Bukan dalam konteks yang ideal atau retorik. Bagi saya konsep negara Islam adalah ssesuatu yang konseptual atau gagasan. Ia bukan seperti ibadat sembahyang yang telah siap dan lengkap amalannya dan tidak perlu ditukar. Konsep negara Islam memerlukan dasar ekonomi, sosial yang bukan mudah untuk dibuat. Namun ia pasti senang untuk diungkap. Jika ada pun konsep maka ia seperti di Iran atau Arab Saudi, itu adalah model yang bersesuaian dengan budaya dan persekitarannya. Kalau setakat negara Islam dihuraikan dalam konteks Al-Quran dan Hadis sesiapa pun boleh buat malah di universiti pun ramai yang berbuat demikian.
Namun sampai sekarang masih belum ada satu kerangka yang siap dan perlembagaan Islam pun belum lagi wujud. Hanya ada komen sana sini. Apa yang jelas apa-apa perkara yang cuba dilengkapkan dengan sifat Islamnya bukanlah sesuatu yang mudah dibuat. Kita boleh cakap klinik Islam, sekolah Islam dan sebagainya jika tidak dilakukan sebetulnya ia akan mejadi satu macam klise.
Itu sebabnya saya rasa soalan mengenai negara Islam dan negara secular ini tidak perlu dibangkitkan. Ia sebenarnya tidak akan menguntungkan sesiapapun dan akan mengelirukan umat Islam dan menakutkan orang bukan Islam. Bagi orang biasa dan juga bukan Islam mereka tahu itu bukan isu hukum. Jadi saya mahu semua orang berhenti dari bercakap tentang negara Islam kerana bagi saya sorang Islam tidak akan jatuh kafir hanya kerana tidak bercakap tentang negara Islam.
Tetapi bagi orang politik mereka lain, bagi mereka ini soal prinsip. Orang politik dari parti mana pun asyik prinsip saja atau pun mereka bertindak demikian kerana takut nanti orang tanya kenapa tidak persoal tentang perkara itu (negara Islam). Mereka hanya mempertahankan sesuatu perkara yang telah diulang-ulang selama ini. Jika mereka tidak sentiasa bercakap tentang perkara negara Islam, nanti orang akan persoal dia. Namun dalam soal negara Islam siapa pun pihak yang bercakap samada Bulan Penuh atau Keris akan terperangkap. Sampai sekarang MCA dan Gerakan asyik dipersalahkan kerana sebelum ini banyak berdiam diri dalam isu negara Islam. Ini akhirnya jika tidak dikawal akan mengakibatkan Islam dilihat sebagai satu fabio. Sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang cukup rapat dengan Islam berdasarkan sejarahnya. Itu sebabnya Perlembagaan negara ini hanya mengesahkan apa yang telah termaktub tentang kedudukan Islam di negara ini.
Kita tak payah bangkitkan lagi soal ini kerana ianya hanya aka merugikan kita semua. Namum kita sebagai orang Islam perlu fikir juga tentang kedudukan orang bukan Islam supaya kita boleh berkongsi hidup dengan selesa sesama kita dan ia juga menjadi aktiviti dakwah yang penting. Namun kebanyakan kita hanya melihat perkara hukum sahaja jika kita tak buat ia berdosa. Bagi saya berhentilah berdebat dalam soal negara Islam kerana sekarang ini kita sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik walaupun kita negara Islam. Tumpukan kepada perkara bagaimana mahu menyelesaikan masalah sosial yang akhirnya menuntut kita menjadi umat lebih baik dan dihormati. Sekarang ini orang bukan Islam tidak faham tentang negara Islam dan mereka tidak mahu bersama sedangkan kalau dari praktikalnya orang bukan Islam ini boleh bersama jika kita betul menunjukkan contoh sebab Islam itu untuk semua.
Mursyidul Bulan Penuh menyarankan agar jawatan tertinggi parti Bulan Penuh tidak dipertandingkan sebaliknya pelantikan dibuat melalui sistem syura. Ianya adalah untuk menghindari wujudnya unsur berpuak-puak dikalangan penyokong pemimpin yang hendak bertanding. Beliau berkata "tidak perlu bertanding. Tidak elok, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul jangan sampai ke peringkat perpecahan". Sekarang baru Bulan Penuh tahu apa ertinya perpecahan sebelum ini tidak sedar bahawa perpecahan itu ujud dalam Bulan Penuh dan Bulan Penuh juga yang mengamalkan perpecahan dengan membahagikan Islam di Malaysia kepada Islam Keris dan Islam Bulan Penuh.
Agenda utama bulan penuh adalah Putrajaya yang di idam-idamkan setelah berjaya menawan Kota Darul Aman dan Kota Darul Naim pada PRU 12. Kita dapat melihat bahawa untuk mencapai tujuan tersebut bulan penuh mesti bunuh keris sehingga lumat dan tak timbul-timbul lagi tetapi apabila di ambil kata-kata RPK (yang berada di UK anak Melayu yang diibaratkan sebagai pengecut) keris tak dapat di bunuh dari luar tetapi mesti dibunuh dari dalam. Ada juga cubaan untuk membunuh keris dari dalam tetapi tak berjaya dan keris akan terus unggul menerajui Putrajaya selama-lamanya selagi pemimpin-pemimpinnya berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah, insyaallah. Natijahnya sekiranya bulan penuh hendak bermain api dengan keris apa salahnya kerana kebanyakkan umat Islam di Malaysia pun sudah jelak dengan mainan halal haram kafir mengkafir yang dilancarkan oleh bulan penuh terhadap keris. Isu terakhir yang dimainkan oleh Bulan Penuh ialah isu Felda bangkrap yang di terjemahkan di dalam terbitan Mata Sepet tempoh hari. Ini adalah peluang yang di nantikan oleh Bulan Penuh setelah judi bola di tarik balik lesennya kepada Ascot, Berjaya oleh kerajaan Dacing. Kita tengok setakat mana yang Bulan Penuh boleh pergi dengan isu ini. YAB PM berkata bahawa tuduhan Pakatan Rakyat kononnya Felda bankrap merupakan satu penghinaan kepada golongan peneroka dan institusi yang banyak membangunakan masyarakat Melayu. Tindakan Mata Sepet itu adalah untuk menghancurkan Felda yang berjaya membangunkan ekonomi orang Melayu sejak 50 tahu lalu.
Baru-baru ini timbul bahawa kadar pengundi berdaftar antara kaum adalah 1:40 pengundi Melayu bermakna pengundi Melayu masih ramai lagi yang belum berdaftar. Ini telah ditaksirkan seramai 1.9 juta orang pengundi Melayu masih belum berdaftar. Ini bermakna kesedaran mengundi di kalangan orang Melayu adalah cetek dan mereka tidak ambil peduli akan tanggungjawab mereka kepada negara kerana politik adalah asing kepada mereka. Kita harus ingat bahawa negera ini adalah kita yang punya dan menjadi tanggungjawab kita bagi menentukan hala tuju serta pemimpin yang bakal memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah org yang benar-benar berjiwa rakyat dan mempunyai wawasan untuk membawa Malaysia ke hadapan menuju sebagai bangsa dan negara maju menjelang 2020.
Sekarang ini bulan penuh macam ikan haruan hilang anak apabila membuka pintu partinya kepada kafirun, kononnya untuk berdakwah supaya kafirun tersebut menemui jalan yang lurus. Kita mesti mengambil iktibar perkongsian Nabi Muhammad (SAW) dengan kaum yahudi di Madinah. Kaum yahudi telah meninggalkan Nabi Muhammad (SAW) apabila mereka mengetahui bahawa tentera-tentera kafirun itu lebih ramai daripada tentera-tentera Islam. Mereka menghasut dan menyebarkan bahawa Madinah akan di robek dan di hancurkan oleh tentera-tentera kafirun dan berpalinglah dari Muhammad. Tetapi masa itu iman dan takwa umat Islam kuat diibaratkan seperti besi keluli bukan macam sekarang alminium pun belum tentu, kalau kacang tanah tu bolehlah agaknya.
Keterbukaan bulan penuh ini bukan sahaja mengundang tanda tanya kepada keris tetapi kepada mata sepet yang menerajui konsep parti berbagai kaum. Menurut YB Ampang bulan penuh tidak boleh menjadi pengganti kepada mata sepet kerana parti itu bukan parti yang berkonsepkan berbagai kaum dan seharusnya bulan penuh menumpukan kepada agendanya. Walaupun begitu bulan penuh telah menubuhkan DPHH untuk mengisi kuota kafirun untuk menjadi penyokong bulan penuh dan ada ura-ura untuk meminda perlembagaan bulan penuh bagi membolehkan kafirun mengundi dalam pemilihan bulan penuh dan kafirun dilantik menjadi YB bulan penuh. Tujuannya adalah untuk menunjukkan kepada kafirun bahawa bulan penuh bukan parti Islam ektremis seperti keris. Fatwa juga telah di keluarkan oleh pemimpin-pemimpin bulan penuh berkaitan dengan percalonan dan penglibatan kafirun dalam bulan penuh. Sebaliknya kita ketahui bahawa idea-idea bulan penuh jarang di terima pakai oleh mata sepet dan roket scud dan bulan penuh terasa seperti dipinggirkan dan kerap dianggap sebagai sidekick di dalam setiap pilihanraya kecil seperti di Hulu Selangor dan Sibu.
Bulan penuh kena kembali kepada gagasan Melayu itu sendiri jangan terikut-ikut dengan fahaman liberal yang ingin dibawa oleh mata sepet dan roket scud kerana kita dalam Islam ada masa boleh liberal dan ada masa kena konservatif. Para pemimpin bulan penuh ramai yang cerdik pandai dan alim-ulamak patut tahu di manakah kesilapan yang telah dilakukan dan bagaimana untuk memperbaikinya terhadap apa yang telah di lakukan selama 53 tahun iaitu memecah belahkan umat Islam di Malaysia.
Berlainan dengan mata sepet yang di bina di atas dasar Reformasi selepas Ketua Umumnya di singkirkan daripada Kabinet mantan Perdana Menteri Tun Mahathir. Selepas itu ianya menjadi parti jalanan seperti parti baju merah di Tanah Gajah Putih dengan mengadakan demo dan perarakan jalanan untuk menghancurkan dan mengugat keselamatan negara. Allah (SWT) itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui apa-apa yang tidak diketahui oleh umatnya. Pada PRU 12 mata sepet telah berjaya untuk menawan Kota Darul Ehsan. Parti yang baru hidup 3 tahun telah berjaya menawan sebuah negeri yang di anggap makmur dan kaya di Malaysia dengan jolokan "the crown jewel of Malaysa". Bermulalah pelayaran mata sepet mengemudikan bahtera untuk menempuh laluan sukar dan getir untuk mencapai apa yan di hajati iaitu keadilan, ketelusan, kesamarataan, kebbajikan dan kesejahteraan rakyat.
Dalam kerancakkan merayakan kejayaan mata sepet tersebut Ketua Umumnya telah di dakwa di atas tuduhan liwat 2. Bermulalah episode yang mencetuskan berbagai pandangan dan tanggapan yang direka oleh Ketua Umum tersebut untuk membalikkan tuduhan tersebut kepada rakyat menghentam pemerintah Dacing yang kononnya ini adalah "pembunuhan politik" yang amat keji telah berlaku di Malaysia. Pelayaran Ketua Umum tersebut dalam menghadapi tuduhan tersebut masih melalui ombak dan gelombang yang amat dahsyat yang tidak diketahui bilakah tarikh tamatnya pelayaran tersebut. Dalam pada itu Ketua Umum tersebut telah pergi merata ceruk dunia untuk meraih simpati dan pertolongan pemimpin-pemimpin dunia untuk memaksa pemerintah Dacing menggugurkan pertuduhan di atas dasar hak-hak asasi dan perundangan antarabangsa.
Dalam PRK yang ditandingi oleh mata sepet kekalahannya di Hulu Selangor amat dikesali sekali. Ini kerana ego dan sikap kesombongannya yang berjaya merampas kerusi Parlimen tersebut daripada Dacing telah di jadikan benchmark untuk mengulangi sekali lagi dengan memainkan sentimen, irama dan lagu yang sama ketika memenangi kerusi tersebut. Pertembungan tersebut adalah antara Dacing dengan Bekas keris yang kecewa, putus asa dan yang telah buang oleh Keris kerana berbagai-bagai masalah. Bermulalah perang saraf, perang mulut, perang poster dan perang janji pembangunan dan peruntukkan akhirnya Dacing menang. Mata sepet dan Pakatan Rakyat telah mengeluarkan kenyataan bahawa telah berlaku penyelewengan dan politik wang dalam pemilihan calon PRK Hulu Langat dan kerana tak berpuashati Bekas keris itu telah menfailkan petition pilihanraya supaya Mahkamah Pilihanraya boleh menyemak keputusan pilihanraya tersebut.
Inilah yang di katakan orang kalau dah kalah maka di katakanlah pihak lawan menggunakan segala taktik kotor untuk memancing undi tetapi siapa yang menggunakannya dan siapa yang berjanji kita pun tak tahu yang tahu hanya pengundi Hulu Selangor. Bak kata pepatah Melayu kalau tak tahu menari jangan salahkan lantai. Apa yang paling ketara di Hulu Selangor ialah undi kaum Islam dan kaum India telah memihak kepada Dacing tetapi undi kaum Cina telah memihak kepada Pakatan Rakyat. Inilah senario dan realiti yang kita harus terima di masa akan datang.
Yang mengalutkan Mata sepet sekarang adalah "Pakatan Keluar Ramai-Ramai". Setakat ini lapan atau tujuh orang ahli parlimen dan adun mata sepet telah keluar parti kecuali seorang sahaja yang telah dipecat. Mereka-mereka yang keluar adalah orang-orang yang bersama-sama dengan Ketua Mata Sepet dahulu semasa Reformasi. Apakah yang menyebabkan mereka-mereka ini keluar dari parti mata sepet. Ada yang mengatakan ada firaun-firaun kecil yang telah membelenggu parti tersebut dengan agenda-agenda mereka sendiri dan ada yang mengatakan bahawa parti mata sepet telah kehilangan halatuju dan wawasan yang telah di pikul semasa memulakan Reformasi dahulu dan ada yang mengatakan bahawa parti mata sepet tidak mengambil kira pandangan akar umbi dan tidak mengerakkan wawasan kepartian tersebut di peringkat akar umbi sehinggakan akar umbi tak tahu halatuju dan wawasan parti mata sepet.
Ada juga yang mengatakan bahawa Ketua Umum Mata Sepet tersebut terlalu taksub dengan impian untuk merampas kunci Putrajaya daripada Dacing sehingga terpaksa berbohong dengan ahli-ahli mata sepet dan Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia bahawa beliau mempunyai jumlah yang mencukupi untuk mengambilalih tampuk pemerintahan Malaysia dari Dacing pada 16/9/2009. Inilah dikatakan janji hanya tinggal janji bila nak dikotakan tiada siapa yang tahu kecuali Allah (SWT). Memang tidak dinafikan bahawa Ketua Umum mata sepet ini adalah ahli bercakap yang hebat dengan hujahan-hujahan yang masuk akal dan tak masuk akal.
Bolehkah kita hanya bergantung kepada retorik politik untuk memajukan negara, untuk menjaga kebajikan rakyat dan untuk mempelbagaikan keluaran negara seterusnya menjadi Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020. Kalau pada kadar sekarang kita tidak akan ke mana pun. Kita tengok Kota Darul Ehsan setelah ditawan oleh Pakatan Rakyat. Apa yang di rancang untuk memajukan Kota Darul Ehsan. Tiada. Sebab asyik berpolitik sahaja sehinggakan Ketua Umum Mata Sepet dilantik menjadi penasihat ekonomi dengan bayaran RM1 sahaja. Inilah kenyataan yang harus ditelan oleh para pengundi yang telah menperjudikan nasib mereka di tangan orang yang tak berkelayakan untuk memerintah sesuah negara atau negeri.
Kerajaan Kota Draul Ehsan yang diterajui oleh Mata Sepet sekarang telah mempunyai 3 pemimpin iaitu MBnya adalah Khalid, Ketua Perhubungannya adalah Azmin Ali dan Ketua segala-galanya adalah Anwar. Kota Darul Ehsan sekarang sedang melalui arus gelombang yang amat dashyat sehinggakan ada cakap-cakap bahawa MB akan di gantikan kerana gagal menjalankan urusan pentadbiran dengan baik tetapi Ketua Mata Sepet tak boleh ganti kerana Roket amat sukakan Khalid. Roket memang sukakan org yang boleh mereka kudakan untuk kepentingan kaum Cina. Almaklumlah Roket hendak jaga hati budi kaum Cina supaya datang PRU 13 kaum Cina akan undi mereka kembali bukannya beralih kepada MCA/Gerakan/Dacing.
Hakikatnya tiada apa yang disembunyikan di sebalik perlantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi majlis Pimpinan Mata Sepet Selangor. Agendanya amat jelas dan tidak perlu bersuluh lagi. Kaedah meletakkan Azmin menggalas tanggungjawab yang sebelum itu dipikul Khalid Ibrahim juga sangat teratur. Rancangan yang bakal menyusul sudah boleh dibaca oleh kebanyakan orang.Malah susun atau agenda menjatuhkan Khalid yang dijalankan secara senyap-senyap oleh kumpulan yang tidak senang dengan corak pentadbirannya juga diketahui. Memang ramai yang meramalkan Khalid tidak akan lama di puncak kerajaan Kota Darul Ehsan baik dalam kuasa politik mahupun diperingkat eksekutif. Isu pengurusan pasir dan agihan kontrak yang dikatakan berlegar kepada orang yang sama diungkit berulang kali bagi menampakkan kelemahan Khalid. Begitu juga perpecahan dalam parti yang dikatakan berpunca daripada kegagalan Khalid sebagai pengerusi MPPKR Kota Darul Ehsan menjalankan fungsinya.
Agenda Mata Sepet ialah serang Keris dan Dacing dari luar dengan penyebaran fitnah dan tohmahan serta "pembunuh karektor" dan memburukkan Dacing di mata dunia. Inilah mulanya timbul isu APCO, isu Kapal Selam, isu judi bola, isu perbicaraan Anwar dan isu Zionist serta banyak lagi. Ketua Mata Sepet baru-baru ini tersepit dicelah agenda politik untuk meleburkan Keris/Dacing dengan mengatakan ianya menyesal mengelar Yahudi sebagai Zionist seperti Presiden Iran. Bila balik semua suratakbar perdana mengatakan perkara tersebut tetapi portal-portal pembangkang serta akhbar-akhbarnya mengatakan bahawa sebenarnya Yahudi itu yang ingin memisahkan diri mereka dengan Ketua Mata Sepet itu. Ini menunjukkan bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan menutup fakta yang nyata dan sahih dari pengetahuan rakyat bahawa sebenarnya Pakatan Rakyat yang bersandiwara dengan rakyat bukannya Keris/Dacing. Inilah politik sumpah-sumpah yang diamalkan oleh Pakatan Pembangkang yang akan menjaga dan menatang Ketua Mata Sepet tersebut kerana mereka tahu bahawa hanya dengan adanya Ketua Mata Sepet tersebut peluang untuk merampas kunci Putrajaya akan menjadi kenyataan dan bukannya impian ataupun angan-angan lagi.
Penasihat Roket sudah mula menunjukkan taringnya dengan mengatakan bahawa Sabah masih mundur kerana ramai anak-anak Sabah mencari pekerjaan dan penghidupan di luar Sabah. Adakah ini boleh dilihat sebagai faktor menunjukkan bahawa Sabah itu mundur. Kita tengok Kelantan di bawah Bulan Penuh begitu juga kerana kebanyakkan anak-anak Kelantan mencari pekerjaan dan penghidupan di luar Kelantan. Begitu juga di Pulau Pinang. Bukan semua anak-anak tempatan bekerja di Pulau Pinang. Oleh itu Penasihat Roket kena buat banyak kajian sebelum menuding jari kepada perkara yang belum tentu kesahihan. Inilah dinamakan retorik politik murahan untuk mencari keuntungan yang boleh meletakkan Roket di mata hati orang-orang Sabah. Roket ini memang terkenal dengan politik perkaumannya, maka tidak mustahil isu perkauman dan agama akan di bawa ke Sabah seperti PRK di Sibu tempoh hari. Modal dan bancuhan Roket senang untuk menambat hati kaum Cina dan kaum-kaum etnik Sabah yang beragama Buddha ataupun Kristian iaitu isu penggunaan perkataan "Allah" serta kezaliman dan kerasuahan kerajaan Keris/Dacing dalam pemerintahan di Sabah.
Sekarang Roket Kepala 2 sedang sibuk mengatur langkah untuk benamkan Keris di Pulau Mutiara dengan menghapuskan segala bentuk dan struktur yang ada kaitan dengan Keris diruntuhkannya demi pembangunan. Slogan yang di pakai "amal makruf nahi mungkar" hanya tinggal slogan sahaja sistem pemerintah Khalifah Umar Abdul Aziz adalah omong-omong kosong sahaja. Apa yang realitinya ialah Roket Naga Kepala 2 ini nak buat ialah wujudkan rangkaian perkauman dan lagakan Keris dengan Bulan Penuh supaya mereka tidak boleh bersatu. Kalau mereka bersatu maka susahlah untuk wujudkan Malaysian Malaysia kerana Keris akan control mana boleh pinda Perlembagaan Malaysia. Kalau Bulan Penuh tak bergabung maka konsep Malaysian Malaysia itu akan menjadi realiti kerana Ketua Mata Sepet sudah dalam kocek kanan sekarang mahu Bulan Penuh masuk kocek kiri pulak. Dalam Pakatan Rakyat yang menjadi nadinya ialah Roket Naga Kepala 2. Itulah sebabnya komen Presiden MCA mengenai Islam telah di perlekehkan oleh Roket Naga Kepala 2 dengan mengatakan bahawa MCA tak sensitif dan tak baca sejarah Islam tetapi MCA sepatutnya salahkan Keris kerana isu "judi bola" dan "penggunaan perkataan Allah".
Kesimpulannya adalah ketiga-tiga parti yang mengganggotai Pakatan Rakyat mempunyai dendam kesumat dengan tonggak Dacing. Bulan Penuh berdendam kerana kena tendang daripada Perikatan dahulu, Mata Sepet kerana Ketuanya di buang kerja, Roket Naga Kepala 2 kerana hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment