Monday, March 26, 2018

Kenapa kerajaan perlu gubal undang-undang berita palsu...barua dan/atau badut politik...



Pada kita memang sudah masanya kita mempunyai peruntukkan undang-undang untuk menangani "berita palsu dan/atau fake news".

Takrifnya:

Berita tidak benar merangkumi berita, maklumat, data dan laporan yang sebahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu. Ia termasuk sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh mengambarkan perkataan atau idea. Ianya terpakai kepada rakyat Malaysia dan juga rakyat luar Negara.

Sekiranya kita mengikut penakrifan di atas maka sesiapa yang menyebarkan berita palsu dan berterusan menyampaikannya kepada umum tanpa sebarang sekatan walaupun sebahagian atau keseluruhannya yang di anggap sebagai palsu maka denda RM500,000 dan/atau penjara 10 tahun akan di kenakan terhadap penyebarnya. Selain itu sipenyebar juga perlu memohon maaf kepada mangsa yang terkena berita palsu tersebut.

Persoalannya adalah permasalahan 1MDB itu berita palsu. Kenapa ianya melibat banyak negara yang telah mengambil tindakan yang kononnya ada kaitan dengan 1MDB. Sekiranya kita dengar di kedua-dua belah pihak iaitu pengurusan 1MDB dan penyebar-penyebar berita tentang 1MDB ini, maka kita akan dapati apa yang di perkatakan tentang 1MDB itu adalah tidak benar dan boleh di kategorikan sebagai berita palsu. Manakah fakta yang menyatakan Tok Jib curi dan rompak duit 1MDB sebanyak 2.6 billion mahupun 42 billion. Duit 2.6 billion itu adalah duit derma kerabat Diraja Saudi Arabia dan duit 42 billion itu adalah hutang 1MDB yang sudah susut kepada 31 billion.

Dalam tiga kes yang di bawa oleh individu-individu terhadap Tok Jib berkaitan dengan permasalahan 1MDB di Mahkamah juga telah di tolak oleh Mahkamah kerana bersifat "spekulasi semata-mata". PAC, PDRM, SPRM, AG telah menyatakan bahawa Tok Jib tidak ada kena mengena dengan permasalahan 1MDB, malangnya ada juga pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan berterusan dalam ceramahnya menyatakan Tok Jib mencuri dan merompak duit rakyat dan sanggup pula mengelar Tok Jib yang mencuri dan merompak  duit negara dan rakyat. Inilah masalah politik kita yang penuh dengan "tohmahan, persepsi, berita palsu, fitnah dan cacian hanya bertujuan untuk menghasut dan meracuni pemikiran rakyat dengan dakyah-dakyah "persepsi rambang" untuk mengaut undi tetapi bila dapat haramjadah tiada apa yang di persoalkan dulu di bangkitkan mahupun akan di ambil tindakan dan/atau laksanakan.

Persoalannya adakah skandal Tanah Ijok dan Permasalahan Air di Selangor itu berita palsu begitu juga adakah skandal Telewong Tokong itu berita palsu. Pemimpin-pemimpin pembangkang tiada satu pun yang menafikannya melainkan cuba mengelak untuk mempersoalakan "permasalahan Tanah Ijok dan Telewong Tokong" daripada di bincangkan di khalayak ramai. Inilah orang kata bila terkena batang hidung sendiri pandai menyembunyikan menutupnya dengan kain kononnya berita palsu tetapi bangkainya sudah berbau kuat. Inilah yang menyebabkan permasalahan Tanah Ijok dan Telewong Tokong itu menjadi "panah yang akan merobek keseluruhan hati pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menafikan bahawa mereka adalah "Raja segala Raja dalam rasuah, mercuri dan merompak duit rakyat". KM Penang dan MB Selangor sibuk memberikan penerangan mereka tetapi rakyat nak tahu kenapa mesti ada "duit kowtim" bagi Telewong Tokong dan ke mana perginya duit lebihan untuk Tanah Ijok".




Badut-badut pembangkang iaitu Rafizi dan Tony Pua begitu seronok menyerang kerajaan dalam isu 1MDB, Felda dan Tabung Haji tetapi terus kecut perut untuk bercakap soal skandal telewong dasar laut Tokong dan penjualan Tanah Ijok Jemin. Begitu juga portal-portal berita pro pembangkang senyap sunyi tiada langsung cerita dan pemberitaan mahupun kajiselidik dan/atau "money trail" tentang Telewong dan Tanah Ijok. Portal-portal pro pembangkang berhujah kononnya 1MDB itu berkaitan dengan kepentingan rakyat tetapi bukankah Telewong dan Tanah Ijok itu juga berkaitan dengan kepentingan rakyat tetapi tiada suara. Natijahnya jaga dalam keluarga anda dulu yang penuh dengan skandal, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa sebelum menuding jari kepada orang lain mengenai perkara yang sama.


Janji hanya tinggal janji dan janji manifesto bukan satu perjanjian. Sebaliknya kerajaan Tok Jib iaitu UMNO/BN bila berjanji akan mengotakan janji tersebut dan kebajikan rakyat akan menjadi "agenda utama negara". Ini di akui sendiri oleh Tok Jib yang mana para nelayan telah di beri jaminan bahawa para nelayan tidak akan di pinggirkan dari projek transformasi negara. Tok Jib menyatakan para nelayan mesti menikmati kehidupan yang lebih selesa dengan kebajikan dan pendapatan dan rumah yang lebih baik daripada yang mereka ada sekarang. Di Tanjuang Dawai, kerajaan telah melaksanakan plan penempatan semula rumah-rumah nelayan yang lebih selesa dengan harga RM59,000-00 yang mana para nelayan perlu membayar RM150-00 sebulan selama 30 tahun. Menurut Tok Jib kerajaan akan memperuntukkan RM197.3 juta untuk melaksanakan penempatan semula para nelayan yang melibatkan 1,822 rumah baru di 13 lokasi.


"Firmino" politik yang tidak di duga oleh rakyat ialah bagaimana Tun Mahathir boleh bercium mesra dengan DAP terutama Lim Kit Siang yang digelar rasis, anti Melayu dan anti Islam. Begitu juga dulu Lim Kit Siang mengelar Tun Mahathir sebagai bapa perasuah, kronisme, nepotisme, skandal bail-out, bapa segala pencuri dan perompak serta bapa menjahanamkan ekonomi Malaysia yang akan bankrap. Akhirnya kepala-kepala penyamun ini "bercumbuan mesra" di bawah bumbung Pakatan Harapan. Nampak sangat politik Pakatan Harapan tiada kredibiliti, integriti dan maruah politik. Tiada kredibiliti kerana melantik Tun Mahathir sebagai calon PM maknanya Pakatan Harapan tiada harapan ketandusan tokoh kepimpinan.Tiada integrity kerana persoalan skandal Telewong dan Tanah Ijok tidak di persoalakan tetapi lebih kepada "spekulasi semata-sama mengenai 1MDB". Sekiranya mereka bercakap pasal maruah politik sebahagian besar pemimpin-pemimpin PPBM telah menjual "maruah politik" mereka apabila sanggup menjadi "barua dan/atau badut politik DAP". Inilah politik apabila perasaan kemaruk untuk berkuasa sudah tidak mampu dikawal maka yang bertaraf negarawan pun bersedia menjadi "barua dan/atau badut politik" apatah lagi yang sekadar menjadi ahli Parlimen. 

Inilah politik yang di amalkan oleh Mahakitul sekiranya UMNO/BN tidak mengikuti arahan, kata-kata dan nasihatnya maka Mahakitul akan meninggalkan UMNO/BN dan pergi berciuman dengan parti lawan iaitu DOGTRIN DAPIGS walaupun pada azalinya Mahakitul telah melabelkan DOGTRIN DAPIGS sebagai racist, chauvinist, anti Melayu dan anti Islam tetapi demi kelangsungan kuasa dan kedudukan serta kronisme, maka di jilat semua ludahnya untuk bercumbuan dengan DOGTRIN DAPIGS. Matlamatnya adalah untuk menjatuhkan UMNO/BN yang kononnya sudah bukan UMNO/BN tetapi parti Tok Jib yang telah lari dari dasar perjuangannya. Pada kacamata Mahakitul UMNO/BN sudah mati yang ada hanya parti Tok Jib sahaja. Malangnya Mahakitul lupa bahawa parti PPBM itu untuk siapa aka Parti Pecah Belah Melayu untuk anaknya Mukriz yang telah mengenepikan kewujudan Mahyuddin Yassin. Cuba PPBM nyatakan apa peranan Mahyuddin Yassin selain dari mengelapai kontingen Pakatan Harapan untuk merampas Johor yang di katakanan "BIRU tak mahu HARU BIRU". Bukan kerja mudah untuk Mahyuddin Yassin bagi menyakinkan rakyat Johor untuk buang UMNO/BN semata-mata berdasarkan andaian dan/atau spekulasi semata-mata Tok Jib telah mencuri dan merompak duit 2.6 billion dan 42 billion duit 1MDB. Malangnya tiada bukti di berikan melainkan "air liur" di semburnya untuk meyakinkan rakyat bahawa UMNO/BN adalah parti kleptrokasi.



Pakatan Harapan ini lebih jijik di perlihatkan kepada rakyat betapa demi kelangsungan untuk mengejar "harta dunia, tamak kuasa, dengki, iri hati dan dendam kesumat" sanggup mengkhianati bangsa Melayu yang telah menjulangnya Mahakitul selama 22 tahun memerintah Malaysia hanya kerana "andaian Mahakitul Tok Jib telah mencuri dan merompak 2.6 billion dan 42 billion duit 1MDB". Dalam setiap ceramah Mahakitul akan membangkit perkara yang sama berulang-ulang tetapi rakyat hendak tahu di manakah fakta yang dapat menyabitkan Tok Jib dengan penyalahgunakan kuasa dan rasuah serta menyelewengkan harta negara?????


Akhirnya sudah tiada cara lain maka siang malam pagi petang akan cyber cerita-cerita palsu dan pemberitaan palsu untuk tujuan menghasut rakyat supaya membenci dan membuang UMNO/BN. Adalah di maklumkan bahawa selain dari tujuan menghasut, menyebarkan fitnah, berita palsu, pembohong, autaman dan cacian serta kejian, Pakatan Harapan tiada cara lain bagaimana hendak melawan UMNO/BN yang sudah menunjukkan "perkhidmatan yang cemerlang dan terbilang selama 61 tahun kepada rakyat Malaysia". Setiap inci tanah yang bernaung di bawah bumbung Malaysia dari Perlis sampai ke Sabah dan Sarawak mesti ada sedikit sebanyak kebajikan UMNO/BN di dalamnya.



Maka tidak mustahil rakyat Malaysia masih tetap memilih UMNO/BN sebagai pemerintah Malaysia.


Sunday, March 18, 2018

1MDB yang menjadi bahan fitnah dan pembohongan Pakatan Harapan...




Tok
Jib semasa di wawancara untuk membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 telah menyatakan bahawa siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang turut di anggotai oleh dua pemimpin DAP iaitu Tony Pua dan Tang Seng Giaw telah mendapati Tok Jib tidak melakukan sebarang kesalahan sebagaimana yang di dakwa oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dalam ceramah-ceramah mereka. 1MDB mula menghadapi masalah ialah bila "attempt to publicly list Edra Energy Sdn Bhd failed". Hanya kerana permasalahan perniagaan 1MDB yang boleh di selesaikan secara penyusunan semula hutang-hutang yang perlu di jelaskan oleh 1MDB secara jangka pendek dan jangka panjang, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah menuduh Tok Jib sebagai pencuri dan perompak. Pada kita insya allah 1MDB akan berjaya di pulihkan dan di mantopkan. Permasalahanya kenapa nak tukar kerajaan hanya bersandarkan "andaian bahawa Tok Jib pencuri dan perompak"?????




Sekarang orang yang sama yang menyebut bahawa "tiada kerajaan yang terbaik sebagai pemerintah selain BN" pula nak tukar kerajaan kerana parti UMNO/BN sudah mati yang ada hanya parti "Najib Razak sahaja". Najib Razak yang telah mencuri dan merompak duit 1MDB dan menyebabkan hutang negara berbillion-billion mencecah 600 billion lebih dan mungkin negara akan bankrap.

Dalam wawancara itu juga Tok Jib menyatakan bahawa negara akan bankrap adalah andaian "hogwash". Kritik katakan GST yang menyebabkan harga barangan naik pun tidak benar kerana terdapat 500 lebih barangan yang di kecualikan daripada GST termasuklah ikan, beras, gula, tepung dan sebagainya. Sekiranya harga ikan kembong naik sampai RM20 sekilo adalah itu disebabkan GST sedangkan ikan dikecualikan daripada GST. Ianya hanya andaian dan persepsi pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sahaja untuk mengelirukan rakyat, menghasut rakyat dan menanamkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan UMNO/BN kerana bertindak zalim dan kejam terhadap rakyat.




Permasalahannya sekarang bagaimana Tun Mahathir nak jawab kehilangan forex sebanyak RM31.5 billion itu. Dulu kita tiada cybertronics macam sekarang.  Kerajaan di zaman Tun Mahathir telah menutup segala ruang yang mana arwah Tan Sri Jaafar Hussein telah meletakkan jawatan sebagai Gabenor dan bertanggungjawab terhadap kerugian "forex tersebut" dan memecat Tan Sri Nor Mohamed berikutkan kerugian forex tersebut tetapi orang dalaman BNM tahu siapa dalang yang menyebabkan negara kerugian sebanyak RM31.5 billion.

Di zaman Tun Razak, Tun Hussein Onn tiada tol di bincangkan dan projek lebuhraya pertama ialah Jalan Raya Timur barat (JLTH) bernilai RM205 juta pada ketika itu 70an. Siap 1982 kelewatan akibat ancaman komunis. Taida tol dan PERCUMA sehingga sekarang ini. Ianya di selenggarakan olek JKR setiap tahun tanpa sebarang masalah dengan kualiti jalan ternaik sepanjang masa. Kemudian PLUS-Projek Lebuhraya Utara Selatan di laskanakan pada tahun 1977 di zaman Tun Hussein Onn yang meneruskan legasi Tun Razak, bina kemudahan lebuhraya untuk rakyat dengan duit kutipan cukai tanpa TOL. LLM telah di tubuhkan. Projek berjalan lancar sehingga Tun Mahathir mengambilalih tampuk pemerintahan negara.

Tun Mahathir telah membina idea "PENSWATAAN NEGARA". Pegangan kerajaan dalam LLM di jual kepada proksi kroni Tun Mahathir iaitu Halim Saad dari UEM. Idea asal Lebuhraya PERCUMA untuk rakyat telah digadaikan oleh Tun Mahathir. Halim Saad melalui UEM mengaut berbillion untung atas angina kerana system konsesi berat sebelah yang tidak berkesudahan. Terma tamat tempoh 30 tahun sudahpun tamat namun disambung semula untuk 25 tahun lagi. Bolehlah dikatakan PLUS adalah "cash cow" kepada Tun Mahathir dan proksinya. Lebih parah PLUS berhak menaikkan 10% kutipan tolnya mengikut perjanjian keji antara Tun Mahathir dan Halim Saad. Jika tiada kenaikkan maka kerajaan terpaksa membayar PAMPASAN. Tetapi perjanjian konsesi tersebut telah di runding balik oleh Tok Jib yang berjaya menurunkannya kepada 5% dan PLUS telah di miliki oleh Khazanah Nasional 51% dan EPF 49%. Ini menjadikan UEM yang menjadi "jutawan tol" telah di miliki sepenuhnya oleh kerajaan. Insya Allah kutipan tol akan di kembalikan kepada rakyat menerusi dividen EPF setiap tahun.

Kerajaan sekarang di bawah Tok Jib telah mengembalikan konsep Lebuhraya tanpa TOL iaitu PERCUMA di Sarawak dan Sabah iaitu PAN BORNEO HIGHWAY.

1MDB CEO Arul Kanda Kandasamy menyatakan bahawa 1MDB tidak pernah memasukkan sebarang duit ke dalam akaun persendirian Perdana Menteri Malaysia berdasarkan kepada rekod-rekod 1MDB dan penyiasatan yang telah dilaksanakan oleh PAC (Parliament's Public Accounts Committee).

"Arul said Najib continued to be linked with 1MDB because of his former position as the chairman of its advisory board. His only power was to advise  and because he is on the board the opposition said he is responsible. 1MDB said that Najib did not have any executive power".

"Nilai asset yang dimiliki syarikat 1MDB ketika ini sebanyak RM43 billion melebihi nilai hutang semasa berjumlah RM31 billion. Majoriti daripada asset tersebut berada dalam sector hartanah khususnya di kawasan strategik Kuala Lumpur. Penyelesaian jangka pendek adalah dengan penjualan asset syarikat Edra, manakala penyelesaian jangka panjang adalah dengan pembangunan hartanah khususnya di Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia".



Sebenarnya Mahakitul iri hati dan pra sangka terhadap Tok Jib kerana kemungkinan Tok Jib akan lebih di senangi dan di kenang jasanya oleh rakyat daripada Mahakitul. Sekiranya kita ambil inisiatif-inisiatif transformasi Tok Jib dalam membangunkan kawasan-kawasan luar bandar dan pendalaman adalah amat di puji terutamanya Pan Borneo Highway (Tanpa Tol) dan projek ECLR yang di katakana oleh Mahakitul akan di tanggung hutangnya oleh rakyat Malaysia sebanyak 55 billion. Mahakitul gagal untuk melihat kepada impak projek-projek ini kepada keadaan persekitaran dan limpahan ekonominya. Dalam erti kata lain Mahakitul akan cuba mengagalkan projek-projek Tok Jib yang berwawasan untuk memajukan daerah-daerah luar bandar supaya akses dan/atau jajaran perhubungan antara satu dengan negeri dan negeri yang lain dapat di pendekkan perjalanannya. Malahan Mahakitul dengan angkuhnya menyatakan ingin memansuhkan projek ECRL itu sekiranya Pakatan Harapan dapat Putrajaya

Fitnah dan pembohongan pembangkang dalam ceramah-ceramahnya (Tun Mahathir, Guan Eng, Kit Siang, Wan Azizah, Mat Sabu, Mahyuddin Yassin, Mukhriz dan lain-lain adalah tidak benar sama sekali iaitu Najib telah merompak duit 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi Najib sebanyak RM42 billion. Duit yang ada dalam akaun Najib iaitu sebanyak RM2.6 billion itu adalah duit derma dari kerabat Di Raja Saudi Arabia dan ianya juga telah disahkan oleh Menteri Luar kerajaan Arab Saudi.

"The Saudi Arabia Foreign Minister has confirmed that the donation is a contribution that does not expect anything in return. So it is valid and the issue is settled"

"AG Tan Sri Mohamed Apandi had on 26/1/2016 cleared Najib of any wrongdoing in relation to investigation into SRC International Sdn Bhd and the RM2.6 billion alleged to have been deposited into Najib's bank account".




Dalam akhbar The Guardian 14/4/2016 ada di ceritakan seperti berikut:-

"Saudi Arabia says money sent to Malaysian PM was a "genuine donation". Asked at the summit of the Organisation of Islamic Cooperation in Istanbul if he was aware  of the details of the political donation, Saudi Foreign Minister Adel Al-Jubeir said "It is a genuine donation with nothing expected in return. We are also fully aware that the attorney general of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing. So as far we are concerned the matter is closed".

"The MACC said that on the RM2.6 billion case, based on the witness and supporting documents submitted the MACC has confirmed that the donation has come personally from the Saudi royals".

Perkara fitnah dan pembohongan ini mestilah di hentikan kerana ianya tidak mendatangkan sebarang faedah pun kepada rakyat mahupun negara. Sekiranya pemimpin-pemimpin pembangkang ada bukti sahih sila kemukakan kepada pihak PDRM dan SPRM supaya siasatan dapat di jalankan dengan telus dan teliti.

Perkara berkaitan dengan kapal mewah Jho Low yang di sita di Indonesi juga tiada kaitan dengan Malaysia mahupun dengan 1MDB. Kepolisian Indonesia telah mengesahkan bahawa pihak kepolisian Indonesia tidak pernah menghubungi pihak Malaysia dalam persoalan kapal mewah Jho Low ini. Ini pun telah di nyatakan oleh KPN TS Mohamad Fuzi yang memaklumkan media bahawa pihak FBI mahupun mana-mana pihak tidak pernah menghubungi pihak PDRM untuk mengesan kapal mewah yang kononnya di katakan kepunyaan Jho Low dan yang kononnya di beli dengan menggunakan duit 1MDB. 





Tony Pua telah di saman oleh Tok Jib kerana telah menfitnah Tok Jib mengenai 1MDB. Di Mahkamah Tinggi Tok Jib menang dan kemudian Tony Pua telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan telah mendengar hujahan-hujahan pihak Tony Pua dan Tok Jib dan merumuskan seperti berikut:-

RM2.6 billion yang di masukkan ke dalam akaun Plaintif (Tok Jib), Peguam Negara Malaysia berpuashati bahawa keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang di kemukakan oleh pihak SPRM kepadanya menunjukkan bahawa dana yang di masukkan ke dalam akaun Plaintif berjumlah USD681 juta (RM2.08 billion) di antara 22/3/2013 dan 10/4/2013 adalah merupakan sumbangan peribadi kepada Plaintif daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada Plaintif tanpa apa-apa balasan.

Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan telah menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dan telah mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada Plaintif secara peribadi.

Peguam Negara Malaysia berpuashati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah. Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan satu tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti Plaintif sebagai seorang Perdana Menteri.

Tambahan pula, dalam bulan Ogos 2013 wang sejumlah USD620 juta (2.03 billion) telah dikembalikan semula oleh Plaintif kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak digunapakai.

Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, Peguam Negara Malaysia berpuashati bahawa tidak terzahir apa-apa keslahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 billion tersebut.

Mahkamah Rayuan mendapati bahawa "the finding by the Attorney-General and the SPRM were reported widely and the fact that they were in the public domain can never be disputed. The fact that such findings were therefore notorious also cannot in all fairness be entertained as a serious contention. We are of the considered view that judicial notice ought to be taken by this Court of the fact that the Attorney-General of Malaysia had made a decision that the Plaintiff had done no wrong in relation to the 1MDB issue. The court also take notes on the whole issues of 1MDB has been scrutinized and investigated by the PAC appointed by Parliament. The investigations were also carried out by the MACC, PDRM, BNM and the AGC, the result of which has been disclosed to the public by the AGC in that the Plaintiff had done no wrong in relation to the 1MDB allegation".

Ini Mahkamah Rayuan Malaysia yang menyatakan bukannya Mahkamah Rayuan Pakatan Harapan. Persoalannya di manakah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Tok Jib telah melakukan perbuatan mencuri dan merompak hasil mahsul Negara melalui 1MDB?????

Masalahnya ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang di anggotai oleh 14 orang anggota termasuklah ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah merumuskan keputusan PAC adalah di buat secara sebulat suara oleh kesemua 14 orang anggota PAC. Tony Phua adalah anggota PAC dan perlu diingatkan bahawa laporan PAC telah diterima secara konsesus oleh setiap anggotanya yang terdiri dari ahli parlimen BN dan pembangkang. Tan Seng Giaw Timbalan PAC yang juga merupakan ahli parlimen Dap telah menyindir Tony Pua dan mengesahkan Najib tidak bersalah kerana RM2.6 billion bukan dari 1MDB dab RM42 billion tidak lesap seperti dakwaan pembangkang dalam ceramah-ceramah di merata tempat di Malaysia. Dalam laporan PAC di mukasurat 42 hingga 47 ada di catitkan bahawa "1MDB telah membayar hutang sebanyak RM2 billion kepada consortium pemimjam tempatan (Februari, 2015). Jun 2015 1MDB telah menyelesaikan hutang berjumlah RM3.6 billion dari consortium bank luar negara lebih awal dari tempoh matang iaitu Ogos, 2015. Pada April 2016 1MDB telah membayar baki hutang berjumlah RM3 billion kepada consortium pemimjam tempatan juga lebih awal dari tempoh matang pinjaman iaitu Mei 2024. Pada 8 April 2016 1MDB telah membayar penuh jumlah pokok dan faedah kredit tersedia sebanyak RM950 juta yang disediakan oleh kerajaan. Selain itu melalui penjualan Edra Energy Global hutang 1MDB telah Berjaya dikurangkan sehingga RM17 billion. Penjualn 60 peratus ekuit Bandar Malaysia boleh mengurangkan sehingga RM7 billion lagi hutang 1MDB. Semua ini dilakukan tanpa "bail-out" dan bantuan dari kerajaan".
    
"1MDB has previously stated and reiterates that it has not lost any money and that all its monies are fully accounted for".



(Keputusan Mahkamah apabila Ezam Kotak saman 1MDB)

Kes di atas adalah pernyataan yang terkini bagaimana Ezam Kotak telah menyaman Tok Jib, Lembaga Pengarah dan 1MDB. Seperti kes-kes 1MDB yang di bicarakan di Mahkamah, Yang Arif menyatakan dalam alasan penghakiman mereka itu adalah "purely speculation" and "where is the evidence that 1MDB suffered losses as well as proof of misconduct by members of the company's BOD". Sebarang kenyataan dan ceramah-ceramah yang diutarakan oleh pembangkang adalah fitnah dan pembohongan. Tony Puan telah menyaman Tok Jib dalam permasalahan 1MDB ini dan Mahkamah juga mendapati bahawa Tok Jib bukan seorang pegawai awam walaupun beliau memegang jawatan PM dan Menteri Kewangan. Pua tidak mempunyai hak perundangan untuk membawa saman itu yang berkaitan dengan 1MDB terhadap Najib dan kerajaan Malaysia. Najib yang pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB bukan pemegang saham dalam syarikat milik kerajaan itu dan oleh itu Pua hanya merupakan seorang pembayar cukai tanpa "locus standi" untuk meneruskan saman itu. Saman Pua adalah berunsur spekulasi semata-mata kerana plaintif (Pua) tidak mengemukakan butiran lanjut mengenai salahlaku yang didakwa dilakukan oleh Najib.



Sekiranya Mahkamah pun menyatakan bahawa saman Ezaman kotak dan Tony Pua itu berunsur spekulasi semata-mata, bagaimana pula rakyat hendak mempercayai bahawa Tok Jib telah merompak dan mencuri duit 1MDB RM2.6 billion dan/atau 42 billion????? Dulu Presiden AMANAH pernah mengelar siapa kepala penyamun dan kepala perompak negara dan siapa pula yang di pelingkup negara. Tagline itu tiada lain adalah ditujukan kepada "MAHAKITUL". Sekarang Mahakitul nak alihkan tagline itu kepada Tok Jib tetapi Mahakitul masih tidak berjaya membuktikan bahawa Tok Jib telah merompak dan menyamun harta 1MDB dan semua kenyataan Mahakitul adalah berdasarkan spekulasi semata-mata. 

Sekiranya kita dengar ceramah-ceramah pembangkang SPRM, PDRM, PAC dan AG malahan Mahkamah telah menutup salahlaku Tok Jib tetapi pembangkang pula gagal untuk mengemukakan sebarang bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Tok Jib telah melakukan jenayah tersebut. Kita rasa pemimpin-pemimpin pembangkang yang terdiri dari peguam-peguam jenayah yang banyak mengendalikan kes-kes jenayah tahu akan "butir-butir" apa yang di perlukan untuk menyabitkan seseorang itu terhadap jenayah yang di lakukan berdasarkan peruntukkan undang-undang yang sedia ada. Apa yang pembangkang cuba buat ialah untuk menimbulkan persepsi dan mengelirukan rakyat yang kononnya Tok Jib telah mencuri dan merompak duit RM2.6 billion dan RM42 billion dari 1MDB tetapi hakikatnya tiada duit 1MDB pun keluar dan terus masuk ke dalam akaun peribadi Tok Jib.

Malaysia menjadi mangsa kepada permainan politik oleh pihak yang memburuk-burukkan Malaysia dalam isu 1MDB dan rampas kapal Equanimity. Lebih memburukkan lagi kenyataan bekas Menteri di zaman Mahakitul ialah Rafidah Aziz dan Rais Yatim yang menyatakan seolah-olah kerajaan Malaysia ingin membela Jho Low. Permasalahannya apa kaitan Jho Low dengan 1MDB dan apa pula kaitan kapal Equanimity itu dengan 1MDB dan kerajaan Malaysia. Kita faham Rais Yatim ada Master Degree in Law tetapi kalau asas pun tak dapat nak di nilaikan bagaimana pula yang sebesar-besar kerak yang menyatakan Tok Jib itu pencuri dan perompak. Adakah Rais Yatim ingin mendengar kata-kata dan/atau menilai kepada "money trail" sahaja tanpa mengambil kira keterangan kesemua pihak-pihak yang telah menyiasat secara telus dan tidak berpihak kepada sesiapa. Rafidah Aziz pula telah mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Malaysia tidak seharusnya mengundi pemimpin "rasuah" sebagai pemimpin. Adakah ini Rafidah Aziz tujukan kepada mantan bossnya Mahakitul ataupun terhadap Tok Jib????? Sebab umum tahu bahawa Rafidah Aziz amat rapat dengan Mahakitul terutamanya dalam persoalan AP sampai ada yang mengelar Rafidah Aziz sebagai "Queen of AP" di Malaysia.

Tempo di Indonesia telah menunjukkan bahawa kapal Equanimity itu dikaitkan dengan 1MDB dan kerajaan Malaysia dan The Economist telah mengelar Tok Jib sebagai pencuri. Pada kita itu adalah sabotaj kepada kerajaan yang memerintah iaitu UMNO/BN yang di ketuai oleh Tok Jib. Pada kita buat apa kita hendak mendengar pernyataan orang asing yang cuba nak mencampuri hal-ehwal perundangan Malaysia. Kita mesti percaya kepada sistem perundangan dan badan-badan yang telah di amanahkan untuk menegakkan undang-undang tersebut. Mahkamah Malaysia telah menyatakan bahawa segala permasalahan 1MDB itu adalah spekulasi semata-mata, maka kita kena akur dan bahawa tiada sesiapa yang bersalah dalam permasalahan 1MDB ini melainkan terdapat kelemahan dalam pengrurusan 1MDB itu sendiri. Kita hendak meletakkan kesalahan ke atas Tok Jib pun tidak boleh kerana beliau tiada pegangan saham dan tidak bergiat secara aktif dalam pengurusan 1MDB. 

Kebenaran memang susah hendak di terima tetapi kita selalu di dendang dengan berita-berita fitnah dan pembohongan serta "fake news" sehinggakan kita terpengaruh dengan berita-berita tersebut tanpa usul periksa telah menyatakan sipolan-sipolan telah melakukan jenayah. Sekarang rakyat keseluruhannya keliru terutama yang malas hendak membaca dan mencari kebenaran dan suka hidup dengan bertongkatkan berita-berita fitnah dan pembohongan, akhirnya siapa yang rugi kita juga kerana pihak berkuasa sentiasa menilai dan memperhatikan setiap tingkah laku kita dalam menyebarkan pemberitaan menerusi "cybertronics".

Bagaimana kepala perompak dan kepala penyamun masih hulur tabung untuk kutip derma daripada rakyat?????







Friday, March 16, 2018

Ceramah politik Pakatan Harapan...banyak fitnah...

Pada 16/3/2018 berlangsung ceramah politik Pakatan Harapan di Slim River (Felda Besout) dalam Parlimen Tanjung Malim yang di wakili oleh BN dengan Adun (Sungkai, Slim dan Behrang). Pakatan Harapan telah membawa orang-orang kuatnya ke Felda Besout untuk memancing undi dengan pelbagai fitnah. Pemimpin-pemimpin yang hadir antara lain ialah Tun Mahathir, Wan Azizah dan Mat Sabu.

Dalam ceramah Mat Sabu banyak cerita pasal 1MDB dan bagaimana dulu telah mengelar Tun Mahathir sebagai Mahafiraun, Mahaperompak, Mahapencuri dan Mahazalim tetapi sekarang lain pula lagunya apabila Tun Mahathir "join" Pakatan Harapan. Tun Mahathir adalah penyelamat dengan berteriak kepada para pendengar "tengok seorang pemimpin yang sudah berumur 93 tahun sanggup turun padang untuk memimpin Pakatan Harapan dan berceramah. Kita masih ingat lagi pada PRU13, Tun Mahathir memperlekehkan arwah Tuan Guru Nik Aziz yang masih lagi ingin berkempen untuk PAS di Kelantan dan di merata tempat pada ketika usia arwah Tuan Guru Nik Aziz. Sekarang perkara itu di pusingkan balik oleh Allah (SWT) kepada Tun Mahathir pula.

Siapa yang tamak dan inginkan kuasa sebenarnya, itu rakyat kena nilai sendiri. Dalam ceramah Wan Azizah pun tak banyak yang di sentuh melainkan apa yang telah di janjikan oleh Pakatan Harapan dalam Manifesto Harapan iaitu hapus GST dan hapuskan rasuah serta dapatkan balik duit-duit 1MDB di luar negara. Begitu juga dalam ceramah Tun Mahathir yang banyak cerita fitnah kononnya 1MDB hutang 42 billion, Tok Jib perompak, pencuri dan semua negara telah menyatakan bahawa Tok Jib telah melakukan jenayah tetapi di Malaysia Tok Jib tidak bersalah kerana PDRM, SPRM dan AG (Peguam Negara) cover up dan tidak membuat kerja dengan betul. Jual tanah-tanah di dalam negara di Pelabuhan Klang dan di Penang, jual tanah  kepada Bank Negara sebanyak 2 billion, buat projek ECRL sebanyak 55 billion hutang dengan kerajaan China, Malaysia kena gadai. Dulu masa saya mana ada pinjam sebanyak itu kita boleh buat pelbagai projek tetapi Tun Mahathir tak cerita pun kepada rakyat projek-projek di zaman Tun Mahathir yang gagal dan memyebabkan kerajaan perlu bail-out LRT (Berjaya), Proton, MAS (Tajuddin Ramli), Perwaja Steel, Forex dan banyak lagi. Ingat tak kita kepada projek perswastaan Tun Mahathir yang telah mengujudkan jutawan-jutawan kronisme segera dengan tol-tol yang berlambak di Lembah Klang. Sekarang pentadbiran Tok Jib kena membersihkan "segala tahi yang berbau busuk itu" untuk memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Tun Mahathir juga bercerita bahawa zamannya kita tidak buat GST tapi kita masih boleh buat projek macam-macam tetapi Tun Mahathir tidak cerita dia korek duit GLC mana dan dia pinjamn duit dari mana. Tun Mahathir juga telah menambat ringgit dari jatuh di bawah paras 3:80 berbanding dengan USD tetapi di zaman Tok Jib kita tak perlu menambat ringgit pun, Tok Jib biarkan pasaran menentukan keutuhan ringgit akhirnya ringgit semakin utuh dengan 3:90 berbanding dengan USD. Hutang Negara semakin menguncup pada paras 50.8% di bandingkan 55% paras ceiling yang di benarkan berbanding dengan KDNK. Hutang negara banyak dalam bentuk Ringgit, so kita tiada masalah untuk membayar balik dan kerajaan Tok Jib juga telah memberi jaminan bahawa kerajaan telah menguruskan kewangan dengan cara yang terbaik untuk memajukan negara dan mensejahterakan rakyat.

Bail out Tun Mahathir:-

1. LRT 1 (Putra-Kelana Jaya)
2. LRT 2 (Star-Ampang)
3. KL Monorail 
4. Intrakota
5. BBMB
6. Perwaja Steel
7. Konsortium Perkapalan Berhad
8. MAS
9. Sapura Kencana Petroleum
10. Proton & MV Agusta

Skandal Tun Mahathir:-

1. Forex
2. Perwaja Steel
3. BBMB 
4. Maminco-Makuwasa Affair

Pada ketika itu Tun Mahathir telah banyak menggunakan duit Petronas (harga minyak berada di paras tertinggi) dan BBMB menjadi "roll bank" Tun Mahathir. Petronas menjadi "pipe-lines" Tun Mahthir untuk projek mega, bail-out dan projek penswastaan. Krisis rasuah berlaku di zaman Tun Mahathir kerana terlalu banyak "bail-out to son and cronies company".

Sekarang Tun Mahathir nak cerita Tok Jib rompak dan curi duit 42 billion dari 1MDB bagi kepada anak tirinya dan isterinya untuk berbelanja. Pemimpin-pemimpin pembangkang lupa agaknya apa yang Tun Mahathir pernah laksanakan semasa beliau menjadi PM selama 22 tahun?????

Tiada sebarang bukti yang mengaitkan Tok Jib dengan permasalahan 1MDB seperti yang di perkatakan oleh Dr. Tan Seng Giaw  "PAC melihat kepada keseluruhan isu. Perdana Menteri bukan terlibat secara langsung dengan 1MDB. Ahli Lembaga Pengarah yang perlu disiasat. Masalah 1MDB sebenarnya lebih kepada aspek urustadbir yang lemah".

Lim Kit Siang pula kata "Bagaimana mahkamah boleh mengeluarkan notis perundangan terhadap sesuatu yang tidak wujud (Scandal 1MDB)".

Tony Phua batal saman Perdana Menteri Malaysia isu 1MDB. Mahkamah Tinggi telah membatalkan saman Tonu Phua (YB Petaling Jaya Utara) berhubung dakwaan salah laku membabitkan dana 1MDB kerana Tok Jib bukan seorang penjawat awam seperti yang di putuskan oleh Mahkamah Rayuan dan Tony Phua tidak menyatakan butir-butir salahlaku tersebut.

Sekiranya Mahkamah pun boleh menolak, SPRM mendapati tiada kes untuk di siasat, begitu juga PDRM maka AG (Peguam Negara) nak buka kes macam mana. Kita tuduh secara tuduhan politik senang tetapi nak buktikannya di Mahkamah adalah amat sukar terutama berdasarkan prinsip "beyond reasonable doubt" bukan "on the balance of probabilities". "Burden of Proof" itu mesti di buktikan oleh AG, siasatan SPRM dan/atau PDRM. Burden of Proof apa yang pemimpin-pemimpin pembangkang ada melainkan cerita kononnya jutaan ringgit telah di bekukan di Singapura, di USA, di Switzerlang dan di UK tetapi mana buktikan. Terbaru kapal mewah Jho Low di sita di Indonesia tetapi Polisi Indonesia mengesahkan itu tiada kena mengena dengan Malaysia tapi cerita kapal mewah itu terus diulang-ulang oleh pemimpin pembangkang dalam setiap ceramah mereka. Kemudian ada pula cerita yang di sensasikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang kononnya duit 1MDB telah di tahan di Switzerland dan kerajaan Switzerland hendak memulangkannya kepada Malaysia tetapi mesti dapat kebenaran Parlimen Switzerland dulu. Malangnya Parlimen Switzerland tidak menerima usul tersebut. Kemudian timbul pula cerita ahli parlimen Switzerland itu akan membawa semula usul tersebut dan cerita itu di sensasikan oleh Malaysiakini di Malaysia. Portal yang memainkan peranan penting dalam cerita-cerita "fake news" adalah Malaysiakini (portal NGO-NGO dan portal utama pembangkang terutamanya DAP). 

Pembangkang siap hantar agennya (Cythia Gabriel yang menggunakan pentas NGO C4 (Centre to Combat Corruption and Cronyism) telah menggunakan isu IMDB untuk menjatuhkan PM, Tok Jib untuk berjumpa dengan ahli parlimen Swiss itu (MediaLantang.com). Cythia yang juga salah seorang "master mind" BERSIH bersama-sama dengan Pengarah Global BERSIH Bala Chelliah telah pergi ke Switzerland berkomplot dengan ahli politik pembangkang Carlo Sommaruga kononnya dana wang RM430 juta dari 1MDB di pegang oleh Perbendaharaan Persekutuan Negara itu. 1MDB dalam kenyataannya juga menafikan duit itu adalah duit mereka.

Semasa PRU13, Cythia menggunakan pentas SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) untuk sensasikan isu kapal selam Scorpene bagi menjatuhkan Tok Jib. Cythia ketika itu melalui SUARAM telah mengupah seorang peguam dari Perancis untuk memburuk-buruk Malaysia dengan mengaitkan Tok Jib dengan kematian Altantuya Sharibu. Peguam Perancis itu kononnya mempunyai "bukti" yang boleh di bawa ke Mahkamah Perancis dan Cythia mendakwa Tok Jib akan disipina dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun isu Tok Jib disapina dan bakal dibicarakan di Mahkamah Perancis adalah berita palsu semata-mata. 

Rakyat sekarang perlu sedar bahawa pembangkang (PH) tiada modal untuk menjatuhkan Tok Jib mahupun UMNO/BN kerana pemerintahan Tok Jib telah melaksanakan apa yang di hajati oleh rakyat dan demi kemajuan negara. Sekiranya kita cerita pasal Felda, dulu di masa Tun Mahathir memerintah Malaysia pernah tak Tun Mahathir memberi apa-apa bonus dan bentuk bantuan kepada peneroka Felda seperti mana yang di berikan oleh Tok Jib????? Apabila Tok Jib mengambil pentadbiran Malaysia, peneroka-peneroka Felda menikmati pelbagai insentif dan bantuan dari kerajaan UMNO/BN. Ini menunjukkan betapa berkebajikannya kerajaan Tok Jib terhadap peneroka-peneroka Felda. Tok Jib meneruskan legasi arwah ayahanda beliau Tun Razak untuk memantopkan Felda di persada dunia dengan ada bangunan sendiri iaitu Menara Felda yang tersergam indah di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Cerita kononnya Tok Jib akan rampas tanah-tanah Felda itu adalah cerita sensasi dan persepsi serta fitnah pembangkang semata-mata kerana adalah tidak logik apabila Tok Jib menjanjikan rumah untuk generasi kedua Felda.

Kita mesti ingat bahawa UMNO/BN memegang majoriti kerusi Parlimen di Felda dan rakyat Malaysia di Felda bukan senang hendak dimomokkan dengan cerita-cerita fitnah pembangkang kerana rakyat Malaysia di Felda tahu siapa UMNO/BN dan siapa pembangkang walaupun sudah bertukar wajah dan pemimpin dulu Anwar Ibrahim (Pakatan Rakyat) sekarang Tun Mahathir (Pakatan Harapan). Harapan apa yang di janjikan oleh pembangkang kepada rakyat Malaysia di Felda?????

Fake news dan fitnah akan lebih kerap di gunakan oleh pembangkang untuk tujuan menghasut supaya rakyat Malaysia membenci dan membuang UMNO/BN dan menjadikan PH sebagai penerajui Putrajaya seperti mana Selangor dan Penang tetapi apa yang Selangor dan Penang telah berikan kepada rakyat di kedua-dua negeri tersebut?????

#Pakatan dapat undi...Rakyat dapat baldi
#Dap dapat undi...Rakyat keluar duit kowtim

   





  





 

Tuesday, March 13, 2018

MAHATHIR the U-TURN man....punca perpecahan Melayu...

Tun Mahathir pada satu ketika dulu di anggap sebagai negarawan ulung tetapi gelaran itu terlucut dengan sendirinya apabila Tun Mahathir telah menggunakan perasaan dendam, iri hati dan dengkinya meninggalkan UMNO/BN dan telah menubuhkan partai baru bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang dipecat oleh UMNO/BN kerana menikam UMNO/BN dari dalam iaitu bertindak sebagai duri dalam daging UMNO/BN selama ini.

Tan Sri Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir telah di pecat dari UMNO/BN dan bersama Tun Mahathir telah menubuhkan PPBM (Bersatu). Lebih malang lagi Parti Pecah Belah Melayu berpakat, berpeluk dan berciuman dengan DAP parti chauvinis, anti Melayu dan Islam untuk menentang UMNO/BN. PAS telah mengalaminya pada PRU13 apabila pengundi-pengundi Melayu menolak secara total PAS kerana menjadi "barua kepada DAP".

Kemasukkan ahli-ahli intelek ke dalam Bersatu iaitu Wan Saiful (Idea) dan Dr Maszlee Malik tidak akan merubah "persepsi pengundi-pengundi Melayu" terhadap Parti Pecah Belah Melayu yang di pimpin oleh Tun Mahathir kerana majoriti pengundi Melayu hanya pentingkan siapa yang boleh menentukan bahawa Malaysia ini di tadbir dan diuruskan dengan baik oleh pemimpin Melayu dan Islam. Adakah para pengundi Melayu akan kembali kepada Tun Mahathir dan konco-konconya????? Insya Allah pada pandangan kita para pengundi Melayu akan menolak Tun Mahathir dan konco-konconya seperti mana PAS telah terkena pada PRU13.

Ini lebih teruk lagi apabila Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau sepatutnya tidak memenjarakan Anwar Ibrahim dan seterusnya menyatakan bahawa segala bukti terhadap Anwar Ibrahim telah di kemukakan oleh PDRM. Malangnya dalam buku "Doctor in the House" Tun Mahathir menyatakan sebaliknya bahawa Anwar Ibrahim tidak layak untuk menjadi PM setelah segala bukti dikumpulkan menunjukkan Anwar Ibrahim mempunyai tabiat yang menjijikkan. Malahan Tun Mahathir telah mengumpulkan kesemua Majlis Tertinggi UMNO untuk menceritakan perkara itu dan seterusnya sesiapa-sesiapa yang tidak percaya boleh menemuduga saksi-saksi yang telah di temuduga sendiri oleh Tun Mahathir. Tabiat Tun Mahathir di akhir usianya tuding jari kepada orang lain walaupun Tun Mahathir sendiri dalang di sebalik segala apa yang berlaku di Malaysia di zaman pemerintahannya. Inilah perkara-perkara pokok yang menyebabkan gelaran negarawan ulung terhadap Tun Mahathir itu terjatuh dengan sendirinya lebih-lebih lagi apabila Tun Mahathir menyatakan bahawa BRIM itu rasuah dan dedak UMNO/BN untuk memancing undi rakyat. Malangnya dalam manifesto Pakatan Harapan BRIM itulah yang akan diberikan kepada rakyat sekiranya Pakatan Harapan dapat Putrajaya. Jangan sekali-kali beri kepada manusia yang mempunyai hati yang busuk penuh dengan dendam kesumat, iri hati, dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang sanggup menjadi tali barut dan/atau barua kepada kafirun untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu dan Islam di Malaysia. 

Di zaman moden ini manusia boleh di bahagikan kepada tiga kategori:-

1. Golongan yang memperjuangkan agama Islam bersungguh-sungguh dalam jalan Allah mencintai Allah, Rasulnya dan seluruh orang mukminin memerangi kemusyrikan dan orang musyrikin akan tetapi sayang sekali bahawa jumlah mereka sangatlah sedikit walaupun darjat mereka tinggi di sisi Allah serta pahala mereka sangatlah besar.

2. Golongan ini merupakan lawan kepada yang pertama, golongan yang berada di luar lingkaran Islam dengan mengangkat orang kafir sebagai pemimpin serta memperjuangkan pemimpin mereka melalui lisan, amalan dan idealogi. Mereka memusuhi dan memerangi orang mukminin. Hati mereka sentiasa diselimuti kesuraman dan kebencian kerana perasaan mereka sudah berubah, hati mereka sudah ingkar serta timbangan mereka telah jatuh. Mereka tidak mengenal Al-Quran kecuali gambarnya sahaja, tidak kenal Islam kecuali hanya namanya sahaja, golongan ini adalah musuh Islam yang paling berbahaya.

3. Golongan yang memperdaya orang yang beriman tidak pernah memberikan pertolongan kepada orang muslimin walaupun golongan ini juga terasing daripada pengaruh kafir. Mereka hidup umpama binatang boleh jadi mereka lebih sesat daripada binatang. Golongan yang tidak mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka.

Al-Maidah 51: "wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang yahudi dan nasrani itu sebagai teman rapat kerana sesetengah mereka menjadi teman rapat kepada sesetengahnya yang lain dan sesiapa di kalangan kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya maka sesungguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim"       
Dalam konteks Malaysia siapakah yang selalu memusuhi Melayu dan Islam. Siapakah yang selalu menperkotak-katikkan Melayu dan Islam, siapakah yang berdiri tegas dalam meracuni fikiran Melayu dan Islam dengan fahaman liberalism dan siapakah selalu menghalang dan memperlekehkan sesuatu perkara baik yang bercirikan Islam, siapa yang selalu menentang institusi Islam, siapa yang selalu menjadi biadap berkaitan dengan adat-resam Melayu dan tatasusila Islam. Orang yahudi dan nasrani dalam konteks Malaysia iailah Cina DAP, sekiranya kita berkawan dengan mereka bermakna kita cuba memerangi kaum muslimin dan cuba menjahanamkan institusi Islam itu sendiri. PAS telah melalui laluan pahit ini pada PRU13. Sekarang AMANAH dan PPBM pula menunjukkan sifat-sifat muzmumah terhadap UMNO/BN.

Orang akan menyatakan mengapa UMNO berkawan dengan dengan kafirun dikalangan parti-parti komponen BN????? Jawapan mudahnya, parti-parti komponen BN tidak menentang apa yang telah di tetapkan dalam Perlembagaan Malaysia kerana kerajaan UMNO/BN mengamalkan kongsi kuasa iaitu agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan agama-agama lain di benarkan untuk di praktikkan oleh kaum-kaum lain. Itulah bedaanya antara UMNO/BN dan DAP/Pakatan Harapan kerana dalam BN iaitu di kotakan tetapi dalam Pakatan Harapan ianya akan diharpakkan kerana dasar DAP sememangnya tidak akan menerima Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Kita perlu ingat walaupun DAP mempunyai kerusi yang kecil tetapi kerusi itulah yang menjamin kemenangan Pakatan Harapan di atas sokongan kaum Cina. Semasa PRU13 perkongsian kuasa antara DAP dan PAS telah di gembelingkan sehinggakan pada suatu ketika ramai pemerhati politik mejangkakan UMNO/BN akan tumbang kerana kaum Cina DAP telah berganding bahu dengan kaum Melayu PAS. Itulah tiada siapa tahu perancangan Allah (SWT) untuk menyelamatkan Malaysia terutamanya Islam. Allah (SWT) telah menidakkan kerusi-kerusi PAS dengan memberi kelebihan kepada UMNO dan menarik semua kerusi MCA, GERAKAN dan MIC kecuali beberapa kerusi sahaja.

Apakah iktibar yang hendak di tunjukkan oleh Allah (SWT) kepada kita rakyat Malaysia????? Allah (SWT) nak memperlihatkan kekuasaan Allah (SWT) bahawa tiada kuasa yang boleh menentukan siapa yang akan memimpin kerajaan di langit dan di bumi melainkan Allah (SWT) sahaja. Maka setiap tindak tanduk kita mestilah berlandaskan agama Allah (SWT) iaitu Islam. Mengapa PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tidak di restui oleh Allah (SWT) untuk memimpin Malaysia????? Ianya adalah kerana PAS hanya pandai menggunakan Islam untuk idealogi politiknya. Lagipun mana ada dalam Islam yang menyatakan sekiranya kita masuk parti politik ini kita Islam dan sekiranya kita masuk parti politik itu kita kafir. Islam seseorang itu adalah pada syahadahnya yang mengakui tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah (SWT) dan Muhamad itu adalah persuruh Allah (SWT). Sekiranya kita bersekongkol dengan golongan yang menentang Islam maka kita akan di sesatkan oleh Allah (SWT) sesat-sesatnya. Inilah yang terjadi semasa PRU13 kepada PAS dan sekarang malapetaka itu tertimpa pula kepada AMANAH dan PPBM. PKR itu kita tak mahu cerita sebab dasarnya adalah seakan-akan DAP iaitu lebih kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya dari rakyat Malaysia. Perjuangan PKR lebih kepada keadilan Anwar Ibrahim dan keluarga dari keadilan rakyat Malaysia dan ianya lebih cenderung kepada kronisme dan nepotisme. Intipati perjuangan PKR lebih kepada "hasutan, fitnah, pembohongan, persepsi dan auta yang akan diulang-ulang untuk menimbulkan kebencian kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Itulah sebabnya DAP dan PKR itu ibarat isi dan kuku, apa yang PKR buat DAP akan bersetuju dan apa yang DAP katakan PKR akan bersetuju.

YB Taiping dengan bongkak dan sombongnya mengoyak-goyak majalah Economist yang telah mengelar Tok Jib seorang pencuri. Apakah perbuatan itu hendak menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa YB Taiping merasa malu kerana majalah Economist telah mengelar Tok Jib pencuri ataupun hendak mencari "political mileage" terutama PRU14 semakin hampir. Masalahnya tuan badan tidak kata-kata apapun sebab tuan badan tahu itu mainan propaganda sekutu-sekutu pembangkang di luar negara yang menyokong pembangkang di Malaysia. Kita mesti ingat negara-negara di luar dengki dan iri hati melihat Malaysia aman makmur, rakyat hidup berbilang bangsa dan agama dengan harmoni, aman dan tenteram, tiada malapetaka yang membimbangkan tapi pemimpin-pemimpin pembangkang masih juga tidak bersyukur dan masih lagi ingin menimbulkan persepsi serta andaian negatif terhadap pemerintah kerana "dendam, iri hati, dengki dan ingin mencari kesalahan orang lain". Inilah sifat-sifat negatif iaitu sifat-sifat muzmumah yang di cela oleh Islam. Pepatah Melayu ada berkata "kuman di seberang laut nampak tapi gajah mati yang sudah berbau bangkainya tidak nampak". Gajah itu besar dan sudah berbau bangkainya busuk tidak di hiraukannya, inilah yang terjadi di Penang kes banjir, kes bunglow jalan pinhorn, kes terowong tokong manakala di Selangor kes Disneyland Ampang, kes pasir Sg Long, kes denggi, kes rumah mampu milik, kes Tanah Ijok dan kes air sebaliknya kes 1MDB yang samar-samar nun jauh di lautan luas nampak dengan jelas di mata pemimpin-pemimpin pembangkang.    
Sebelum ini pun Tun Mahathir pernah juga dilabelkan lebih teruk dari itu oleh banyak majalah-majalah luar negara tetapi adakah Malaysia kesah dengan perkara itu melainkan pembangkang sahaja yang berasa malu dan berhegeh-hegeh nak saman Economist dan suruh dapatkan balik duit 1MDB dari Swiss Bank seperti kata Wan Azizah. Masalahnya sekarang siasatan PAC telah mendapati Tok Jib tiada kaitan langsung secara terus dengan 1MDB melainkan Tok Jib hanya penasihat kepada BOD 1MDB sahaja. Menurut YB Kepong (DAP) kita mesti cari siapa dalam BOD yang telah menyalahgunakan kuasa dan menyelewengkan  duit 1MDB bukannya mencari orang yang tiada kaitan dengan hal-ehwal pengurusan dan aktiviti 1MDB. Video YB Kepong (DAP) sebagai Timbalan PAC tersebar luas di you tube tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang masih tidak dapat menerima keputusan tersebut termasuklah Tony Phua yang menganggotai PAC (PAC di anggotai oleh parti kerajaan dan juga parti pembangkang. Siasatan yang teliti telah di buat oleh PAC dan ramai saksi-saksi 1MDB di panggil untuk memberi keterangan. Berdasarkan siasatan itu PAC telah membuat keputusan yang telah di persetujui oleh kesemua panel-panel PAC). Maka sepatutnya parti pembangkang mesti menerima keputusan tersebut dan "move on" tapi pemimpin-pemimpin pembangkang tetap dengan sindrom "tuding jari" hutang negara semakin meningkat di sebabkan 1MDB, harga barangan naik pun sebab 1MDB, minyak naik pun sebab 1MDB, negara bankrap pun sebab 1MDB, kerajaan kenakan GST sebab nak cover 1MDB dan banyak lagi persespsi serta andaian mengarut pemimpin-pemimpin pembangkang mengenai 1MDB. Sekiranya kita ambil dan kumpulkan cerita persepsi dan/atau andaian pembangkang ini, mungkin negara Malaysia ini akan berapa di tahap itu sahaja tiada kemajuan dan tiada pembangunan. Duit banyak, rizab banyak tetapi rakyat masih merasai kenaikkan harga barangan, minyak naik, cukai kerajaan tempatan naik dan pelbagai kenaikkan lagi sebab nak cover apa yang telah di berikan kepada rakyat seperti dalam manifesto Pakatan Harapan. Sekiranya semasa pengundi di PRU13 pemimpin-pemimpin pembangkang telah menyebarkan fitnah konon 40,000 ribu orang Bangladesh datang dengan jumbo jet untuk mengundi BN tidak mustahil pula andaian pengundi-pengundi dari negara China datang ramai-ramai naik tongkang nak undi BN kerana 1 MDB semasa PRU14 kerana banyak Tanah telah di gadaikan kepada negara China.

Natijahnya lagi dekat dengan PRU14 lagi banyak perumpamaan dan/atau andaian serta persepsi akan di bentangkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, portal-portal pembangkang, cybertroopers pembangkang dan lain-lain. Kita sebagai rakyat mesti menilaikan yang mana kaca dan yang mata belian dan/atau permata. Salah pilih hancur dan mampui negara serta rakyat selama lima (5) tahun. Inilah yang terjadi di Selangor dan Penang, cakap semasa ceramah dan semperna 10 tahun DAP memerintah Penang memang senang. Kami ada membuat ini dan itu, kami ada memberi itu dan ini tetapi mana buktinya. Bila buat terowong tokong pun duit "duit kowtin" sudah keluar 22 juta belum lagi duit kajiselidik yang keluar berjuta-jutaan tapi bila banjir nak tenggelam Penang, pandai pula cari kerajaan Pusat minta hulur bantuan jam 3:30 pagi. Bila sudah hulurkan bantuan cakap pula macam-macam. Inilah bak kata pepatah Melayu "kalau kita lepaskan anjing tersepit pasti dia akan salak kita balik". Semua yang ada di Penang itu telah dilaksanakan dan/atau tinggalan oleh kerajaan UMNO/BN. Begitu juga di Selangor kebanyakkan apa yang ada semuanya tinggalan kerajan UMNO/BN. Kerajaan Pakatan hanya propaganda janji dan bagi sumbangan kepada kroni-kroni yang menyokong Pakatan sahaja. Rumah mampu milik tiada, air bermasalah sekian lama dan jalan berlubang-lubang, cukai kerajaan tempatan semakin meningkat. Itu pun berani menuding jari kepada kerajaan UMNO/BN kerana punca kepada permasalahan di negeri Selangor. Cakap politik memang senang tetapi bila nak buat macam-macam alasan akan di berikan sehinggakan Manifesto itu bukan satu perjanjian.

Serangan dari luar oleh majalah Economist terhadap pilihanraya di Malaysia di bawah tajuk "How Malaysia's Next Election Will Be Rigged" yang menyatakan bahawa terdapat manipulasi system pilihanraya dan persempadan semula bertujuan membantu kemenangan parti pemerintah. Ini adalah bersifat tomahan yang tidak berasas sama sekali dan berniat mengelirukan. Pengerusi SPR menyatakan bahawa pihak berkenaan hanya melihat kesan persempadanan semula itu dalam konteks kepentingan politik kepartian dan SPR tidak pernah mengambil kira kepentingan politik semata-sama tetapi penentuan persoalan terhadap penentu kalah atau menang mana-mana pihak atau calon parti bergantung kepada usaha calon untuk memenangi hati rakyat serta menarik sokongan pengundi memilih mereka kerana pengundi mempunyai kuasa mutlak. SPR telah melaksanakan PRU di Malaysia sudah 13 kali tiada siapapun yang menyatakan bahawa terdapat penipuan dalam PRU di Malaysia melainkan semakan piliharaya di Mahkamah berlaku kerana calon-calon itu bankrap dan/atau isi boring salah dan lain-lain perkara pilihanraya. Tiada sebarang bukti yang menyatakan bahawa SPR telah manipulasikan piliharaya di Malaysia untuk memenangkan UMNO/BN dan perkara ini tidak pernah di bawa kepada Mahkamah untuk pembuktian kerana SPR adalah badan yang berfungsi secara bebas.

Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak kesah pun untuk bertanding semasa PRU14 atas tiket DAP. Ini pernah di katakan saya tidak kesah pun menjadi "barua DAP", apa yang penting ialah saya mesti kalahkan UMNO/BN dan DSN. Ingat kerana Tun Mahathir Semangat 46 wujud, kerana Tun Mahathir PKR wujud dan kerana Tun Mahathir jugalah PPBM wujud. Maka Tun Mahathirlah selayaknya di klasifikasikan sebagai U-Turn man dan jolokan sebagai punca perpecahan Melayu.




     
  

Sunday, March 11, 2018

Krisis Air di Selangor...siapa yang bertanggungjawab...?????

Krisis Air di Selangor telah masuk ke tahap yang meruncingkan tetapi sindrom tuding jari masih lagi digunakan oleh kerajaan Pakatan negeri Selangor dengan menyalahkan SPLASH dan BN. Ini akibat dari gangguan air di antara 6/3/2018-11/3/2018 yang mana rata-rata di Lembah Klang tiada setitik air. 

Pengguna terpaksa mencari merata punca air. Di masjid, surau, sekolah dan di tempat2 awam habis di sapu oleh pengguna di Lembah Klang sehinggakan ada pengawal untuk mengawal kolam, kolah, perigi dan sebaginya pada ketika itu. Air menjadi emas di waktu kecemasan. Permasalahan ini di tambahkan lagi dengan lori-lori air yang tidak dapat datang mengikut jadual yang telah di tetapkan. Ianya tidak dapat memberikan air kepada semua yang terjejas.

Masalahnya:-

Rakyat tahu sekiranya terdapat pembaikkan kepada sebarang kerosakan sebaliknya rakyat hendak tahu apakah tindakan kerajaan Pakatan negeri Selangor untuk menyelesaikan permasalahan air di Lembah Klang?????

Sabotaj kerajaan Pusat:-

Edisi Kantoi telah melaporkan bahawa permasalahan air di Selangor adalah di sebabkan oleh kerajaan Pusat kerana telah menutup "main pipes".

KSU "Energy, Green Technology and Water Ministry" Dr Zaini Ujang "the report had been published in 2013 and 2014 and is being republished now to defame the federal government. It is an attempt to hide the Selangor government's inefficiency in managing the water industry".

Selangor recorder the highest number of water disruption case in 2016 at 259,537 compared with Penang (3,778) and Malacca (2,267). The water reserve margin in Selangor last year was at 0% and this has been identified as being among the main factors contributing to the state's water crisis. In the event that there's damage at a water treatment plant, a burst pipe or a sudden increase in demand such a during festive seasons there is a high possibility that certain areas in Selangor will experience water disruptions.

Kaedah-kaedah untuk mengatasinya:-

Kerajaan Pakatan negeri Selangor kena mencari keadah-kaedah jitu untuk mengatasinya bukannya menuding jari dengan mengitarkan "kenyataan lama" yang kononnya kerajaan pusat BN sabotaj air dengan menutup paip utama. Kenyataan FITNAH ini di keluarkan oleh EDIDI KANTOI and di muat naik oleh CURI-CURI WANG MALAYSIA (facebook)

Tun Mahathir telah mengelar Menteri-menteri Tok Jib sebagai "bodoh" jika di bandingkan dengan Menteri-menteri di zaman Tun Mahathir jadi PM. YB Pulai telah melabelkan Tun Mahathir sebagai "Bapa Berita Palsu" apabila berterusan menyalahkan kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung isu pendaftaran parti PPBM.

Tok Jib kata Negara akan menjadi sebuah Negara deficit jika GST dihapuskan dan digantikan semula dengan cukai SST seperti hasrat Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP melalui manifestonya. Adakah kita hendak menjadi seperti Greece????? Mansuh GST 45 billion (focus untuk 2018) hilang. Mana Pakatan Harapan nak dapatkan duit untuk memberi BRIM kepada rakyat????? Banyak itu 45 billion macam-macam boleh buat pembangunan, infrastruktur, sekolah, hospital dan lain-lain kemudahan untuk rakyat. "Kamikaze" terhadap ekonomi Malaysia oleh Pakatan Harapan di ketuai oleh DAP. Perlu diingat bahawa GST dikenakan terhadap barangan bukan asas atau keperluan harian. 

Akhirnya sekiranya tidak boleh memimpin dan melaksanakan apa-apa perkara jangan salahkan orang lain muhasabah diri dulu sebelum meletakkan kesalahan tersebut kepada orang lain. Jangan sekali-kali sebarkan "FITNAH" ke atas orang lain. Siasat dahulu jangan percaya bulat-bulat. Inilah yang terjadi di zaman Kesultanan dahulu kala fitnah menjadi punca negara, negeri dan daerah serta masyarakat porak peranda. Atas kertas senang nak cakap tapi nak menjadikan ianya satu kenyataan akan mengambil masa tengok GST. Kerajaan membuat perancangan dan memberi notis kepada rakyat lama sebelum dilaksanakan pada April, 2015. Sekarang rakyat juga yang untung kerana kerajaan dapat meningkatkan hasil mahsulnya yang kemudiannya di salurkan kembali kepada rakyat dalam bentuk bantuan.

Adakah MB Selangor tahu ataupun tidak margin simpanan air kosong peratus (0%). Hakikatnya margin simpanan air bukanlah soal mana-mana empangan di negeri itu mempunyai air atau sebaliknya. Makna 0% margin simpanan air ialah air terawatt yang di hasilkan menerusi logi rawatan air yang hanya cukup-cukuo untuk diagihkan kepada ppengguna menerusi paip. Ini bermakna tidak ada stok air lebihan untuk disimpan dalam tangka besar di kawasan perumahan atau perindustrian. Isi padu permintaan air sama dengan isi padu penghasilan air terawat. "Jika berlaku kerosakan logi atau paip [each maka kawasan terbabit akan mengalamai gangguan bekalan air sehinggalah kerosakan tersebut dapat dipulihkan"


#Pakatan dapat Undi...Rakyat dapat Baldi
#Dap dapat Undi...Rakyat terpaksa keluar "duit kowtim"



Thursday, March 8, 2018

Manifesto Pakatan Harapan...harapan atau umpan atau gula-gula atau retorik PRU14...?????


Manifesto Pakatan Harapan seperti PRU13 adalah ibarat Laila Majnum dan/atau mimpi di siang hari dan lebih membimbangkan lagi ialah apabila Pakatan Harapan nak hapuskan GST dan ganti SST yang lama. Adakah Pakatan Harapan tahu apa impaknya kepada ekonomi Malaysia????? Sekarang GST boleh memberi kerajaan pendapatan sebanyak RM44 billion (2017) tetapi nak pancing undi untuk PRU14 Pakatan Harapan nak hapuskan GST tersebut dengan SST yang lama yang hanya dapat memberi 1/4 billion sahaja kepada kerajaan. Pakatan Harapan kena berfikir sejenak adakah ekonomi Malaysia ini hanya bergantung kepada minyak dan hasil eksport sawit dan lain-lain. Apa akan berlaku sekiranya harga minyak dan barangan commoditi kita jatuh merudum????? 

Negara pengeluar minyak terbesar dunia pun mengikut Malaysia memperkenalkan GST, datang "government in waiting" nak hapuskan GST. Inilah masalahnya kita kalau nak memancing mesti le gunakan umpan yang sesuai dengan ikan apa yang kita nak tangkap dan di mana kita memancing tetapi Pakatan Harapan hanya bagi umpan untuk memancing di merata tempat tanpa menilai samada perkara tersebut sesuai dan/atau realistik atau pun tidak. Pakatan Harapan kata mereka telah mengambil pandangan pelbagai pihak ahli-ahli akedemik, civil society, pakar ekonomi, professional dan mantan kakitangan awam dan terus kata "our manifesto is practical and can be implemented to improve and build Malaysia".

Bila orang kata manifesto itu sukar untuk di laksanakan, Pakatan Harapan kata kita berjaya melaksanakannya di Selangor dan di Penang, maka kita yakin ianya boleh di laksanakan di seluruh Negara. Nak Tanya apa yang telah di laksanakan di Selangor dan Penang?????

Youths:-

Tax incentives for employers who pay for PTPTN loans without salary cuts
PTPTN repayments only after earning RM4,000-00 monthly
PTPTN loan write-offs or discounts for excellent or poor students
Reduce broadband prices and increase speeds
Marriage incentives for couples under 35

Price of goods:-

Abolish GST
Depoliticise BRIM
Promote competition to ensure reasonable medicine prices
Abolish tolls in stages
20% royalties for oil producing states
Review monopolies including by Bernas and Astro

Housing:-

Expand first home loans scheme
Take over maintenance cost for low-cost homes
Build one million affordable homes before 2020
Build affordable homes on wakaf (donated) land for Muslim
expand rent to own scheme

PM, CM and MB shall in tenure for two (2) terms only. Masalahnya kalau dapat Putrajaya tapi kalau tak dapat Putrajaya sekiranya kekal Penang, adakah CM akan kekal selama dua penggal atau lebih dua penggal????? Nak suruh letak jawatan pasal kes Jalan Pinhorn pun susah inikan pula pasal manifesto yang bukan perjanjian. Maknanya janji tinggal janji aje. 

Para penganalisa politik berpendapat bahawa Pakatan Harapan tidak melihat kepada situasi ekonomi di masa kini bila membuat manifesto ini. Pakatan Harapan juga tidak melihat keadaan ekonomi dunia yang mana memperlihatkan setiap negara membuat perancangan untuk meningkatkan pendapatannya. Manakala Pakatan Harapan cuba untuk menghapuskan sumber pendapatan negara dengan mencadangkan penghapusan GST kerana ianya kononnya telah menzalimi rakyat. Zaman Tun Mahathir buat projek mega habis "duit GLC" di pertaruhkan tetapi harga barangan tetap naik juga dan gaji kakitangan awam naik RM25 dan RM35 ringgit setahun. Sekarang nak hapuskan GST, mana Pakatan Harapan nak cekau duit untuk buat projek dan pembangunan untuk rakyat dan Negara????? Ingat kerajaan akan hilang RM45 (fokus kutipan GST pada 2018) billion setahun.

Kita boleh buat MRT, ECRL, Pan Borneo Highway dan lain-lain adalah di sebab duit-duit GST dan pendapatan minyak. Cuba bayangkan duit GST 44 billion (2017) campurkan dengan duit minyak 19 billion (2018) sudah jadi 63 billion belum duit-duit sana-sini lagi tetapi kerajaan belanja tahunan berapa setahun????? Takut nanti nak bayar gaji kakitangan awam pun tiada. Mana datangnya duit itu lagi????? Pinjam tapi pinjaman dalam negara. Bila pinjam dalam negara kerajaan kena pusing duit itu. Bagi BRIM, SLIM, KADSIM dan lain-lain bantuan. Bila orang berbelanja atau simpan maka duit itu masuk dalam sistem. Bila masuk dalam sistem pekedai dan/atau bank akan gunakan duit itu balik untuk membeli stock mereka sebagai pekedai dan memberi pinjaman sebagai bank. Kitaran itu akan menjamin bahawa setiap pembelian oleh pekedai mahupun pinjaman bank akan ada GST. Maka duit itu akan masuk ke dalam kantung kerajaan. Bila masuk dalam kantung kerajaan, maka kerajaan akan berikan balik kepada rakyat dalam bentuk BRIM dan lain-lain bantuan. Tak da lah banyak tapi memadailah dari RM500 naik RM1,200 dan mungkin tahun-tahun mendatang akan naik lagi. Kita harus bersyukur kerana kerajaan UMNO/BN masih memegang janji untuk mensejahterakan rakyat dan memajukan negara.

Malangnya kita masih ada Pakitul-pakitul yang menyatakan apa yang kerajaan UMNO/BN buat itu adalah rasuah dan memberi dedak kepada rakyat tetapi akhirnya Pakatan Harapan pula yang akan mengambil insiatif kerajaan UMNO/BN itu tetapi dengan andaian tidak mahu BRIM itu di jadikan alat politik. Masalahnya pernahkah BRIM di jadikan alat politik kerajaan UMNO/BN. Bila kita hendak berikan BRIM kepada rakyat mestilah kerajaan UMNO/BN yang membuat pemakluman dan nyatakan bila-bila BRIM akan di kreditkan. Adakah itu boleh di anggap sebagai alat politik untuk memancing undi????? Gula-gula dalam manifesto Pakatan Harapan pula bukankah satu bentuk alat politik untuk memancing undi juga?????

Inilah orang kata bila kita nampak kesalahan orang lain di seberang laut walaupun sebesar kuman tetapi kesalahan sendiri di depan mata seolah-olah tidak kelihatan langsung walaupun ianya telah berbau macam bangkai gajah.

Semasa PRU13 nak hapuskan PTPTN tetapi sekarang nak bagi kelongaran pula apabila gaji telah mencecah RM4,000-00 baru mula bayar. Ini seolah-olah cuba untuk mengabui mata rakyat kerana apa mekanisme yang akan di gunakan untuk mengetahui bahawa si-polan-sipolan telah mendapat pendapatan RM4,000-00????? Cakap memang senang dan tulis akan kertas bentangkan kepada rakyat tetapi bila nak melaksanakannya mula le cari pelbagai alasan untuk menidakkan apa yang telah di janjikan dalam manifesto Pakatan Harapan sehinggakan sampai ke satu tahap bahawa manifesto bukannya satu perjanjian. Tengok rumah mampu milik di Selangor tidak mampu di bina kerana kerajaan Pakatan Harapan bagi alasan pemaju lambat memohon perancangan. Begitu juga Penang banyak sangat duit kowtim akhirnya rakyat menderita dengan banjir maka terpaksa le talipon TPM minta bantuan walaupun nyawa sudah dihujung tanduk tetapi bila terlepas aje mula le tuduh kerajaan UMNO/BN gagal untuk memberikan warning dan sebagainya. Inilah orang kata jangan lepaskan "anjing tersepit pasti dia akan salak balik pada kita". Dalam perkataan mudah salahkan UMNO/BN yang menghalang dan mensabotaj projek di Selangor dan Penang. Inilah yang terjadi di Selangor apabila ada krisis air yang semakin meruncing sehinggakan aktiviti harian rakyat dan sector perniagaan terjejas teruk. Apabila di tanya salahkan SPLASH dan kerajaan UMNO/BN. Senang jadi pembangkang "tuding jari" bila apa permasalahan dalam negeri pemerintahan mereka. Ini juga yang terjadi dalam kes Terowong Tokong DAP di Penang, salahkan SPRM dan pemimpin-pemimpin UMNO dapat duit "kowtim". Apabila di siasat rupa-rupanya duit kowtim itu adalah kroni-kroni Tokong DAP juga. 

Timbalan Presiden (Wan Azizah) Pakatan Harapan kata Malaysia akan setaraf South Korea, Mohidin pula kata berikan kami "mandate" untuk melaksanakan manifesto Pakatan Harapan PRU14. Tun Mahathir pula kata "the manifesto is only a set of promises for voters to know what we intend to do. But it is useless if we don't win the elections. If Najib wins the elections this time around, it will be the last elections. He will get rid of elections in total". Inilah kata-kata jahat Tun Mahathir yang telah memerintah selama 22 tahun. Mungkin dia masih lupa siapa yang mengubal perlembagaan mengenai kekebalan Raja-Raja Melayu????? Pada ketika itu berapa kah undi UMNO/BN dan siapa yang menguasai Parlimen Malaysia????? Kata-kata fitnah Tun Mahathir amat merbahaya dan cuba untuk memecah belahkan Melayu dengan kaum-kaum yang lain. Mana mungkin Tok Jib akan gubal peruntukkan undang-undang untuk menjadi beliau sebagai diktator tetapi tabiat Tun Mahathir yang bersifat autokratik dan ingat dia sahaja yang betul telah menampakkan betapa Manifesto Pakatan Harapan itu adalah satu mimpi ngeri bagi rakyat Malaysia keseluruhannya. 

Bayaran KWSP untuk suri rumah????? Hapuskan Tol di seluruh Negara tetapi kita kena ingat siapa "The King of Tolls"????? Semasa PRU13 pun janji nak hapuskan Tol tetapi gagal. Siapa yang menghapuskan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor????? Rumah mampu milik 150,000 buah selama 10 tahun memerintah di Selangor dan Penang tak mampu di laksanakan inikan pula 1 juta rumah mampu milik.

Adakah rakyat Malaysia pemakan dedak UMNO/BN yang telah membutakan mata, memekakkan telinga dan menutup mulut rakyat atas kesalahan Tok Jib yang tidak dapat di buktikan oleh Pakatan Harapan. Tun Mahathir kata "Dedak disumbat masuk sehingga tidak boleh bergerak bertutur kata tidak boleh dengar apa-apa pun dan hanya boleh tunduk kepala. Inilah Najib yang Berjaya menjadikan rakyat Malaysia seperti robot yang tidak boleh berkata-kata dan mendengar dan robot juga tidak perlu bernyawa"  

 Akhir kata baca manifesto Pakatan Harapan boleh dan nilaikannya tetapi jangan sekali-kali percaya bak kata perpatah Melayu "yang kita kejar tak dapat yang kita kendong pula berciciran"...Insya Allah UMNO/BN adalah parti yang sentiasa menjaga kemakmuran, keharmonian, kesejahteraan, kemajuan dan keamanan rakyat dan negara Malaysia. Ini telah terbukti selama 61 tahun tetapi Pakatan Harapan selama 10 tahun di Selangor dan Penang apakah buktinya????? #Pakatan dapat Undi Rakyat dapat Baldi. Inilah kerja-kerja Pakatan #DAP dapat Undi Rakyat keluar "duit kowtin". 

Ini buktinya di Selangor permasalahan air terus membelenggu rakyat sehingga tiada penghujungnya. MB Selangor kata "Don't blame state government for water supply disruption...Azmin reiterated that the state government was in the process of taking over Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) which handles the water treatment plant from the federal government...The process (of taking over) hasn't been completed both parties were given until July 2018 to complete the exercise...If it's not our asset how do you expect us to move into those facilities to conduct the maintenance"...Sekiranya kita lihat "SPLASH" is the concessionaire appointed by the Selangor State Government to develop SSP3 on a Build Operate and Transfer (BOT) basis for 30 years begin from 2000". Mantan MB TSKI said that the Selangor government has been accused of not being serious in its bid to take over SPLASH. His successor is more interested on how to pay more than 2.7 billion to the company and not on how to resolve the state's water woe. Hannah Yeoh pula kata "water concessionaire SPLASH must bear the responsibility of its failure to be prepared for emergencies and resulting extended water disruption in the Klang Valley".

Ini bermakna apabila Pakatan ambilalih Selangor maka perjanjian tersebut datang sekali dengan pengambilalihan kerajaan negeri Selangor oleh Pakatan. Ini bermakna kerajaan negeri Selangor yang sedia adalah yang bertanggungjawab untuk menguruskan bahawa gangguan air tidak akan berlaku di sekitar Klang Valley sekiranya berlaku apakah tindakan dan jalan penyelesaian yang akan di ambil. Malangnya sikap kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan pula berlainan sepatutnya kita ambil plan tindakan yang dapat membendung gangguan air yang berpanjang sebaliknya kerajaan negeri Selangor di bawah lebih banyak main politik dengan menyalahkan SPLASH dan yang tidak kena ialah terpalit pula kepada UMNO/BN. Memang betul perjanjian itu ditandatangani oleh UMNO/BN ketika memerintah Selangor tetapi permasalahannya perjanjian itu untuk 30 tahun dan yang mengambilalih negeri Selangor adalah Pakatan, maka adakah wajar kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan menuding jari kepada kerajaan yang dahulu akibat dari kesalahan yang berlaku di zaman kerajaan Pakatan????? Nampaknya kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan tiada pendekatan yang jitu untuk menyelesaikan permasalahan gangguan air di Selangor sebaliknya "sindrom menuding jari" kepada orang lain itu lebih di utamakan dalam erti kata lain kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan lebih banyak "main politik" siang dan malam dari menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Atas kertas memang nampak mudah tetapi apabila cuba untuk melaksanakannya dalam masa 100 hari mula memerintah pasti Pakatan akan menuding jari kepada kerajaan terdahulu. Maka selepas 10 tahun memerintah pun permasalahan itu masih lagi menghantui rakyat dan Pakatan masih tiada jalan penyelesaian bagaimana hendak melaksanakannya. Itulah bayangan mimpi ngeri sekiranya rakyat memilih partai yang lebih banyak "main politik" siang dan malam yang menjanjikan bulan dan bintang "janji-janji populis yang penuh dengan madu dan racun".