TERKINI:-
Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi alasan
berlaku masalah 'silap taip' dalam pengumumannya mengenai kos pembinaan
projek terowong dasar laut beserta tiga rangkaian lebuh raya yang
dirancang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Beliau yang kelihatan kurang senang dengan isu dibangkitkan oleh
Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, H'ng Khoon Leng,
berkata, pihaknya telah memperbetulkan maklumat berkenaan. "Dalam 10 kali, hanya sekali kita tersilap sebut sedangkan sembilan
kali lagi kita menyatakan kos yang betul.
"Jadi saya tidak faham mengapa Khoon Leng hendak memilih kos yang
silap itu dan tindakannya dilihat tidak profesional," katanya dalam
sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Semalam, Khoon Leng mempersoalkan peningkatan kos pakej projek mega
tersebut kerana berdasarkan maklumat daripada portal kerajaan negeri,
jumlah asal yang dinyatakan ialah sebanyak RM4.08 bilion seperti yang
diumumkan sendiri oleh Guan Eng pada September 2011.
SEBELUM ITU:-
15/12/12 – Pasukan bapa dan anak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng
mendahului Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat (CEC) di Kongres DAP ke 16
yang diadakan di Pulau Pinang hari ini. Walaupun sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh cuba dijatuhkan
dalam kepimpinan DAP pusat, namun keputusan pemilihan menyangkal dakwaan
itu apabila beliau mendapat undi ketiga terbanyak, di samping anak
sulungnya, Gobind Singh turut dilantik semula. Penasihat DAP Lim Kit Siang mengutip undi paling banyak iaitu 1,607,
diikuti oleh Guan Eng (1,576) manakala Pengerusi DAP Karpal Singh meraih
1,411.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Ketua
Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy, Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham, Exco
Kerajaan Selangor, Ronie Liu, Adun Kota Raja, M.Manoharan dan Jeff Ooi
(Ahli Parlimen Jelutong) tewas dalam pemilihan DAP hari ini.
Berikut adalah senarai 20 pemimpin yang dilantik sebagai anggota
Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti bagi sesi 2012-2015 pada Kongres DAP
Kebangsaan ke-16.
1. Lim Kit Siang
2. Lim Guan Eng
3. Karpal Singh
4. Chong Chieng Jen
5. Anthony Loke Siew Fook
6. Vincent Wu Him Ven
7. Tan Kok Wai
8. Gobind Singh Deo
9. Tony Pua Kiam Wee
10. Datuk Teng Chang Kim
11. Fong Kui Lun
12. Nga Kor Ming
13. Chong Eng
14. Chow Kon Yeow
15. Liew Chin Tong
16. M. Kula
17. Boo Cheng Hau
18. Teresa Kok Suh Sim
19. Teo Nie Ching
20. Ngeh Koo Ham
2. Lim Guan Eng
3. Karpal Singh
4. Chong Chieng Jen
5. Anthony Loke Siew Fook
6. Vincent Wu Him Ven
7. Tan Kok Wai
8. Gobind Singh Deo
9. Tony Pua Kiam Wee
10. Datuk Teng Chang Kim
11. Fong Kui Lun
12. Nga Kor Ming
13. Chong Eng
14. Chow Kon Yeow
15. Liew Chin Tong
16. M. Kula
17. Boo Cheng Hau
18. Teresa Kok Suh Sim
19. Teo Nie Ching
20. Ngeh Koo Ham
Menurut laporan Antarapos,
semua calon Melayu tewas dalam pemilihan DAP. Mereka adalah Setiausaha
Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari yang hanya
memperolehi 305 undi. Turut kalah adalah Senator Ariffin S.M. Omar yang mendapat 348 undi.
Begitu juga dengan satu-satunya ahli dalam (CEC), Ahmad Ton juga turut
tewas kali ini apabila hanya mampu meraih 347 undi. Calon lain yang tewas ialah Harun Ahmad (28 undi), Solaiman Op Syed
Ibrahim (98 undi) Tengku Zulpuri Shah (121 undi) Zulkifli Mohd Nor (215
undi) dan Roseli Abdul Gani (39 undi).
Keputusan kali ini memberi impak kepada ura-ura DAP mahu melebarkan
parti itu kepada orang Melayu.
Ketika merasmikan kongres DAP pagi tadi, Guan Eng melahirkan hasrat
untuk membangunkan DAP sebagai pilihan orang Melayu yang menurut beliau
semakin berminat menyertai parti itu. Apa yang jelas ialah perwakilan DAP yang rata-rata kaum Cina menolak
calon Melayu untuk menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti itu.
Antarapos
turut melaporkan Lim Kit Siang turut tekejut dengan keputusan
perwakilan menolak semua calon Melayu pada pemilihan parti itu. “Saya tidak gembira juga dengan keputusan tersebut dan sedikit kecewa
sebab (selain) perwakilan Melayu yang tidak menang dan juga ada dari
Sabah dan Sarawak yang tidak menang,” kata Kit Siang kepada pemberita. “Saya rasa kita perlu belajar dan lihat semula keputusan tersebut dan
cuba atasinya semula supaya DAP dapat melihat semula perwakilan yang
dicalonkan,” katanya. Kit Siang menegaskan keputusan itu bukan bererti sifat perkauman
menebal dalam DAP tetapi lebih kepada bilangan calon yang ramai
bertanding.
“Ini bukan bermakna DAP anti-Melayu tetapi kerana hanya ada 20 tempat
kerusi sahaja dan saya rasa ini adalah satu keputusan yang sakit yang
dibuat oleh perwakilan hari ini,” katanya. Selain kesemua calon Melayu tewas, 15 daripada 18 calon kaum India
juga kalah, termasuk Timbalan Menteri Pulau Pinang P.Ramasamy.
KEMUDIAN TIBA-TIBA SELEPAS TIGA MINGGU:-
CUBA perhatikan watak-watak berikut. Siapa Pooi Weng Keong? Lebih
mesra dengan gelaran 'Ah Pooi', dia merupakan ahli yang sangat setia
kepada dinasti Lim. Sudah bersama DAP lebih 10 tahun, 'Ah Pooi' berpendidikan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan dipercayai memiliki perniagaan sendiri. Bagaimana seseorang seperti Weng Keong boleh diberi kepercayaan oleh
parti untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihan Raya DAP?
Siapa di sebalik perlantikan Weng Keong?
Apabila dia meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta ekoran
kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC)
dalam Kongres DAP Kebangsaan pada 16 Disember, siapa yang harus
bertanggungjawab? Adakah Weng Keong sekadar dijadikan 'kambing hitam'
dalam insiden ini? Kedua, Zairil Khir Johari. Bagaimana seorang yang hanya bersama parti
kurang dari tiga tahun mampu berada dalam pimpinan tertinggi DAP?
Mengapa dari kedudukan 39, akhirnya diberi tempat ke-20? Seperti
seolah-olah dirancang.
Bagaimana dia mampu memperoleh undi sebanyak hampir 500 lagi? Kenapa
kesilapan teknikal ini berlaku? Perwakilan DAP tidak begitu mengenali Zairil yang berwajah 'kecinaan'
ini tetapi bagaimana mereka boleh mengundinya sedangkan ramai lagi
pemimpin DAP Melayu yang jauh lebih kanan dan popular. Ketiga, Ahli Parlimen Kepong Tan Seng Giaw yang juga bekas Timbalan
Pengerusi DAP sudah tujuh penggal sebagai ahli Parlimen. Isterinya Oon
Hong Geo (bekas ADUN Taman Aman, Petaling Jaya) pernah meninggalkan DAP
kerana kecewa dengan cara kepimpinan yang tidak 'telus'.
Berikutan 'percaturan' terbaru DAP, perbezaan undi antara Zairil dan
Seng Giaw hanya satu undi sahaja (Seng Giaw memperoleh 802 undi). Jadi, bagaimana Zairil (803 undi) boleh mengalahkan Seng Giaw? Adakah ini juga komplot untuk memastikan Seng Giaw terus terkeluar
politik? Atau juga terdapat ura-ura Lim Guan Eng hendak menggantikan
beliau dengan calon lain. Keempat, Vincent Woo yang awalnya di tangga keenam dengan 1,202 undi,
kini di tangga ke-26 ekoran kiraan baru DAP mengatakan dia hanya
memperoleh 669 undi.
Vincent merupakan pemandu peribadi Penasihat, Lim Kit Siang sejak
beberapa tahun ini. Orang kuat Kit Siang ini sanggup berbuat apa sahaja
demi 'Lim', juga 'berlakon' kalah dalam CEC untuk memastikan Zairil
masuk CEC. Namun DAP 'besar hati' memastikan Vincent kekal dengan
jawatan lamanya. Oleh sebab Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah semakin hampir dan tertekan
dengan gelaran cauvinis, DAP sanggup buat apa sahaja. Ini termasuklah
menguarkan-uarkan mengaku tersilap dalam keputusan pemilihan anggota CEC
parti itu - helah untuk memastikan 'seorang Melayu' terpilih ke dalam
jawatankuasa itu. Inilah SANDIWARA PALAING TERDESAK DAP untuk "mendapatkan'"kembali undi
orang Melayu. DAP sebenarnya sudah muak dengan calon Melayu. DAP
dipercayai masih terpana dengan tindakan bekas Naib Pengerusinya, Tunku
Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berterusan mendedahkan kelemahan dan
keburukan parti itu. Malah dikatakan pemimpin DAP lain turut meluahkan
kemarahan dengan 'adegan' opera terbaru ini.
Ahli DAP dan masyarakat umum yang menyokong DAP turut marah dengan
kesilapan 'teknikal' microsoft Excel dan lakonan Weng Keong meletak
jawatan secara biasa sahaja. Mengapa pula tiba-tiba timbul 'rancangan'
dalam tempoh hampir tiga minggu untuk cuba mendapatkan undi orang Melayu
pada PRU depan. Bukankah DAP berbangga dengan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus
(CAT) khusus di Pulau Pinang. Tetapi kerana mahu 'menelan' sesuatu, Guan
Eng dengan mudah melafazkan: "Saya menerima berita mengenai kesilapan
kiraan undi ini kira-kira dua hari selepas kongres dan atas rasa
tanggungjawab, kami tetap mengumumkan kembali keputusannya walaupun
parti akan mendapat kesan negatif. "Saya sendiri tidak faham bagaimana ia (pengiraan undi) boleh jadi
begitu."
Ini sahajakah yang mampu diungkapkan oleh Guan Eng. Isu ini amat
pelik kerana kesilapan hanya membabitkan dua pemimpin dan bukan kesemua
calon yang terlibat dalam pemilihan berkenaan. Tindakan itu macam ada
niat yang tersirat setelah rakyat mempertikaikan apa nasib wakil Melayu
dalam DAP?
Kalau mahu dikira yang lebih layak 'diberi tempat' dalam kedudukan
ke-20 itu ialah seorang lagi calon Melayu yang mendapat undi tertinggi
iaitu Senator Ariffin S. M. Omar. Dia memperoleh 348 undi, hanya di
tempat ke-37 daripada 63 calon bertanding. Kalau bukan pun Ariffin,
setidak-tidaknya bekas ahli CEC bagi penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang
juga Naib Pengerusi DAP Johor.
Beliau mendapat 327 undi dan berada di tangga ke-38. Tetapi kalau
disingkap luahan hati Ahmad Ton selepas pemilihan Kongres DAP itu tempoh
hari, semua maklum akan kedudukan Melayu dalam parti itu.
Ahmad Ton mengambil contoh dirinya sendiri yang sudah berjuang hampir
36 tahun dalam DAP, namun masih belum mampu mendapat kepercayaan
perwakilan untuk mengundinya.
Nada sama juga diluahkan oleh Dr. Ariffin. Konsep parti berbilang
kaum yang dilaung-laungkan DAP, kata beliau, masih belum diterima
sepenuhnya oleh perwakilan sehingga tiada calon Melayu yang berjaya
menembusi tembok kebal jawatan penting yang didominasi kaum tertentu
dalam parti itu.
Yang pasti, DAP perlu lebih banyak menggunakan slogan 'UBAH' untuk
'mengubah' parti tersebut sebelum cubaan mengubah kerajaan. Malah Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga disaran tampil
'membersihkan' corak pemilihan jawatankuasa CEC DAP sebelum cuba
mengubah sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia ada.
Cubaan untuk mengaburi mata rakyat khususnya orang Melayu selain
mengalihkan 'kemarahan rakyat' Kelantan terhadap kontroversi pelaburan
besar dalam projek pembalakan melibatkan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh
Khoo Ham bersama sepupunya yang juga Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming
seolah-olah berjaya dengan 'drama' pengiraan undi terbaru ini.
Dengan CEC langsung tidak membangkitkan isu ini, kerajaan Pas di
Kelantan juga terselamat daripada terus dihujani pelbagai pelbagai
persoalan. Nga dan Ngeh juga terlepas.
No comments:
Post a Comment