Monday, March 25, 2013

"INJURY TIME"...


Photo: Ayuhh semua rakan rakan Fan Page Admi...Yakinilah BN 
pastikan PRU 13 milik BN...Jom "LIKE"

Kita sekarang sudah masuk di dalam "injury time" untuk YAB PM membuat pengumuman untuk membubarkan Parlimen. Sebelum itu DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendirinya pada 26/3/2013. Kita tidak fikir YAB PM akan membiarkan sahaja DUN Negeri Sembilan bersendirian walaupun "caretaker government" boleh di bentuk untuk menguruskan soal-soal pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan. Kita masih ingat kenyataan YAB PM bahawa kita akan memastikan bahawa setiap transformasi dan agenda kerajaan GTP, ETP dan PTP dapat berjalan dengan lancar dan di terima dan di rasai oleh segenap lapisan rakyat di Malaysia.




Photo: JANJI TERLAKSANA.!!!

ETP 2012

Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita naik daripada RM796.7 (1957) 
kpda RM30,907(2012)

149 Projek sejak 2010 dgn pelaburan RM211.34 bilion

Kutipan cukai tertinggi RM207 bilion(2012)

Sumbangan PNK RM135.64 bilion
Peluang perkerjaaan diwujudkan 400,000

GTP 2012

Pendapatan purata isi rumah bulanan meningkat RM4,025 (2009) kpda 
RM5,000 (2012)

85 KR1M

168 Klinik 1Malaysia

Peruntukan RM52s juta
Baucar Sekolah 1Malaysia
Peruntukan RM97.5 juta
Baucar Buku 1Malaysia

Kadar janayah turun 27% dlm tempoh 2 tahun

Kadar kemiskian menurun 60%(1975) kpda 1.7%

*GTP,ETP beri impak bermakna kpda semua rakyat..

Tdk sampai empat tahun menerajui negara,PM Ds Najib Tun Razak 
membuktikan agenda perubahannya bukan janji kosong atau janji air 
liur..tabur saja..!

*Menerusi agenda perubahan itu sebahagian besar janji kerajaan kpda 
rakyat telah ditunaikan dan memberi impak bermakna kpda seramai mungkin 
rakyat tanpa mengira bangsa,agama mahu pun fahaman politik..

*Perkara itu terkandung dlm kad laporan yg dibentangkan PM..yg 
disifatkan amat baik hasil pelaksaan Program Transformasi (GTP) dan 
Program Tranformasi Ekonomi (ETP).

*Program itu ternyata memberi manfaat dan impak nyata kpda setiap 
lapisan masyarakat spt pelajar,pemandu teksi,pesara,suri 
rumah,guru,tentera,petani,nelayan,orang kurang upaya,ibu tunggal,pesakit
 hinggalah kpda golongan gelandangan.

*Bantuan-bantuan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat benar-benar 
melegakan setiap penerima.

*PM turut mengumumkan BR1M akan diteruskan dan dijadikan sebagai 
inisiatif tahunan.

#Sejahtera Malaysia ku.!!!


Bahtera Barisan Nasional telah di uji dengan berbagai ujian dari hari pertama Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam mendapat kuasa di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan serta Perak walaupun Perak telah kembali kepada Barisan Nasional akibat dari teori katak si katak lompat yang di anjurkan oleh Anwar Ibrahim terpalit kepada dirinya sendiri. Tiga ADUN Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam telah meruntuhkan kerajaan Pakatan si baidap, si gila kuasa dan si pendendam di Perak. Maka terjadilah siri pertempuran "biadap, gila kuasa dan pendendam" yang di taja oleh Pakatan Pembangkang dari gangguan di dalam Sidang DUN sehinggalah kepada berbaring menghalang kereta DYMM Raja Nazrin di panjangkan pula kepada persidangan "DUN bawah Pokok" kemudian di bawa pula kepada permohonan di Mahkamah sehinggalah kepada keputusan Mahkamah Tertinggi di Malaysia mengatakan bahawa MB Barisan Nasional adalah sah. Inilah satu lipatan sejarah krisis kepimpinan Negeri Perak yang tidak kering dengan berbagai "peristiwa sejarah hitam". Sebelum itu Anwar Ibrahim cuba memancing 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menjayakan teori katak si katak lompat. Sehinggakan ahli-ahli Parlimen berlepas ke Taiwan pun di turuti oleh Tian Chuak untuk memujuk 30 ahli-ahli Barisan Nasional lompat ke Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Sesungguhpun begitu teori katak si katak lompat Anwar Ibrahim gagal sebaliknya teori itu telah mengigit dirinya sendiri. Sekarang sekali lagi Perak Darul Ridzuan menjadi perhatian negara apabila Barisan Nasional dan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam sekali lagi akan bertarung untuk merebut kerusi panas MB Perak. Oleh itu si biadap, si gila kuasa dan si pendendam akan melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menyiberkan dan memberikan kenyataan "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta".

DUN Negeri Sembilan akan tamat pada 26/3/2007 secara automatik. Kemungkinan kerajaan "caretaker" akan mengambil alih untuk memastikan tiada sistem pentadbiran Negeri Sembilan tersangkut atau terpaut kerana tiada siapa yang ingin menguruskan "pentadbiran Negeri Sembilan".








MB Negeri Sembilan

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selepas DUN terbubar, beliau dan ahli majlis mesyuarat negerinya (Exco) akan meneruskan tugas sebagai penjaga kerajaan negeri, seperti ditetapkan perlembagaan negeri. Saya akan terus kekal sebagai Menteri Besar, dan bersama saya adalah para Exco, yang akan mengendalikan kerajaan dari hari ke hari. Perlu ada penjaga kerajaan kerana kita perlu membayar gaji dan melihat beberapa perkara sepanjang tempoh itu tanpa penjaga kerajaan, akan adanya anarki,” tambah beliau lagi. Kita tidak risau tentang perkara itu tetapi apa yang kita risau ialah pihak Pakatan si bidap, si gila kuasa dan si pendendam yang cuba "memusingkan pemikiran rakyat" kononnya Barisan Nasional tidak berani untuk membubarkan DUN sehingga terpaksa menunggu sehingga tempoh DUN habis. Kita pulangkan kepada SPR untuk menentukan apa selepas tarikh 26/3/2013. SPR telah menyatakan bahawa SPR akan mengadakan PRU 13 serentak iaitu DUN dan PARLIMEN. Ini bermakna YAB PM akan membubarkan PARLIMEN dalam jangka waktu "seminggu dua ini". Keadaan di Sabah terutamanya di Lahad Datu telah menunjukkan "keseleamatan dan kedaulatan" adalah terjamin dan Timbalan IGP telah memberikan gambaran bahawa sekiranya PRU13 di laksanakan para pengundi di Lahad Datu boleh keluar mengundi dengan "selamat dan aman". Ini juga telah di buktikan oleh YAB PM dengan menyatakan bahawa "darurat" tidak akan di istiharkan di Lahad Datu kemudian di sokong pula oleh Peguam Negara. 

Ianya juga telah menunjukkan bahawa kita sekarang berada di perhentian terakhir sebelum sampai ke destinasi "PRU13". Jelajah Janji Di Tepati sudah berakhir di Kuantan tempoh hari dan YAB PM juga telah umumkan "insentif" untuk kakikatangan GLC dan Badan Berkanun. YAB PM juga telah berusaha keras untuk membawa para pengundi Cina kembali ke pangkuan Barisan Nasional dengan projek tranformasi GTP, ETP dan PTP yang telah di bentangkan di mana ianya telah berjaya mendapat sokongan rakyat yang begitu memberangsangkan sekali. Para pengundi Cina pentingkan pencapaian ekonomi dan projek pembangunan ekonomi. Adakah perancangan ekonomi masa depan kerajaan dan apakah langkah-langkah ekonomi kerajaan dalam mencapai negara maju 2020. Selain itu para pengundi Cina juga telah melihat betapa kerajaan yang sedia ada ini telah berjaya "menjaga keselamatan dan kedaulatan" negara dari di robek dan di terokai oleh pengganas asing. Dalam Operasi Daulat kerajaan telah berjaya mengembalikan "keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan perniagaan" di Lahad Datu dan telah mengembalikan semangat "cintakan negara" kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain faktor YAB PM lebih di percayai dari Anwar Ibrahim. Falsafah orang Cina senang kalau kamu serigala walau macam mana jinak pun kamu akan tetap makan ayam. Maknanya Anwar Ibrahim itu nampak luaran sahaja baik tapi dalamannya Allah [SWT] sahaja yang tahu.

YAB PM tahu bahawa Barisan Nasional tidak boleh dapat 2/3 majoriti tanpa sokongan semua komponen parti di dalam Barisan Nasional. YAB PM tidak boleh terlalu bergantung kepada satu kaum sahaja sedangkan kaum lain di abaikan. YAB PM pernah menyatakan bahawa "Saya bukan PM kepada kaum Melayu sahaja tetapi saya adalah PM kepada semua kaum di Malaysia". Ianya telah terpahat di dalam Perlembagaan Malaysia. Tiada siapa boleh menidakkan perkara tersebut. Itulah uniknya Malaysia. Walaupun kaum Melayu itu majoriti tapi kewujudannya akan tenggelam tanpa sokongan kaum-kaum lain di Malaysia yang berbilang bangsa, agama, kebudayaan dan adat resam. Gagasan 1Malaysia uang di lontarkan oleh YAB PM kepada rakyat Malaysia untuk menanamkan benih-benih "perpaduan dan kekitaan sebagai rakyat Malaysia" sudah menampakkan hasilnya lebih-lebih lagi apabila kejadian pencerobohan pengganas Sulu di bawah Operasi Daulat.

Doktrin DAP cuba untuk membunuh parti MCA di Johor apabila Lim Kit Siang membawa roketnya ke Gelang Patah di Johor meninggalkan Ipoh Timur begitu sahaja. Parti MCA mengelar Lim Kit Siang sebagai pemimpin "Touch N Go" kerana setiap negeri yang beliau pergi ianya akan meninggalkan kesan yang amat negetif iaitu menanamkan semangat kebencian dan penentangan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Lim Kit Siang cuba untuk menunjukkan kepada kaum Cina di Johor kami Doktrin DAP akan menjaga dan membela kamu untuk menentang kerajaan penyelewengan, rasuah dan zalim Barisan Nasional. Parti MCA tidak mampu untuk menentang dan menjaga kebajikan dan hal-ehwal org Cina kerana takut dengan parti UMNO yang di anggap sebagai "Abang". Inilah sentimen yang selalu di mainkan oleh Doktrin DAP dalam setiap kempennya di kawasan kaum Cina.

Hari 26/3/2013 YAB PM telah merasmi LIMA di Langkawi. Hari Rabu adalah hari mesyuarat Kabinet dan hari mengadap DYMM Agung. Anggota keselamatan semua sudah siap sedia dan begitu juga dengan SPR yang sudah siap siaga. Peguam Negara telah di maklumkan. Begitu juga setiap MB dan Ketua Menteri pun sudah di maklumkan. Kita sekarang hanya menunggu loceng di bunyikan sahaja.


The dissolution of Parliament is just days away. That is the indication that Datuk Seri Najib Tun Razak has given and which his aides appear to confirm as they revealed a packed diary for the Prime Minister this month to cover all the bases before the general election is called.
Penuh Calendar YAB PM tarikh mana ni?????



Bubar Parlimen PRU 13

Betapa rapatnya peratus keyakinan Pakatan si biadap, si gila kuas dan si pendendam dalam mengejar impian mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional dan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Walaupun Tun Daim telah menyatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak boleh di percayai dan Sidek Baba rakan seperjuangan Anwar Ibrahim di Yayasan Anda juga telah mengatakan bahawa sekiarnya Anwar Ibrahim betul tidak bersalah dan itu semua konspirasi maka hendaklah Anwar Ibrahim menyaman Tun Mahathir yang telah menerbitkan Buku Doctor in the House yang ada menceritakan kisah-kisah Anwar Ibrahim yang amat damaging sekali. Sesungguhpun begitu, Anwar Ibrahim tidak berani untuk menyaman Tun Mahathir. Kenapa agaknya?????
Kita minat dnegan kebongkakan dan kesombongan Si Tokong Lim Dynasty yang menyatakan bahawa apabila Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam dapat Putrajaya dan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan mengeluarkan arahan semua Airport di Malaysia akan di tutup bagi menghalang perasuah-perasuah dan penyeleweng-penyeleweng dari lari ke luar negara. Itulah betapa tingginya level keyakinan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam.

Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam tahu bahawa Sabah sudah menjadi "api dalam sekam" ataupun "berderai menjadi debu" kepada Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam akibat dari lagu tanya sama pokok yang mendewakan pencerobohan tentera upahan kesultanan sulu palsu si kiram haramjadah telah menyemarakkan kecintaan rakyat Sabah kepada negeri Sabah dan negara Malaysia yang tercinta. Sekarang ini tiada satu pun pemimpin2 Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam dari Semenanjung yang berani ke Sabah untuk melihat akan kejadian sebenar apa yang telah berlaku. Ini mungkin akibat dari kebiadapan dan keceluparan Tin Chauk yang mengatakan segala kejadian di Lahad Datu itu adalah konspirasi dan sandiwara parti UMNO.

Bahtera sudah di lepaskan ke lautan luas untuk melayari dan menempuh gelombang dan arus yang deras. Ianya telah di laksanakan sejak 55 tahun dahulu dan sudah 12 kali Bahtera itu di gunakan untuk melepasi "gelombang dan arus yang deras" untuk membawa balik tangkapan dan hasil laut yang begitu besar bagi di nikmati oleh sekelian rakyat. Sekali lagi ianya telah di lepaskan dan kali ini di Nakhodakan oleh Laksamana Transformasi dan di bantu oleh Panglima-panglima perang yang lain bagi memastikan Bahtera Barisan Nasional yang utuh dan teguh dapat membadai serta membelah gelombang dan arus yang deras untuk membawa "tangkapan ikan dan hasil laut yang lain" bagi di jadikan santapan dan makanan rakyat Malaysia 5 tahun yang mendatang.

Barisan Nasional demi kestabilan, kemakmuran, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan kemajuan...    
Pilihan di jari anda...
























































































No comments:

Post a Comment