Wednesday, March 20, 2013

PRU13 VS KEDAULATAN DAN KESELAMATAN NEGARA...

Operasi Pembersihan oleh PDRM

Operasi Pembersihan oleh PDRM

Pemburuan Pengganas Tentera Upahan Kesultanan Sulu

Snipers Pengganas Tentera Upahan Kesultanan Sulu

Empat gambar di atas menunjukkan situasi yang berbeda dan dalam susana yang amat menakutkan dan amat menguja rakyat Malaysia. Ianya telah di praktikkan sebelum ini iaitu gabungan dan kerjasama antara PDRM dan ATM dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan serta keamanan negara Malaysia. Ianya di kenali sebagai "Project Blue Ocean". Pada ketika kita menulis kesah PRU 13 vs Kedaulatan dan Keselamatan Negara, pasukan keselamatan negara masih bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mencari sampai ke lubang cacing saki baki "pengganas tentera upahan kesultanan sulu". Kita sentiasa mendoakan agar Allah [SWT] melindungi pasukan keselamatan kita dari sebarang malapetaka semasa menjalankan tugas demi untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara kita Malaysia terutamanya Sabah di Bawah Bayu. Apa yang telah di nyatakan oleh YAB PM kita akan memberangsangkan sekelian rakyat Malaysia iaitu "Kita tidak akan menyerahkan seinci pun tanah bumi Malaysia ini kepada sesiapa sahaja untuk di robek dan di ceraikan". Kita akan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan bumi Sabah khasnya dan Malaysia amnya.

Pengganas Tentera Upahan Kesultanan Sulu mati katak


Inilah akibatnya kalau cuba menceroboh negara orang yang berdaulat dan mempunyai segala kelengkapan untuk membenteras "Pengganas" yang cuba memperlekehkan kedaulatan negara dan menghuru-harakan keamanan dan kemakmuran negara dengan mendabik dada "Ini tanah nenak moyang kami. Kami datang untuk menuntut balik hak kami dengan mengangkat senjata dan membunuh anggota pasukan PDRM dengan kejam dan tidak berperikemanusian sekali" telah menyebabkan kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan memerangi "Pengganas" Tentera Upahan Kesultanan Sulu ini habis-habisan. Akhirnya gambar di atas telah membuktikan betapa bak kata pepatah Melayu "jangan di jolok sarang tebuan nanti kamu akan di sengat oleh tebuan". Inilah yang terjadi kepada "Pengganas" Tentera Upahan Kesultanan Sulu iaitu mati katak. Mati yang tidak mendatangkan sebarang faedah mati yang tiada tujuan mati yang memperjuangkan perjuangan songsang dan sesat dalam menuntut hak nenek moyang yang telah di gugurkan dan telah di berikan kepada orang lain tetapi di atas dasar "Kami waris keturunan Kesultanan Sulu ingin menuntut hak kami ke atas Sabah". Kita tidak menyangkakan peristiwa sebegini rupa akan berlaku di zaman moden di mana "waris-waris Kesultanan Sulu" yang telah pupus menggangkat senjata menceroboh perairan Sabah dan menawan Kg. Tanduo di Lahad Datu dengan mengatakan "Ini adalah tanah datu nenek moyang kami".

Kadangkala bila di fikirkan tuntutan "Pengganas" Tentera Upahan Kesultanan Sulu ini nak ketawa pun ada, kita pun tidak mahu memberikan pandangan undang-undang samada tuntutan tersebut sah atau tidak sah sebab perkara itu telah banyak di perkatakan sejak dari tarikh "pencerobohan" Pengganas Tentera Upahan Kesultanan Sulu. Apa yang penting ialah kita ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada "PASUKAN KESELAMATAN" yang telah berjaya membasmikan dan mengembalikan kedaulatan dan keamanan di Kg. Tanduo dan kampung-kampung berdekatan dengannya khasnya dan Lahad Datu amnya.

Jalur Gemilang berkibar di Kg. Tanduo
Pasukan Keselamatan

Pengganas Kesultanan Sulu di hadapkan ke Mahkamah
 
Dalam kekecohan "Pengganas" Tentera Upahan Kesultanan Sulu, negara Malaysia akan menghadapi satu lagi "pertempuran yang di ibaratkan sebagai "the Battle of Putrajaya". Pertembungan untuk mendapatkan Putrajaya itu amat getir sekali antara pihak Barisan Nasional dan pihak Pakatan Si Bidap, Si Gila Kuasa dan Si Pendendam (Pakatan Rakyat).

Setakat ini Pahang Darul Makmur, Melaka Negeri Bersejarah, Johor Darul Takzim, Negeri Sembilan Darul Khusus, Perlis Indera Kayangan, Sabah di Bawah Bayu dan Sarawak Bumi Kenyalang yang kelihatan berawam biru. Selangor Darul Ehsan, Perak Darul Ridzuan, Terengganu Darul Iman dan Kedah Darul Aman masih terdapat tompok-tompok awam "gelap" Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam tapi kedudukan Barisan Nasional agak mantop memandangkan "perubahan" penerimaan para pengundi terhadap projek "Transformasi" Barisan Nasional dan "semangat" juang kedaulatan dan keselamatan negara di Lahad Datu amat memberangsangkan. Penang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan masih samar-samar samada awam biru ataupun awam "gelap" kerana kekuatan masing-masing agak terserlah di negeri-negeri  tersebut. Sungguh pun begitu ianya tidak dapat diterjemahkan dalam sokongan kepada Barisan Nasional selagi tiada bentuk "pengundian" di laksanakan untuk menentukan siapa yang layak memerintah negeri-negeri tersebut.

Ingatan:-

1. Kita pilih parti yang menjamin kestabilan, kemakmuran, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan kemajuan.

atau

2. Kita pilih parti yang menjamin Manifesto itu bukan satu Perjanjian, autaman, pembohongan, fitnah dan dusta serta biadap, gila kuasa dan pendendam.

Pastikan BN terus diterima rakyat Malaysia untuk PRU 13 
ini...Janji ditepati Insyallah BN dan UMNO akan terus berusaha keras 
untuk rakyat Malaysia...
BARISAN NASIONAL OR PAKATAN SI BIADAP, SI GILA KUASA DAN SI PENDENDAM...?????























No comments:

Post a Comment