YAB TPM dan isteri semasa lawatan sambil kerja di KTerengganu |
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengingatkan empat perkara asas yang mesti dijadikan pegangan
oleh semua pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) bagi memastikan
kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Empat perkara itu ialah, mengutamakan perpaduan sesama ahli, calon
berpotensi untuk menang, jangan cipta masalah baharu dan sentiasa bersua
dengan para pengundi di kawasan masing-masing. Menurutnya, ahli BN juga diingat supaya tidak menimbulkan masalah
yang boleh memberikan gambaran berlaku keretakan di dalam parti,
sehingga memberi ruang kepada musuh untuk bertindak. Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, tidak nampak masalah seumpama
itu berlaku dalam parti sehingga membawa kepada perpecahan serius.
Betul kata YAB TPM itu sekarang Pakatan Rakyat hanya menunggu keretakan di dalam struktur Barisan Nasional sahaja terutama selepas senarai calon di umumkan oleh Perdana Menteri nanti. Kita berharap peristiwa hitam di PRU12 2008 tidak akan berulang lagi di mana penyakit "sabotaj" telah menjejaskan keutuhan dan kekuatan Barisan Nasional secara keseluruhannya.
Mohd Syamsul |
Sokongan kepada Barisan Nasional kali ini sungguh membanggakan terutamanya di Kelantan. Kira-kira 10,000 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di
negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam, ustaz muda
dan bekas ahli Pas menyatakan kesediaan mereka untuk bersama UMNO dan
Barisan Nasional (BN) para Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Antara pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama
dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK),
Pendita dan Selamat Tinggal Pas (STP).
Mereka turut mengulangi perisytiharan yang dibuat sebelum ini iaitu
mengundi Pas pada PRU-13 adalah haram dan perjuangan menentang Pas
adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang
merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan
sekularisme. Pertubuhan itu juga menegaskan kerajaan Pas Kelantan bukan sebuah
kerajaan Islam sebenar dan ia wajib ditukar pada PRU-13 nanti.
Tafsiran yang diberikan oleh pemimpin Pas mengenai kerjasama mereka
dengan DAP hanya menunjukkan Pas menjadi
pengikut manakala DAP menjadi imam. Akibat menjadi makmum katanya, Pas sanggup beri apa sahaja kepada
DAP, hatta ribuan hektar tanah di Gua Musang, selain merelakan penjualan
arak secara terbuka di negeri yang mereka perintah, iaitu Selangor,
menyaksikan Exco Pas, Datuk Hasan Ali dipecat kerana mengakibatkan DAP
marah apabila merampas arak yang dijual secara terbuka. "Maknanya, DAP imam Pas menjadi makmum, pak turut, menjadi pengikut
yang mengikut apa sahaja walaupun bercanggah dengan agama, walaupun
terpaksa menggadai akidah, kalimah Allah, mengatakan Nabi seperti
manusia biasa dan sebagainya. "Dia (Pas) sanggup lakukan apa sahaja kerana hendak berpakat dengan
DAP menuju ke Putrajaya, yang jelas hari ini Pas sudah tersasar jauh
daripada matlamat yang sebenar, maka wajib kita bersama UMNO dan BN,
haram kita mengundi Pas pada PRU-13".
Sebelum ini Barisan Nasional menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sokongan pihak pendidik dan ilmuan agama pondok ini di Kelantan. Ini di akui sendiri oleh Tok Pa (Mustapa Mohammed) yang mengatakan mereka ini adalah golongan 14 inci yang tidak boleh di perlekehkan pengaruh dan kekuatan mereka dalam menentukan kemenangan sesuatu parti yang bertanding di Kelantan. Nampaknya program "TUKAR" yang di usahakan dan di gerakkan oleh NGO-NGO pro Barisan Nasional untuk menukar kerajaan PAS di Kelantan akibat kedurjanaan dan kecurangan dalam pentadbiran tanah, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan telah menampakkan hasilnya. Barisan Nasional Kelantan semestinya tidak terlalu yakin dengan sokongan yang di terima setakat ini kerana penentunya adalah pada hari mengundi nanti. Walau bagaimanapun ianya telah membangkitkan semangat NGO-NGO Kelantan pro Barisan Nasional untuk bangkit membawa mesej yang jelas betapa rakyat Kelantan mesti "TUKAR" kerajaan lesu dan tidak bermaya yang banyak mempergunakan Islam untuk kepentingan politik sempit kepada kerajaan yang ingin menyebarkan, menegakkan dan memartabatkan Islam serta membawa pembangunan dan merancakkan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat di Kelantan. Pertembungan dua idealogi yang bertentangan untuk mendapatkan mandat baru dari rakyat Kelantan sentiasa menarik perhatian rakyat Kelantan dan rakyat di luar Kelantan kerana "perbualan politik amat hidup di Kelantan". Kalau di perlihatkan rekod-rekod PRU terdahulu nampaknya PAS mempunyai kelebihan ke atas Barisan Nasional. Selepas 22 tahun memerintah Kelantan tanpa sebarang "pembangunan dan kegiatan ekonomi" adakah rakyat Kelantan akan memberanikan diri untuk meletakkan kepercayaan mereka kepada Barisan Nasional dan membuang PAS yang telah menentukan halal haram dosa pahala dan syurga neraka rakyat Kelantan selama 22 tahun?????
Tun Daim bekas Menteri Kewangan Malaysia meletakkan harapan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 13 nanti. Pada beliau Anwar Ibrahim sudah menjadi lipatan sejarah kerana mempersia-siakan peluang yang telah di perolehi dahulu. Sekarang Anwar Ibrahim ingin peluang kedua dengan gelombang "merakyatkan rakyat" kononnya Pakatan adalah Harapan Rakyat. Beliau bimbang sekiranya Anwar Ibrahim dan Pakatan menerajui Malaysia tanpa kepakaran dalam bidang ekonomi tidak mungkin Anwar Ibrahim dapat melaksanakan polisi yang jitu untuk memacu Malaysia ke arah ekonomi mampan demi mencapai cita-cita status negara maju menjelang 2020. Anwar Ibrahim terpaksa mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar pakar-pakar ekonomi dari dalam dan luar dan setakat ini tiada satu pun idea besar Anwar Ibrahim sebagai punahsihat ekonomi kerajaan Negeri Selangor. Ini di burukkan lagi apabila punahsihat gagal untuk menasihati kerajaan Negeri Selangor supaya menyelesaikan permasalahan air di Negeri Selangor yang telah membantut pelbagai aktiviti ekonomi di Negeri Selangor. Inilah yang mengecewakan rakyat dan pelabur.
Himpunan Rakyat Penang Padang Kota Lama |
Hampir 10,000 rakyat pelbagai kaum di negeri ini
menyertai Himpunan Penyatuan Rakyat membantah pentadbiran kerajaan DAP
Pulau Pinang yang disifatkan gagal menjalankan tanggungjawab sehingga
menyebabkan kehidupan rakyat negeri ini semakin tersepit sejak lima
tahun lalu. Perhimpunan yang berlangsung di Padang Kota Lama di sini hari ini
merupakan kesinambungan daripada beberapa siri bantahan yang diadakan
pelbagai pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri sejak
kebelakangan ini.
Gerakan itu bertujuan menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap
kepemimpinan kerajaan negeri terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Adakah kesombongan dan keangkuhan Si Tokong Lim Dynasty akan tumbang pada PRU13 nanti akibat dari "Projek Dasar Laut" yang kononnya untuk mengurang kesesakan lalulintas di Penang. Si Tokong Lim Dynasty mengatakan bahawa beliau dan DAP sanggup kehilangan pengundi tetapi "Projek Dasar Laut" itu tetap akan di teruskan. Kita nantikan adakah gelombang "Projek Dasar Laut" yang akan menenggelamkan kapal DAP di Penang atau kesombongan dan keangkuhan Si Tokong Lim Dynasty yang akan menumbangkan DAP?????
YAB PM |
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus membandingkan kejayaan Barisan Nasional dengan janji-janji kosong yang ditabur pembangkang selama ini. Beliau yakin rakyat telah dapat melihat kejayaan kerajaan dalam tempoh
empat tahun ini dan meminta mereka memberi mandat baharu kepada kerajaan
Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang untuk melakukan yang lebih baik
buat negara. "Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita
janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH, lima tahun lagi
Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan
Malaysia akan terserlah," katanya.
Sekarang terpulang kepada rakyat untuk menentukannya apabila Parlimen dan DUN negeri-negeri di bubarkan serentak. Siapa yang akan di pilih sebagai pemerintah untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawab sebagai "stakeholder" rakyat lagi lima tahun sebelum 2020 tahun Malaysia menjadi negara maju.
No comments:
Post a Comment