CERAMAH DOKTRIN DAP DI SEREMBAN |
SEREMBAN, 27 MAC: DAP membayangkan
Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas
Pilihan Raya Umum ke-13 nanti memandangkan sokongan yang ditunjukkan
rakyat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti gagal memenuhi
aspirasi mereka menjadi kerajaan yang telus dan berwibawa malahan
terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan amanah negara.
Ketua Parlimen DAP,
Lim Kit Siang menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
sebagai penakut sebab itu rakyat Malaysia berhak memiliki seorang
Perdana Menteri yang berwibawa, berani mempertahankan demokrasi,
kedaulatan rakyat dan negara.
“Adakah ini
bermakna Najib adalah seorang yang ‘takut kalah dan takut mati’? Kita
nak Perdana Menteri yang berani lawan dan berani hidup!”
“Kenapa sampai
sekarang Najib tidak bubar Parlimen? Negeri Sembilan sepatutnya menjadi
negeri pertama pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi tak bubar
lagi,” katanya di hadapan ribuan hadirin di Temiang, malam tadi.
Kit Siang anggap
Najib penakut kerana mencatat rekod sebagai Perdana Menteri paling lama
tidak mendapat mandat rakyat berbanding beberapa Perdana Menteri sebelum
ini.
“Najib guna segala
helah untuk terus jadi Perdana Menteri, dia gunakan artis, jemput Psy
datang ke Pulau Pinang dan Jackie Chan ke Kuantan.
“Kalau di Amerika
artis memperkenalkan calon Presiden pilihan mereka tetapi di Malaysia
Perdana Menteri memperkenalkan artis. Ini sangat memalukan,” katanya.
Kit Siang juga
mengulangi azam PR untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih,
telus dan adil sesuai dengan semangat dan prinsip berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan.
“PR bukan sahaja
mahu menang majoriti dan membentuk kerajaan di Negeri Sembilan tetapi
juga membentuk kerajaan di Putrajaya. Jika kita mahu lihat tsunami
politik sampai ke tahap tertinggi, ia perlu bermula dari Johor dan
merebak ke utara, Sabah dan Sarawak.
“Perubahan yang
kita mahu lakukan ini bukan untuk kita semata-mata. Kita ubah demi masa
depan anak kita, masa depan anak kepada anak kita,”
katanya.
No comments:
Post a Comment