Parti Barisan Nasional telah membentangkan manifestonya kepada rakyat Malaysia untuk jangkamasa lima (5) tahun akan datang. Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO sentiasa konsisten dalam melaksanakan janji-janji manifestonya. Sebaliknya Matifesto Pakatan Harapan adalah ibarat melepaskan batuk di tangga di mana Pakatan Harapan yang di dominasikan oleh Dogtrin Dapigs terpaksa membuat pusingan U dalam polisi yang kononnya mahu di lakukan untuk menyelamatkan negara.
|
Selamatkan Negara dengan Pakatan Harapan? |
Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Dogtrin Dapigs tidak akan mampu mencapai kejayaan merealisasikan matifesto seperti kerajaan BN kereka mereka tidak mempunyai pendirian yang jelas untuk pembangunan rakyat dan negara. Pakatan Harapan cuba untuk mencuri tumpuan rakyat dengan tawaran matifesto yang bersifat populis dan sukar untuk dilaksanakan. Apa yang diutamakan mereka adalah politik dendam dan kebencian yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN. Matifesto Pakatan Harapan untuk menghapuskan GST dan tawaran baru kepada peminjam PTPTN adalah helah untuk memanipulasikan emosi rakyat terutamanya golongan muda.
Matifesto Pakatan Harapan adalah ibarat tin kosong berbunyi bingit namun tiada erti malahan Tun Mahathir mengakui bahawa mereka tidak mampu untuk menunaikan janji yang diucapkan kononnya tidak cukup dana seperti katanya "Kita tidak akan membuat kenyataan yang kita tahu tak boleh tunaikan melihat kepada kedudukan ekonomi semasa negara". Apabila Tun Mahathir di temubual oleh Singapore Sunday Times telah menyatakan bahawa Pakatan Harapan tidak dapat menunaikan semua janjinya. "Kadangkala saya rasa bahawa kita mungkin tidak mampu menunaikan kesemua janji-janji. Parti kami, rakan-rakan gabungan kami, anda tahu mereka sangat sosialis. Mereka suka memberi kepada orang ramai. Saya beritahu mereka ianya tidak boleh ditunaikan. Anda mahu mansuhkan semua tol lebuhraya? Saya kata lihat kita perlu menyelenggara jalan raya. Anda perlu membina lebih banyak jalan. Dari mana anda mahu mendapatkan wang jika anda mahu menyelenggara semua lebuhraya sendiri? Tetapi mereka mahukan populariti jadi mereka lebih gemar memberikan janji".
Dalam satu wawancara lain pula "kita akan menghapuskan tol secara berperingkat-peringkat pula" dipetik Malay Mail. Pakatan Harapan di lihat begitu yakin dengan matifesto tidak akan menjejaskan negara, pakar ekonomi dari Bank Dunia pula menyatakan sebaliknya. Pakar Ekonomi Bank Dunia itu bimbang kerana negara sudah mengutip RM44 billion (2017) menerusi GST apabila di hapuskan, maka Pakatan Harapan terpaksa meningkatkan cukai-cukai lain dan ini akan mengurangkan perbelanjaan atau membuat perbelanjaan defisit. Tindakan ini di sifatkan tindakan kebelakang ekoran SST merupakan sistem lama yang sudahpun ditolak 160 negara lain di dunia dan Malaysia di bawah pimpinan Tun Mahathir sekiranya Pakatan Harapan menang akan menjadi negara pertama membuat pusingan U ini.
Matifesto populis Pakatan Harapan:-
1. Hapus GST
2. PTPTN tangguh sehingga peminjam dapat gaji 4,000-00.
3. Tiada pendidikan percuma.
4. Tol hapus berperingkat-peringkat.
5. BRIM akan di kekalkan.
Pelancaran matifesto Pakatan Harapan di Johor pun tidak dapat menyakinkan rakyat Johor kerana sebahagian daripada Matifesto Pakatan Harapan untuk Johor telah di laksanakan oleh kerajaan UMNO/BN. Manakah inisiatif ataupun kegelojohan Pakatan Harapan nak selamatkan Johor khasnya dan Malaysia amnya?????
Manakala manifesto Barisan Nasional menjanjikan program-program menghebatkan Malaysia untuk masa depan yang lebih cerah dengan mendahulukan rakyat serta pembangunan lebih adil dan menyeluruh dari Perlis hinggalah ke Sabah dan Sarawak. Manifesto bertemakan "Bersama BN Hebatkan Negaraku" menyusun pembangunan yang menyeluruh terutama di kawasan yang dianggap terabai selama berdekad sebelum ini. Terasnya undi BN kelangsungan kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan.
Penghapusan GST bermakna kerajaan kehilangan RM20-25 billion. Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan nak hapuskan tol tetapi Tun Mahathir sudah terbiasa dengan tol. Sekiranya tol di hapuskan berperingkat-peringkat, kita tidak nampak bagaimana Pakatan Harapan nak meningkat kewangan untuk meneruskan BRIM melainkan menaikkan cukai pendapatan dan cukai perniagaan dan cukai korporat. Ini sudah tentu akan mengecilkan perbelanjaan individu dan syarikat. Bila pusingan perbelanjaan kecil tapi harga barangan tidak turun walaupun GST tiada, apa akan jadi kepada rakyat dan negara Malaysia. Sebaliknya manifesto BN, duit GST akan di salurkan dalam bentuk BRIM kepada rakyat. BRIM tambahan untuk kategori berpendapatan RM3,000-00 ke bawah bayaran BRIM Jun-Ogos ditingkatkan kepada RM800 sebelum ini terima RM1,200 setahun jadi RM2,000-00 setahun. Bagi isi rumah berpendapatan RM3000-00 sehingga RM4,000-00 bayaran BRIM Jun-Ogos ditingkatkan kepada 600 sebelum ini terima RM900-00 setahun jadi RM1,500-00 setahun. Kategori baru baharu isi rumah berpendapatan antara RM4,000-00 hingga RM5,000-00 sebulan akan terima bayaran RM700-00 yang dibayar pada Jun dan Ogos ini. Ada pula tambahannya bayaran one-ff sebanyak RM1,500-00 kepada anak-anak penerima BRIM yang berjaya mendaftar di institusi pengajian tinggi. Ini semua boleh dilaksanakan kerana kerajaan mempunyai lebihan dalam kantung QARUN. Macam juga sektor swasta bila syarikat untung, pekerja akan dapat bonus. Ini rakyat Malaysia anggap sebagai bonus 2018 sebab yang dapat pun bukan penyokong-penyokong UMNO/BN sahaja tetapi keseluruhan rakyat Malaysia yang layak.
Cuba bayangkan sekiranya GST di hapuskan, di manakah kerajaan nak korek duit untuk memberikan ganjaran seperti di atas. Jawapannya ialah naikkan cukai-cukai yang ada akhirnya rakyat akan merana sebab duit tak cukup harga barangan tak turun dan pembangunan terpaksa di tangguhkan.
Kerajaan pula terpaksa korek duit dalam rizab, GLC dan mana-mana yang ada dan kemungkinan "projek penswastaan" akan di hidupkan kembali. Rakyat kena game lagi dengan Tun Mahathir. Lu mahu gua jadi saviour maka lu kena ikut cara gua. Sekiranya kita lihat pada perbandingan antara Tok Jib dengan Tun Mahathir nampak perbedaannya di mana Tok Jib lebih tenang tak cepat melatah jika di bandingkan dengan Tun Mahathir. Stail pentadbirannya pun berbeda dan fokusnya juga berbeda serta penglibatan rakyat dalam pembangunan Malaysia juga berbeda.
Kedua pihak telah membentangkan manifesto dan matifestonya, sekarang terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan yang mana seperti kata Tok Jib "This election cannot be described as a personal choice. This election is not about Najib versus the Opposition leader. This election is not about BN versus the Opposition. The main thing is which side can provide a better life for you, your family, your children and your grand children as well as their future".