Friday, May 4, 2018

APAKAH DRAMA PRU14...

Semasa PRU13 drama screw Melayu dan/atau dapatkan undi Melayu telah di laksanakan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat pada PRU14 kelibat PAS sudah tiada. Maka DAP perlukan pemain-pemain baru untuk discrewkan dan di jadikan kuda untuk mendapatkan undi orang-orang Melayu. Bila Tun Mahathir aka Mahakitol datang untuk memasukki Pakatan Harapan, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan menerimanya dengan "dulang yang luas" walaupun pada hakikatnya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah berjuang bermati-matian sampai ada yang di penjarakan di bawah ISA dan lebam matanya. Kesemua kesalahan Tun Mahathir yang lalu di ampunkan dan Tun Mahathir telah di anggap sesuci-sucinya dalam Pakatan Harapan.

Pemimpin-pemimpin DAP melihat inilah masanya untuk membuat propaganda baru yang kononnya "tsunami Melayu" akan berlaku kerana bekas PM selama 22 tahun dan bekas Presiden UMNO ada bersama-sama dengan Pakatan Harapan.

Kita baruakan Tun Mahathir
 
Perancangan DAP amat licik kerana DAP tahu orang-orang Melayu tidak akan mengundi DAP. DAP sanggup ketepikan sentimen penyokongnya yang membantah penggunaan logo PKR sebagai logo PRU14.

Barua pun Barualah janji Najib dan UMNO/BN jatuh

Semasa PRU13 DAP gagal untuk mencipta "UBAH dan INIKALILAH" kerana orang Melayu tidak mahu bersama-sama Pakatan Rakyat pada ketika itu walaupun kekuatan Pakatan Rakyat pada PRU13 lebih teguh dan kukuh dengan kehadiran Anwarisme dan PAS. Malangnya mereka gagal untuk menyakinkan orang-orang Melayu di pinggir bandar dan di luar bandar untuk mengundi DAP, PKR mahupun PAS. Sungguhpun DAP mendapat jumlah pengundian kaum Cina terbesar dalam sejarah PRU di Malaysia semasa PRU13 terutamanya di kawasan bandar dan majoriti kaum Cina tetapi ianya tidak dapat memberikan kelebihan kepada DAP untuk menjadi peneraju kepada Pakatan Rakyat di Putrajaya.

Pada PRU14 perebutan Putrajaya itu lebih menarik apabila orang-orang pencen Menteri dan UMNO mula menyebelahi Tun Mahathir aka Mahakitol. Ini diperlihatkan dalam penglibatan Daim yang menyatakan GST itu zalim, Rafidah yang menyatakan kontraktor sekarang perlu di tukar dan Rai Yatim yang sedang cuba untuk membakar jambatannya. Berita terkini Daim dan Rafidah telah menyertai perhimpunan Pakatan Harapan di Melaka dan berceramah untuk menjatuhkan Tok Jib dan UMNO/BN sedangkan mereka adalah ahli UMNO. Pihak tertinggi UMNO perlu mengambil tindakan segera yang tanpa prejudis kepada ahli-ahli di akar umbi yang akan di ambil tindakan segera sekiranya berlaku pengkhianatan terhadap UMNO semasa PRU berlangsung. Ini kita nanti tindakan UMNO seterusnya.

Langkah Kajang yang mana telah membawa kepada pemecatan TSKI

Langkah Kajang telah memporak perandakan PKR kerana Anwar dan Wan Azizah cuba untuk memecat TSKI daripada jawatan MB Selangor. Percaturannya selepas Anwar dikenakan hukuman liwat selama 5 tahun, ADUN Kajang di minta untuk meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar bertanding bagi membolehkan beliau untuk menjadi MB Selangor tetapi perkara tersebut tidak berlaku sebaliknya isteri Anwar, Wan Azizah yang bertanding dan menang. Semasa percaturan untuk melantik MB baru telah berlaku krisis antara PKR dan Istana kerana Istana Selangor tidak mahu perempuan sebagai MB Selangor seperti dalam Perlembagaan Negeri Selangor. Akhirnya sorong tarik, PKR terpaksa meletakkan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor. Maka meloponglah Anwar dan isteri serta konco-konconya yang mengharapkan sesuatu daripada Langkah Kajang.

Memang terdapat dua team dalam PKR, satu Azmin Ali dan satu lagi team Langkah Kajang. Semasa senarai terakhir di bawa untuk pengesahan Wan Azizah selaku Presiden PKR telah berlaku apa yang di katakanan "cantas mencantas" calon-calon PKR di Selangor sehinggakan tak tahu siapa yang akan bertanding pada 28/4/2018 (hari penamaan calon). Sekarang PKR bergembira kerana musuh ketat mereka selama ini sudah ada dalam tangan PKR iaitu Tun Mahathir yang bakal menjadi PM dan Wan Azizah akan menjadi TPM sementara. Malangnya Tun Mahathir pada mula kata untuk dua (2) tahun sahaja tetapi selepas itu kata mungkin akan mengambil masa yang lama sikit untuk membetulkan keadaan.


Kemungkinan sekiranya Pakatan Harapan dapat (Insya Allah tidak akan dapat) Putrajaya maka perebutan jawatan PM itu pasti akan terjadi seperti mana terjadinya Langkah Kajang. Barang di ingat bahawa kononnya Anwar akan keluar penjara sekitar Jun dan/atau Julai 2018. Kemungkinan perebutan tersebut berlaku adalah amat besar sekali dan ini sudah pasti akan menjejaskan kestabilan, keamanan, kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Kita mesti berfikiran jauh ke hadapan untuk melihat kerosakkan yang bakal akan berlaku sekiranya Pakatan Harapan dapat Putrajaya. Di Selangor dan Pulau Pinang betapa banyak kerosakkan yang telah di laksanakan oleh PKR dan DAP. Di Selangor tiada rumah mampu milik di laksanakan kerana aktiviti PKNS dan GLC negeri Selangor telah di ubah untuk memenuhi tuntutan politik PKR. Begitu juga krisis air di Selangor tidak boleh di selesaikan kerana politicking PKR. Permasalahan Tanah Ijok sampai ke hari ini tiada kata putus ke mana perginya duit baki penjualan tersebut. Cerita pong-pang kononnya PKR telah melaksanakan pelbagai agenda untuk kesejahteraan rakyat tetapi hakikatnya tiada kerana politicking 24 jam Azmin Ali. Kalau kita baca Selangorkini wah main di progandakan kerajaan PKR telah ini dan itu tetapi hakikatnya sekiranya kita pergi tengok sendiri tiada pun. Berapa lama lagi boleh bertahan dengan agenda pembohongan kerajaan PKR Selangor????? Di Pulau Pinang banjir besar, pembinaan perumahan mewah di lereng bukit, duit kowtim telewong Tokong, duit sogokan untuk mendapatkan rumah kos rendah, pembelian bunglow jalan pinhorn dan lain-lain lagi. Kemungkinan Dogtrin Dapigs akan di jatuhkan adalah amat besar sekali kerana kita tidak boleh baca "pola pemikiran rakyat senyap sunyi" hanya menantikan 9/5/2018 sahaja.

Sekarang kita tunggu DRAMA (Daim, Rafidah, Anwar, Mahathir, Azizah) nak buat apa lagi selepas ini. Tun Mahathir hina kematian dalam kejadian Memali, Mokhzani hina penerima BRIM, Rafidah suruh tukar kontraktor kononnya kontraktor sekarang tidak secekap bossnya dulu Tun Mahathir, Daim kata GST zalim, Anwar dalam penjara, Azizah ikut aje sahaja gelagat Tun Mahathir. Nampaknya Tun Mahathir & Co tidak puashati atau iri hati terhadap Tok Jib dan UMNO/BN, maka segala punca penentangan di laksanakan hanya untuk buang Tok Jib daripada UMNO/BN. Daim ramal Kedah dan Perak jatuh kerana sebelum ini ramalan Daim pada PRU12 dan PRU13 adalah tepat. Kemungkinan itu adalah kebetulan sahaja kerana kita boleh meramal sekiranya Allah (SWT) tidak mengizinkan ramalan kita itu dan Allah (SWT) menyatakan sebaliknya, maka kita mesti akur dengan ketentuan Allah (SWT) kerana Allah (SWT) adalah pemerintah di Langat dan di bumi. Tiada pemerintah yang Mahakuasa, Mahabijaksana dan Mahaadil selain daripada Allah (SWT).







No comments:

Post a Comment