Thursday, May 10, 2018

PRU 14...tahniah PH...


Gambar ini akan menjelaskan segala-galanya

Keputusan telah kita ketahui bahawa BN hanya memperolehi 79 kerusi dan Pakatan Harapan yang bertanding atas tiket Partai Kencing Rakyat telah memperolehi 113 (Dogtrin Dapigs, Partai Kencing Rakyat, Amanah dan Partai Pecah Belah Melayu). Rakyat telah membuat pilihan dan setiap rakyat Malaysia yang berbilang bangsa mesti menghormati kehendak rakyat. Itulah uniknya demokrasi berparlimen di Malaysia.

Persekutuan (Putrajaya) - PH
Perlis (BN)
Kedah (PH/PAS/BN)
Perak (BN/PH/PAS)
Selangor (PH)
Negeri Sembilan (PH)
Melaka (PH)
Johor (PH)
Pahang (BN)
Terengganu (PAS)
Kelantan (PAS)
Sabah (BN)
Sarawak (BN)

Tun Mahathir telah di lantik semula sebagai Perdana Menteri PH yang pertama dan Perdana Menteri ke 7 Malaysia untuk kali yang kedua pada 10/5/2018.  Maka bermula era Mahathirisme semula dengan MB baru di Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu. Kita doakan semoga Malaysia akan aman dan makmur di bawah pemerintahan PH. Kita nantikan kebangkitan "King Homo" dari tidur.

Ini lipatan sejarah Malaysia kerana Tun Mahathir yang mengetuai PH telah Berjaya menumbangkan legasi pemerintahan UMNO/BN yang mana Tun Mahathir juga yang telah memacu UMNO/BN selama 22 tahun. Kita tidak nafikan jasa-jasa beliau tetapi apa yang di lakukan sekarang telah melangkaui "kotak pemikiran orang Melayu yang terpesona dengan janji-janji manifesto PH". Inilah orang kata tangan yang menghulurkan itu tidak semestinya di hargai oleh tangan yang menerima bantuan kerana masing-masing mempunyai "agenda dan perancangan" masing-masing. 

Ini perancangan Allah (SWT) sebab Allah (SWT) adalah pemerintah di langit dan bumi. Mungkin hikmahnya Allah (SWT) hendak memperlihat kepada kita rakyat Malaysia PH memerintah dalam bentuk, cara dan gaya yang sejajar dengan perancangan dan wawasan untuk memartabatkan Islam dan memajukan Negara seperti yang di aur-aurkan oleh Tun Mahathir yang mana "Cash is no more King" dan "the heads of certain departments must fall. We find that some people are aiding and abetting the former prime minister who was described by the world as "kleptocrat". Seterusnya Tun Mahathir berkata "Pakatan led Federal Government would review previous charges on political leaders as some of these charges have been politically motivated. We need to look if there is a case. If there is no case, we want to see how we can look at these cases based on the laws of the country" dan "the new administration would review laws that are oppressive and unfair".

Ini perkara yang akan di nanti-nanti oleh rakyat Malaysia yang berpegang kepada "rule of law & human rights & freedom of speech & freedom of religion & freedom of assembly" dan sebagainya.



    

No comments:

Post a Comment