Saturday, December 25, 2010

Janji 100 hari reformasi Pakatan Rakyat dapat Putrjaya. Kita takut janji tinggal janji contoh sudah ada....adakah rakyat akan termakan umpam Pakatan Rakyat kali ini?

Inilah janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga 100 hari reformasi. Kita takut janji hanya tinggal janji sahaja yang terseksa ialah rakyat.

Pelihara aib orang lain: Ini adalah nukilan Mufti Perak Darul Ridzuan yang luas pengalaman dan ilmuan dalam bidang keagamaan. Ini adalah suatu nukilan yang harus dan mesti di baca oleh kita untuk di jadikan rujukan dan iktibar supaya kita tidak akan membuat, mengulangi dan menjadikan bahan-bahan seperti fitnah, pembohongan, mencela, mencemuh, pra sangka buruk dan mencari kesalahan orang lain sebagai makan ruji kita bagi membunuh dan menjahanamkan saudara seagama dengan kita. Buat apa kita menang sorak kalau kampung tergadai....

SEJENAK merenung di dada akhbar mahupun coretan di laman sesawang, membuatkan saya beristighfar panjang bila menyelusuri bahan berita, coretan mahupun komentar dari pihak yang rata-ratanya agak kritis dan kadangkala memualkan.

Setiap bahan berita, coretan dan komentar lebih banyak menyentuh hal-hal bersangkutan diri seseorang yang bukan sahaja boleh menjatuhkan maruahnya, malah lebih dari itu sehingga menghinakan diri dan keluarganya.

Adakalanya komentar dan catatan yang dipaparkan sarat dengan fitnah, umpatan dan cacian daripada sesuatu pernyataan yang membina. Saya menyedari hakikat umat Melayu ini yang pandai berbahasa dan berkias, namun sejak mutakhir ini gaya bahasanya sudah tidak berlapik dan beralas lantas menerjah maruah diri seseorang sehingga menusuk ke tulang putihnya.

Malah, bukan sekadar menerusi penulisan, pelbagai medium digunakan termasuklah menggunakan kehebatan berkata-kata, berpidato dan berjenaka bagi menyampaikan hasrat menjatuhkan maruah dan membuka keaiban orang lain. Apakah kita sudah lupa pesanan agung Rasullullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad dari Anas Ibnu Malik r.a, bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Tidak akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan tidak lurus hatinya, hingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.”

Anggota lidah seperti mana yang telah disebutkan oleh Imam Al-Ghazali adalah antara sebesar nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan lidah kita berzikir, tilawah Al-Quran dan berkata-kata dengan perkataan yang baik. Menerusi lidah juga dakwah Islam disebar siarkan di serata alam, dengannya juga terlaksana proses saling ingat-mengingati antara satu sama lain supaya hati sentiasa dekat dengan Allah dan Rasul-Nya.

Namun sebesar nikmat itu, maka besar juga tanggungjawab untuk menjaganya. Dengan lidah jugalah manusia boleh terjerumus ke dalam kehancuran, malah boleh mengundang ke lembah neraka Allah SWT. Hal ini mengingatkan saya bahawa Al Marhum Said Hawwa pernah menyatakan besarnya bahaya lidah hingga tiada siapa yang mampu selamat darinya kecuali dengan diam. Bertepatan dengan apa yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Imam Al Bukhari dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa beriman dengan Allah dan hari qiamat, maka berkatalah yang baik atau pun berdiam saja.”

Teringat saya bagaimana sejarah menaqalkan bahawa Saidina Abu Bakar r.a pernah satu ketika meletakkan batu kerikil di mulutnya, semata-mata mencegah dirinya dari berbicara.

Lalu ditanya mengapa beliau berkelakuan begitu, ia menunjukkan kepada lidahnya seraya berkata, “Inilah yang menjerumuskan aku ke dalam kehancuran.” Al Imam Al Bukhari meriwayatkan dari Sahl bin Sa‘ad bahwa Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Siapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara janggutnya dan dua pahanya maka aku menjamin untuknya syurga.” Dalam hal ini juga, apakah umat Melayu sudah lupa pepatah yang berbunyi “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.”

Bahaya fitnah

Al-Quran yang diturunkan Allah SWT sebagai manual yang memandu hidup manusia telah mencatatkan bahawa di dalam surah Al-Hujurat ayat 12, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu mengumpat setengah yang yang lain. Adakah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” Imam Al-Qurtubi ketika membahaskan ayat di atas menukilkan sebuah hadis tentang erti ghibah (mengumpat) seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Mengumpat itu adalah anda menyebut perihal saudaramu dengan suatu yang di bencinya.”

Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dari Al-Barra beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami hingga terdengar oleh kaum wanita di rumah-rumah mereka. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak beriman dengan hatinya, janganlah kalian mengumpat orang-orang muslim dan mencari keaibannya. Sesungguhnya orang yang mencari-cari keaiban saudaranya, maka Allah akan mencari-cari keaibannya. Dan siapa yang keaibannya di cari-cari Allah, maka pasti Allah akan membongkarnya di tengah rumahnya.”

Biarpun sekian banyaknya peringatan al-Quran dan hadis tentang telatah buruk ini, namun umat ini seakan-akan tidak pernah mendengar dan mengambil tahu. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya masyarakat kita dipenuhi dengan tingkahlaku yang “jelek” ini, dipenuhi saban hari dengan sikap fitnah memfitnah dan mencerca sesama kita. Hanya ilmu dan penghayatannya sahaja mampu mengekang penularan sikap keji ini sepert imana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Umamah dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Akan muncul berbagai fitnah, di pagi hari seseorang dalam keadaan mukmin lalu kafir di petang harinya, kecuali orang yang dihidupkan Allah dengan ilmu.”

Tentang keburukan orang lain.

Seringkali kita mendengar pihak-pihak beralasan dengan menyatakan “Saya tidak mengumpat atau memfitnahnya, saya berkata yang benar! Saya punya bukti itu dan ini!. Pernyataan yang seolah-olah ingin menghalalkan perbuatan mereka. Al Marhum Sa‘id Hawa menyebutkan bahawa Al-Hassan berkata yang bermaksud, “Mengatakan tentang hal orang lain itu terbahagi kepada tiga : (1) ghibah : iaitu kamu menyatakan apa yang ada pada dirinya; (2) buhtan :iaitu kamu menyatakan apa yang tiada pada dirinya; (3) ifkun : iaitu kamu menyatakan apa yang kamu dengar tentang dirinya.”

Biar dalam situasi apapun, menyembunyikan kelemahan dan keaiban seseorang adalah lebih utama dari menzahirkannya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah taala akan menutup keaibaannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah taala sentiasa menolong seseorang hamba, selama dia menolong hambanya.”

Walau bagaimanapun, Imam Al Ghazali menyebut bahawa menyatakan keburukan seseorang dibenarkan di dalam beberapa keadaan yang diperlukan sahaja dengan syarat yang tertentu. Antaranya seperti aduan seorang yang dizalimi oleh seorang yang lain kepada seorang hakim, meminta suatu hukum dalam satu perbuatan atau perkara, berniat untuk memberi peringatan kepada masyarakat atas seseorang yang terang-terangan dan bermegah-megah dengan melakukan maksiat dan beberapa perkara lain.

Politik, umpat dan fitnah

Akhir-akhir ini, politik, umpat dan fitnah seolah-olah suatu perkataan yang tidak mungkin dipisahkan. Baik pihak manapun, ia seolah-olah dibolehkan dengan beralaskan hujah-hujah yang tertentu. Segala keburukan pihak lawan didedahkan untuk pengetahuan umum. Lebih mendukacitakan, saya melihat medium penting bagi membincangkan isu dan kebajikan rakyat seperti sidang Dewan Rakyat dan sidang DUN hari ini sudah menjadi medan umpatan, tuduh-menuduh dan fitnah memfitnah berkait dengan isu-isu peribadi. Apakah kita tidak menyedari betapa terlalu banyak masa dan ruang telah kita habiskan bagi memenuhi selera buruk ini, sedangkan di hadapan kita terlalu banyak isu dan perkara yang perlu dilangsaikan. Apabila ini terjadi, fokus utama ke arah mengutamakan kepentingan rakyat terpaksa dikesampingkan bagi memberi ruang menjawab tohmahan dan fitnah yang dilemparkan.

Ledakan ICT

Ledakan sumber maklumat pada abad ke-21 ini menyaksikan era baru dunia maklumat. Menerusi e-mel, SMS, blog, facebook, twitter dan sekarang era wikileaks, maklumat disampaikan dengan begitu mudah dan pantas. Kebebasan bersuara dalam menyampaikan kritikan, penyebaran maklumat kontroversi mahupun khabar-khabar angin menjadikan dunia maklumat ICT berjaya menarik jutaan penggemar. Menurut sumber internetworldstats.com menyatakan bahawa pengguna Internet hari ini sudah mencapai 1.9 billion dan Asia sahaja mencapai 110 juta pengguna.

Manakala pengguna facebook di Asia sudah mencapai 93.5 juta. Namun apa yang merisaukan saya hari ini, kecanggihan memindah maklumat hari ini telah dicemari dengan medan menabur fitnah dan umpatan. Adakah ini termasuk dalam apa yang kita bincangkan di atas. Imam Al-Ghazali menyatakan mengumpat itu sebenarnya bukanlah semata-mata dengan lidah, namun merangkumi isyarat-isyarat dan tulisan. Tidak keberatan saya katakan bahawa penggunaan medium ini bukan lagi semata-mata menyebarkan berita mahupun maklumat yang bermanfaat, tetapi terselit agenda-agenda tersembunyi yang didokongi oleh mereka yang punya niat untuk membobrokkan orang lain.

Jika amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan ia ke dalam neraka.”

Maruah manusia terlalu berharga hingga menyebabkan setiap manusia perlu memeliharanya. Kemakmuran beragama, bermasyarakat dan bernegara sukar dikecapi melainkan setiap warga menghormati antara satu sama lain.

Tuesday, December 21, 2010

Muslim Gay: Kita bawakan cerita di zaman Nabi Lut A.S. ada Kaum Sadum yang diibaratkan sebagai masyarakat yg rendah dan sangat hina moralnya rosak mental tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusian yang bertamadun. Maksiat yg paling menonjol yang menjadi ciri khas masyarakat Sadum adalah perbuatan homoseksual (liwat) di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran yg menjijikkan ini bermaharajalela di dalam masyarakat Sadum sehingga sudah menjadi adat, tradisi dan kebudayaan kaum itu. Nabi Lut A.S. berdoa kepada Allah (SWT) setelah semua dakwah dan nasihatnya tidak dapat menambat dan didengari oleh kaum Sadum menurunkan bala ke atas kaum Sadum sebagai pengajaran berupa azab di dunia sebelum seksa yang kekal menanti mereka di akhirat kelak. Allah (SWT) telah mengutus tiga (3) org malaikat menyamar sebagai pemuda yang tampan dan kacak yang menjadi tetamu kepada Nabi Lut A.S. Nabi Lut A.S. cuba merahsiakan kunjungan pemuda-pemuda tersebut tetapi kaum Sadum telah mengetahuinya maka mereka telah menyerang rumah Nabi Lut A.S. untuk merampas pemuda-pemuda itu utk di jadikan ulam homoseksual mereka. Surah Hud ayat 77-83 ada menceritakan akan kejadian tersebut. Akhirnya kaum Sadum di binasakan oleh Allah (SWT) dengan mendahului suatu gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin dan puting beliung kencang serta menebalikkan kota Sadum sehingga hancur dengan di hujani oleh batu-batu sijjil yang berasal dari Neraka Jahim. Nabi Lut A.S. dan keluarga selamat kecuali isterinya yang membantah akan ajakan beriman kpd Allah (SWT). Surah Al-Qamar 33-40 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? Ingatlah jangan kita sampai satu hari nanti jadi macam kaum Sadum di zaman Nabi Lut A.S. Bunga-bunga sudah nampak kalau tidak di bendung ianya akan menular seperti barah yang cepat merebak yg akan merosakkan segala-gala yang telah di tentukan oleh Allah (SWT). Maka kita nantikanlah sahaja azab dan bala yg akan menimpa kita org Islam di Malaysia.


Azwan - I'm gay, I'm OK
KUALA LUMPUR - A Muslim gay man in Malaysia says he fears for his safety after speaking about his sexuality in an Internet video that attracted online death threats and accusations by religious authorities that he is insulting Islam.

Azwan Ismail told The Associated Press in a telephone interview Tuesday he was taking safety precautions following fierce criticism in this conservative, Muslim-majority country over his clip, which has been viewed more than 140,000 times on YouTube in just six days.

The segment, titled "I'm Gay, I'm OK," features the 32-year-old engineer encouraging other gay Malaysians to be confident in themselves. It is part of a series of interviews posted online by gay rights activists since last week, but Azwan has attracted heavy attention because he is the only one from Malaysia's ethnic Malay Muslim majority so far.

"I don't know what to expect next," Azwan said Tuesday in his first comments to the media after his nearly three-minute clip was posted Dec. 15. Other gay Malaysians featured in the "Independent Sexuality" video campaign so far are mainly ethnic Chinese non-Muslims, who generally face less of a public stigma about homosexuality.

Azwan said he has tried to avoid going out alone or lingering at public places after a few of the 3,000 people who commented on his video issued death threats and many others rebuked him. He has also made his personal details more private on social media websites. Although Azwan's face appears clearly in the video, he declined to be photographed for the AP interview.

Malaysia's Cabinet minister for Islamic affairs, Jamil Khir Baharom, voiced concerns over the weekend that gay activists were trying to promote homosexuality. He said officials might take "appropriate action to prevent this from spreading because it would hurt Islam's image."

Harussani Zakaria, one of Malaysia's top Islamic clerics, reportedly said Azwan should have not made such an open declaration that "derided his own dignity and Islam in general."

In the clip, Azwan said it was tough being gay in Malaysia because "religious and cultural factors have defined our lives, telling us who we can be and who we can't."

Azwan did not break any obvious laws by talking in the video, but he said his lawyer friend was checking whether other legal action could be taken against him. Sodomy is punishable by 20 years in prison, though the law is only occasionally enforced. Some states impose fines or jail terms for gay-related actions such as cross-dressing in public.

The video series is inspired by the similar "It Gets Better Project" started in the United States in October in response to a string of gay youth suicides. Several more Malay Muslims are expected to speak in upcoming clips, which are meant to tell young gay Malaysians not to despair about their future.

"My intention was not to insult Islam," Azwan told the AP. "I just wanted to represent gay Malays in this project. I hope these videos will help to create a more open society and more discussion."

Azwan, who has a boyfriend, said he started confiding in others about his sexuality five years ago. He added that he has not broached the subject with his parents, but his brother asked him about it after news of the video surfaced.

Monday, December 20, 2010

Janji-janji PRU 12 tidak tertunai kini jaja janji baru: Program 100 hari reformasi Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia. Kita pelik PR nak ajak rakyat ubah sekarang dari mana ke mana. Kalau dr BN kpd PR jawabnya rakyat akan telangkup dan di perbodohkan spr sekarang yang banyak melaksanakan agenda fitnah dan pembohongan terhadap rakyat adalah pemimpin-pemimpin PR. Sekiranya BN itu mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi dan menindas serta memperorak perandakan rakyat maka kita sendiri akan melaksanakan agenda tumbangkan kerajaan BN tetapi sekarang BN ingin mengajak rakyat dalam konsep 1 Malaysia bersama-sama memajukan negera hidup dlm suasana harmoni hormat menghormati antara agama, kaum dan budaya. Apa yang kita perlukan ialah kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan, keadilan dan kepatuhan kepada prinsip undang-undang bukannya penentang undang-undang, kestabilan, demo jalanan, demo parlimen dan anti kemakmuran dan kesejahteraan. Kalau kita pilih PR maka apa yang terjadi di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan terjadi kepada Malaysia. Di Selangor pasal isu air telah menjadi hangat kerana kegagalan MB Selangor menyelesaikannya di meja rundingan sampai adakan demo di Masjid Negara dan sekitar KL, di Kedah isu bantuan banjir sampai MB Kedah melenting, di Pulau Pinang KM Menteri yg sombong dan bongkak dan anti Melayu menindas rakyat berbagai kaum untuk kepentingan politik puaknya Monyet DAP, di Kelantan 20 tahun memerintah tiada sebarang berubahan. Adakah ini yang kita nak ubah sekarang? Selamatkan Malaysia drp siapa? Adakah kita nak Selamatkan Malaysia drp BN atau PR. Natijahnya kita mesti Selamatkan Malaysia drp PR kerana dengan agenda fitnah dan pembohongan yg terancangan di laksanakan oleh PR dalam dan luar negara dengan penglibatan pemimpin-pemimpin luar maka rakyat harus ingat kita tidak ingin rakyat dan negara di perjudikan sebegitu rupa sehinggakan anak-anak kita ataupun cucu-cucu kita akan merempat di tempat sendiri. Ingat di mana bumi di pijak di situlah langit di junjung. Kalau kita pijak bumi Malaysia makna BN lah kita junjung unless BN tak berubah dalam dasar perjuangannya dan pemimpin-pemimpin tak ingin untuk berubah. Maka rakyat patut menyedarkan pemimpin-pemimpin BN untuk berubah kalau tidak kita rakyat akan ubah BN menjadi spt LDP......

 

http://ntvirus.files.wordpress.com/2008/07/pakatan-rakyat.jpg?w=450&h=300
Mana janji-janji PRU 12 yg tidak tertunai tapi kini jaja janji baru kecuali Si Nizar Kuda Kepang sudah gugur sbg MB sombong, angkuh dan gila talak.

PAKATAN pembangkang yang terdiri daripada PKR. DAP dan Pas tidak peduli terhadap janji-janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 - walaupun belum ditunaikan sepenuhnya, kini mahu mengemukakan janji baru untuk dijajanya kepada rakyat.

Program 100 hari reformasi pakatan pembangkang itu boleh diibarat sebagai propaganda atau manifesto menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang sedang sibuk diperkatakan.

Kelmarin, dengan megah pakatan pembangkang merancang melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara khususnya keselamatan dan ekonomi berdasarkan kepada prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Melalui buku kecil Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia pada Konvensyen Pakatan Rakyat, mereka berikrar untuk melaksanakan pelan 10 program reformasi awal, dalam 100 hari mendapat mandat rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengulas perkara itu mengatakan ia adalah komitmen pakatan pembangkang terhadap perkara yang bakal dilakukan selepas mengambil alih kerajaan.

Kita ingin bertanya kepada semua pemimpin pakatan pembangkang, tidak malukah mereka membuat janji-janji palsu untuk akan datang.

Pada pilihan raya umum yang lalu pun, janji-janji manis sedemikian juga ditaburkan hingga ramai pengundi yang terjebak dalam perangkap mereka.

Apabila pengundi menuntut janji-janji tersebut, pelbagai alasan diberikan. Tidak kurang juga cubaan mengalihkan kesalahan tidak dapat menunaikan janji-janji itu kepada Barisan Nasional.

Sebelum berjanji, pakatan pembangkang tidak pernah melihat dan mengkaji sama ada janji-janji itu boleh dilaksanakan atau tidak.

Jadi, demikian juga dengan program 100 hari pakatan pembangkang ini tidak lebih daripada langkah populist dan tidak bertanggungjawab.

Jika program itu dilaksanakan, dari segi kewangan ia membazir dan tidak amanah.

Ia akan menyebabkan negara menanggung beban kos yang amat besar mencecah RM100 bilion.

Ingatlah, kerajaan sedia ada begitu kuat bekerja untuk menampung dan mengumpul wang untuk negara.
Apabila tiba pakatan pembangkang hendak memerintah, senang-senang ia hendak 'perhabiskan' kewangan negara.

Awaslah Malaysia bukan negara kebajikan atau negara kaya. Banyak lagi perlu dibuat untuk membangunkan rakyat berbilang kaum ke arah berpendapatan tinggi.

Jika hasrat pakatan pembangkang ini mudah diterima oleh rakyat tanpa memikir agenda di sebaliknya, kita bimbang bukan sahaja rakyat akhirnya akan terpedaya malah negara boleh jatuh muflis.

Kerajaan BN sejak merdeka lagi sudah dan diyakini akan terus mengamalkan perbelanjaan berhemat, bukan boros.

Nampaknya pakatan pembangkang begitu agresif untuk memancing undi rakyat. Tetapi kita berharap jika sayangkan masa depan anak dan cucu kita, janganlah termakan umpan jaminan pakatan dalam masa 100 hari jika menang pada PRU Ke-13.

Ini kerana sudah lebih dua tahun pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta 20 tahun di Kelantan, apa janji-janji manis yang sudah ditunaikan selepas PRU 12?

Sunday, December 19, 2010

Jangan jadikan Parlimen safari politik: Kita masih tidak ingat ada tak pernah sebegini berlaku sebelum ini. Nampak sangat Pakatan Rakyat ingin membawa budaya demo ke dalam Dewan Parlimen. Adakah ini yg YB-YB Pakatan Rakyat hendak ajar rakyat Malaysia iaitu demo spt demo air oleh Pakatan Rakyat yg di ketuai oleh MB Selangor kalau apa yang di hajati tidak dapat. Kita sebagai rakyat kena tanya diri sendiri adakah ini pemimpin-pemimpin yg kita inginikan sebagi pemerintah selepas PRU 13 nanti? Kita masih ingat lagi apabila Ketua Pembangkang di Dewan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan di usir keluar dan di kenakan tindakan tetapi YB-YB BN sebagai parti yang berjiwa demokrasi, keadilan dan kesejahteraan akur dengan perintah Speaker walaupun ada bantahan tetapi tidak semacam demo dalam Parlimen. Ini sudah menjelekkan dan memualkan rakyat seolah-olah Pakatan Rakyat cuba menimbulkan huru-hara dalam Dewan Parlimen pula kalau tak dapat di luar Parlimen. Apa nak jadi dengan Malaysia kalau YB-YB dalam gambar ini jadi pemerintah di Putrajaya!!!

Adakah ini yang di katakan demokrasi dan keadilan.

SEKIAN banyak perjuangan politik oleh pemimpin-pemimpin dengan pelbagai strategi menjatuhkan kawan dan lawan, mengapa Parlimen sebagai tempat peraturan hidup bermasyarakat dideraf, dibahas dan diluluskan menjadi seperti safari.

Ada yang memandang situasi mengangkat sepanduk yang berlaku di dalam Dewan Parlimen sebagai bukti bahawa inilah mentor bakal pemimpin yang akan mewarnai pemerintahan negara pada masa depan.

Jika pemimpin mengajar rakyat berdemonstrasi setiap kali tidak puas hati akan sesuatu perkara maka kita akan menjadikan sistem demokrasi sebagai pertaruhan. Rakyat turut melihat Parlimen dijadikan mahkamah tidak rasmi sedangkan peranannya adalah sebagai venue menggubal undang-undang.

Apabila Ahli Parlimen diletakkan di dalam satu tempat yang mulia untuk membuat undang-undang dijadikan mereka perlu melupakan agenda peribadi dan menumpukan kepada soal membela nasib dan kebajikan rakyat yang memilih mereka.

Masa untuk kempen politik peribadi dan kempen 'enau dalam belukar' sudah habis selepas keputusan pengundian Pilihan Raya Umum 2008 dikeluarkan. Rakyat yang mengharapkan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah mengikut manifesto yang mereka janjikan masih ternanti-nanti ianya dipenuhi seperti janji yang dibuat semasa PRU-12.

Apa yang dapat dilihat pakatan pembangkang hari ini bukan sahaja menonjolkan belang sebenar mereka yang tidak menghormati undang-undang malahan membawa budaya politik jalanan ke dalam Dewan Rakyat, dan mencatat sejarah tragis demokrasi berparlimen di Malaysia.

Gara-gara usaha terakhir untuk mempertahankan Ahli Parlimen Permatang Pauh daripada digantung selama enam bulan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, ekoran tuduhan melulu beliau mengenai gagasan 1Malaysia dan APCO.

Gelagat demonstrasi jalanan dipamerkan tanpa silu cukup menyedihkan , tidak cukup dengan membawa sepanduk, ahli-ahli Parlimen pembangkang turut menjeritkan perkataan 'Apco', 'reformasi', 'zalim' dan 'booo' berulang-kali, piil mereka yang buruk ini dilihat seakan menghina sebahagian institusi demokrasi yang membawa mereka dari jalanan ke dewan berhawa dingin bagi mengubah nasib rakyat yang memangkah mereka dengan dakwat hitam semasa PRU yang lalu.

Apakah isu Apco, reformasi dan kezaliman terhadap seseorang individu ada kait-mengait dengan kepentingan rakyat marhaen di kampung dan di bandar.

Apakah isu itu semua akan menjadikan rakyat turut terangsang untuk berbuat perkara yang sama, sedangkan setiap pemimpin sepatutnya berhadapan dengan segala cabaran secara kendiri dan bukannya menyebarkan virus ketidakpuasan hati bak jalak berkokok siang ekor dipenuhi najis sendiri.

Seorang pemimpin bukan hanya diperkuatkan oleh rakyat yang dipimpin tetapi oleh kekuatan rohani dan jasmani kurniaan ilahi, ibarat kepala lokomotif yang menunda puluhan gerabak. Jika kepala gerabak masih tidak tahu hala tujunya ke mana, maka gerabak yang di belakang pula yang akan menjadi X-factor untuk ia tergelincir dari landasan.

Pasca PRU 12 rakyat yang menjadi pemilih bertauliah Kerajaan terus menjadi pemerhati dan pengkritik yang setia kepada Kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama ada di kedai kopi dan di dunia siber.

Tingkah laku pemimpin, semuanya tidak lepas dari pandangan rakyat yang sudah terdedah dengan pendidikan dan teknologi ICT malahan mereka sudah matang menilai mana kaca permata dan mana caca marba.

Pendedahan Wikileaks sudah pasti turut menjadi penilaian rakyat dan ini yang membuatkan semua pihak panas punggung hingga tempat semulia Dewan Rakyat menjadi seperti safari demokrasi dengan isu tidak relevan dibangkitkan.

Hormatilah Dewan Rakyat kerana di situlah mandat sebagai wakil rakyat diberi kepada semua ahlinya. Soal individu yang tidak puas hati dengan perkara yang melibatkan dirinya sendiri tidak perlu dipolitikkan oleh sesiapa, malahan mengheret Suhakam bukan suatu tindakan yang tepat lagi bermanfaat untuk rakyat yang mengharapkan dewan yang mulia dijadikan wadah membela mereka.

Balik-balik ia digunakan untuk membela individu, adakah perjuangan sebagai Ahli Parlimen hanya untuk seorang dua sahaja dan bukan untuk 30 juta penduduk Negara ini. Tahniah Tan Sri Datuk Utama Pandikar Amin bin Haji Mulia kerana sesungguhnya Tan Sri telah menjaga Dewan itu sesempurna mungkin dari pihak yang menganggap mereka hanya pembangkang dan bukan ahli dewan yang mulia itu.

Monday, December 13, 2010

TPM - kenyataan Meriam Buluh PAS adalah kenyataan yang berniat jahat, prasangka dan cuba menakut-nakutkan rakyat. Meriam Buluh PAS cuba memberikan gambaran bahawa BN adalah sebuah kerajaan yang tidak patuh kepada Undang-undang dan menghormati citarasa rakyat dan Perlembagaan Malaysia serta Demokrasi berpalimen. Ini adalah niat jahat, pembohongan dan fitnah serta buruk sangka yang di tegah oleh Islam. Adakah ini ciri-ciri pemimpin Islam PAS? Sedar-sedarlah Meriam Buluh PAS. PAS ramal BN adakan rampasan kuasa jika tewas PRU 13: Inilah kata-kata YB Pokok Sena "Meriam Buluh" dan YB Shah Alam "Mr. Smart". Kenyataan ini di keluarkan sebagai balasan kpd kenyataan YAB PM "tiada parti lain yg boleh menang selain drp BN". Kita masih ingat kenyataan YAB PM di PAU 2010 "berpasak kepada UMNO berpihak kpd BN biar berkecai tulang mulang nanum kita nak menyerahkan Putrajaya jauh sekali". Bila kita lihat kenyataan YB PM ini kita tidak tahu bagaimana BN akan kalah semasa PRU 13 kecuali itu adalah kehendak Allah (SWT). Walau pun begitu kita sentiasa berdoa agar kejadian itu dapt dihindarkan demi agama, bangsa dan negara. BN tidak akan menyerahkan tampuk pemerintahan kpd parti yang menang contoh Pakatan Rakyat atau PAS adalah satu cerita rekaan YB Meriam Buluh. YB Meriam Buluh ini nak kaitkan kejadian di Perak sebagai libasan yang pasti akan berlaku sekiranya PR dapat Putrajaya. Walau pun YB Meriam Buluh ini tahu apa yang berlaku di Perak ialah YB-YB PR lompat parti jadi bebas dan sokong BN. Tiada berlaku rampasan kuasa. YB Meriam Buluh ini sedar bahawa kemungkinan PR dan PAS berkuasa ke atas Putrajaya itu adalah tipis sekali tapi bagi mencantikkan dan mewarnai politik Malaysia yang sentiasa kelam kabut sekarang maka YB Meriam Buluh keluarkan kenyataan seolah-olah YAB PM ingin menggalakkan rampasan kuasa sekiranya PR dan PAS menang dlm PRU 13. Kita UMNO/BN berpegang kepada prinsip-prinsip Perlembagaan Malaysia dan menghormati Raja Berperlembagaan serta prinsip-prinsip Rukun Negara serta kedaulatan undang-undang. Jangan salah ertikan kenyataan YAB PM dengan rampas kuasa kerana ianya boleh mengakibatkan org menganggap YB Meriam Buluh ini tidak tahu akan maksud yang tersirat di sebalik kenyataan YAB PM. Dalam erti kata lain YB Meriam Buluh ini kurang pengetahuan dalam bahasa kiasan dan tergolong bersama-sama dgn YB-YB Monyet DAP. Kesian kita tengok YB Meriam Buluh ini apa yg kita takut ialah kejadian sebaliknya akan berlaku kerana contoh sudah ada......

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/muhyiddin-yassin-aug7.jpg
BN akan lakukan rampas kuasa sekiranya kalah PRU 13 adalah kenyataan niat jahat, berprasangka buruk dan cuba menakut-nakutkan rakyat

Rampas kuasa: Niat jahat pembangkang

IPOH 14 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bahawa Barisan Nasional (BN) akan melakukan rampasan kuasa jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai 'sampah'.

Beliau berkata, kenyataan tersebut berniat jahat, berprasangka buruk dan bertujuan menakut-nakutkan rakyat supaya rakyat mengundi pakatan pembangkang.

''Beliau cuba memberi gambaran BN sebuah kerajaan yang tidak baik dan tidak menghormati kehendak rakyat.

''Ini satu pembohongan, fitnah dan buruk sangka yang ditegah oleh Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah tapak kilang Twin Creeks Malaysia Sdn. Bhd. di Taman Perindustrian Khantan, Chemor dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas itu kononnya BN akan melakukan rampasan kuasa jika pakatan pembangkang memenangi PRU-13 nanti.

Menurut Muhyiddin, BN sentiasa menghormati keputusan pilihan raya dan ini dapat dilihat di beberapa negeri yang dimenangi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

''BN menerima kekalahan dan menghormati keputusan pilihan raya yang dijalankan secara demokrasi. Jadi, tidak timbul soal kudeta," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang menjanjikan autonomi penuh kepada rakyat Sarawak sekiranya pembangkang menang dalam PRU-13, Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang akan menjanjikan apa sahaja kepada rakyat termasuk bulan dan matahari.

Katanya, 'janji manis' itu hanya tipu helah pembangkang kerana merasakan pilihan raya di Sarawak akan diadakan tidak lama lagi.

''Namun, rakyat Sarawak sendiri sedar mereka sudah menikmati banyak kemajuan sejak BN mentadbir negeri itu dan Kerajaan Persekutuan.

''Selama ini, apa yang kita buat tidak bercanggah dengan undang-undang negeri dan Persekutuan," tambah beliau.

 

 http://malaysiandigest.com/images/aidil/politicians/mahfuz%20omar.jpg
Mahfuz menyifatkan kenyataan oleh Najib itu sebagai berbahaya.
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Pemimpin PAS menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menggerakkan rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum ke-13 tergempar, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan rakyat tidak mengundi parti lain selain BN menunjukkan perdana menteri sangat terdesak untuk kekal memegang kuasa.

“Pada Sabtu lalu, perdana menteri mengatakan jika BN tidak boleh menang, tiada pihak lain yang boleh atau harus menang. Ini satu kenyataan bahaya... apa yang akan berlaku jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang?” katanya lagi.

“Adakah ini bermakna akan ada rampasan kuasa? Satu ugutan telah pun dibuat oleh perdana menteri, sebahagian daripada persediaan ke arah pilihan raya, seolah-olah Najib sendiri tidak yakin dengan peluang partinya untuk menang,” kata Mahfuz kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Mahfuz merujuk kepada laporan Sabtu lalu memetik Najib berkata, pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.

Justeru, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

“Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan.

“Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka,” katanya.

“Ini menunjukkan bahawa perdana menteri tidak percaya pada konsep pilihan raya. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak akan membiarkan orang lain menang jika BN kalah. Ini satu tamparan kepada pengundi,” kata Ahli Parlimen PAS dari Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendesak Najib agar menjelaskan maksud kenyataan beliau, yang menurutnya sebenarnya ia satu bentuk ugutan.

“Najib perlu memberi penerangan yang jelas, jadi kita semua boleh faham. Kami mahukan satu respons terus.

“Jika beliau tidak memberikan respons, ia menunjukkan bahawa beliau tidak sedia untuk melepaskan kuasa (jika kalah),” kata Khalid.

Sampa bila sandiwara Anwar? Kita mesti ingat bahawa Allah (SWT) tidak akan merelakan seorg yang bermasalah spt Anwar di nobatkan sebagai pemimpin Agung atau pemimpin umat Islam kerana ianya berkemungkinan akan meneruskan kedurjanaannya terhadap siapa sahaja yang di ingini apabila Anwar mendapat kuasa di Putrajaya. Pasti akan berlaku balas dendam, hasad dengki, kestabilan dan kemakmuran hancur, hormat menghormati antara agama dan kaum akan terhakis, pengkhianatan, penyelewengan, penggadaian serta kecelakaan yg amat sangat terhadap agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta akan berlaku dengan berleluasa. Kalau rakyat Malaysia tidak percaya cubalah sekarang kita boleh nampak akan bunga-bunga tersebut. Apa yang harus kita buat ialah jangan biarkan bunga-bunga tersebut keluarkan biji benih. Musnahkan bunga-bunga tersebut sebelum ianya menjadi biji benih. Demi agama, bangsa dan negara org bernama Anwar Ibrahim memang tidak layak di gelar Perdana Menteri Malaysia.


Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail merenung jauh!:


MUNGKIN tiada pemimpin politik paling bermasalah di rantau ini selain Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dari semasa ke semasa, kegagalan Anwar sebagai pemimpin yang menjadi teraju utama pakatan pembangkang semakin terserlah.

Beliau bukan sahaja berhadapan dengan pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di mahkamah, malahan dari hari ke hari satu demi satu konflik wujud berkaitan dirinya.

Malahan Anwar juga dihimpit satu demi satu persoalan yang menuntut penjelasan beliau secara tegas.
Tetapi malangnya, Anwar seolah-olah tidak berupaya menghadapi semua persoalan berkenaan sama ada ia berkaitan dengan politik mahupun peribadi.

Sebagai Ketua Umum PKR, Anwar dilihat lebih selesa mendiamkan diri terhadap kepincangan pemilihan parti itu yang berlaku baru-baru ini biarpun majoriti ahli PKR mendakwa wujudnya penyelewengan.

Desakan dan pendedahan bagaimana Anwar didakwa memainkan peranan bagi memastikan orang kesayangan, Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden parti itu tidak dipedulikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.

Ia termasuklah tindakan bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, S. Jenapala yang mencabar beliau dan Azmin menafikan secara terbuka mereka tidak terlibat dengan taktik kotor untuk meraih pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini.

Malahan Anwar juga tidak mempedulikan mengenai kekecohan demi kekecohan yang berlaku dalam pemilihan parti sebaliknya mengarahkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution membuat kenyataan yang sudah diduga bahawa semua itu didalangi pihak luar.

Namun begitu, difahamkan kemelut dalam PKR biarpun menampakkan kegagalan Anwar sebagai pemimpin yang kononnya berkaliber tidaklah meresahkan beliau.

Tetapi apa yang dianggap boleh merimaskan Anwar dan mewujudkan pelbagai persepsi ialah berhubung hubungan istimewanya dengan Azmin yang kini semakin didedah satu persatu oleh bekas-bekas orang kanannya.

Walaupun satu demi satu cabaran dilontarkan oleh kelompok itu tetapi Anwar hanya mendiamkan diri, paling tidak pun jalan selamat yang beliau ambil ia mendakwa, kelompok berkenaan telah diupah oleh UMNO.

Bagaimanapun ini bukanlah jaminan bahawa segala yang didedahkan boleh didiamkan begitu sahaja. Jika Anwar merasakan apa yang mereka dedahkan itu tidak benar, beliau boleh mengambil tindakan undang-undang.

Apatah lagi persoalan dan dakwaan yang dibuat bukanlah ringan sebaliknya ia melibatkan maruah beliau sebagai pemimpin, suami dan bapa.

Paling ketara dan menjadi bualan ramai kenapakah sampai sekarang Anwar tidak menjawab cabaran bagi menjelaskan kenapa Azmin dianggap begitu istimewa dan apa kaitannya isteri Azmin, Shamsidar Taharin dengan beliau.

Cabaran itu bukanlah dibuat oleh mana-mana pemimpin UMNO tetapi oleh bekas-bekas rakan karib Anwar sendiri seperti Datuk S.Nallakarupan dan Senator Mohamad Ezam. Mohd. Noor.

Shamsidar bukanlah seorang ahli politik tetapi kenapa beliau turut dikaitkan dalam hubungan rapat antara Anwar dan Azmin?

Persoalan ini sepatutnya dijawab oleh Anwar tetapi beliau seolah-olah mengelak untuk berbuat demikian sebab itulah Mohamad Ezam mencabar Anwar supaya menyaman Nallakarupan kalau apa yang didakwanya berhubung perkara tersebut tidak benar.

Kita harus ingat persoalan hubungan istimewa antara Anwar, Azmin dan Shamsidar ini bukanlah sekali dua dibangkitkan oleh Nallakarupan, malahan sudah berkali-kali.

Dan desakan yang sama turut dibuat oleh bekas pemimpin-pemimpin PKR yang lain termasuklah ada antara mereka meminta isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya tampil menyatakan kebenaran.

Begitu juga Shamsidar, ramai yang hairan kenapa beliau turut mendiamkan diri sedangkan ini melibatkan maruah beliau sebagai seorang wanita, isteri dan ibu.

Pendedahan terbaru adik bongsu Azmin, Ummi Hafilda turut menuntut penjelasan daripada Anwar, Azmin, Wan Azizah dan Shamsidar. Ia kerana apa yang diperkatakan oleh Ummi Hafilda telah membangkitkan persoalan mengenai ‘hubungan istimewa dan misteri’ melibatkan Anwar, Azmin dan Shamsidar.

Sememangnya, kita tidak pasti sampai bilakah Anwar akan terus mengelak daripada menyatakan kebenaran serta bersedia berhadapan dengan cabaran demi cabaran yang menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin.

Tetapi apa yang pasti, semakin lama Anwar cuba mengelak maka semakin banyak pula dakwaan yang berkaitan dengan dirinya terdedah kepada rakyat.

Sebab itulah, sama ada Nallakarupan mahupun Ezam serta bekas pemimpin-pemimpin PKR lain mendesak Anwar berhenti bersandiwara sebaliknya menjawab semua dakwaan yang dibuat ke atas dirinya.

Anwar sering sahaja mendakwa semua itu konspirasi tetapi dalam masa yang sama beliau tidak mempunyai hujah yang kukuh bagi mempertahankan diri.

Kenyataan balas Anwar terhadap dakwaan-dakwaan ke atasnya lebih banyak ‘dihiasi’ dengan teori dan serangan balik tanpa bukti, seolah-olah semua orang yang menuduh beliau tidak betul dan berkonspirasi.

Bagi Anwar, hanya beliau sahaja betul, baik dan sempurna manakala mereka yang tidak menyebelahinya ‘jahat’ sama ada kelompok itu di dalam atau luar negara.

Sikap Anwar itu jelas dalam pendedahan terbaru oleh WikiLeaks yang menyatakan ejen perisikan Singapura mengesahkan beliau memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan oleh agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

Dalam isu ini, Anwar seperti biasa menuduh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia terlibat sebagai sumber pendedahan WikiLeaks manakala Azmin pula memberi hujah lebih dangkal apabila mendakwa pendedahan berkenaan menunjukkan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar dan tidak mahu melihat pakatan pembangkang menguasai Putrajaya.

Seperti biasa, Anwar dan Azmin menggunakan taktik berdolak-dalih bagi menutup isu atau persoalan utama yang dibangkitkan.

Kita tidak menafikan bahawa kedua-dua mereka mungkin mampu memperdayakan sesetengah pihak yang menyokong atau menyebelahi mereka.

Namun begitu, pendedahan dan konflik yang berlaku sudah jelas membongkar satu persatu wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim ini yang begitu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar, Azmin, Wan Azizah dan Shamsidar mungkin boleh terus bersandiwara dengan menutupi segala kepincangan dalam kehidupan mereka sama ada dalam dunia politik mahu pun peribadi.

Tetapi mereka perlu ingat kata-kata Umi Hafilda bahawa, ‘‘Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi.’

Friday, December 10, 2010

Semarak PRU 13 - UMNO

Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim selaku ahli 
MT Umno berucap pada Majlis Pelancaran Semarak PRU-13 ‘Umno Dahulukan 
Rakyat’ Gerak Gempur Daftar Pemilih di Kuala Kedah hari ini.
UMNO sudah mengerakkan jentera dan kakitangan untuk memulakan episod menawan Kedah Darul Aman. Angin awam biru sudah kelihatan di Kedah Darul Aman. Rakyat Kedah Darul Aman rasanya sudah tahu yang mana dongengan, sandiwara dan opera dengan realiti slogan "Rakyat di dahulukan Pencapain di utamakan".

PAS memang di kudakan oleh PKR dan DAP.....

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBl3TlT48hPigLcIp0Wcmy3JniTeCNvUq48Tfnevn2ai9fCDAcYwD_P0yk2XZ2QU6vH56MublkK74X9p6QOqnE_c0W2Ss3UM3z_8lMhE5gUOw7xOZqvgt9UrqyFMQ9g5xnan0_hOyueLk/s1600/putrajaya01.jpg
Putrajaya - kawasan panas di Malaysia menjelang PRU 13 yang cuba di tawan oleh Pakatan Rakyat. Putrajaya di idamkan oleh Anwar Ibrahim, Lim Siang dan Lim Egg sahaja pemimpin-pemimpin PAS tiada dalam buku.

Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan betapa ruginya PAS di dalam Pakatan Rakyat bukan sahaja di perbodohkan tetapi di gunakan oleh PKR dan DAP untuk mendapatkan apa yang PKR dan DAP hajati selama ini iaitu PUTRAJAYA....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg48al71HeHyKLwDu2ADwWjCLY_V6SjhHh1ss3X1qF41-5ZxCZ-1W7rwDJCSo0-kXcWCqUyHMGPnAmdRG4ClJmbvozdBci6CYAS9YNe3nZgLThSXTLTfJWvB9E04pBVivZrwRY43V673oX9/s400/gambar+pakatan+celaru.jpg

 http://sahabatmantap.files.wordpress.com/2009/04/untitled2.jpghttp://rmf7.files.wordpress.com/2009/06/pas-nik-aziz-bacul.png?w=300&h=270

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizVBefvh5Qv-1FaylmNmw6FA8-F2HMom9nHiFC7N3E7zwJPUVF_cHQ1eigpbWf3KIqntWgkKvpgV2YTYRQzt94qhf421YzrXzDBi3uTY9y4OSU0U_kCT-8_WXmQBBta-dBBAQ4U0gdQeU/s400/TUNGGANG.jpg

 http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2010/11/pas-bodoh.jpg


SELAMA ini apabila Muryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan yang dilihat menyokong pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, beliau pasti akan disokong oleh pemimpin kedua-dua parti berkenaan.

Biarpun kadang kala kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dilihat bertentangan dengan pendirian sesetengah pemimpin Pas tetapi oleh kerana ia memihak kepada PKR dan DAP, maka beliau akan dibela.

Tetapi dalam isu cadangan melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri kalau mimpi pembangkang menawan Putrajaya menjadi kenyataan Nik Abdul Aziz menerima layanan sebaliknya.

Ia hanya kerana apabila Mursyidul Am Pas tersebut menegaskan, Kit Siang boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri jika Penasihat DAP itu menjadi seorang muslim yang taat.

Anwar menganggap itu kenyataan peribadi Nik Abdul Aziz dan mempertahankan hak Kit Siang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Di pihak DAP pula, Karpal Singh dalam satu kenyataan meminta Nik Abdul Aziz mengkaji peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pendek kata, kedua-dua parti itu yang selama ini dilihat sudah lama memperkotak-katikkan Pas demi kepentingan politik mereka menolak menentang kenyataan Nik Abdul Aziz.

Pendirian PKR dan DAP ini seharusnya memberikan pengajaran bukan sahaja kepada Pas tetapi juga Nik Abdul Aziz bahawa kedua-dua parti itu sama sekali tidak akan bersetuju dengan sebarang pandangan Pas jika ia menyentuh kepentingan mereka.

PKR dan DAP hanya ingin memperalatkan Pas bagi meraih undi demi mencapai cita-cita mereka untuk menguasai Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mereka tidak pernah mahu menghormati pendirian Pas apatah lagi jika menyentuh soal-soal Islam.

Pas bukannya tidak mengetahui perkara ini tetapi sengaja melupakannya demi menjaga hati kedua-dua parti tersebut. Tetapi dalam masa yang sama PKR dan DAP tidak pernah mempunyai niat sedemikian.

Bagi mereka, Pas hanya perlu menyokong sahaja apa juga yang dicadang atau dilaksanakan oleh PKR dan DAP. Dalam bahasa mudah, Pas hanya layak menjadi ‘pak turut’, bukannya memberi cadangan atau menentang tindakan kedua-dua parti berkenaan.

Mungkin penyokong-penyokong Pas tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi itulah hakikat yang perlu mereka terima.

Pas tidak akan berupaya melakukan apa-apa selagi bekerjasama dengan PKR dan DAP. Kalaulah dalam soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri pun Pas tidak boleh memberi pandangan, apatah lagi isu-isu lain.

Kita juga seharusnya tidak terkejut dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Pas bahawa mereka tidak dibawa berbincang berhubung soal pelantikan itu.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas harus bertindak jujur dan bertanya sesama sendiri sejak bila pula PKR dan DAP mendapat pandangan Pas sebelum membuat sesuatu kenyataan atau tindakan?

Sebagai contoh dalam isu pilihan raya bagi memilih ahli majlis daerah seperti mana dicadangkan oleh DAP di Selangor baru-baru ini, ia juga tidak diketahui oleh Pas tetapi atas nama pakatan mereka dipaksa untuk menyetujuinya.
Semua ini sudah menampakkan ketidakjujuran kedua-dua parti itu dalam bersahabat dengan Pas.
Kita juga tidak harus lupa bagaimana DAP menentang perjuangan Islam yang cuba dibawa oleh Pas dan demi kepentingan bersama Pas seolah-olah sudah tidak lagi berani bercakap soal itu.
Satu lagi fakta yang tidak harus dilupakan oleh PKR dan DAP atau mungkin di kalangan sesetengah pemimpin Pas ialah Pas bukanlah calang-calang parti.
Justeru apabila Anwar lebih mengutamakan Kit Siang berbanding Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri jelaslah sudah ada hasrat tersembunyi untuk memastikan dalam pilihan raya umum akan datang, Pas tidak akan diberi kerusi melebihi apa yang bakal diperolehi oleh PKR dan DAP.
Maknanya, Pas akan ditentukan berada pada kedudukan ketiga di kalangan parti-parti pembangkang bagi membolehkan PKR dan DAP menguasai semua jawatan penting dalam kerajaan jika pembangkang merampas tampuk pemerintahan negara.
Mungkin bagi pemimpin Pas apa yang lebih penting sekarang ialah menang dulu pilihan raya barulah bercakap soal kedudukan tetapi mesej yang boleh dipelajari oleh Pas ialah sudah ada kecenderungan oleh Anwar untuk mengutamakan DAP dalam apa juga segi.
Semua ini perlu disedari oleh Pas supaya dalam pilihan raya umum akan datang parti itu tidak diibaratkan seperti melukut di tepi gantang dan akhirnya mengakibatkan ‘yang dikejar tak dapat dikendong berciciran.’

PKR sudah jadi parti 3F


Timbalan Menteri Pelajaran II
Kita bersetuju dengan YB Batu Pahat bahawa PKR bukan lagi parti 3AAA tetapi turut menjadi parti 3 F sebab banyak sangat fitnah dan pembohongan di lemparkan kepada UMNO/BN sejak kebelakangan ini.


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Jika sebelum ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilabelkan sebagai parti bateri 3A kerana hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sahaja yang berkuasa, tetapi hari ini, parti itu diberi gelaran baru iaitu parti 3F.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, parti tersebut kini bukan sahaja sebuah parti anak-beranak (family) tetapi merupakan sebuah organisasi politik yang mengamalkan penipuan (fraud) serta pemalsuan (forgery).

Menurutnya, sindrom 3F jauh lebih parah berbanding 3A kerana terbukti, Anwar mengamalkan pemerintah kuku besi dalam parti itu selain pelbagai bentuk penipuan dan pemalsuan yang 'dilondehkan' sendiri oleh ahli parti sehingga menyaksikan mereka meninggalkan PKR secara beramai-ramai.

"Tiada sebuah parti pun dalam negara ini yang mengamalkan nepotisme kronik seperti PKR sehingga parti ini digelar parti anak-beranak (family), tidak cukup dengan Anwar selaku Ketua Umum dan Dr. Wan Azizah sebagai Presiden, anaknya pula dipastikan menang jawatan Naib Presiden.

"Pemilihan PKR juga diselubungi dengan segala macam penipuan (fraud) yang meloyakan, semata-mata untuk memastikan Azmin menang Timbalan Presiden. Penipuan ini berlaku di mana-mana terutamanya di Tawau dan Sandakan sehingga Datuk Zaid Ibrahim sendiri meninggalkan parti.

"Tidak cukup dengan itu, PKR juga sanggup memalsukan (forgery) tandatangan bekas setiausaha agungnya sendiri, Datuk Salehuddin Hashim bagi menghalalkan pemecatan bekas Timbalan Setiausaha Agung, S. Jenapala kerana bimbang beliau akan mencabar Azmin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, adalah malang jika rakyat mahu meletakkan harapan kepada sebuah parti yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk membelakangkan undang-undang demi memastikan matlamat serta cita-cita politik mereka tercapai.

Jelasnya, jika dalam parti sendiri pun Anwar, ahli keluarga serta anak emas beliau, Azmin, sanggup menipu dalam pemilihan serta memalsukan tandatangan, negara ini akan hancur jika PKR menerajui pentadbiran Kerajaan Pusat pada masa hadapan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Puad berkata, tindakan pembangkang yang diketuai PKR mengadakan demonstrasi kononnya bagi membantah tarif air serta mempersoalkan hukuman terhadap Anwar ekoran pembohongan dalam isu APCO adalah usaha terdesak parti itu untuk memulihkan kembali sokongan rakyat.

Kata Mohd. Puad, hal yang sama juga dilakukan terhadap kes pendakwaan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dengan menuduh kononnya pendakwaan itu hanya sekadar gimik kerajaan.

"Mereka cuba nak tunjuk kepada rakyat bahawa PKR masih lagi parti yang mendapat sokongan tetapi hakikatnya tidak. Ini terbukti melalui kajian ilmiah yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) yang didedahkan baru-baru ini bahawa sokongan terhadap Anwar dan PKR jatuh merudum.

"Semuanya kerana segala tembelang Anwar sudah terdedah. Rakyat sudah sedar bahawa pemimpin seperti ini tidak boleh dipercayai, maka sebab itu mereka mengadakan demonstrasi dan mempersoalkan hukuman ke atas Anwar sedangkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen belum membuat keputusan," katanya.

Thursday, December 9, 2010

Bayang-bayang Putrajaya kelihatan tetapi nyata ianya adalah satu mimpi di siang hari.....

UM telah membuat kajian bahawa 43% kata relevansi Anwar itu masih ada 41% kata sudah tiada 16% tidak mengetahui akan relevansi Anwar. Semua kajian ini dilaksanakan di Lembah Kelang yang teramai ahli-ahli Pakatan Rakyat.

Bayang-bayang Putrajaya kelihatan tetapi tak boleh di capai oleh Pakatan Rakyat

Wednesday, December 8, 2010

Panji-panji BN...

Kita org Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya kena bertaut dengan serikandi ini. Org boleh cakap macam-macam tapi seikandi inilah yang telah membawa rakyat Melayu dan kaum-kaum lain serta negara ini berdiri tegak di persada dunia dengan megah serta aman, damai, makmur dan harmoni walaupun berbilang agama, bangsa dan kebudayaan. Natijahnya rakyat Malaysia harus dan pasti memikirkan masa depan dgn mengambil iktibar bahawa adakah kita hendakkan kestabilan, kemakmuran, keharmonian, kemajuan dan keadilan atupun kita nak janji-janji dongengan yang belum pasti akan terlaksana spt di 4 negeri yg di perintah oleh anti nasional.

If people want to go let them go....

Dr M - if people want to go, let them go 

Tuesday, December 7, 2010

Kapal yang rapuh.....

 
Adakah kita ingin menaiki kapal yang rapuh ke destinasi kita iaitu negara maju menjelang 2020. Adakah kita akan dijamin bahawa kita akan kekal dengan kestabilan, kesejahteraan, keharmonian, keadilan, keutuhan dan kemajuan apabila kita menjejakkan kaki kita ke dalam kapal yang rapuh. Adakah kita di jamin akan dapt mengerjakan amal ibadat untuk dunia dan akhirat spt yang kita dapat di masa kini. Adakah kita ingin mempercayai pejuang demokrasi dan keadilan sedangkan pejuang tersebut mengamalkan demo 3 AAA dalam perlembagaan partinya dan keadilan secara 3 AAA. Adakah kita ingin mempercayai pejuang Malaysia Malaysian sedangkan pejuang itu jelas perkaumannya dan di kenali sebagai pejuang perkauman No.1 di Malaysia. Adakah kita ingin mempercayai pejuang politik Islam sedang agendanya adalah untuk memecah belahkan umat Islam dengan fatwa dan dalil yang mengelirukan. PRU 13 akan di adakan besok tetapi kenapa pihak Pakatan Rakyat memainkan isu Ketuanan Melayu dan isu kaum kafirun boleh menafsirkan Al-Quran dalam ceramah politik. Ini adalah agenda perkauman yang sengaja di bangkit untuk membawa UMNO  dan komponen parti BN ke dalam kancah permasalahan yang sengaja di bangkitkan untuk mengalih perhatian kepada permasalahan dan kegagalan Pakatan Rakyat untuk memerintah 4 negeri. Mengapa memainkan isu kenaikan harga minyak dan gula sedangkan Pakatan Rakyat tahu bahawa dunia sekarang sedang menghadapi masalah kewangan yang meruncing. Mengapa setiapa satu tujuan dan perancangan BN akan di tentang dengan kata-kata rasuah, merugikan rakyat, tidak akan membela dan mendatang keuntungan kepada rakyat pendapatan rendah dan sebagainya. Natijahnya inilah kerja-kerja org yang tahu mencari kesalahan dan kesilapan org lain sedangkan kesalahan sendiri di depan mata di abaikan ibarat macam bangkai kuman di sebarang lautan nampak tapi bangkai gajah di depan mata tak nampak.

Juara MCA atau juara rakyat - oleh Dato' Dr. Puad Zarkashi: Kita faham perasaan pemimpin-pemimpin UMNO kerana apa yang disarankan oleh YAB PM adalah juara rakyat bukannya juara kaum. Kalau Presiden MCA ingin menjuarai kaumnya maka ternyata MCA sekarang akan menjurus kepada parti perkauman seperti DAP yang menjuarai kaumnya. Kita mesti melihat setiap gerak geri, percakapan kita dan linggok badan dalam konteks BN keseluruhannya bukannya ambil semangat BN sana-sini sikit dan di canangkan kepada kaumnya sedangkan apa yang di utarakan adalah tidak selari dan agak bertentangan dengan dasar dan prinsip BN. Natijahnya Presiden MCA kena fokus dan memartabatkan prinsip-prinsip BN dan parti MCA supaya kaumnya tahu bahawa UMNO bukan taikow atau "Big Brother" dan MCA "small sister". MCA kena kaji kenapa kaumnya menolak MCA semasa PRU 12. Adakah di sebabkan UMNO dengan Ketuanan Melayu atau MCA sendiri yang telah di jangkiti oleh 4 penyakit yang di sebutkan oleh YAB PM semasa konvensyen BN. MCA mesti transform kepada yang lebih baik iaitu selari dengan transformasi yang di laksanakan oleh UMNO, kalau tidak MCA akan ketinggalan di masa PRU 13 nanti. DAP menampakkan kejaguhannya dalam menjadi juara kaumnya tetapi MCA gagal apabila terpaksa memperbetulkan rumahnya setelah di landa krisis kepimpinan. Walau bagaimanapun kita berharap MCA akan berubah kepada sesuatu yang baik supaya rakyat dapat bersama-sama merealisasikan konsep 1 Malaysia yang di bawa oleh YAB PM yang sebelum ini di pertikaikan kononnya YAB PM dgn konsep 1 Malaysia tapi TPM dengan konsep Ketuanan Melayunya. Kita rentikanlah pertikaian tentang Ketuanan Melayu antara kita kerana Ketuanan Melayu itu bukannya bermakna Melayu itu menjadi tuan dan kaum lain menjadi hamba abdi atau "pembantu rumah". Di Malaysia Ketuanan Melayu itu tidak jelas yang mana dalam politik pun Ketuanan Melayu itu tidak jelas apabila Melayu memang tak boleh memerintah tanpa sokongan dan bantuan kaum-kaum lain. Begitu juga dalam ekonomi. Malaysia tak akan maju seperti sekarang hanya dengan org Melayu tanpa bantuan dan sokongan kaum-kaum lain. Oleh itu Ketuanan Melayu adalah konsep Raja-Raja Melayu di jaga di bawah Perlembagaan dan Parlimen. Kita di dalam BN jangan mempertikaikan apa-apa yang telah termaktub dan di terjemahan dalam Perlembagaan dan Prinsip-prinsip Raja Berperlembagaan. Biar pembangkang (Pakatan Rakyat) membawa isu-isu remeh temeh ini kerana agenda utama BN adalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN supaya BN dapat memajukan negara dan meningkatkan pendapatan negara. Agenda kedua ialah bagaimana nak mewujudkan suasana harmoni dan toleransi antara agama dan kaum di Malaysia supaya ianya berkekalan selagi ada bulan dan bintang.

Dalam Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas panjang mengenai winnable candidate. Menurut beliau, calon tersebut tidak semestinya popular di dalam parti, tetapi popular dalam kalangan rakyat. Calon seperti itu akan diberi keutamaan. Justeru, Najib memberi amaran, jangan pilih calon hanya untuk menguatkan kedudukan presiden parti, sedangkan calon itu tidak menang dalam pilihan raya.

Pepatah Melayu mengatakan, siapa makan cili maka dialah yang terasa pedasnya. Dalam konteks ucapan Najib itu, semua pemimpin komponen di atas pentas bertepuk tangan tanda bersetuju dengan Najib, hanya Soi Lek yang tidak senyum dan tidak bertepuk tangan. Kenapa?

Terpilihnya Dewan San Choon milik MCA sebagai tempat berlangsungnya Konvensyen BN menunjukkan kesungguhan BN untuk bermuafakat. Malangnya tanpa mengira sensitiviti pihak lain, Soi Lek meminta secara terbuka supaya UMNO tidak bersikap seperti 'Big Brother'. Dalam BN katanya, tidak ada abang sulung atau adik bongsu.

Dia juga menuntut supaya pemimpin UMNO jangan menggunakan perkataan 'Ketuanan Melayu' kerana ia berkaitan dengan konsep hamba dan tuan. Dia turut meminta supaya sebarang polisi jangan diumum dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO atau Perhimpunan Agung UMNO.

Kalau Soi Lek berkata demikian untuk tujuan menguatkan kedudukannya dalam kalangan ahli MCA dan menjadi popular hanya di dalam partinya, maka ia sudah bercanggah dengan apa yang disarankan oleh Najib. Sikap beliau tidak selari dengan presiden parti-parti komponen yang lain.

Apa yang beliau katakan itu adalah 'unnecessary.' Tidak patut dan tidak perlu. Menunjuk keberanian di hadapan penyokong atas isu yang tidak wujud, tidak berbangkit dan tidak relevan amatlah tidak wajar dan tidak bijaksana.

Apakah UMNO bersikap 'big brother' yang mendiskriminasi dan menzalimi parti-parti komponen yang lain. Sudah tentu tidak. Sebab itu UMNO sanggup mengorbankan banyak kerusi yang majoriti Melayu untuk ditandingi oleh calon dari parti komponen lain seperti MCA dan Gerakan. Lihat sahaja di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Air Hitam, Labis, Simpang Renggam dan lain lain.

Secara kebetulan kerusi yang dimenangi oleh UMNO lebih banyak, maka atas prinsip BN yang mengutamakan konsensus, permuafakatan dan rundingan, maka Presiden dan Timbalan Presiden UMNOlah yang menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Itulah yang dipersetujui sekian lama.

Tidak wujud soal buli atau abang sulung yang zalim. Semuanya atas dasar muafakat sebab itu bukan mudah untuk mengagihkan kerusi dalam kalangan parti-parti komponen yang begitu banyak.

Dan bukan mudah pula untuk mengagihkan kerusi anggota Kabinet walaupun ada parti tersebut kehilangan banyak kerusi dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 termasuk MCA.

Dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor walaupun ada desakan daripada pemimpin UMNO Bahagian, kerusi itu tetap diserahkan kepada MIC dan UMNO bekerja kuat untuk memastikan kemenangan Kamalanathan. 

Dan ini turut dibuktikan di Batu Sapi. Walaupun Timbalan Ketua PBS Batu Sapi adalah Bumiputera Islam dan kawasan itu majoriti Bumiputera Melayu, namun calon berketurunan Cina daripada PBS tetap diberi keutamaan.

Bahkan untuk menyelamatkan BN, UMNO segera melakukan transformasi parti. Bukan untuk kepentingan UMNO seorang tetapi untuk kesinambungan tradisi perjuangan BN. Walaupun program Juara Rakyat kurang dapat dokongan daripada beberapa rakan tertentu dalam BN, tetapi UMNO tidak pernah patah semangat untuk meneruskan dan menjayakannya.

Soi Lek harus melihat pendedahan Pengerusi SPR mengenai trend daftar pemilih yang mana DAP lebih agresif berbanding dengan MCA. Apakah ia berpunca kerana UMNO bersikap 'big brother'?

Mengenai Ketuanan Melayu, istilah ini timbul apabila Datuk Abdullah Ahmad bekas Ahli Parlimen Kok Lanas membentangkan kertas kerja di Singapura. Dia menyebut tentang Malay dominance yang diterjemahkan oleh media sebagai Ketuanan Melayu. Seorang penulis bukan Melayu pada tahun 2007 juga menulis mengenai 'Malay Hegemony' dan 'Malay Supremacy'. Ia turut diterjemahkan sebagai Ketuanan Melayu.

Kenapa Soi Lek mahu melihat konsep itu dalam kerangka barat yang dikaitkan dengan 'Lord and Serf' atau 'Master and Slave'. Orang Melayu melihat Ketuanan Melayu dalam kerangka pemikiran orang Melayu yang berkaitan dengan bahasa, budaya, agama Islam dan kedudukan raja-raja Melayu dan semuanya itu dengan jelas termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Ia sama dengan perjuangan Soi Lek mengenai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Bahasa Mandarin dan terbaru mengenai pengiktirafan sijil UEC. Apakah itu bukan perjuangan 'Ketuanan Cina'? Maka kenapa pemimpin seperti Soi Lek mahu mempolimikkannya. Ketuanan Melayu tidak ada kena mengena langsung dengan konsep 'supremacy' atau 'hegemony'. Soi Lek patut menyalahkan dirinya sendiri kerana terperangkap dengan konsep yang cuba diputarbelitkan oleh Anwar Ibrahim.

Ketuanan Melayu tidak menghalang pun kaum bukan Melayu berniaga, membeli tanah, termasuk hartanah. Kalau UMNO bersikap 'big brother' dan Ketuanan Melayu itu zalim, bagaimana pula orang Cina lebih dominan berbanding dengan orang Melayu dalam bidang perniagaan?

Oleh itu, di mana soal hamba dan tuan, atau 'big brother' yang arrogant yang dimaksudkan oleh Soi Lek itu? Untuk memastikan kemenangan BN, apakah keutamaan beliau. Menjadi popular hanya dalam kalangan penyokong parti atau dalam kalangan rakyat keseluruhannya? Di situlah kejayaan Najib. Beliau serius mahu rakyat didahulukan. Menjadi juara rakyat adalah keutamaan.

Sebab itu undi BN semakin meningkat di Manek Urai, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi. Itu tanda mereka menyokong kesungguhan Najib.

Semoga Presiden MCA itu tidak terperangkap dengan Anwar. Pada 14 April 2008 Anwar mengisytiharkan PKR menolak Ketuanan Melayu dan digantikan dengan Ketuanan Rakyat. Dulu dialah yang lantang bercakap mengenai Ketuanan Melayu. Sekarang dia mengaitkan Ketuanan Melayu dengan konsep tuan dan hamba. Dia cuba membunuh UMNO dengan cara tersebut.

Sedangkan dialah yang mempraktikkan dasar tuan dan hamba dalam PKR. Apakah Soi Lek tidak nampak itu semua?

Sunday, December 5, 2010

Selepas 19 mari kita berubah dari Gelombang Hijau kepada Gelombang Biru!!!

Apa yang kerajaan PAS Kelantan telah laksanakan untuk memajukan Kelantan dari segi pembangunan ekonomi dan insaniah. Adakah Kelantan yang mendewakan perjuangan Islam telah gagal untuk menempatkan Kelantan sebagai sebuah negeri pemangkin kemajuan dalam Islam dari segi ekonomi dan insaniahnya. Kelantan di bawah PAS selama 19 tahun tetapi selama itulah rakyat di mundurkan dengan slogan perjuangan Islam PAS yang memecah belahkan umat Islam dengan fatwa dan dalil yang mengelirukan. Sudah sampai masanya rakyat Kelantan bangkit memberi nafas baru kepada pemimpin-pemimpin yang boleh membawa perubahan dari segi mentaliti dan kerohanian ke arah kemajuan ekonomi dan insaniahnya sesuai dengan jolokan Kelantan sebagai serambi Mekah.

http://umno-online.com/wp-content/gallery/karikatur/jom-ubah-galas.jpg

Mainan Politik atau memang kerajaan Negeri mampu utk mentadbir air di Selangor?


Adakah ini mainan politik Pakatan Rakyat terutamanya PKR yang memang terkenal dengan demo jalanan!!!


Perlukah kita berdemotrasi untuk menuntut hak kita dalam pertikaian air di Selangor. Adakah demotrasi ini jalan keluar atau untuk menunjukkan bahawa rakyat memang suka berdemotrasi bagi menuntut sesuatu perkara yang perlu di runding. Adakah dengan demotrasi ini telah menyelesaikan permasalahan yang pokok. atau menyusahkan org lain. Adakah parti pembangkang yang membangkitkan rasa tidak senang di kalangan penyokongnya yang tidak tahu apa nak buat lagi selain drp berdemotrasi. Kesian para demotrasi yang telah digunakan oleh parti pembangkang untuk menuntut sesuatu di luar jangkauan mereka. Inilah contoh parti pembangkang yang akan melakukan apa sahaja demi untuk kelangsungan agenda politik mereka. Adakah ini budaya kita? Macam demo di Thailand pula dgn baju merah!!!




Ini adalah nukilan DS KHir Toyo (Ex-MB Selangor) Kenaikan Tarif Air: Antara Realiti dan Agenda Politik

1. Ahad ini Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan demontrasi jalanan untuk menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong untuk membantah kenaikan tarif air yang diminta oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

2. Mengikut perjanjian penswastaan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Syabas yang dirangka oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 2005, tarif air dijangka akan naik sebanyak 37% pada 2009, 25% pada 2012, 20% pada 2015, 10% pada 2018 dan 5% pada 2021. Dijangkakan selepas 2021 tiada lagi kenaikan berikutan kos pembinaan dan penggantian infrastruktur seperti paip dan loji air tiada lagi.

3. Untuk rekod, sebelum perjanjian ditandatangani, kerajaan negeri pernah menyatakan kurang senang mengenai kenaikan seperti ini, namun perancang ekonomi menyatakan bahawa perjanjian yang membabitkan kenaikan seperti ini perlu bagi membolehkan Syabas mendapatkan dana sama ada melalui bon atau pinjaman bagi membiayai proses penggantian paip air lama sepanjang 6000 KM dan membabitkan kos sebanyak RM 2 bilion.

4. Namun beberapa syarat telah dikenakan kepada Syabas termasuk syarat yang mengkehendaki Syabas menggunakan paip buatan tempatan dan mengadakan tender terbuka untuk kerja-kerja penggantian paip. Pada 2007, saya telah menyatakan kepada umum bahawa Syabas melanggar syarat konsesi dengan membeli paip dari Indonesia dan memberi tender secara runding terus. Ini terbukti dalam laporan Audit Negara 2009.

5. Atas asas ini sahaja Syabas tidak layak meminta kenaikan tarif air sebanyak 37% yang sepatutnya berlaku pada 2009. Malahan, saya juga ragu-ragu Syabas telah berjaya mengatasi isu kehilangan air atau non-revenue water (NRW)seperti yang disyaratkan.

6. Kenaikan Tarif Air seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan negeri hanyalah satu mainan politik kerana sebarang kenaikan tarif air perlu dipersetujui oleh Panel Penentuan Tarif Air yang membabitkan wakil Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Syabas.

7. Justeru walau apa tuntutan dan dakwaan Syabas, tidak mungkin akan berlaku kenaikan tarif sebelum ia diluluskan oleh Panel ini. Saya juga tidak fikir Kerajaan Persekutuan pun akan bersetuju dengan kenaikan tarif ini.

Kerajaan Negeri Menipu Rakyat

8. Justeru mengapa perlu berdemontrasi dan menghantar memorandum ke Istana Negara? Jelas ia hanyalah agenda politik Pakatan yang sekarang ini terdesak dengan konflik dalaman dan mahu mengalih fokus umum daripada masalah dalaman parti dan pimpinan mereka.

9. Namun persoalan yang sepatutnya rakyat tanya ialah benarkah Kerajaan Negeri ada kemampuan kewangan untuk mengambil alih semua syarikat dalam industri air ini? Dan persoalan lebih penting ialah apakah kerajaan negeri boleh memberi jaminan ia mampu melakukan proses penggantian paip lama, merawat air dan menyediakan perkhidmatan yang efisyen tanpa sebarang kenaikan tarif?

10. Persoalan ini perlu ditanya kerana saya mengesan telah beberapa kali kerajaan negeri memberi pendirian yang berbeza dalam isu air ini.

11. Misalnya kerajaan negeri mengajak rakyat keluar menghantar memorandum kepada Agong membantah kenaikan tarif air. Ia memberi gambaran seolah-olah tiada kenaikan tarif jika kerajaan negeri mengambil alih.

12. Namun dalam risalah "Kenapa Selangor Mahu Urus Air Sendiri" [Selangorkini, Edisi Ringkas, Bilangan 3] yang diterbitkan oleh Kerajaan negeri, ia menyatakan, "Kerajaan Negeri Selangor Menawarkan "model Holistik" yang tidak membebankan rakyat.
"Melalui model ini, kenaikan tarif air boleh dibuat tidak melebihi 12 peratus setiap tiga tahun."


13. Jika syarat dengan Syabas, kenaikan akan berlaku hanya sehingga 2021, namun melalui kerajaan negeri kenaikan 12% setiap tiga tahun ini seolah-olah tiada had tempoh dan boleh menjadi berpuluh kali ganda lebih tinggi dari perjanjian sedia ada.

14. Pada bulan Sepetember 2010, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri menentang kenaikan tarif tetapi tidak menolak kemungkinan kenaikan tarif air sebanyak 10-15%.

"If we restructure the management of water services, the price of water will be sustained and even if there is a hike, it would only be about 10%-15%," he said.
- The Sun
.

15. Dalam satu sidang akhbar selepas sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu, Khalid sekali lagi menyatakan kemungkinan kenaikan tarif air sebanyak 15%.

"Jika harga (air) sekarang 57 sen, had kenaikan saya ialah 15 peratus, kata Khalid pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini."
- themalaysianinsider.com


16. Justeru adalah satu pembohongan untuk Khalid mendakwa dan menyeru rakyat keluar berdemontrasi dan menyokong usaha kerajaan negeri mengambil alih industri air jika tidak mahu tarif air dinaikkan. Khalid sendiri beberapa kali memberi kenyataan yang membawa maksud bahawa kenaikan tarif air satu kemestian.

Air Lebih Murah Di Bawah PAAB

17. Pada hemat saya, sekiranya Perbadanan Aset Air Berhad dibenarkan mengambil alih semua aset air kerajaan negeri dan Akta Industri Air 2006 dapat dilaksanakan mulai 1 Januari 2011 seperti yang dirancang semua isu kenaikan tarif air dalam perjanjian konsesi dengan Syabas tidak lagi relevan dan tidak akan dilaksanakan.

18. Ini kerana kos pengurusan dan penyelenggaraan aset air akan dilakukan oleh PAAB dan boleh melalui proses subsidi kerajaan sekaligus ia akan mengurangkan kos keseluruhan industri air terawat ini.

19. Selain itu, melalui Akta ini, Kerajaan Persekutuan akan mengeluarkan lesen baru kepada pengendali air di seluruh negara. Ini bermakna syarat dan perjanjian baru akan dilaksanakan dan kemungkinan besar kenaikan tarif yang sangat minima di bawah 10% boleh dilakukan oleh pengendali air di Lembah Klang.

20. Justeru saya berharap janganlah kerajaan negeri memeperalatkan rakyat dan mengelirukan fakta seolah-olah mereka mampu mengekalkan tarif air sedia. Jangan kelirukan masyarakat dengan isu air sedangkan hakikat sebenar ialah mereka mahu menutup kepincangan parti mereka dan pentadbiran negeri Selangor hari ini.

Saturday, December 4, 2010

Najib atau Anwar?


Siapakah yang patut rakyat sokong semasa PRU 13 dan siapakah yang paling layak untuk memimpin Malaysia selepas PRU 13. Adakah Najib calon yang paling layak kerana segala gerak kerja yang di laksanakan telah membuahkan hasil dan dapat di terima rakyat terutama konsep 1 Malaysia. Bagaimana pula dengan Anwar yang lebih banyak berpolitik fitnah dan pembohongan serta menyebarkan dan memburukkan nama Malaysia di luar negara. Adakah Anwar layak untuk jawatan PM di Putrajaya. Kita letakkan semua pandangan dan keputusan di tangan rakyat yang akan menentukan segala-galanya di PRU 13 nanti. Demokrasi dtg drp rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat. 

Siapa akan menjadi pemegang kunci Putrajaya Najib atau Anwar?

Sandiwara politik kadang kala boleh menghiburkan kerana masing-masing ingin menjadi juara rakyat...Siapa yang bakal menjadi pemegang kunci Putrajaya.

Kita rakyat yang akan menentukan siapa yang layak untuk memegang kunci Putrajaya. Oleh itu kita gunakan mandat yang ada pada kita untuk meletakkan parti-parti yang akan menjulang kita ke mercu kejayaan. Mandat tersebut mestilah berdasarkan pemikiran yang rasional dan pertimbangan yang wajar jangan termakan dengan dakyah dan fitnah, retorik dan gimik politikus yang gemar cakap lain kemudiannya akan membuat lain ataupun tak buat apa-apa langsung. KITA MESTI INGAT AKAN GAGASAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA....


'Kata di Kota Janji di Laksanakan"......

"Adakah kita ingin mengadaikan kestabilan, kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian serta kemajuan dengan dongengan, fitnah dan pembohongan serta memecah belahkan rakyat, perkauman dengan fatwa dan dalil yang mengelirukan"



"Kata di Kota Janji di Laksanakan". Inilah kata-kata azimat yang selalu kita dengar selama 53 tahun merdeka. Kata-kata azimat yang tidak pernah membelakangi rakyat Malaysia yang terdiri drp berbagai bangsa dan agama serta kebudayaan. Kita tidak pernah di hampakan dan di manupalasikan oleh pihak BN demi kekuasaan tetapi demi kestabilan, kesejahteran, kemakmuran dan keharmonian yang telah membuat BN bertahan dan kekal sebagai kerajaan. BN tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang tetapi apa yang difikirkan perlu untuk memajukan dan merancak pertumbuhan ekonomi dan meningkatan taraf pendapatan rakyat. Natijahnya marilah kita bersama-sama mengekalkan apa yang telah kita ada sekarang dengan penambah baikkan lagi BN untuk memastikan bahawa agama, bangsa dan negara berada di ambang kestabilan, kesejahteraan, kemakmuran dan kemajuan.

Majlis Fatwa mahun Bukan Islam henti peralat ayat Al-Quran: Ini adalah satu amaran yang keras dan jitu dr Majlis Fatwa berkenaan isu yg telah berlarutan sekelian lamanya. Kita berharap selepas ini jangan ada lagi ahli-ahli politik pembangkang bukan Islam yang cuba memperalatkan ayat Al-Quran dalam ceramah politiknya. Kita juga berharap jangan ada kata-kata sumbang drp parti politik PAS yang mengatakan saranan Majlis Fatwa itu adalah salah dan bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. Kita nak dengar ulama politik atau ulama agama?


SEPANG 4 Dis. - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebulat suara mahu perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-wenangnya dihentikan bagi mengelak timbul keresahan dan perpecahan dalam masyarakat.

Dalam satu muzakarah khas, jawatankuasa tersebut memberikan nasihat dan teguran kepada seluruh masyarakat termasuk bukan Islam bahawa teks suci al-Quran tidak boleh digunakan untuk kepentingan tertentu termasuk bagi tujuan peribadi dan politik.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, meskipun ulama tidak melarang orang bukan Islam membaca al-Quran, namun situasi semasa membabitkan tindakan beberapa pemimpin bukan Islam parti pembangkang menghuraikan teks kitab suci itu telah menimbulkan kekeliruan dan merenggangkan hubungan di kalangan umat Islam sendiri.

''Semua mufti melahirkan rasa tidak setuju dengan situasi yang berlaku sekarang dan perkara yang berlaku sejak 2009 termasuk isu orang bukan Islam memasuki rumah ibadat orang Islam dan terbaru tindakan Ahli Dewan Negeri Hutan Melintang, S. Kesavan membaca terjemahan petikan ayat al-Quran secara salah.

''Justeru kita mengambil langkah menggunakan kaedah 'sad zaraik' iaitu mencegah atau mengelakkan keraguan, maka kita rasa elok elakkan menggunakan teks al-Quran di atas pentas politik dengan kepentingan tertentu apatah lagi membaca maksud al-Quran secara tidak tepat.

''Mentafsirkan al-Quran tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau spontan di atas pentas ceramah tetapi perlu ada kaedah tertentu yang mesti difahami daripada awal," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas mempengerusi muzakarah khas tersebut di Hotel Pan Pacific Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.

Sebanyak 10 ahli panel muzakarah tersebut hadir termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang juga Setiausaha Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah khas yang berlangsung selama empat jam itu juga meneliti semua rakaman siri ucapan pemimpin bukan Islam yang membaca dan menghuraikan terjemahan teks al- Quran selain reaksi daripada umat Islam tentang perkara itu.

Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan yang salah membabitkan ayat 190 dan 191 dari Surah Ali-Imran ketika sesi perbahasan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2010 baru-baru ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming juga dilaporkan membaca petikan ayat suci al-Quran ketika berceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak tahun lalu.

Friday, December 3, 2010

MB Kedah tak turun padang?

MB Kedah yang melenting kat wartawan pasal soal bantuan mangsa banjir. Kesian wartawan selepas itu di boikotnya drp membuat liputan sidang Dun Kedah. Sekarang Ketua Penerangan PAS Pusat kata kerajaan sangat takut kerana TPM kata pelajar-pelajar luar negara jangan percaya dengan berita-berita fitnah dan pembohongan portal-portal dan media pembangkang. Bila kita fikirkan memang betul pun apa yg di perkatakan oleh TPM itu. Datang Ketua Penenaran PAS Pusat itu cuba pula memutabelitkan atau "spin" topik tersebut dengan mengatakan bahawa kalau portal-portal dan media pembangkang itu menyebarkan fitnah dan pembohongan, kerajaan boleh ambil tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak, Akta Universiti Kolej, Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap portal-portal dan media pembangkang. Kalau kerajaan ambil tindakan nanti kata kerajaan tidak demokrasi dan adil tiada kebebasan media di Malaysia. Macam kejadian di Kedah baru kena sikit sudah kecoh boikot media. Kita mesti realistik dan professional dalam menyebarkan berita. Apa yang dilakukan oleh PAS adalah sebaliknya iaitu memecah belahkan umat Islam di Malaysia dengan berita fitnah dan pembohongan , fatwa dan dalil yang mengelirukan umat Islam. Bagaimana pula Ketua Penerangan PAS Pusat itu nak jawab? Kalau di tengok berita-berita dalam Harakah daily tiada lain berita selain drp berita fitnah dan pembohongan sahaja. Tiada berita tentang ekonomi dan sosial langsunag. Bagaiman mana nak menaikkan ekonomi org Islam, bagaimana nak mebendung gejala sosial dan sebagainya. Natijahnya memang betul kata TPM bahawa media pembangkang banyak berita fitnah dan pembohongan sahaja.

Kita takut nanti masyarakat di Malaysia lebih mempercayai cerita-cerita fitnah dan pembohongan drp cerita-cerita yang tulen. Setiap satu berita atau cerita kena di siasat hujung pangkalnya barulah kita tahu bahawa samada berita itu fitnah dan pembohongan atau pun tidak. Jangan pakai terima sahaja. Kita nasihatkan PAS dan Harakah Daily berubahlah kepada jalan yang di benarkan oleh Allah (SWT) jangan jadi seperti dalam Surah Al-Qalam banyak menyebarkan fitnah dan pembohongan sahaja.




3 Dec E.JPG

Wednesday, December 1, 2010

Ilmuwan agama wajib menegur: Kita setuju dgn Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa penafsiran ayat Al-Quran yg tidak betul di depan khalayak ramai boleh menjadi satu penghinaan yang serius terhadap Islam dan tidak boleh dibiarkan. Jamil Khir mengakui Islam tidak pernah menghalang, sebaliknya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari dan mendalami kitab suci agama itu. Tindakan ini bagaimanapun, biarlah kena pada tempatnya, bukan untuk dijadikan alat permainan di pentas politik. Lebih-lebih lagi di depan khalayak ramai. Kita tidak mahu perbuatan ini menyentuh sensitiviti orang Islam yang pada akhirnya boleh mencetuskan pertelagahan sesama sendiri. Kalau YB Hutan Melintang itu macam Ustaz Ravi atau Ustaz Ridhuan tiada siapa akan mempertikaikannya. Masalahanya YB Hutan Melintang itu kafirun dan memterjemahkan ayat suci Al-Quran mengikut fahaman sendiri untuk di kenakan dengan agenda politik PKR itu sudah salah kerana ianya telah mengatakan sesuatu yang berlainan drp yang asalnya dlm Al-Quran. Ingat Kitab suci Al-Quran tidak pernah dipinda seperti Kitab Injil dan Taurat. Natijahnya pencerobohan tersebut telah mencetuskan polimek yang memecah belahkan umat Islam lagi. Inilah peluang yang ingin dikaut oleh kaum "sebelah sinun" untuk mendapatkan undi bonus dalam PRU 13 kerana ada umat Islam yang menyokong apa yang kaum "sebelah sinun" buat itu adalah betul walaupun pada hakikatnya adalah salah tetapi di diamkan sahaja oleh ulamak politik demi untuk agenda politik dan Putrajaya.

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/06/jamil-khir.jpg

 

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Tindakan segelintir pemimpin parti pembangkang yang terdiri daripada golongan bijak pandai agama 'menutup mata' apabila ayat al-Quran diterjemah secara membuta-tuli oleh orang bukan Islam boleh diibaratkan seperti menghina kitab suci agamanya sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, penafsiran ayat al-Quran yang tidak betul di depan khalayak ramai boleh menjadi satu penghinaan yang serius terhadap Islam dan tidak boleh dibiarkan.

Justeru tegasnya, para ilmuwan agama wajib menegur dan tidak boleh sekadar menutup mata supaya setiap kesilapan dapat dibetulkan sekali gus memastikan pihak yang melakukan kesalahan tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa depan.

"Para pemimpin politik pembangkang, tidak kira presiden atau yang lain-lain, usahlah terlalu banyak bermain politik dalam hal-hal sensitif terutamanya yang melibatkan kesucian Islam.

"Jika teman sealiran sendiri melakukan kesalahan, kita kena berani menegur. Sekiranya dibiarkan, kita khuatir mereka ingat kesilapan itu tidak seberapa kerana rakan-rakan yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama sendiri tidak menegur dan berkata tidak mengapa.

"Jangan sampai nanti anda dianggap menghina agama sendiri jika membiarkan sahaja perkara itu terjadi di depan mata," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Diploma Pengurusan Islam anjuran Institut Latihan Islam Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan pemimpin politik bukan Islam di kalangan parti pembangkang yang sewenang-wenangnya menggunakan makna atau tafsir ayat suci al-Quran dalam ceramah politik mereka sehingga terkeluar daripada konteks sebenar.

Kelmarin, perkara yang sama berulang apabila perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), S. Kesavan membaca dan memanipulasikan tafsiran daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh.

Mengulas lanjut, Jamil Khir mengakui Islam tidak pernah menghalang, sebaliknya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari dan mendalami kitab suci agama itu.

"Tindakan ini bagaimanapun, biarlah kena pada tempatnya, bukan untuk dijadikan alat permainan di pentas politik. Lebih-lebih lagi di depan khalayak ramai.

"Kita tidak mahu perbuatan ini menyentuh sensitiviti orang Islam yang pada akhirnya boleh mencetuskan pertelagahan sesama sendiri," katanya.