KUALA LUMPUR, 14 Feb: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ujian yang beliau terima sekarang sebagai kecil sahaja berbanding dengan ujian yang dihadapi oleh para Anbiya. Justru itu, beliau yakin fitnah yang beliau hadapi ini akan lenyap juga akhirnya. "Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua," kata Anwar. Anwar berkata demikian dalam perutusan beliau sempena dengan Maulidur Rasul yang bakal disambut oleh umat Islam esok. Sejak dipecat dari timbalan perdana menteri, Anwar tidak pernah berhenti dari menerima pelbagai tuduhan dari musuh-musuh politiknya. Ia bermula dengan pentadbiran Tun Dr Mahathir apabila beliau didakwa meliwat pemandunya sendiri, Azizan Abu Bakar namun ditolak oleh mahkamah. Menurut rakan-rakan rapat beliau, serangan terhadap Anwar bermula apabila beliau selaku Menteri Kewangan enggan menggunakan duit negara untuk membantu salah seorang anak Mahathir yang ketika itu sangat teruk dilanda masalah ekoran kegawatan ekonomi. (Pada pemilihan UMNO 1993 Anwar anak didik Tun Mahathir mengetuai pasukan Team Wawasan untuk menumbangkan arwah Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden. Team Wawasan bukan sahaja nak jatuhkan arwah Tun Ghafar Baba tetapi juga Presiden Tun Mahathir . Team Wawasan cuba untuk menumbangkan Presiden dalam pemilihan 1996 sesungguhpun secara terbuka mengikrarkan "tertangkup langit dan bumi, setia kita tidak akan berubah" tetapi di belakang dia bercakap tentang kronisme dan nepotisme. Dalam perhimpunan UMNO 1994 Tun Mahathir sindir Anwar dgn mengeluarkan cerita Brutus anak angkat Julius Caesar yg telah belot terhadap bapa angkatnya. Aku bunuh kamu bukan aku tak sayangkan kamu Caesar tetapi aku lebih sayangkan Rome (kuasa sebenarnya)". Tun Mahathir telah mengusulkan bahawa pada pemilihan 1996 tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Ini telah diendorskan oleh Majlis Tertinggi UMNO, maka hajat Anwar utk menumbang Tun Mahathir gagal. Pada Perhimpunan UMNO 1995 Tun Mahathir berkata beliau bukan takut dicabar tetapi usul tidak bertanding itu dibuat utk menjamin parti tidak bergolak. Sekiranya Anwar ingin menentang beliau, hal ini tidak menjadi masalah kerana saya menang saya akan kekal menjadi Perdana Menteri. Kalau saya kalah saya tidak rugi apa-apa kerana saya sudah lama menjadi Perdana Menteri. Tetapi kalau Anwar kalah beliau akan kehilangan segaka-gaanya".Anwar barangkali tahu padah politik yg bakal menimpanya menerima hakikat utk kekal dgn jawatannya sebagai Timbalan Presiden. Selebihnya semua rakyat Malaysia tahu.) Kini Anwar sedang dituduh lagi meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Menurut sumber, tekanan kepada Anwar tidak akan berhenti sehinggalah beliau meninggalkan pentas politik tanahair. (Ini kes peribadinya dgn Saiful Bukhari Azlan. Semua or ingat Saiful akan di siksa semasa mengerjakan Haji tetapi alhamdulillah Saiful sihat walafiat dan sempurnalah Hajinya sekarang di gelar Haji Saiful. Bagaimana dgn Anwar berani ke dia bertaubat di depan Kaabah?). Ini kerana, Anwar dianggap ancaman paling besar kepada penguasaan Umno dalam politik berikutan keupayaannya menyatu semua penentang Umno. (Anwar adalah nama besar kerana beliau pernah menjadi TPM yg banyak onak dan kepura-puraan. Ini memang terserlah di dalam UMNO satu ketika dahulu. Sekarang beliau berjaya menyatukan parti pembangkang adalah kerana semua parti pembangkang yg berada di dalam Pakatanal Rakyatul Syaitan ada menyimpan dendam dengan UMNO iaitu tunjang Barisan Nasional. Kalau tidak kerana dendam maka sudah tentu Pakatan tersebut tidak akan menjadi kerana masing-masing mempunyai agenda dan idealogi yg berbeda spt langit dan bumi. Anwar pula tidak sedar di gunakan oleh pemimpin-pemimpin Pakatanal Rakyatul Syaitan kiri kanan atas bawah bagi memecah belahkan umat Islam dan bangsa Melayu kerana pada anggap mereka dgn adanya Anwar maka cita-cita mereka utk memerintah Malaysia akan dapat di realisasikan dan akan menjadi nyata pada PRU 13. Nampaknya cita-cita tersebut tersungkur dan merundum serta meluruh seperti daun-daun kering yg berguguran apabila dengan kebesaran Allah (SWT) maka di tunjukkan kpd rakyat Malaysia bagaimana PKR itu menjadi parti tunjang Anwar telah di robak robik oleh pemimpin-pemimpinnya utk merebut jawatan. Inilah kerakusan, kekronisme dan nepotisme yang didokong oleh demokrasi dan keadilan parti PKR parti Anwar. Sehingga kini pergolakkan dan perarakan keluar ahli-ahlinya terus berlaku walaupun pemimpin-pemimpinnya mengatakan semua itu adalah musuh-musuh PKR. Natijahnya tiada apa yg perlu diperkatakan selain drp bahawa Anwar adalah seorg yg pandai mengambil kesempatan drp kesempitan dan kesengasaraan org utk menaikkan semangat penentangan terhadap kerajaan yg telah menindas dan menafikan hak-hak mereka terutamanya kaum Melayu ataupun sebelah sinun). "Mengenangi Sayyidina Muhammad S.A.W dan perjuangan Baginda itu moga menambah rasa kecintaan yang mendalam serta dirahmati pula dengan suri teladan buat menjadi pedoman. "Justeru membaca sirah Nabi S.A.W sentiasa menenangkan saya manakala terus ditohmah rekayasa musuh. "Kerana itu saya mengambil kesempatan merenung serta meneliti kesabaran Junjungan Besar berhadapan dengan dugaan," kata Anwar dalam perutusan itu. Beliau mengingatkan kisah bagaimana isteri Baginda Rasulullah juga pernah difitnah dalam peristiwa Al-Ifk. "Kita pastinya tahu akan peristiwa Al-Ifk, kisah fitnah yang dilemparkan kepada Sayyidatina Aishah. Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga untuk tidak lekang mengharap belas ihsan serta pertolongan Allah S.W.T," tegas Anwar. Anwar memetik ayat Al Quran surah Surah An Nur ayat 19 bagi memberikan peringatan kepada mereka yang gemar membuat tuduhan-tuduhan buruk. (Anwar gagal utk memetik surah ini daripada ayat 11 sehingga 18) Maksud surah itu adalah: “Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”. (Sepatutnya Anwar mentarbiyahkan dirinya sendiri kaumnya, parti dan ahli-ahli Pakatanal Rakyatul Syaitan betapa fitnah dan pembohongan itu adalah jijik di sisi Islam. Setelah kaumnya dan ahli-ahli Pakatanal Rakyatul Syaitan sedar akan kesilapannya maka barulah tarbiyah tersebut boleh berjangkit kepada kaum-kaum lain dan ahli-ahli parti lain. Kita menghujahkan bahawa akibat daripada fitnah dan pembohongan yg di galakkan oleh Pakatnal Rakyatul Syaitanlah yg menyebabkan rakyat terus terkeliru dan dikelirukan tetapi Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatanal Rakyatul Syaitan gagal untuk membendunganya kerana pada Pakatanal Rakyatul Syaitan berpendapat biar kita taburkan fitnah dan pembohongan agar rakyat bangkit menentang kerajaan yg di dokong oleh UMNO musuh azali mereka iaitu Barisan Nasional. Ini menunjukkan bahawa kata lain buat lain yg di amalkan Anwar amat merbahayakan rakyat dan negara Malaysia. Kita jangan tersilap langkah kerana akibatnya kita yg parah kerana kita jangan jadi seperti org yg dicucuk hidung ikut sahaja apa org cakap kalau org kata terjun maka kita pun terjun macam Pak Pandir). |
Monday, February 14, 2011
Ujian atas saya kecil berbanding para Anbiya....Inilah kenyataan org yg di gelar anugerah Tuhan kepada rakyat Malaysia. Adakah Anwar di fitnah sebegitu teruk seperti Aishah Radiyallahu anha Ummul Muminin setelah berperang dengan Bani Mustaliq bulan Syaban tahun 5 Hijrah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment