Pemimpin yang bemulut celupar |
INILAH CITERNYA:-
Nik Aziz Nik Mat telah berjaya menjadi pemimpin PAS yang paling popular dan tempias pengaruhnya sudah melebihi Presiden parti itu sendiri. Tetapi popularitinya tentulah bersebab. Pertama Datuk Seri Hadi Awang bukan lagi Menteri Besar Terengganu kerana seperti kita ketahui PAS dan parti gabunganya tewas dalam pilihanraya negeri pada tahun 2008.
Lazimnya populariti seseorang itu dikaitkan dengan jawatan dalam kerajaan. Justeru dengan tidak bergelar YAB Menteri Besar, pengaruh Hadi di kalangan rakyat boleh dikatakan semakin merosot.
Tapi dalam PAS senarionya berbeza. Pengaruh Hadi seperti tidak pernah pudar. Pengaruh Hadi semakin berkembang ekoran dari sikapnya yang sederhana serta stail kepemimpinanya menyerupai stail pemimpin-pemimpin agung PAS yang terdahulu.
Manakala Nik Aziz pula selaku Mursyidul Am PAS telah berjaya meletakan dirinya, setidak-tidaknya, sama popular dengan pemimpin tertinggi UMNO. Kalaulah publisiti dari TV3 serta RTM dan akhbar tidak di ambil kira maka tak mustahil Nik Aziz hanya dikenali di kalangan orang-orang Melayu di Kelantan.
Satu ketika dulu masyarakat Cina di luar Kota Bharu menganggap Nik Aziz sekadar seorang pemimpin PAS yang bermirip seorang pendakwah. Tetapi hari ini tanggapan sedemikian sudah berubah. Populariti Nik Aziz kini diakui sebagai jauh menembusi jauh ke kawasan-kawasan dominan Cina dan dikenali sebagai pemimpin PAS yang memahami asprasi kaum Cina.
Memanglah menghairankan kerana selaku Menteri Besar,isu-isu setempat masih gagal ditangani. Masalah air bersih masih menghantui rakyat Kelantan. Masalah-masalah lain seperti sosial, kebersihan serta dadah dan perjudian terus mencengkam masyarakat negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Walaupun bantuan kerajaan pusat melalui peruntukan berjumlah berbilion ringgit, pembangunan di Kelantan jauh tertinggal. Situasi mundur sebegini membuatkan penduduk yang dikategorikan dalam lingkungan belia, berhijrah ke luar. Kuala Lumpur adalah destinasi utama.
Namun bagi rakyat Kelantan, Nik Aziz sangat kebal, ia tidak boleh diusik. Penulis pun takut untuk menulis yang bukan-bukan kerana bimbang menjadi mangsa ugutan pihak tertentu. Dan tidak syak lagi, selagi Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, selama itu UMNO sukar merampas kembali negeri tersebut.
Biarpun pembangunan lembab, masalah datang bersilih ganti dan rakyat hidup serba kekurangan, dan budu masih merupakan lauk menggantikan pembangunan mega, namun PAS dan Nik Aziz terus meraih sokongan. Bagaimanapun minggu lalu, sedang Nik Aziz melalui pelbagai rentetan hidup dan seperti biasa membuat kenyataan yang tidak berselindung, jauh di Kuala Lumpur, Tun Dr.Mahathir Mohamed didalam blognya, che det.com, telah melakukan satu kejutan yang selama ini jarang dibuat oleh pemimpin UMNO dan penulis.
Dalam entrinya Dr.Mahathir telah membelasah Nik Aziz, yang dianggap seorang politician dan bukannya seorang ulama dalam erti kata sebenar. Dan matlamat Nik Aziz, melalui kenyataan yang tidak lojik itu, semata-mata menurut pemerhatian Dr.Mahathir adalah untuk membolehkan PAS memenangi pilihanraya umum.
Selama 10 minit sebaik blog che det dibaca, kira-kira 600 orang melayari serta 100 komen dibuat. Saya rasa, ini satu rekod kerana pembaca seperti terpukau dengan hujah Dr.Mahathir mengenai Nik Aziz dan tulisan mantan Perdana Menteri itu bagai buku bertemu ruas.
Suka atau tidak, dan walau apa sekalipun hujahnya, rakyat Malaysia sama orang Islam atau bukan Islam terpaksa akhirnya menerima hakikat bahawa sistem politik yang diamalkan dan diterima pakai di negara ini adalah satu sistem yang tak ada kena mengena dengan ulama, tak ada berkaitan dengan pemimpin politik berpakaian jubah dan berserban.
Prinsip demokrasi yang menjadi teras kepada pembentukan pemerintah dan pemerintahan itu sendiri adalah sesuatu prinsip yang tidak ada kena mengena dengan Islam dan bukan pula idea yang dicetuskan oleh umat Islam. Oleh kerana ia adalah satu kaedah dalam seni dan sains pemerintahan negara, maka ia tidaklah melanggar prinsip Islam selagi mana tidak ada mana-mana bahagian amalannya yang melanggar hukum.
Maka moral ceritanya mudah sahaja. Sesiapa sahaja, baik yang Islamnya atau yang bukan Islamnya, melibatkan diri dalam apa juga bentuk aktiviti pembentukan kerajaan demokratik ini atau mengamalkan sistem ini setelah membentuk kerajaan, maka ia perlu memahami betapa hal seperti ini tidak boleh dikeliru dan dicampur-adukkan dengan Islam.
Tak perlulah kita sebutkan Islam adalah agama Allah yang maha suci dan perbuatan menggunakan Islam untuk perkara yang tidak ada kena mengena dengan Islam adalah satu perbuatan terkutuk dan dilaknati Allah. Sementara di zaman Nabi s.a.w. wujud sebuah perlembagaan yang dinamakan Piagam Madinah tetapi tidak ada pula mana-mana catatan sejarah Islam yang menunjukkan adanya pilihanraya di zaman tersebut atau di zaman selepas Baginda s.a.w. wafat.
Dalam Islam mereka yang memimpin kerajaan dinamakan khalifah. Tapi hari ini mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti pembentukan kerajaan dan seterusnya menjadi pemimpin kerajaan yang telah dibentuk itu kita kenali mereka sebagai ahli politik. Dan dalam politik dan prinsip demokrasi ini ulama dan Islam tidak mempunyai apa-apa peranan. Mengapa ulama harus ada peranan sedangkan ia hanyalah satu sistem atau cara di mana rakyat boleh memimpin perwakilannya dalam kerajaan.
Kita orang Islam menerima prinsip dan amalan demokrasi ini bukan sebagai satu cara hidup atau ad-din melainkan hanya sebagai satu sistem dalam aktiviti kehidupan sebagaimana kita menerima sistem perubatan, sistem bekalan elektrik, sistem pengurusan perniagaan dan macam-macam sistem lagi yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
Kita tidak akan menjadi tidak Islamik dan kita juga tidak boleh dikatakan tidak mengamalkan hidup cara Islam sekiranya kita menaiki kenderaan bermotor dan bukannya unta sebagai alat pengangkutan sebagaimana kita tidak boleh dikatakan tidak Islamik kerana menjadi nasi sebagai makanan utama kita dan bukannya buah kurma, daging kambing dan air susu.
Maka oleh kerana sistem demokrasi itu sebenarnya tidak ada kena mengena dengan Islam dan ia merupakan satu methode membentuk kerajaan perbuatan PAS mencampur-adukkannya dengan Islam adalah sesuatu pengkhianatan terhadap Islam dan penipuan terhadap umat Islam.
Oleh yang demikian ia adalah merupakan satu dosa, satu kemungkaran dan sesuatu bersifat tidak Islamik apabila ada golongan manusia tertentu yang menganggap diri mereka sebagai ulama memperalatkan Islam dengan tujuan menjadi pemimpin dalam kerajaan demokratik.
Inilah yang cuba disebut oleh Tun Dr. Mahathir apabila menyelar Mursyidul Am PAS bahawa pemimpin PAS itu lebih berminat untuk menang dalam pilihanraya dan bukannya menegakkan satu kaedah kepimpinan politik Islam.
Sekiranya Nik Aziz mahu menegakkan satu kaedah kepimpinan politik Islam maka beliau tidak sepatutnya berada dan melibatkan diri dalam sebuah sistem pemilihan kerajaan yang bukan berakar Islam. Nak buat apa terikut-ikut dengan prinsip demokrasi ini kalau dah tahu ia bukan berpaksikan prinsip Islam. Ini sudah macam ‘cakap tak serupa bikin’.
Kalau nak memperjuangkan sebuah kerajaan Islam berpaksikan prinsip Islam kena ikut contoh Almarhum Ayatollah Khomeni di zaman pemerintahan Shah Reza Pahlavi dan selepas revolusi Islam Iran. Bukankah satu ketika dulu para pemimpin PAS cukup taksub dengan Imam Khomeni dan revolusi Islam? Bukankah satu ketika dulu, Nik Aziz dan Ahmad Awang pernah menghadiri hol memperingati kematian Imam Khomeni di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Adakah Nik Aziz Nik Mat nak jadi macam pemimpin ini |
Walaupun tak ada sebuah undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dipermodalkan oleh PAS sebagai satu undang-undang zalim, namun SAVAK di Iran jauh lebih zalim dan lebih tidak berperi kemanusiaan.
Di tengah-tengah kezaliman inilah lahirnya manusia yang bernama Sayyed Ruhollah Mostafavi Moosavi Khomeini, seorang ulama yang mengambil risiko demi mengakhiri segala kezaliman ini.
Bukan mudah untuk melakukannya. Khomeni tidak menjadi ahli mana-mana parti politik sebagaimana Nik Aziz menjadi ahli dan pemimpin sebuah parti politik berdaftar. Dalam pada itu, selain daripada SAVAK yang menangkap sesiapa sahaja, Amerika Syarikat yang mahukan minyak dan hasil penjualan minyak dilaburkan dalam sistem perbankannya mahukan Reza Pahlavi terus berkuasa.
Khomeni yang mahu menukarkan sistem kerajaan Iran bukan sahaja tidak dapat menjelajah ke segenap pelusuk Iran untuk berceramah sebagaimana yang bebas dilakukan oleh Nik Aziz dan pemimpin PAS malah beliau juga dibuang negeri.
Dipendekkan cerita akhirnya tumbanglah kerajaan Shah Iran. Dan apabila Khomeni kembali ke Iran, dia ditawarkan jawatan Presiden. Tetapi kerana dia seorang ulama dan bukannya seorang ahli politik, maka jawatan tersebut ditolaknya.
Khomeni bukan sahaja tidak berminat dengan jawatan politik tetapi tidak juga meminta kediaman yang mewah sebaliknya terus tinggal dan mengajar Al-Quran di rumahnya yang serba sederhana di Qum. Khomeni tidak juga menggunakan kedudukannya sebagai ulama yang cukup berpengaruh untuk meminta kerajaan Iran melantik anak atau menantunya memegang jawatan penting dalam mana-mana perbadanan ekonomi negara tersebut. Beliau juga tidak meminta sepupunya atau anak saudaranya menjadi Menteri Besar Qum.
Kerja utama Khomeni setelah terbentuknya kerajaan revolusi Iran hanyalah mengeluarkan fatwa agama. Nah, ini baru kerja ulama. Ulama tak boleh berminat dalam politik. Kalau ulama pun nak turut sama berminat dalam politik, nak turut sama bertanding dalam pilihanraya, nak turut sama tubuhkan parti politik, maka itu bukanlah lagi ulama.
Kalau ada ulama atau mereka yang menganggap diri sebagai ulama turut sama melibatkan diri dalam politik, maka jadilah orang itu sebagai ‘agama suku, politik suku’.
Justeru tidak hairanlah kalau PAS sebenarnya parti yang suku-suku – ke sana tak sampai dan ke sini pun tak sampai. Hari ini cakap lain esok cakap lain. Dulu PAS keluarkan sebahagian dari sepotong ayat Quran kononnya orang Islam tak boleh menerima orang bukan Islam sebagai pemimpin.
Hari ini PAS tak pakai lagi ayat Quran tersebut. Malah PAS bersekongkol dengan pemimpin DAP. Beberapa hari dulu Nik Aziz mengatakan seolah-olah perjuangan nasionalistik UMNO tidak Islamik, kemudian berubah pula mengatakan perjuangan orang Melayu perlu diutamakan.Memang bercelaru. Inilah akibatnya ‘agama-suku, politik suku’.
No comments:
Post a Comment