Wednesday, February 2, 2011

Berakhirlah dasar perjuangan PAS maka menjelmalah Pakatanal Rakyatul Syaitan......kemudian datang Pilihanraya undi PAS maka akan masuk syurga.....

21 Feb E.JPG
Esok suroh Hadi jumpa Anwar dan Kit Siang tubuh Pakatanal Rakyatul Syaitan


Kita tubuhkan parti Pakatanal Rakyatul Syaitan

Kemudian tunggu Pilihanraya undi PAS akan pasti masuk syurga....






KUALA LUMPUR, 1 Feb – Akhirnya Pas mengaku bahawa cita-cita perjuangan untuk menubuhkan negara Islam selama ini hanya retorik semata-mata.

Pas seperti sudah mengangkat bendera putih.  Pengakuan Pas ini mungkin kerana Pas tiada berdaya melawan kehendak DAP.

Buktinya apabila Ahli  Parlimen Kuala Selangor , Dr Dzulkefly Ahmad mengaku tidak ada jalan untuk Pas menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia.

Masalahnya bagaimana pula ahli-ahli PAS mengatakan bahawa Hudud dan Negara Islam itu pasti akan dapat di terima oleh Monyet DAP walapun kita terpaksa tunggu 100 hari. Kalau nak di bandingkan 100 hari dengan 20 tahun maka ianya adalah agak mustahil kerana sedangkan 20 tahun tak boleh nak laksanakan inikan pula 100 hari. Kalau Mat Jenin atau Pak Pandir boleh kot. Kita mesti realistik dan pandang ke hadapan agar kita tidak tertinggal di belakang. Islam mengarahkan kita utk maju ke hadapan bukannya mengambil langkah ke belakang. Apa yg UMNO dan kerajaan BN telak laksanakan perlu kita banggakan kerana segala kemudahan dan prasarana dan saluran keislaman itu sudah di sediakan. Maka apa yg perlu kita laksanakan ialah pengisiannya sahaja. Adakah pengisiannya itu pun hendak di laksanakan oleh pihak UMNO dan Kerajaan BN. Di mana letaknya tanggungjawab parti yg memperjuangkan Islam dalam merealisasikan Islam itu sendiri di bumi Malaysia yg amat bertuah ini. 

Kita seharusnya memikirkan akan kesatuan kita sebagai umat Islam bukannya permusuhan sesama kita dengan memberikan fatw dan dalil yg mengelirukan dan songsang seolah-olah UMNO itu kafir dan tiada akidah dan jahiliah. Allah (SWT) itu Maha Berkuasa dan Maha Adil yg mengetahui apa yg kita tidak ketahui. Apa yg Allah (SWT) cuba ungkapkan daripada kejadian di Negara Teluk ialah seorang pemimpin tidak seharusnya bergelumang dan rakus memegang kuasanya walaupun ketikanya pemimpin itu tahu bahawa masa utk beliau pergi sudah sampai. Ini adalah kerana bila kita berkuasa org akan rapat dgn kita walaupun kita bersih tetapi adakah org sekeliling kita itu bersih? Inilah yg terjadi kepada UMNO dan PAS. Sama-sama ada kesalahannya tetapi kesalahan itu boleh di perbetulkan sekiranya masing-masing lepaskan ego dan kesombongan dalam membentuk kesatuan Islam yg berdaulat di bumi Malaysia. Bila kita hendak berpadu kita tak perlu letakkan syarat org ini kena ambil perjuangan Islam kita dan gugurkan perjuangan bangsa. Dalam Al-Quran di setiap kisah-kisah Nabi-Nabi ada di ceritakan pasal kaum-kaum tertentu. Mengapa pula kita harus mengugurkan perjuangan kaum dalam mendapatkan dan meletakkan hak kita seperti yg telah di maktubkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Adakah mempertahankan kaum Melayu itu satu kesalahan di dalam Islam? Adalah agak janggal sekiranya di katakan bahawa org Melayu bukan beragama Islam di Malaysia. Ada pula setengah org PAS yg mengatakan bahawa Islam org Melayu kerana keturunan iaitu Islam Ehsan tetapi Islam org bukan Melayu adalah Islam Akidah. Ini bermakna org-org ini cuba menukarkan sejarah org Melayu kononnya org Melayu yg menyokong UMNO adalah jahiliah kerana gagal melihat akan keislaman yg di bawa oleh PAS. Kononnya Islam PAS adalah Islam spt mana Nabi Muhammad (SAW) laksanakan terhadap org-org Arab Quraisy. Adakah Islam PAS itu sama tarafnya dgn Islam di zaman Nabi Muhammad (SAW)?

Apa yg berlaku di sekeliling kita amat merunsingkan dan memeningkan kepada para ulamak agama kerana ulamak politik lebih berkuasa dalam mengeluarkan fatwa dan dalil yg mengelirukan dan songsang yg menjurus kepada memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Apakah sebenarnya cita-cita PAS? Adakah utk mengwujudkan sistem pemerintahan Islam dan Negara Islam serta mengamalkan undang-undang Hudud di Malaysia. Nampaknya impian tersebut hanya tinggal spt satu cerita Mak Yong yg sedap di dengar tetapi agak sukar utk di laksanakan, lebih-lebih lagi PAS di dalam Pakatanal Rakyatul Syaitan. Dalam Pakatanal Rakyatul Syaitan itu sendiri sudah nampak penentangan yg keras. Bagaimana nak laksanakan sekiranya PAS hanya ada beberapa kerusi di Malaysia sedang part-parti dalam Pakatan Rakyatul Syaitan lebih kerusi drp PAS.


Nik Aziz: Apa bukti saya kafirkan orang UMNO? Ulamak politik mana nampak apa yg telah di cakapkan ataupun diutarakan kerana padanya apa yg telah dicakapkan dan diutarakan adalah benar belaka sejajar dgn ajaran Islam dan Al-Quran serta Hadis Nabi Muhammad (SAW). Natijahnya mana ulamak politik hendak mengaku akan kepincangan dan kecelakaan yg telah di laksanakan terhadap umat Islam di Malaysia yg telah di pecah belahkan dgn fatwa dan dali yg mengelirukan dan songsang....



Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca kenyataan Dr. Mahathir Mohamad mengenai dirinya dalam akhbar Utusan Malaysia di pejabatnya di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 17 Feb. - "Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.

"Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.

Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:

"Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.

"Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.

"(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."

Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.

Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak. Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."

Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama.

"Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama.

"Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.

Ditanya hubungan Pas dengan DAP yang turut dibangkitkan oleh Dr. Mahathir, Nik Abdul Aziz menjelaskan, hubungan tersebut membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO.

Beliau berkata, hasil hubungan akrab tersebut, serangan DAP terhadap Islam telah bertukar.

"Harapkan UMNO nak ajak Islam lagu mana, dia sendiri tolak Islam. UMNO tolak Islam, nak dia perkenal Islam pada MCA dan DAP macam mana.

"Satu rahmat Cina Malaysia ini kerana Pas bersama DAP. Serangan DAP kepada Islam Alhamdulillah sekarang ini bertukar daripada langkah mayat kepada boleh berunding, Alhamdulillah kejayaan. Mana UMNO boleh buat," ujarnya.

Jelasnya, perjuangan Pas masih di landasan betul dan semua pertikaian yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu adalah perkara lumrah kerana Nabi Muhammad turut dipertikaikan sehingga baginda wafat.

Mengenai desakan pihak tertentu supaya Pas menggugurkan slogan 'Membangun Bersama Islam' berikutan kewujudan aktiviti maksiat seperti pelacuran dan judi di negeri ini, Menteri Besar itu berkata, ia berlaku disebabkan tiada takwa kepada Allah SWT dalam diri individu terbabit dan ia melibatkan bukan rakyat negeri ini.

"Slogan ini boleh diubah-ubah, kami Pas ini slogan itu bertahun-tahun ada, Kerajaan Pusat tiap tahun ubah nama.

"Boleh ubah daripada slogan Membangun Bersama Islam ke slogan Bersama Allah, Bersama Nabi Muhammad, Bersama Syurga Neraka ke, boleh ubah tak ada apa. Slogan itu boleh dibuat. Yang penting dasar perjuangan," katanya.

PAS jangan main Opera Cina

PAS tak akan ketepikan nasib orang Melayu, jamin Nik Aziz. Macam mana ini sekejap bukan Melayu sekejap Melayu. Ini sudah macam sumpah-sumpah sekejap hijau, sekejap merah dan sekejap biru cair. Inilah contoh perjuangan Islam yg tidak tetap. Akibat kehilangan pengaruh di kalangan org Islam dan Melayu maka keluarkan fatwa dan dalil bahawa PAS akan jaga Melayu tetapi dahulu kata tak malu mengatakan bahawa dirinya bukan bangsa Melayu tetapi Islam. Adakah ini perjuang Islam anjuran PAS yang banyak fitnah dan pembohongan serta diikuti dgn fatwa dan dalil mengelirukan dan songsang yg bertujuan utk memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Memang betul kata-kata Tun Mahathir bahawa PAS adalah sebuah parti yg memperalatkan Islam utk meraih undi umat Islam di Malaysia dan hanya pentingkan agenda parti bagi membals dendam terhadap UMNO musuh azalinya tanpa mementingkan agenda Melayu dan Islam itu. Pada PAS yg penting ialah Putrajaya maka utk sampai ke situ maka kesanggupan PAS menjual maruah Melayu dan martabat Islam memang dapat di lihat kebelakangan ini apabila Monyet DAP telah dgn rakus menggoda dan mengodam Islam itu sampai ulama agama terpaksa mengeluarkan fatwa utk melarang org bukan Islam drp bertabiat spt anjing baru masuk kampung. Natijahnya PAS sanggup jual anak sekiranya ianya akan menguntungkan agenda dendam dan perjalanan menuju ke Putrajaya tercapai....


Nik Aziz bertanya sama ada masyarakat Melayu akan mundur tanpa Umno. — gambar fail
SHAH ALAM, 19 Feb — Dilihat pendirian meredakan kebimbangan sesetengah pihak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Justeru jelas Mursyidul Am PAS itu, walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.

“Islam tak jadikan agenda perjuangan Melayu sebagai keutamaan, adakah orang Melayu akan mundur tanpa bantuan Umno?

“Bagi PAS orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),” kata beliau pada majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.

Kata Nik Aziz, sebagai masyarakat dominan sudah menjadi tanggungjawab mana-mana parti termasuk PAS untuk mempertahankan orang Melayu.
“Kaum yang paling dominan adalah orang Melayu, perlu diingatkan Islam adalah pemberian Allah s.w.t.

“Menurut Islam guna sekular sebagai ideologi bermaksud tolak Islam, Umno jaga Islam pun tidak... jaga Melayu pun tidak,” kata Menteri Besar Kelantan ini.

Nik Aziz berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera gagal kerana Umno-Barisan Nasional (BN).

“DEB untuk orang Melayu dan Bumiputera telah digagalkan pemimpin Umno.

“Ia satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN dan tolak hak orang Cina, orang India, orang Iban dan orang Kadazan,” katanya.

Sebaliknya menurut Nik Aziz, DEB diwujudkan hanya untuk membantu kroni-kroni Umno-BN.

“Inikah ketuanan Melayu Umno?” soalnya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata konvensyen berteraskan Melayu ini diadakan bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.

“Untuk menjawab tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan tohmahan, PAS mengadakan konvensyen hari ini sekali gus mendedahkan pengkhianatan yang dilakukan Umn-BN.

“Ia juga bertujuan untuk membentuk keyakinan orang Melayu dan Bumiputera bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan mempertahankan hak dan kepentingan mereka,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

 
DALAM Resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa PAS komited dalam melaksanakan dan memperkasakan pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputra....
Resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6.  PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7.  PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Orang Melayu kena tegak Islam bukan Ketuanan Melayu, kata Hadi. Kita pula ialah tegakkan umat Islam itu dahulu kemudian Islam itu akan menyusul. Kalau tegak Islam dahulu tanpa "Ketuanan Melayu" maka Melayu hilang Islam pun turut hilang. Islam datang ke Tanah Melayu berkurun dahulu dgn tujuan utk mengislaman dan menyeru kepada org di bumi Tanah Melayu menyembah Allah (SWT) Tuhan yang Maha Esa dan percaya Muhammad (SAW) adalah pesuruhnya dgn Syahadah. Maknanya org Melayu memang telah lama di Islamkan dan Islam itu sememangnya sebati dgn jiwa raga org Melayu. Maka "Ketuanan Melayu" bermakna Tanah Melayu itu adalah hak org Melayu tidak boleh di pertikaikan oleh mana-mana pihak termasuklah PAS. Kalau kita mempertikaikan Ketuanan Melayu itu bermakna kita mempertikaikan "Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Malaysia yg menjamin hak-hak org Melayu". Natijahnya PAS memang keliru dan telah dikelirukan oleh anggota Pakanatal Rakyatul Syaitan lain bahawa Ketuanan Melayu itu tiada, sekarang agenda kita ialah Ketuanan Rakyat tetapi rakyat kebanyakkan Melayu. Bagaimana pula PAS nak menyelesaikan permasalahan tersebut sekiranya tidak menjaga hak-hak org Melayu?


SHAH ALAM, 19 Feb – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan nasib orang Melayu di negara ini akan terjamin sekiranya berpegang teguh kepada ajaran Islam bukannya Ketuanan Melayu yang dilaungkan Umno-BN.

Beliau berkata Islam tidak mengamalkan konsep Ketuanan Melayu seperti mana yang dibawa Umno.

“Kalau orang Melayu nak selamat, mesti tegakkan Islam baru selamat.

“Kalau tegakkan Melayu memang tak selamat,” kata beliau pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS hari ini.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata Islam yang diturunkan Allah s.w.t merupakan satu amanat kepada orang Melayu.

“Islam namakan kepimpinan sebagai amanat, sebab itu kepimpinan Islam tidak amalkan konsep menghambakan orang.

“Selain itu, kepimpinan Islam tak semestinya didokong hanya orang Islam, Islam tidak fokus hanya kepada kaum tertentu sahaja,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata Pakatan Rakyat perlu membuat satu pendirian tetap sama ada mahu berhadapan dengan Umno atau mengelak berhubung isu Ketuanan Melayu.

Katanya, isu Ketuanan Melayu telah digunakan Umno semata-mata mahu mendapatkan sokongan orang Melayu.

Menurut Ahli Parlimen Machang itu, Umno menggunakan isu Ketuanan Melayu dengan harapan sokongan orang Melayu terhadap PAS dan PKR akan terhakis.

“Kita perlu pilih satu, di persimpangan dua jalan, sama ada berhadapan secara terus dengan Umno dan menyelesaikan perkara ini ataupun mengelak.

“Kedua-duanya boleh kita gunakan, kerana keputusan pilihan raya umum di tangan rakyat, kita mahu tidak mahu kena pilih,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS.

Kata Saifuddin, isu Ketuanan Melayu ini semakin hangat diperkatakan kerana keputusan pilihan raya umum lalu didakwa menghakis kuasa politik Melayu.

“Golongan yang paling lantang memperkatakan isu Ketuanan Melayu adalah dari kelas pertengahan Melayu, sekali gus turut menjadi wakil kepada kelas bawahan.

“Selain itu, kumpulan-kumpulan ultra-Melayu pula tumbuh seperti cendawan selepas hujan turut menyumbang kepada pola pengundian ini,” katanya.

Saifuddin juga menegaskan tugas Pakatan Rakyat sekarang adalah untuk menerangkan kepada orang Melayu bahawa gabungan tiga parti itu akan terus mempertahankan hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita perlu bebaskan minda orang Melayu yang dikongkong oleh Umno, oleh itu kita kena bertindak sekarang, kerana belum tentu undi kita bertambah nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment