Sunday, February 20, 2011

Elak amal politik garisan kaum, Kit Siang ingatkan Pakatan: Adakah ingatan Si Kit Siang ini kerana sokongan terhadap Pakatan Rakyatul Syaitan makin berkurangan setelah menerima durian runtuh pada PRU 12. Adakah Monyet DAP akan mengenepikan sikap perkaumannya hanya kerana pemimpinnya Si Kit Siang telah memberikan gambaran bahawa DAP tidak mengamalkan perkauman. Sekarang DAP sibuk utk menarik ramai intelektual Melayu ke dalam parti perkauman No.1 di Malaysia kerana merasakan bahawa pada PRU13 Pakatanal Rakyatul Syaitan akan dapat menawan negeri-negeri dan Putrajaya maka Monyet DAP perlukan org Melayu sebagai pemimpin mereka utk melaksanakan polisi dan pentadbiran negara cara Monyet DAP seperti yg dilaksanakan di Pulau Pinang pecah dan perintah. Konsep perjuangan Monyet DAP adalah kesamarataan baik ekonomi, sosial dan keagamaan, Maknanya ekonomi mesti sama Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum. Sosial pula sama taraf kalau Melayu dapat, Cina dapat, India dapat dan lain-laim kaum dapat. Agama pula pluralisme akan wujud di mana Islam adalah sama dgn Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain agama. Adakah kita inginkan perkara ini berlaku sedangkan dalam Perlembagaan Malaysia telah ditetap dan dipersetujui oleh bapa-bapa kemerdekaan 53 tahun dahulu. Maka adakah kita ingin percaya kepada slogan "Jom Ubah dan Selamatkan Malaysia" tajaan Monyet DAP? Kenyataan Si Kit Siang "kita ini bukan parti Cina atau parti berteraskan kaum, tetapi bekerja demi kepentingan nasional semua kaum" adalah satu retorik politik dan mainan wayang opera Cina sahaja. Umum tahu siapa Monyet DAP itu. Berani ke Monyet DAP taruh calon Cina pada PRU12 di kawasan majoriti org Melayu? Si Kit Siang dengan nada selamba jawab bahawa "kami berada dalam Pakatanal Rakyatul Syaitan di mana bukan mudah utk meletakkan calon Melayu kami sendiri utk bertanding di kawasan-kawasan Melayu". Apakah sebabnya? Monyet DAP adalah parti perkauman No.1 di Malaysia. Natijahnya sekirannya kita undi Pakatanal Rakyatul Syaitan maka kita akan Undi (X) DAP. Ingat bahawa Monyet DAP akan menghancurkan dan meleburkan apa yg kita ada sekarang demi utk merealisasikan agenda politik mereka iaitu utk melihat Malaysia menjadi "Republik"....Sanggupkah kita menjadi seperti Melaka satu ketika dahulu akaibat drp pertelingkahan sama sendiri kita kehilngan pertama hati yg paling berharga iaitu Kesultanan Melayu Melaka....Bunga-bunga itu sudah nampak, kita sebagai rakyat sahaja yg boleh menentukan bahawa bunga-bunga itu tidak boleh menjadi realiti iaitu kita kehilangan Sistem Raja Berperlembagaan.....Kita fikirkanlah demi agama, bangsa dan negara serta masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita yg akan mewarisi negara Malaysia ini satu ketika nanti. Adakah kita hendak meletakkan batu asas kehancuran dan kemusnahan kepada apa yg telah di bina oleh bapa-bapa kemerdekaan kita 53 tahun dahulu? Marilah kita sama-sama tolak Pakatanal Rakyatul Syaitan (DAP, PKR dan PAS) kerana mereka adalah pembawa fitnah dan pembohongan bagi mendapatkan kuasa utk kepentingan peribadi, kaum dan dendam....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi69oZT-lsS-N2iOyHY7L3sD_uyEuLEQDPTRmhoE2yXRnhlgxIB__oGYr45bF045gFpq7JtPvUEmdyNg1r2w0rjFCwWqy0peBt4T42vXlsCz5v5QM1OAHq5qgI0Ri4U8-nv4dSJKmLW-ZI/s400/DAP+PKR+4.JPG
Gua kasi lu Kerajaan Perpaduan 

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs505.ash1/29867_1446488645421_1329316014_31227609_410738_n.jpg
Kita akan julang sampai ketitisan darah terakhir



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs616.snc4/59614_160665460629878_100000592760325_414832_1807673_n.jpg
Tak apa masuk DAP nanti saya boleh jadi MB ataupun YAB PM kot


http://www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_4c580e6c-7f000010-111c3670-af80d187/1/pijaky.jpg
Kita pijak UMNO/BN dan menari atasnya..ha!!!!




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEA6NaaUUQToNriqONJ0Fgm4y81XI4Ry8yjwxvxHWEcwHVYZtJ6R_gBIh_-VdoIhiaeXK5YsYjt_n9UrzOb2eUZOfJ3hUNRFvC6M5kHDMUK4vx3XLAq-f-k5yV1mWKLCqq2WTT9uCRsSuD/s400/nizar+dinasihati+dap%5B1%5D.jpg
Lu ikut gua buat seperti mana gua suruh, lu pi akan sumpah



http://mynegeri9.net/uploads/image/risik.jpg
Molek kita bersahabat walaupun mu Syaitan

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Dengan dua dari tiga komponen Pakatan Rakyat (PR) memperlihatkan ciri parti pelbagai kaum, Lim Kit Siang mengakui perikatan berusia tiga tahun itu perlu bergerak menjangkaui politik mengikut garisan kaum.
 
Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider, pemimpin veteran ini mengakui bukan Barisan Nasional (BN) sahaja yang bersalah kerana meletakkan garisan-garisan perkauman, PR perlu mengelak kesilapan sedemikian untuk terus kekal sebagai perikatan kuat di negara ini.

Lim mengakui amalan meletakkan tanggungjawab agar DAP memastikan sokongan orang Cina manakala PAS pula memberi tumpuan ke atas pengundi Melayu ketika kempen politik sudah ketinggalan zaman.

Malah katanya, amalan sedemikian juga bukan sesuatu yang sihat.

“Ia tidak sihat. Kita kena keluar dari keadaan itu,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur yang genap 70 tahun hari ini.

Pemimpin-pemimpin kanan, rakan dan anggota keluarganya berhimpun di Hotel Equatorial, Bukit Jambul, Pulau Pinang, malam tadi untuk memberi penghormatan dan menyambut hari jadi beliau.

Antara yang hadir ialah Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamed Sabu.

Tetamu-tetamu yang hadir pada majlis sambutan itu menyaksikan video 43 minit yang menggambarkan perjalanan politik Penasihat DAP itu dan diedarkan buku berjudul “The Right To Differ”, karya Dr Ooi Kee Beng.

Lim berkata, selaku parti yang hanya bergerak di kawasan-kawasan bandar, sokongan kepada mereka kebanyakannya datang daripada masyarakat bukan Melayu dan ia juga tidak dibantu dengan “propaganda yang disumbat Umno.”

“Kita lihat perkara ini sehingga sekarang, malah ia lebih teruk di peringkat awal (masa lalu), Umno akan memberitahu orang Melayu bahawa jika mereka menyertai DAP mereka akan menjadi pengkhianat, malah sehingga sekarang mereka meneruskan dengan racun ini,” katanya.

Meskipun begitu kata Lim, partinya mempunyai tanggungjawab untuk mendekati rakyat dan memperlihatkan bahawa “kita ini bukan parti Cina atau parti berteraskan kaum, tetapi bekerja demi kepentingan nasional semua kaum.”

Katanya, memandangkan parti itu menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang, maka ia satu peluang untuk mengubah persepsi orang Melayu terhadap DAP dan “memberi ruang bagi lebih ramai orang Melayu menyertai DAP.”

Bagaimanapun Lim tidak mengatakan sama ada DAP akan meletakkan calon di kawasan-kawasan yang majoritinya orang Melayu memandangkan “kami berada dalam pakatan di mana bukan mudah untuk meletakkan calon Melayu kami sendiri untuk bertanding di kawasan-kawasan Melayu.”

Kebanyakan wakil rakyat DAP adalah daripada kalangan masyarakat Cina manakala PAS pula dilihat sebagai parti Islam dengan majoriti daripada mereka merupakan orang Melayu.

PAS sedang berusaha untuk mendapatkan balik sokongan orang Melayu dengan bekerja keras ke arah itu, khususnya semalam, mereka mengadakan dua majlis besar-besaran masing-masing di Kedah dan Selangor.

Dalam pada itu, PKR pula, parti pelbagai kaum dengan majoritinya orang Melayu, lazimnya menyerahkan tugas dan tanggungjawab menangani isu kepada wakil kaum masing-masing.

Lim berkata, meskipun cabaran politik utamanya daripada MCA dan Gerakan, adalah tidak adil untuk melabel DAP sebagai sebuah parti Cina memandangkan ia pernah mempunyai seorang Adun Melayu ketika pertama kali bertanding pada pilihan raya umum 1969, yang turut menyaksikan parti itu mempunyai empat 
Ahli Parlimen dari kaum India, lebih daripada MIC yang merupakan komponen BN.

Katanya, serangan ke atas DAP adalah “gambaran wujudnya fobia dalam Umno bahawa mereka kemungkinan akan kehilangan sokongan orang Melayu dan jika PR boleh melepasi (cabaran itu), hari-hari Umno sudah dihitung.”

“Ia satu bentuk politik terdesak,” katanya lagi.

Bagaimanapun kata beliau, aset paling besar PR ialah ia cuba membawa bersama pelbagai kaum dan agama.

“Sebenarnya, jika anda bercakap mengenai 1 Malaysia, PR yang cuba untuk menunjukkan pengertiannya meskipun itu adalah slogan mereka (BN),” kata Lim merujuk kepada gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak dua tahun lalu.

No comments:

Post a Comment