Khalid lu gali jangan banyak cerita nanti kita sampai ke Putrajaya dlm masa 100 hari |
Kerajaan berjiwa rakyat Memartabatkan Rakyat atau Kerajaan menindas rakyat Menghancurkan rakyat |
HAKIKAT yang kena diperakukan, menjadi sebuah kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang. Ini kerana pembangkang boleh hanya sekadar membuat janji dan beretorik tetapi tidak perlu menyempurnakan janji yang ditabur. Bagaimanapun, kerajaan mesti melaksanakan apa yang dijanjikan. Malah apa yang tidak dijanjikan juga akan dilaksanakan demi keperluan rakyat dan negara.
Kita setuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Pelan 100 Hari pembangkang aneh, manakala janji yang dibuat dalam pelan itu amat populis serta tidak berpaksi di alam nyata. Ini kerana ia dirangka tanpa menyatakan sumber kewangan untuk melaksanakan pembangunan rakyat.
Justeru, Pelan 100 Hari ciptaan pembangkang itu lebih bersifat angan-angan, khayalan dan retorik yang tidak mampu direalisasikan sebagaimana Projek 16/9 yang merupakan idea dan formula Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia bukan sahaja menjadi bahan ketawa, malah membuatkan banyak pihak tertanya-tanya tentang kemampuan sebenar pakatan pembangkang. Jelas sekali, pakatan pembangkang bukan sahaja tidak mampu menerajui negara, malah bertindak aneh dengan menyediakan pelan yang lebih berbentuk mimpi di siang hari.
Bukan sahaja rakyat jelata, tetapi menteri- menteri besar mahupun ketua menteri pakatan pembangkang pastinya boleh nampak dengan jelas bahawa kalau bermain bola sepak, tentu tugas dan tanggungjawab yang dipikul tidak semudah sebagaimana menjadi penonton.
Sebagai penonton, masing-masing cukup bermodal dan bersebab untuk mengkritik serta mencari kelemahan dan kesilapan pihak lawan sehinggakan semua yang dilihat banyak yang tidak kena daripada kena.
Demikian juga kerajaan negeri pimpinan pakatan yang melihat apa yang kerajaan pusat buat semuanya dilihat tidak kena belaka. Kononnya macam-macam pelan, perancangan, kerangka dan program akan menjadi berjuta kali lebih baik, berkesan dan bermanfaat kepada rakyat jika pembangkang diberi mandat menjadi kerajaan. Itu semua janji kosong pembangkang. Bolehlah kita katakan bahawa Pelan 100 Hari itu dirangka berdasarkan khayalan, angan-angan dan retorik yang tidak mungkin mampu direalisasikan.
Hanya setelah kira-kira sebulan menjadi kerajaan di beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-12, bukan sahaja berpuluh, malah beratus masalah timbul.
Rakyat sebagai pemberi mandat dapat melihat betapa tokoh dan parti pembangkang yang diberi mandat sebagai kerajaan sebenarnya tidak sehebat seperti apa yang dicakap dan dijanjikan jika diberi peluang membentuk kerajaan.
Kerajaan pakatan pembangkang yang bertiang serikan DAP di Pulau Pinang baru kira-kira 100 hari menjadi kerajaan, sudah berdepan dengan masalah demonstrasi rakyat kerana Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak mahu diterima-pakai di negeri itu, kemudian berdepan pula dengan isu Kampung Buah Pala dan kini isu 'Tutup Kedai, Balik India'.
Kerajaan pakatan pembangkang di Perak seketika dahulu yang mana tokoh Pas dilantik sebagai menteri besar, awal-awal lagi berperang dengan istana, termasuk memecat seorang pegawai kanan kerajaan yang terpaksa ditarik balik atas arahan istana.
Kocakan yang sepatutnya boleh ditenangkan akhirnya menyebabkan tiga wakil rakyat pembangkang iaitu dua dari PKR (berjawatan exco) dan seorang lagi dari DAP (timbalan speaker) keluar parti masing-masing dan isytiharkan diri sebagai calon Bebas. Padahnya kerajaan pakatan pembangkang di Perak tumbang.
Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang bertunjangkan PKR pada awal penubuhannya memeranjatkan rakyat negara ini terutama di kalangan pemberi mandat di negeri berkenaan apabila mempersetujui projek raksasa ternakan babi dan kegagalan merealisasikan manifesto pilihan raya, termasuk pembekalan air percuma yang kini bukannya percuma tetapi kadarnya dinaikkan.
Selangor juga muncul sebagai negeri yang paling banyak masalah berbanding dengan negeri-negeri lain, selain kalut dengan wang derma yang diminta dari syarikat-syarikat swasta yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri, tetapi dimasukkan ke dalam akaun PKR.
Negeri itu turut dilanda masalah penjualan arak di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam, percambahan rumah-rumah urut seperti cendawan tumbuh selepas hujan di Shah Alam dan masalah tuntutan hutang peribadi menteri besar oleh sebuah bank berjumlah lebih dari RM66 juta.
Kerajaan pakatan pembangkang di Kedah berpasakkan Pas yang agak bersih dari isu-isu yang merimaskan berbanding dengan negeri-negeri lain tetap terpalit dengan masalah yang secara tidak langsung menyumbang kepada pemberi mandat yang kini melihat mereka telah membuat kesilapan dalam memilih kerajaan.
Bermula dengan menteri besarnya, Azizan Abdul Razak menzahirkan kedegilannya untuk meneruskan hasrat menebang balak di kawasan tadahan air di negeri itu walaupun hasrat tersebut ditentang oleh banyak pihak. Maka umum dapat melihat kualiti sebenar Kerajaan Pas Kedah.
Negeri itu turut dikocakkan oleh masalah merobohkan rumah penyembelihan babi yang menimbulkan kemarahan DAP dan terbaru berdepan dengan masalah seorang anggota exco dari PKR memilih meninggalkan parti itu untuk menjadi ADUN Bebas.
Kelantan yang merupakan kerajaan pakatan pembangkang paling tua dan bertunjangkan Pas tetap terpalit dengan pelbagai isu yang berjaya dilindungi oleh ketaksuban terhadap moral menteri besarnya.
Baru penggal pertama memerintah, sudah pelbagai masalah timbul dalam kerajaan- kerajaan pakatan pembangkang. Macam mana agaknya kerajaan-kerajaan terbabit yang nampak macam tidur sebantal tetapi mimpi lain- lain mahu rakyat percaya dengan Pelan 100 Hari yang dicanang itu.
Bayangkan apa yang akan berlaku kepada negara jika pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lepas benar-benar berlaku pertukaran kerajaan pusat jika dilihat apa yang berlaku kepada kerajaan pembangkang sekarang di beberapa buah negeri.
Berbanding dengan kerajaan yang sedia ada, kesanggupan rakyat memberi mandat kepada pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri adalah kerana mereka mahu melihat dan menerima bakti pentadbiran yang lebih baik daripada kerajaan sedia ada, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Rakyat kini memperakukan bahawa kerajaan di bawah pimpinan parti komponen Barisan Nasional adalah antara kerajaan terbaik di dunia. Justeru, jangan lagi membuat kesilapan yang sama dalam PRU ke-13.
No comments:
Post a Comment