KAHWIN POLITIK untuk rampas KUNCI PUTRAJAYA
Mari kita pikirkan bagaimana tiga parti yang berlainan idealogi dan prinsip-prinsip perjuangan boleh duduk satu rumah makan satu rumah tidur satu rumah, Mata Sepet dengan konsep liberalisasinya, Bulan Penuh dengan keislamannya dan Roket dengan Malaysia Malaysian. Itu sebab Pakatan Rakyat masih belum di daftarkan sebagai satu parti seperti BN kerana idealogi dan perjuangannya macam langit dan bumi.
DAP- saya gelar Monyet DAP/Roket Naga Kepala 2 wawasanya adalah Malaysia Malaysian iaitu kesamarataan bagi setiap rakyat Malaysia iaitu berdiri sama tinggi duduk sama rendah, menolak negara Islam dan Hukum Hudud.
PAS - saya gelar Bulan Penuh wawasannya adalah Malaysia sebuah negara Islam dan Undang-undang Hudud agenda utama.
PKR - saya gelar Mata Sepet wawasannya adalah reformasi, keadilan, Malaysia yang demokratik, mematuhi prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia dan menghormati undang-undang antarabangsa.
Kita semua ketahui bahawa Pakatan Rakyat itu adalah pakatan untuk menawan Putrajaya tiada agenda lain selain untuk menumbang BN yang telah memerintah selama 53 tahun walaupun pada dasarnya Pakatan Rakyat adalah ikatan atau perkahwinan contract yang belum didaftarkan di ROS adalah amat rapuh serta longgar berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-
Kita jangan kata dalam Pakatan Rakyat akan menjamin keadilan, kesamarataan, menolak ruang rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan menindas, kontrak dan tender telus, golongan miskin akan di bantu, kebijakan ekonomi Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan sihat, kepatuhan kepada Perlembagaan, berubah dari dasar perkauman sempit, kebebasan dan kewibawaan sistem kehakiman.
Apabila kita hendak menyokong sesuatu pihak kita kena tengok apa manifesto dan wawasannya. Kearah mana parti tersebut ingin membawa Malaysia dan bagaimana kita hendak mencapai matlamat tersebut. Apakah perancangan pembangunan dan ekonomi yang ingin dipraktikkan. Apakah target ekonominya. Apakah mekanisme dan aturcara yang digunakan untuk mencapai matlamat itu.
Kita ada agenda tersendiri iaitu untuk martabatkan Islam dibumi Malaysia, mengukuhkan perpaduan umat Islam, menjaga kedaulatkan Raja-Raja Melayu, martabatkan bahasa Melayu, meningkatkan ekonomi orang Islam serta menjaga keharmonian antara kaum yang berbumbungkan Malaysia. Itulah yang di terjemahkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Adakah Pakatan Rakyat tersebut dapat memberikan apa yang kita ada sekarang. Peluang telah di berikan di 4 negeri tetapi Pakatan Rakyat gagal untuk mengambil peluang tersebut.
Di Perak Pakatan Rakyat tumbang apabila 4 Adunnya beralih angin dgn menyokong BN. Sebelum itu berbagai duri dan onak DAP dongkey dan mulekan MB PAS sampai tanah kaum sebelah sinun di lanjutkan kpd 999 tahun. Di Perak Pakatanal Rakyatul Syaitan sedang bergerak, berceramah dan bermuzakarah dgn rakyat Perak tentang kejahatan dan kepincangan kerajaan BN, bagaimana kerajaan BN yg ada telah merampaskan hak-hak rakyat melalui saluran keji iaitu rampasan kuasa. Paling kuat di pertikaikan ialah soal ancak yg di laksanakan oleh MB Perak, walaupun telah di fatwakan oleh ulamak Perak (Mufti Perak) tetapi golongan ulamak politik itu adalah ulasan ulamak pencacai UMNO tak laku di mata rakyat. Kalau fatwa dan dalil ulamak politik PAS maka ianya laku dan mesti di ikuti oleh rakyat. Nampak kesongsangan tersebut.
Di Kedah MB PAS sampai mengamuk dgn pemberita sehinggakan keluar perkataan kerja macam Islam. Sekarang MB PAS cuba "spin" dgn berkata kita akan berkkerjasama dengan kerajaan Pusat. Kita nak tengok setakat mana kerjasama tersebut.
Di Pulau Pinang Adunnya mengamuk di kedai mamak sampai angkat sendiri kerusi meja dan tong gas utk menutup kedai mamak tersebut dan laungkan "pariah balik India". Budaya gangsterism di bawa ke dalam pentadbiran Si Guan Egg. Tapi Si Guan Egg biasalah you tulis dahulu nanti kita akan komen apa yg you tulis. Akhirnya Si Adun itu minta maaf maknanya memang Monyet DAP adalah parti perkauman No.1 di Malaysia. Sekarang isu Balik Pulau pula di pertikaikan melalui Buletin yg di terbitkan oleh Monyet DAP. Nampaknya Melayu Pulau Pinang terpaksa menghadapi saat-saat getir ini dgn penuh kesabaran kerana yg berada di dalam kelompok Pakatanal Rakyatul Syaitan terkedu dan tergagap tak berani nak berkata-kata jadi spt burung kaktua yang mengikut kata calon "Khalif" yg sekarang di doakan di dalam Khutbah Jumaat di Masjid Pulau Pinang.
Di Selangor MB PKR sibuk nak pinda perlembagaan Kota Darul Ehsan dan Si Ron the Lui arahankan MBSJ tarik balik larangan org Islam bekerja di premis hiburan yg jual arak. PAS Selangor terkedu dan tak terkata apa-apa selain Pemuda PAS menyalak bukit DAP sikit sahaja tak berani utk piket macam judi bola. Usah utk menentang perlantikan SUK Khusrin nampaknya gagal apabila Khusrin mengangkat sumpah jawatan di hadapan DYMM Sultan Selangor. Ada pula YB yang menulis satu article yg cuba menghasut rakyat di Selangor supaya menentang institusi Diraja Selangor. Jahat-jahat. MB PKR tak kata apa-apa apabila usahnya utk mendapatkan undi majoriti utk ubah Perlembagaan Negeri Selangor 1959 gagal apabila ADUN BN tidak menyokong usul tersebut. Walaupun MB PKR tahu bahawa usul itu tidak akan dpt undi majoriti dan tidak di luluskan oleh DUN tetapi ketidak lulusan itu adalah di sebabkan oleh kedegilan ADUN BN yg tidak ingin memulangkan kuasa lantik SUK, Penasihat Kewangan dan Undang-Undang kpd MB PKR bukannya kepas DYMM Sultan Selangor. Nampak MB PKR nak kuasa tersebut. Perbuatan ini atas arahan siapa. Siapa penasihat di Selangor? Kegagalan tersebut di lemparkan kpd UMNO yg telah menderhaka kpd Institusi Di Raja pada 1993, MB PKR hanya ingin memperbetulkan apa yg sudah di tarik balik semasa krisis 1993 itu. Logo 1 Malaysia juga telah di larang di gunakan oleh Jabatan Kerajaan di Selangor tidak di premis perniagaan swasta. Ada yg kerajaan Selangor takut sangat dgn slogan 1 Malaysia? Larangan utk penganut Islam bekerja di premis jual arak juga di sergah oleh Monyet DAP sehinggakan pemimpin-pemimpin PAS di Selangor terkedu tak berkata apa-apa sehingga membiarkan sahaja isu itu di mamah oleh Monyet DAP lumat-lumat dan di buang dalam sungai di Selangor yang semakin rakus di korek pasirnya. Mungkin ini cara untuk mendalamkan sungai atau utk mengaut hasil maksul negeri Selangor sebelum tempoh tamat pada 2012. Terkini MB PKR inginkan polis bantuan utk mengawal keselamatan rakyat Selangor. Di mana letaknya tugasan PDRM dalam soal keselamatan di Selangor? Adakah PDRM tidak berkesan atau pemalas atau perasuah atau anti kerajaan Pakatanal Rakyatul Syaitan?
Akhir sekali entah mana taufan Pakatan Rakyat berjanji 100 hari reformasi sekiranya Pakatan Rakyat dapat Putrajaya. Apabila YAB PM kata itu adalah sandiwara dongengan maka Si Anwar mencabar YAB PM utk berdebat. Maka isu debat pun terbangkit dari tidur. Ada dengar ura-ura NAP (National Automative Policy) juga akan di ubah utk memberi lebih wang kepada pendapatan isi rumah bagi mengurangkan hutang isi rumah. Pembelian kapal-kapal perang pun boleh di polimekkan sehinggakan terpaksa General TLDM terpaksa memberi statement jangan buat perbandingan secara "cut and phase" mesti buat analisa dan kajian terperinci sebelum membuat kenyataan kerana itu akan mengelirukan rakyat. Tidak semua pembelian itu boleh di selak dan di publickan kerana isu-isu keselamatan negara. Terkini isu Interlok juga di polimekkan, walaupun konsultasi telah di jalankan dan kerajaan telah merumuskan hasil perbincangan tersebut masih ada yg ingin menimbulkan provokasi dgn mengadakan demo seperti yg ingin dilakukan oleh HRP dan Hindraf di sekitar Kuala Lumpur. Kita jangan biarkan perkara-perkara provokasi menular kerana ianya amat merbahaya kepada rakyat dan negara. Inilah Pakatanal Rakyatul Syaitan yg ingin menimbulkan suasana tegang di kalangan rakyat dgn mengelar UMNO perkauman. Buku Interlok tersebut tiada kena mengena dgn UMNO tetapi ianya di gunakan oleh pelajar-pelajar di Tingkatan 5 di sekolah di Malaysia. Perkara ini telah di polimek oleh Pakatanal Rakyatul Syaitan sehinggakan buku Interlok yg tinggi nilai kesusasteraannya terpaksa di tangguh pemakaian. Ada pula suara-suara yg mengatakan buku itu patut di pinda dan di tarik balik drp menjadi buku pembelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia. Kita tunggu apakah akhirannya terhadap buku Interlok. Isu Hari Valentine pun boleh di jadi isu yang mana Ustazah Siti Noor Bahyah kata org Islam tak patut mencontohi cara org Kristian dgn meraikan Hari tersebut kerana dalam Islam tiada Hari Valentine. Makna haram bagi org Islam. Kemudian Persatuan Geraja mengeluarkan statement supaya Ustazah Siti tarik balik kenyataan tersebut kerana telah menghalang kebebasan beragama dan hak asasi manusia. Ini di campuri oleh Monyet DAP Si Guan Egg yg cuba mencari publisiti murahan mengatakan bahawa UMNO cuba mewujudkan pecah dan perintah di kalangan rakyat di Malaysia. Persoalannya samada penganut Kristian faham ajaran Islam atau tidak? Adakah larangan tersebut di kenakan kepada penganut Kristian dan penganut agama-agama lain di Malaysia. Kita hanya menyentuh tentang agama Islam, org Islam, org Melayu Islam, org Cina Islam, org India Islam dan lain-lain bangsa yg beragama Islam. Tiada kata pun membabitkan keseluruhan rakyat Malaysia.
Natijahnya ke manakah wawasan politik Pakatanal Rakyatul Syaitan ini. Setiap minit dan masa ada sahaja isu yg ingin di mainkan untuk di jadikan bahan fitnah dan pembohongan. Adakah rakyat terpengaruh dgn isu fitnah dan pembohongan tersebut? Adakah rakyat boleh menilai yg mana kaca dan yg mana intan....
No comments:
Post a Comment