UMNO adalah wadah umat Melayu dan Islam di Malaysia tanpa meminggirkan kaum-kaum lain di Malaysia. Di Malaysia sahaja yang ada sekolah Cina dan sekolah Tamil. Sekiranya kita pergi ke mana-mana negara samada di Asean, Asia mahupun di Eropah mahupun di Amerika Latin, mana ada sekolah mengikut bangsa seperti di Malaysia iaitu sekolah Cina dan Tamil. Itulah uniknya Malaysia yang di bina oleh pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC enam puluh (60) tahun dahulu. Kita mesti mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin tersebut kerana membenarkan rakyat berbilang bangsa berintegrasi menjadi satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia bukannya asimilasi menjadi Bangsa Malaysia yang banyak memperjudikan asal-usul bangsa tersebut seperti Iindonesi, Thailand dan lain-lain.
UMNO dengan tunjang perjuangan menegakkan Islam, bangsa dan negara Malaysia tidak kurang dikritik kerana telah kononnya mengenepikan perjuangan tersebut walaupun dalam PAU 2023 telah menyatakan NO ANWAR, NO DAP dan NO BERSATU. Selepas PRU15, UMNO/BN (MCA. MIC dan PBRS) hanya dapat 30 kerusi sahaja tetapi PH dapat 81 dan PN dapat 74. Pada ketika itu tiada mana-mana parti dapat "simple majority" 112 kerusi untuk membentuk kerajaan Malaysia. DYMM Agong telah meminta PH dan PN bergabung untuk membentuk kerajaan kerana masing-masing ada kerusi terbanyak. Malanganya gesaan DYMM Agong itu tidak diendahkan oleh pemimpin-pemimpin PN, malahan pemimpin-pemimpin PN tidak bersetuju. Bila pemimpin-pemimpin PN tidak bersetuju, maka DYMM Agong menjemput BN untuk membentuk kerajaan gabungan iaitu kerajaan perpaduan. Setelah berbincang panjang lebar dan dapat persetujuan sebulan suara daripada MKT UMNO dan barisan kepimpinan Tertinggi BN, maka BN terima tawaran DYMM Agong tetapi dengan syarat-syarat yang di kemukakan oleh BN kepada DYMM Agong. Kepimpinan PH bersetuju dengan syarat-syarat BN, maka tertubuhlah kerajaan perpaduan dengan DSIA sebagai PM-10. Selebihnya adalah sejarah.
Maka tiada permasalahnya UMNO tidak boleh memperjuangkan ABATA dan UMNO telah bercium dengan DAP. UMNO bukannya masuk PH mahupun PH masuk BN tetapi parti-parti bergabung untuk membentuk "kerajaan perpduan" demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara. Itulah hakikatnya tetapi musuh-musuh UMNO terutama gurkha-gurkha yang berkiblatkan PN terutama PAS dan PPBM menyatakan UMNO telah menyelewengkan dan mati kerana telah mengkhianati perjuangan ABATAnya. Ini menjadi polimek apabila DSAM @ Raja Pantun UMNO menyatakan bahawa "kita dalam kerajaan perpaduan ini hendaklah mengundi (X) PH walaupun DAP". Gesaan itu adalah betul kerana UMNO/BN duduk dalam kerajaan perpaduan bukannya dalam PN. Masalahnya pemimpin-pemimpin UMNO yang di pecat dan di gantung kerana permasalahan disiplin dan mengkhianati UMNO/BN semasa PRU15 agak tidak berpuashati dengan tindakan Presiden parti DSZH. Pada kita apa yang telah di lakukan oleh DSZH itu bertepatan dengan Perlembagaan UMNO/BN. UMNO/BN kena buang musuh dalam selimut dan/atau gunting dalam lipatan agar ianya tidak menjadi barah yang akan menular keseluruh tubuh badan UMNO/BN.
Siapakah yang menggantikan UMNO sebagai payung bangsa Melayu? PN dengan sombong dan lantangnya mengaku mereka adalah suara dan payung bangsa Melayu tetapi di manakah Melayu kita PN memerintah? PN dengan berlagak mencaci dan menghina UMNO kerana "kluster Mahkamah" dan/atau "rasuah" tetapi hinaan dan cacian tersebut tersangkut pula kepada "PN" apabila pemimpin besarnya tersangkut dengan kes Jana Wibawa. Lebih malang lagi Parlimen Kuala Teganu terpaksa di kosongkan akibat "perbuatan rasuah oleh pemimpin-pemimpin PAS Teganu". Nampaknya berbuatan rasuah ini terjadi juga dalam PAS yang kononnya juara anti rasuah dan pemimpin-pemimpin patuh kepada "ajaran Islam". Inilah di katakan "ketam hendak mengajar anaknya berjalan lurus", malangnya seIslam PAS apabila sampai penghujungnya tetap bengkok dan/atau terlanat juga.
Paku dulang paku serpih mengatakan orang tapi awak yang lebih. PAS dan PPBM dalam PN adalah sama aje dengan UMNO/BN dalam permasalahan isu rasuah ini. Pemimpin-pemimpin yang terasuah bukannya parti, malangnya cacian dan hinaan itu terus berlanjutan kepada UMNO/BN, akhirnya dalam PN pun wujud malapetaka rasuah @ sakau. Selagi kita bernama "manusia" maka selagi itu kita akan melakukan kesalahan seperti mana Amanat Hadi Kafirkan orang-orang UMNO. Inilah permulaan perpecahan umat Melayu dan Islam di Malaysia. Kebelakangkan ini di burukkan pula oleh Tun M yang sudah di sucikan oleh PAS tempoh hari.
Apa nak jadi dengan orang Melayu dan Islam, majoriti besar tapi kek kuasa politik terpaksa di pecahkan dengan di iris-iris kecil yang pernah mengakibatkan Melayu dan Islam hilang kuasa pada PRU14. Akhirnya rakyat yang sengsara dan negara yang rugi. Hutang tak sampai 1 trillion di omong-omongkan sudah 1 triliion. Akhirnya selepas PRU15 memang hutang negara 1 trillion. Di masa BN, barangan asyik naik aje simbolik BN (Barang Naik) tapi selepas PRU14 dan PRU 15 barang terus mendadak naik tak mahu turun pun. Maka rakyat dan negara rugi kerana apa yang telah dinikmati dulu telah di batalkan akibat "perancangan dan dendam kesumat" terhadap pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Inilah senario bakal di hadapi oleh para pengundi untuk PRN nanti.
Sekarang apa yang dibayangkan telah terjadi namun untuk mendapatkan kembali zaman kegemilangan tersebut memerlukan iktilzam yang kuat dan pendirian yang jitu untuk mengubah nasib kita orang Melayu dan Islam yang selalu bercakaran antara satu sama lain dalam politik untuk mendapatkan kuasa dan pangkat.