Saturday, April 28, 2018

Pakatan Harapan yang bercelaru untuk PRU14...

PKR mengalami konflik dalam percaturan calon-calon bertanding untuk PRU14 antara kem Rafizi dan kem Azmin Ali. Ini terus berlanjutan semasa pernamaan calon yang mana calon tidak batalkan pencalonannya dan ada pula calon yang tidak mematuhi peraturan-peraturan pilihanraya. Akhirnya ramai calon-calon Pakatan Harapan gagal untuk meneruskan perjuangannya kerana dibatalkan percalonannya dan hilang kelayakan untuk menjadi calon.

Bila ini terjadi maka jentera fitnah dan pembohongan Pakatan Harapan yang di ketuai oleh CEO Invoke mula menjalankan "anasir fitnah dan pembohongannya".




Ini pula penyebar "Fake New" di Sabah yang menceritakan kawasan-kawasan tertentu telah di menangi oleh Warisan dan/atau Pakatan Harapan menang tanpa bertanding.

SILAP SENDIRI...


KELEPETOKRASI...

Tok Jib curi dan rompak duit rakyat melalui 1MDB tapi mana buktinya sampai YB Kepong yang menjadi Timbalan Pengerusi PAC dulu tak terpilih sebagai calon PRU14 sebab mempertahankan kebenaran...bila tanya mana duit "balance" Tanah Ijok terus lagi naik GRAB...bila dapat undi rakyat di baldikan...kononnya CAT anti-rasuah tetapi dia sendiri salah guna kuasa dan rasuah dalam pembelian bunglow jalan pinhorn...siap bagi duit kowtim lagi untuk projek Telewong Tokong...kedai roti pun tidak terurus dan bukan dia punya kemudian nak jual tak boleh kerajaan & Tok Jib halang...siap cakap kerajaan & Tok Jib sabotage jet peribadi dia...lu tak boleh bertanding sebab lu ada denda RM2,000-00 lu jangan le salahkan kerajaan & Tok Jib...macam-macam kelepetokrasi Pakatan Harapan...akhirnya rakyat tertanya-tanya deme-deme ini boleh caya ke?????

Monday, April 23, 2018

PARLIMEN AMPANG P099...PRU14...

ZURAIDAH KAMARUDDIN PKR (PENYANDANG)


LEONG KIM SOON



CALON PAS

Calon-calon yang akan bertanding untuk P099 sudah di ketahui iaitu dari BN (MCA), Pakatan Harapan (PKR) dan PAS. Masing-masing calon yang bertanding untuk P099 mempunyai kelebihan masing-masing. Sekarang terpulang kepada rakyat di Ampang untuk menentukan calon-calon yang mana layak untuk menjadi Ahli Parlimen yang membawa permasalahan penduduk-penduduk di Ampang ke Parlimen.

Profile calon PKR adalah penyandang dan telah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Ampang. Beliau adalah calon Pakatan Harapan yang di ketuai oleh DAP tetapi kita mesti melihat kepada apakah jasa beliau kepada rakyat di Ampang sepanjang 10 tahun menjadi Ahli Parlimen Ampang?????

Profile calon BN adalah graduan UKM dan Profile calon PAS adalah graduan UIA. Semasa PRU13 Zuraidah Kamaruddin menang besar dengan undi PAS tetapi sekarang PAS tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan. Ini akan menjadi satu laluan sukar kepada Zuraidah Kamaruddin untuk mengekalkan kerusi Parlimen Ampang kerana rakyat di Ampang tahu perkhidmatan corak mana yang beliau telah laksanakan. Kawasan masjid dan surau di Ampang kebanyakkannya di pegang oleh PAS dan serpihan PAS, Amanah. 

Kita jangkakan persaingan pasti hebat kerana BN pun akan pasti terkesan dengan permasalahan PPBM Tun Mahathir yang ingin menjatuhkan Tok Jib dan UMNO. DAP pula akan memainkan peranannya untuk mengembelingkan undi kaum Cina supaya mengundi calon PKR supaya kita boleh "Selamatkan Malaysia dan Membina Negara". Persoalannya mahukah kaum Cina mengulangi pengundian mereka secara mutlak kepada calon Pakatan Harapan (PKR) semata-mata atas doroangan palsu DAP untuk selamatkan "Selamatkan Malaysia dengan Pakatan Harapan". Di akhir kempen nanti pasti akan keluar "kita perlukan pembangkang yang kuat untuk memantau kerajaan UMNO/BN supaya tidak leka".

Dalam erti kata lain pembangkang tahu mereka tidak akan dapat Putrajaya dan memusingkan pemikiran rakyat dengan agenda manifestonya kerana rakyat tahu siapa yang telah berjaya memajukan negara dan berkebajikan kepada rakyat secara keseluruhannya.

Keputusan adalah di tangan rakyat di Ampang. Kita mesti bijak menggunakan kuasa kita untuk menentukan hala tuju Ampang di masa depan iaitu selama 5 tahun akan datang.

Selamat Mengundi 9/5/2018...


Saturday, April 14, 2018

Pakatan Pembangkang Johor sudah kantoi sebelum gelanggang di buka...



Ini agak memalukan dan menjengkelkan kerana gelanggang belum di buka tetapi Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Dogtrin Dapigs telah kecundang di peringkat mempersembahkan "MANIFESTO UNTUK NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM".

Pakatan Harapan di ketuai oleh Dogtrin Dapigs telah mencanangkan bahawa tsunami Melayu akan berlaku di Johor Darul Takzim dengan meletakkan calon-calonnya di kawasan yang di populasikan oleh kaum Melayu untuk "test the water" seperti Liew Chin Tong akan bertanding di Ayer Hitam yang mempunyai dua DUN iaitu Yong Peng yang majoriti adalah kaum Cina yang di kuasai oleh Dogtrin Dapigs dengan kelebihan 2,000 undi pada PRU13 manakala Semarang yang majoritinya adalah kaum Melayu yang di kuasai oleh BN dengan majoriti 8,000 undi pada PRU13. Secara keseluruhannya Ayer Hitam penduduk majoritinya adalah Melayu dan calon BN menang untuk Parlimen adalah sebanyak 7,000 undi pada PRU13. Ini di perlihatkan pada PRU sebelum-belum ini, PAS telah meletakkan calon untuk bertanding di kawasan ini. 

PAS pasti akan meletakkan calon di kawasan Ayer Hitam pada PRU14 dan pertandingan tiga penjuru memang tidak dapat di elakkan. Ada desas desus kononnya Dogtrin Dapigs akan meletakkan Lim Kit Siang untuk bertanding di kerusi Johor Baru menentang Shahril Samad. Malangnya perkara itu hanya gembar gembur Pakatan Harapan sahaja. Sebaliknya Pakatan Harapan meletakkan Akmal Nasir Ketua Cabang Johor Baru. 



BN Johor telah mengeluarkan manifestonya dan Insya Allah rakyat Johor akan menyokong BN Johor yang ingin membawa Johor ke hadapan dengan berpaksikan kepada lima teras iaitu Pertumbuhan Ekonomi Nan Sejahtera, Penyediaan Prasarana Komprehensif, Pembangunan Minda, Bakat dan Kemahairan Bangsa Johor, kepimpinan Berpretasi Tinggi dan Pembentukan Sebuah Masyarakat Yang Lestari Islami dan Berbudaya.

Desas-desus Johor akan jatuh kepada Pakatan Harapan akibat dari tsunami Melayu adalah persepsi Pakatan Harapan sahaja terutamanya Dogtrin Dapigs. Setelah tsunami kaum Cina yang telah melenyapkan MCA dan Gerakan, maka Dogtrin Dapigs terpaksa mencipta satu "slogan tsunami" baru bagi menyakinkan kepada kaum Cina supaya turut sama berubah kepada Pakatan Harapan. Di Sarawak semasa PRU Dewan Undangan Negeri Sarawak 2016 Dogtrin Dapigs kalah teruk kepada BN walaupun menggunakan "slogan Jom Ubah Melayu screw Melayu". Sekarang tatktik yang sama hendak di gunakan di Semenanjung Malaysia iaitu "Jom Ubah Melayu Screw Melayu". Ini kali yang kena screw ialah Tun Mahathir aka Mahakitul, TS Mahyuddin dan DS Mukhriz.

Wan Azizah dan lain pemimpin PKR sudah lama discrewkan oleh Dogtrin Dapigs dan perbuatan serta tindak tanduk pemimpin-pemimpin PKR adalah tidak ubah seperti tindak tanduk dan perbuatan Dogtrin Dapigs juga. Kenapa ada persamaan Dogtrin Dapigs dan PKR ialah kerana Dogtrin Dapigs itu berlandaskan kepada Lim & family manakala PKR adalah Anwarisme. Kedua-duanya berdendam dengan UMNO/BN dan Mahakitul. Bila Mahkkitul masuk Pakatan Harapan dengan PPBM yang di haramkan sementara, maka dendam itu di tujukan pula kepada Tok Jib pula. 






Dalam ertikata lain Pakatan Pembangkang dengan apa sahaja nama yang di sebut selepas PRU14, Insya Allah tidak akan berjaya menumbangkan UMNO/BN melainkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN itu sudah tiada ketokohan dan lupa akan tujuannya sebagai pemimpin Melayu dan Islam. Selagi pemimpin-pemimpin UMNO/BN berpegang kepada paksi Melayu dan Islam selagi itulah rakyat akan sokong kerana Pakatan pembangkang tiada matlamat lain selain hendak menjatuhkan UMNO/BN. Sudah pelbagai Pakatan Pembangkang di wujudkan oleh pembangkang seperti PRU 12, PRU13 dan sekarang PRU14 daripada Pakatan Rakyat yang di anggotai oleh DAP, PKR dan PAS pada PRU13, sekarang PRU14 di anggotai oleh pula DAP, PKR, AMANAH dan PPBM. Persoalannya kenapa Pakatan pembangkang tidak boleh konsisten seperti UMNO/BN yang di anggotai oleh 14 komponen parti termasuk di Sabah dan Sarawak jika di bandingkan dengan Pakatan pembangkang.

Perkara sampingan pun boleh bercelaru inikan pula perkara pokok yang ada kaitan dengan Melayu, Islam, Bumiputra dan sebagainya. Insya Allah politik di Malaysia tidak sama jika di bandingkan dengan USA, UK, Australia dan lain-lain negara kerana Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Maka setiap parti akan cuba untuk mendapatkan undi kaum-kaum yang di perjuangkan oleh parti tersebut. Melayu ada UMNO/PAS/AMANAH/PKR/PPBM. Cina ada MCA, GERAKAN, DAP, SUPP dan lain-lain, India ada MIC, PPP, HINDRAF dan lain-lain. Fahaman parti pula adalah berlandaskan pemimpin yang mengasaskan parti tersebut. UMNO lebih mirip nasionalis Melayu, PAS mirip kepada Islam, PKR parti majmuk lebih mirip kepada "keadilan social". Sementara AMANAH dan PPBM masih samar-samar fahamannya.

Kekuatan kaum Melayu adalah pada UMNO manakala kekuatan kaum Cina adalah Dogtrin Dapigs. Maka pertembungan antara kedua-dua parti ini semasa PRU14 sebenarnya yang mencorakkan pemerintahan Malaysia selama lima (5) akan datang. Maka dalam untuk mencari kemenangan UMNO dan Dogtrin Dapigs akan menggunakan segala apa yang ada untuk menghancurkan lawannya. Inilah yang di gunakan oleh Dogtrin Dapigs iaitu gunakan Mahakitul yang berdendam dengan Tok Jib sehinggakan sanggup Dogtrin Dapigs tidak menggunakan logo "Roket" yang tidak dapat di lancarkan kerana telah di bunuh oleh PKR semata-mata nak mengabui mata kaum Melayu sekiranya "kita undi PKR maka kita akan dapat pemerintah Melayu".





Selebihnya terpulang kepada kaum Melayu supaya fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan drastic. Di takuti nanti "rumah siap tapi pahat berbunyi" dan/atau "nasi sudah jadi bubur"...tiada guna di sesali lagi terima sahaja apa yang telah di hajati.

  







Monday, April 9, 2018

Adakah tsunami Melayu akan berlaku...?????

Demi kestabilan,kemakmuran, kesejahteraan,keamanan, keharmonian,
keamanan,kemajuan dan keadilan

Adakah kita nak menyerahkan kepada "barua DAP"


Semasa PRU12 ramai penganalisa politik menyatakan UMNO/BN kalah di beberapa kawasan adalah di sebabkan oleh tsunami kaum India. Bila PRU13 ramai menjangkakan UMNO/BN akan dapat balik kawasan-kawasan yang kalah semasa PRU12. Malangnya percaturan tersebut meleset apabila tsunami kaum Cina telah merobek keseluruhan yang di gandingkan dengan "swing vote" orang Melayu" kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat pada ketika itu di anggotai oleh Dogtrin Dapigs, PKR dan PAS. Pakatan Rakyat pula diketuai oleh DS Anwar Ibrahim aka KETUM.

Percaturan perang cyber telah di cetuskan oleh Pakatan dengan menyerang UMNO/BN secara bertali arus tanpa henti siang malam pagi petang. Sehinggakan di puncak hari mengundi itu telah di beritakan terdapat 400,000 orang Banglasia yang telah masuk Malaysia untuk di hantar ke kawasan-kawasan mengundi bagi memenangkan UMNO/BN. Maka kekecohan telah berlaku di beberapa kawasan-kawasan mengundi yang agen-agen pembangkang telah menghalang orang yang berkulit gelak macam Banglasia dari menjalankan kewajipannya sebagai warganegara Malaysia dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Kemudian semasa pengiraan undi di beritakan bahawa terdapat black out di beberapa tempat mengundi yang kononnya sengaja di matikan untuk memenangkan UMNO/BN tetapi semuanya "hoax" dan banyak lagi "fake news" yang menjalar semasa kempen PRU13 seperti berita "rasuah kapal selam scorpene yang mana Tok Jib akan di dakwa di Perancis, pembunuhan gadis Monggolia, cincin DS Rosmah dan banyak lagi. Perang cyber sungguh hebat dan drastik sehinggakan kita tak tahu mana satu musuh dan mana satu kawan. Peluru bertaburan di cybertronics tetapi perang melawan RBA (red beans army) adalah perang cyber yang hebat. RBA cuba untuk melonjakkan tagline Dogtrin Dapigs #Ubah Inikali kerana PAS ada bersama dengan mereka yang mana pada ketika PAS menyatakan bahawa "kita berkawan dengan syaitan pun tak apa selagi bukan UMNO/BN". Akhirnya memang undi Cina tiada satu pun yang lekat pada UMNO/BN semua di salurkan kepada Pakatan Rakyat (Dogtrin Dapigs, PKR dan PAS). Malahan tempat-tempat yang Dogtrin Dapigs tidak bertanding pun UMNO/BN kalah di sebab undi Cina dan undi PAS. Itulah scenario pola pengundian semasa PRU13.

Sungguhpun begitu tiada siapa boleh melawan ketentuan Allah (SWT) yang menentukan segala-gala kerana Allah (SWT) adalah pemerintah di langit dan di bumi. Itulah sebabnya kita mesti percaya kepada Allah (SWT) yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan Maha Adil. UMNO/BN dapat 133 kerusi dan Pakatan Rakyat dapat 89 kerusi. Selangor dan Penang di kuasai oleh Pakatan Rakyat selebihnya di kuasai oleh UMNO/BN.

Sekarang kita sekali lagi akan menghadapi PRU14 pula, perang cyber telah bermula, ceramah politik parti pembangkang yang di kenali sebagai Pakatan Harapan di anggotai oleh Dogtrin Dapigs, PKR, PPBM dan Amanah. Perang PRU14 lebih unik kerana PPBM dan Amanah adalah parti setahun jagung. PPBM yang di tubuhkan selepas Tun Mahathir keluar UMNO dan TS Mahyuddin Yassin serta DS Mukriz Mahathir dipecat kerana tikam UMNO dari belakang. Amanah pula di tubuhkan apabila golongan professional kalah dengan golongan ulama. Semasa PRU13 jentera PAS banyak membantu jentera Pakatan Rakyat yang ampuh. Sekarang PAS akan bergabung dengan parti-parti yang membentuk Gagasan Sejahtera. 

Pada PRU14 ini kepastian pertanding tiga puju akan berlaku antara BN. PAS dan Pakatan Harapan. Sebelum SPR menetapkan tarikh PRU14, PPBM telah di gantung sementara kerana tidak mematuhi terma-terma dan syarat-syarat ROS. Maka Pakatan Harapan terpaksa menggunakan logo parti lain apabila ROS juga mengantung penubuhan Pakatan Harapan kerana permasalahan PPBM. Setelah di persetujui oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, maka logo PKR akan di gunakan. Bermulalah perjalanan reformasi yang berlawan dengan Mahafiraun, Mahazalim, Mahaperompak, Mahapenyamun dan Mahapelingkup negara di resapi dengan idealogi reformadey pula iaitu untuk menjadi penyelamat Malaysia yang diandaikan akan bankrap, Tok Jib telah merompak dan meyamun duit 1MDB dan hutang negara akan memncecah 1 trillion. Maknanya apa yang di perjuangkan oleh Anwarisme selama ini hanya pembohongan iaitu untuk menjatuhkan Mahafiraun dan Mahazalim sebaliknya ianya lebih kepada "gila kuasa dan tamakkan jawatan di Putrajaya". Maka wujud kata-kata dalam Pakatan Harapan terdapat Bapa pelingkup negara, Bapa peliwat, Bapa perkauman, anti Melayu dan Islam dan Bapa merapu the Sabu. Adakah rakyat ingin mempercayai bulat-bulat apa yang di perkatakan oleh mereka????? #tagline: Apa lagi aku nak bohong pada rakyat amat sinonim dengan Pakatan Harapan. 

Pakatan Harapan tahu untuk dapatkan Putrajaya, pengundi Melayu mesti di perolehi sebanyak mungkin terutama di kawasan-kawasan pinggir bandar dan di luar bandar serta felda. Sekiranya tidak dapat maka Ubah, Inikali, Sekali lagi selamatkan Malaysia akan berkubur di Laut China Selatan selama lima (5) tahun sebelum di bangkitkan kembali untuk menjadi Hantu PRU 15 pula.

Kita perhatikan negeri di Semenanjung Malaysia:-

1. Perlis (3) - tiga kawasan Parlimen. Semasa PRU13 ketiga kawasan Parlimen di kuasai oleh BN (Kangar, Padang Besar dan Arau).

2. Kedah (15) - 11 BN 4 PKR 1 PAS.

Semasa PRU13 BN menguasai Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Jerai, Sik, Merbok, Baling, Kulim-Bandar Baharu.
PKR menguasai Alor Setar, Kuala Kedah, Sungai Petani dan Padang Serai.
PAS pula menguasai Pokok Sena (sekarang Amanah).

Tun Mahathir akan bertanding di Langkawi. Langkawi di majukan oleh Tun Mahthir melalui UMNO/BN sekarang Langkawi hendak di benamkan oleh Tun Mahathir melalui Pakatan Harapan. Anaknya Mukhriz akan bertanding di Parlimen Jerlun dan DUN Jitra, jadi MB Kedah kerana UMNO/BN sekarang nak jadi pengkhianat Kedah dengan bersekongkol dengan Dogtrin Dapigs untuk jatuhkan UMNO/BN Kedah. Wan Saiful Wan Jan (Idea) bertanding Parlimen Pendang manakala Datuk Amiruddin Hamzah (dulu PAS) bertanding Parlimen Kubang Pasu dan DUN Anak Bukit.

PAS pula tidak lagi bersama-sama dengan Pakatan Harapan. Maka kawasan-kawasan yang di menangi oleh PKR, Amanah dan PPBM boleh menjadi medan pertempuran yang sengit kerana pertandingan tiga penjuru tidak dapat di elakkan. PAS sudah pasti akan menurunkan jenteranya sebanyak mungkin untuk menawan semula Kedah Darul Aman. Langkawi akan menjadi tumpuan kerana para pengundi Melayu akan menjadi belah bahagi nak undi Tun Mahathir ataupun nak undi BN bagi kesinambungan kemakmuran dan pembangunan Langkawi. Alor Setar, Kuala Kedah, Sungai Petani dan Padang Serai sudah pasti akan menjadi medan mendapat undi-undi Melayu. Kaum Cina pula sudah jemu dengan tagline#Ubah, Inikali dan sebagainya kerana undi kaum Melayu tidak berubah kepada Pakatan Harapan. Sekarang pemimpin2 Pakatan Harapan sedang menyakinkan kaum Cina dan kaum India untuk tetap dengan Pakatan Harapan dengan harapan bahawa kaum Melayu akan mengundi Pakatan Harapan dalam PRU14. Persoalannya adakah kaum Melayu akan memberi undi kepada Pakatan Harapan secara "total"????? Di Kedah pertembungan heavyweight selalu antara BN v PAS. Kalau pergi jalan-jalan cari makan di Kedah pasti akan terlihat bendera PAS berkibaran samada PRU ataupun bukan PRU. Pengaruh PAS di negeri Jelapang Padi memang tidak boleh di pertikaikan. Walau bagaimanapun pertembungan di Jelapang Padi pasti akan lebih menarik kali ini kerana anak emas Kedah bertanding di Langkawi dan bekas MB Kedah bertanding di Jerlun dan Jitra. Kita nantikan siapakah para pengundi akan pilih kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian, keamanan, kemajuan dan keadilan UMNO/BN atau fitnah dan pembohongan Pakatan Harapan?????

3. Perak - PRU13 BN (13) DAP (6) PAS (2) PKR (3). Semasa PRU13 Pakatan Rakyat di dokongi oleh DAP, PAS dan PKR. Malangnya untuk PRU14 nanti Pakatan Harapan dianggotai oleh DAP. PKR, PPBM dan Amanah tanpa PAS. Di Perak kawasan Lembah Kinta akan bersemuka sekali lagi dengan "the Malays belt" pada PRU14. Dogtrin Dapigs telah meletakkan calon Melayunya di Tebing Tinggi iaitu pakar undang-undang Aziz Bari. Percaturan Dogtrin Dapigs ialah gunakan Melayu untuk screw Melayu aka dapat undi Melayu seberapa banyak untuk menawan Perak dan Putrajaya. Bila menang kononnya Aziz Bari akan di lantik sebagai MB tetapi yang menentukan polisi pentadbirannya adalah pemimpin-pemimpin Dogtrin Dapigs. Serupa seperti selepas PRU12 iaitu pada ketika itu MB Nizar Pembohong (PAS) jadi MB tetapi hanya boneka sahaja. Ngeh dan King Kong Ming yang menentukan polisi-polisi pentadbiran di Perak. Nasib baik 11 bulan sahaja. Kita rasa orang Melayu di Perak sudah terkena sekali pasti tidak akan bersekongkol lagi dengan "barua-barua Dogtrin Dapigs".

Pertembungan heavyweights di Teluk Intan antara Mah Siew Keong (BN/Gerakan) v Nga Kong Ming (DAP). Jumlah pengundian adalah 42% Cina, 38% Melayu dan 19% India. Nga Kong Ming adalah YB Dap di Taiping sebelum ini tetapi kenapa beliau lari daripada kerusi Taiping untuk berlawan dengan Mah Siew Keong (Presiden Gerakan). Adakah DAP cuba nak membunuh ketua-ketua pemimpin parti Cina yang bergabung dalam BN kerana bencikan UMNO macam mana UMNO bencikan DAP. Kebencian UMNO kepada DAP memang sejak dari PRU 1 lagi kerana DAP memang terkenal dengan sikap chauvinis, anti Melayu dan Islam. Ianya bukan sahaja telah di perkatakan oleh bekas-bekas pemimpin Melayu dalam DAP malahan yang terbaru Zaid Ibrahim yang terkenal dengan firma Guaman Zaid Ibrahim & Co pun boleh tertipu dengan agenda DAP yang pandai menyorok kukunya bila berhadapan dengan orang Melayu dan Islam tetapi di belakang tabir akan cuba untuk menghapuskan Melayu dan Islam secara halus dan perlahan-lahan. Akhirnya Zaid Ibrahim sedar bahawa DAP itu parti Cina.



DAP parti Cina

Kenapa DAP tak pakai logo "roket" semasa PRU14????? Adakah DAP sudah boleh menerima apa yang tercatit dalam Perlembagaan Malaysia mengenai orang Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu????? Kita jangan tertipu dengan mainan ala penjajah zaman cybertronics iaitu DAP yang cuba mengelirukan orang-orang Melayu dan Islam kononnya DAP telah menerima Melayu dan Islam dalam agenda DAP. Barang diingat bahawa di Perak hanya seorang (1) sahaja calon Melayu iaitu Aziz Bari di Tebing Tinggi yang di tanding di dalam kawasan majoriti orang Cina. Agendanya ialah sekiranya Pakatan Harapan Berjaya tawan Perak maka, DAP ada calon Melayu yang berkelayakan untuk di lantik jadi MB. Maka Perak sekali lagi akan dapat MB boneka DAP seperti Nizar Pembohong selepas PRU12 dulu.

DAP adalah penjajah zaman cybertronics yang buta kebenaran

Kita mesti berhati-hati di Perak agar kita tidak terperangkap dalam permainan DAP yang amat licik untuk memperdayakan Melayu dan Islam. DAP tahu untuk memerintah Perak mereka perlukan sokongan Melayu dan Islam kalau tidak DAP hanya bermimpi di siang hari sahaja. Sekarang  DAP adalah pencipta cerita-cerita pembohongan dan fitnah yang bersifat tegar yang kononnya Melayu dan Islam di bawah DAP lebih di jaga dan terbela tetapi DAP adalah parti yang tidak ingin menerima kebenaran berdasarkan fakta yang di bentangkan. Inilah yang terjadi kepada pemimpin-pemimpin DAP yang melanggar polisi dan kata-kata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Semasa PRU14 Dogtrin Dapigs akan menggunakan logo PKR (Mata Satu) semata-mata nak mengabui mata orang-orang Melayu dengan andaian bahawa Dogtrin Dapigs itu adalah parti untuk semua rakyat tetapi hakikatnya Dogtrin Dapigs adalah parti untuk kaum Cina sahaja. Pembahagian kerusi Dogtrin Dapigs di Perak untuk PRU14 adalah berdasarkan keputusan PRU13 di kawasan majoriti kaum Cina akan di tandingi oleh Dogtrin Dapigs dengan menggunakan logo PKR. Di kawasan yang majoriti kaum Melayu dan India di biarkan parti-parti PKR, Amanah dan PPBM berebut dengan UMNO/BN dan PAS. Selepas penamaan calon kita dapat lihat di setiap kerusi  yang di pertandingkan terdapat sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru 3 penjuru antara UMNO/BN, PKR dan PAS.

Begitu juga yang terjadi di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang mana di kawasan-kawasan bandar akan di bolot oleh Dogtrin Dapigs kerana Dogtrin Dapigs tahu di situlah kawasan anti-kerajaan yang akan menyokong polisi Dogtrin Dapigs Malaysia Malaysian iaitu kesamarataan antara semua bangsa di Malaysia dan tiada keinstimewaan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu. Malaysia akan di jadikan "Republic". Inilah cita-cita yang kita mesti haling dan sentiasa di bangkitkan di setiap PRU kerana tanpa menbangkitkan "suasana panas ini" Dogtrin Dapigs akan mencucuk jarumnya melalui "barua-baruanya seperti BUANG" untuk memusingkan orang-orang Melayu supaya meninggalkan "status quo" dan perasaan takut untuk mengundi PKR kerana itu adalah parti untuk semua rakyat Malaysia iaitu social liberalisme yang banyak berkisar pada idealogi Anwarisme.


Demi kestabilan,kemakmuran, keamanan, kesejahteraan, keharmonian,kemajuan dan keadilan

BN adalah parti yang sentiasa rapat dan prihatin terhadap denyut nadi rakyat. Kita tidak boleh nafikan apa yang telah di laksanakan oleh kerajaan BN kepada Malaysia dan rakyat keseluruhannya. Apakah sumbangan Dogtrin Dapigs, PKR, Amanah dan PPBM mahupun PAS kepada Malaysia dan rakyat keseluruhanya?????

Kita lihat sendiri PKR di Selangor, Dogtrin Dapigs di Pulau Pinang dan PAS di Kelantan. Apa yang boleh di banggakan melainkan apa yang telah di bina oleh kerajaan sebelum iaitu sebelum di ambilalih pada tahun 2008. Selama 10 tahun apa yang di laungkan ialah agenda politik "Selangor dan Pulau Pinang dapat pujian Auditor General kerana mempunyai kewangan yang mantop". Cuba tanya mereka kenapa????? Cuba bayangkan kalau kerajaan Putrajaya tak belanja duitnya terhadap pembangunan dan infra, berapa banyak duit ada dalam tabung QARUN kerajaan Putrajaya?????

Insya Allah tsunami Melayu itu tidak akan berlaku tetapi tsunami penolakan terhadap Pakatan Harapan pasti akan berlaku di kebanyakkan kerusi di Malaysia oleh rakyat kerana selama ini Pakatan Harapan hanya cyberkan "hasutan dan tanamkan sifat benci dalam pemikiran rakyat terhadap kerajaan UMNO/BN serta cyberkan fitnah dan pembohongan" kononnya Tok Jib mencuri dan merompak duit rakyat melalui 1MDB tetapi bila penerangan di laksanakan oleh Arul Kanda CEO 1MDB di merata tempat di Malaysia tiada pula pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan menyerbu sessi penerangan tersebut. Bila di Tanya mana buktinya tiada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang dapat memberikan melainkan mempunyai andaian dan spekulasi semata-mata. Ini di buktikan dalam 3 saman mengenai 1MDB yang telah di tolak oleh Mahkamah kerana tiada bukti yang boleh menyabitkan salah laku dan pecah amanah yang telah di lakukan oleh Tok Jib melainkan "speculation by the instigator of the oppositions". Kenapa agaknya????? Kita tidak boleh mendengar guruh yang di jangkakan akan hujan kemudian curahkan air dalam tempayam tetapi hujan yang di jangkakan tidak juga turun tetapi air dalam tempayam telah di curahkan, akhirnya siapa yang rugi kita juga kerana terpengaruh dengan "kata-kata fitnah dan pembohongan" Pakatan Harapan kita buang benda yang baik dan yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat Malaysia semata-mata berdasarkan andaian kononnya Pakatan Harapan boleh melakukan yang lebih baik daripada UMNO/BN.

Ada pula andaian rakyat yang kononnya Tok Jib yang menjadi punya kepada permasalahan negara dan rakyat. Apa permasalahan Negara GST, duit ringgit merosot, ekonomi teruk dan Malaysia nak bankrupt????? Rakyat terpaksa sengsara kerana GST harga naik mendadak dan gaji tak naik????? Sekarang duit ringgit mengukuh terhadap dolar USD, ekonomi Malaysia manpan walaupun ekonomi dunia mengalami tekanan yang "melantun-lantun", Malaysia nak bankrupt adalah andaian dan spekulasi jahat untuk memburukkan kerajaan UMNO/BN, GST (45 billion 2017) pula telah banyak membantu kerajaan dalam mengatasi sumber kewangan yang dikutip di jika bandingkan dengan sistem SST dulu.

Kerajaan sekarang memberi pelbagai bantuan kepada rakyat untuk mengatasi tekanan kenaikkan harga barangan harian. BRIM. SLIM. bantuan sekolah, baucer pelajar dan lain-lain. Kalau nak baca lagi gi tengok e-rakyat, banyak infor pasal kebajikan kerajaan UMNO/BN.

  

Demi kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan, keamanan, keharmonian, kemajuan dan keadilan. Fikirkan masa depan kita sekiranya kita menaruhkan pemerintahan negara di tangan Pakatan Harapan. 











Saturday, April 7, 2018

Matifesto Pakatan Harapan v Manifesto Barisan Nasional...pilih racun atau madu...?????

Parti Barisan Nasional telah membentangkan manifestonya kepada rakyat Malaysia untuk jangkamasa lima (5) tahun akan datang. Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO sentiasa konsisten dalam melaksanakan janji-janji manifestonya. Sebaliknya Matifesto Pakatan Harapan adalah ibarat melepaskan batuk di tangga di mana Pakatan Harapan yang di dominasikan oleh Dogtrin Dapigs terpaksa membuat pusingan U dalam polisi yang kononnya mahu di lakukan untuk menyelamatkan negara.


Selamatkan Negara dengan Pakatan Harapan?


Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Dogtrin Dapigs tidak akan mampu mencapai kejayaan merealisasikan matifesto seperti kerajaan BN kereka mereka tidak mempunyai pendirian yang jelas untuk pembangunan rakyat dan negara. Pakatan Harapan cuba untuk mencuri tumpuan rakyat dengan tawaran matifesto yang bersifat populis dan sukar untuk dilaksanakan. Apa yang diutamakan mereka adalah politik dendam dan kebencian yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN. Matifesto Pakatan Harapan untuk menghapuskan GST dan tawaran baru kepada peminjam PTPTN adalah helah untuk memanipulasikan emosi rakyat terutamanya golongan muda.

Matifesto Pakatan Harapan adalah ibarat tin kosong berbunyi bingit namun tiada erti malahan Tun Mahathir mengakui bahawa mereka tidak mampu untuk menunaikan janji yang diucapkan kononnya tidak cukup dana seperti katanya "Kita tidak akan membuat kenyataan yang kita tahu tak boleh tunaikan melihat kepada kedudukan ekonomi semasa negara". Apabila Tun Mahathir di temubual oleh Singapore Sunday Times telah menyatakan bahawa Pakatan Harapan tidak dapat menunaikan semua janjinya. "Kadangkala saya rasa bahawa kita mungkin tidak mampu menunaikan kesemua janji-janji. Parti kami, rakan-rakan gabungan kami, anda tahu mereka sangat sosialis. Mereka suka memberi kepada orang ramai. Saya beritahu mereka ianya tidak boleh ditunaikan. Anda mahu mansuhkan semua tol lebuhraya? Saya kata lihat kita perlu menyelenggara jalan raya. Anda perlu membina lebih banyak jalan. Dari mana anda mahu mendapatkan wang jika anda mahu menyelenggara semua lebuhraya sendiri? Tetapi mereka mahukan populariti jadi mereka lebih gemar memberikan janji".

Dalam satu wawancara lain pula "kita akan menghapuskan tol secara berperingkat-peringkat pula" dipetik Malay Mail. Pakatan Harapan di lihat begitu yakin dengan matifesto tidak akan menjejaskan negara, pakar ekonomi dari Bank Dunia pula menyatakan sebaliknya. Pakar Ekonomi Bank Dunia itu bimbang kerana negara sudah mengutip RM44 billion (2017) menerusi GST apabila di hapuskan, maka Pakatan Harapan terpaksa meningkatkan cukai-cukai lain dan ini akan mengurangkan perbelanjaan atau membuat perbelanjaan defisit. Tindakan ini di sifatkan tindakan kebelakang ekoran SST merupakan sistem lama yang sudahpun ditolak 160 negara lain di dunia dan Malaysia di bawah pimpinan Tun Mahathir sekiranya Pakatan Harapan menang akan menjadi negara pertama membuat pusingan U ini.

Matifesto populis Pakatan Harapan:-

1. Hapus GST
2. PTPTN tangguh sehingga peminjam dapat gaji 4,000-00.
3. Tiada pendidikan percuma.
4. Tol hapus berperingkat-peringkat.
5. BRIM akan di kekalkan.

Pelancaran matifesto Pakatan Harapan di Johor pun tidak dapat menyakinkan rakyat Johor kerana sebahagian daripada Matifesto Pakatan Harapan untuk Johor telah di laksanakan oleh kerajaan UMNO/BN. Manakah inisiatif ataupun kegelojohan Pakatan Harapan nak selamatkan Johor khasnya dan Malaysia amnya?????




Manakala manifesto Barisan Nasional menjanjikan program-program menghebatkan Malaysia untuk masa depan yang lebih cerah dengan mendahulukan rakyat serta pembangunan lebih adil dan menyeluruh dari Perlis hinggalah ke Sabah dan Sarawak. Manifesto bertemakan "Bersama BN Hebatkan Negaraku" menyusun pembangunan yang menyeluruh terutama di kawasan yang dianggap terabai selama berdekad sebelum ini. Terasnya undi BN kelangsungan kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan.




Penghapusan GST bermakna kerajaan kehilangan RM20-25 billion. Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan nak hapuskan tol tetapi Tun Mahathir sudah terbiasa dengan tol. Sekiranya tol di hapuskan berperingkat-peringkat, kita tidak nampak bagaimana Pakatan Harapan nak meningkat kewangan untuk meneruskan BRIM melainkan menaikkan cukai pendapatan dan cukai perniagaan dan cukai korporat. Ini sudah tentu akan mengecilkan perbelanjaan individu dan syarikat. Bila pusingan perbelanjaan kecil tapi harga barangan tidak turun walaupun GST tiada, apa akan jadi kepada rakyat dan negara Malaysia. Sebaliknya manifesto BN, duit GST akan di salurkan dalam bentuk BRIM kepada rakyat. BRIM tambahan untuk kategori berpendapatan RM3,000-00 ke bawah bayaran BRIM Jun-Ogos ditingkatkan kepada RM800 sebelum ini terima RM1,200 setahun jadi RM2,000-00 setahun. Bagi isi rumah berpendapatan RM3000-00 sehingga RM4,000-00 bayaran BRIM Jun-Ogos ditingkatkan kepada 600 sebelum ini terima RM900-00 setahun jadi RM1,500-00 setahun. Kategori baru baharu isi rumah berpendapatan antara RM4,000-00 hingga RM5,000-00 sebulan akan terima bayaran RM700-00 yang dibayar pada Jun dan Ogos ini. Ada pula tambahannya bayaran one-ff sebanyak RM1,500-00 kepada anak-anak penerima BRIM yang berjaya mendaftar di institusi pengajian tinggi. Ini semua boleh dilaksanakan kerana kerajaan mempunyai lebihan dalam kantung QARUN. Macam juga sektor swasta bila syarikat untung, pekerja akan dapat bonus. Ini rakyat Malaysia anggap sebagai bonus 2018 sebab yang dapat pun bukan penyokong-penyokong UMNO/BN sahaja tetapi keseluruhan rakyat Malaysia yang layak.

Cuba bayangkan sekiranya GST di hapuskan, di manakah kerajaan nak korek duit untuk memberikan ganjaran seperti di atas. Jawapannya ialah naikkan cukai-cukai yang ada akhirnya rakyat akan merana sebab duit tak cukup harga barangan tak turun dan pembangunan terpaksa di tangguhkan. 




Kerajaan pula terpaksa korek duit dalam rizab, GLC dan mana-mana yang ada dan kemungkinan "projek penswastaan" akan di hidupkan kembali. Rakyat kena game lagi dengan Tun Mahathir. Lu mahu gua jadi saviour maka lu kena ikut cara gua. Sekiranya kita lihat pada perbandingan antara Tok Jib dengan Tun Mahathir nampak perbedaannya di mana Tok Jib lebih tenang tak cepat melatah jika di bandingkan dengan Tun Mahathir. Stail pentadbirannya pun berbeda dan fokusnya juga berbeda serta penglibatan rakyat dalam pembangunan Malaysia juga berbeda.





Kedua pihak telah membentangkan manifesto dan matifestonya, sekarang terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan yang mana seperti kata Tok Jib "This election cannot be described as a personal choice. This election is not about Najib versus the Opposition leader. This election is not about BN versus the Opposition. The main thing is which side can provide a better life for you, your family, your children and your grand children as well as their future".




Friday, April 6, 2018

Hapuskan GST, RUU Fake News law, projek ECRL...PPBM di bubarkan sementara...Pakatan Harapan tidak didaftarkan...terpaksa guna logo PKR...




Pakatan Harapan nak hapuskan GST. Cakap memang senang tetapi bila nak melaksanakannya, ianya pasti akan menghadapi kesukaran. Adakah Pakatan Harapan hanya berjanji sahaja sebelum mendapat undi tetapi apabila telah mendapat apa yang dikehendaki maka GST akan di teruskan kerana negara akan kehilangan "hasil yang lumayan" sekiranya GST di hapuskan. Pakar-pakar ekonomi dan kewangan juga agak gusar dengan "manifesto Pakatan Harapan" untuk PRU14 kerana pada mereka GST telah memberi hasil RM44 billion kepada kantung negara sedangkan SST hanya mampu memberi RM15-20 billion sahaja kerana banyak keculasannya terutamanya dari segi system percukaiannya. Perniaga-peniaga boleh memanupulasikan SST tetapi sistem percukaian GST tidak boleh di manupulasikan oleh para peniaga.

Gabenor BNM dalam satu kenyataan pada 28/3/2018 menyatakan bahawa "Don't blame rising living costs on GST alone" seterusnya menyatakan bahawa "if we are to become wealthy, the types of jobs we generate must be of quality. We cannot generate jobs that attract only foreign workers". Maknanya kita mesti mewujudkan tenaga kerja yang berimpak tinggi yang dapat menjana pendapatan lebih tinggi iaitu 2,700-3,000 sebulan untuk mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat. Peningkatan kos sara hidup pun tidak boleh di letakkan kepada GST sahaja. Perlu di ingat bahawa GST tidak mengenakan apa-apa cukai kepada lebih 500 jenis barangan asas untuk kegunaan pengguna di Malaysia. Sekiranya 500 barangan asas itu tidak dikenakan GST (zero-rate), maka sekiranya Pakatan Harapannak hapuskan GST, persoalan yang selalu bermain di dalam kepala adakah harga barangan asas ini akan turun kepada "zero-rate" juga. Contohnya ikan kembong sememang tiada GST tetapi kenapa harganya meningkat begitu tinggi sampai 18-20 ringgit sekilo. Adakah harga ikan kembong ini akan turun apabila Pakatan Harapan dapat memerintah Putrajaya. Jawapannya tidak kerana kenaikkan harga ikan kembong itu bergantung kepada faktor-faktor lain seperti faktor bekalan, cuaca, kos-kos penangkapannya dan lain-lain faktor.

Dalam erti kata lain tidak mungkin mampu di laksanakan oleh Pakatan Harapan iaitu menghapuskan GST. Perlu diingatkan bahawa 160 buah negara telah melaksanakan system percukaian ini dengan jayanya dan negara jiran kita Singapura yang selalu di jadikan contoh oleh ketua Pakatan Harapan iaitu Dogtrin Dapigs telah menaikkan GSTnya dari 7% kepada 9% tanpa sebarang bantahan pun daripada penduduk-penduduk Singapura. Persoalannya kenapa Pakatan Harapan nak hapuskan GST????? Jawapan mudahnya ialah nak mengaut undi rakyat bentangkan manifesto populis yang tidak mungkin mampu dilaksanakan. Inilah dikatakan manifesto itu bukan satu perjanjian.



Kenapa Pakatan Harapan takut dengan RUU Fake News????? Adakah selama ini Pakatan Harapan terlalu bergantungan kepada Fake News untuk memburukkan dan memfitnah kerajaan UMNO/BN dengan tujuan menghasut rakyat supaya membenci dan menjatuhkan kerajaan UMNO/BN????? Sekiranya di petik kata-kata YB Pandan yang kena 30 bulan penjara akibat Akta Bafia, maka kita sudah pasti bahawa memang siang malam pagi petang kerja Pakatan Harapan hanya membentangkan perkara-perkara dengan tujuan untuk menghasut rakyat untuk membenci dan menjatuhkan UMNO/BN. Pakatan Harapan tidak boleh berlawan dengan UMNO/BN secara "kebajikan dan pembangunan" kerana Pakatan harapan tiada rekod yang cemerlang dalam "kebajikan dan pembangunan". Di Selangor kebajikan apa yang hendak di ketengahkan melainkan #Pakatan dapat undi Rakyat dapat Baldi, 9 projek rumah mampu milik di batalkan sebab pemaju tidak dapat kelulusan perancangan, projek Tanah Ijok jual 1.18 billion bagi kepada peneroka-peneroka 300 juta selebihnya ke mana pergi duit itu. Dalam Dewan DUN Selangor, MB Selangor main cucuk-cucuk peta 3 Alam tetapi Putar Alam baki duit lebihan itu tidak di perkatakannya. Di Penang masalah banjir samapai talipon TPM 3:30 pagi minta bantuan tetapi selepas bantuan di hulurkan dan selesai masalahnya mula menyalak balik kepada kerajaan UMNO/BN. Ini ibarat pepatah Melayu kata "jangan melepaskan anjing tersepit pasti kita akan disalaknya". Masalah Terowong Tokong belum apa-apa duit kowtim telah keluar sebanyak 22 juta. KM Penang pula terlibat dengan rasuah dan menyalahgunakan kuasa beli bunglow Jalan Pinhorn. Natijahnya tiada "kebajikan dan pembangunan" yang boleh di banggakan melainkan "cakap-cakap kerajaan Pakatan Harapan sudah ini dan itu telah bagi ini dan itu tetapi hakikatnya tiada kalau ada pun kepada kronis-kronis Pakatan Harapan sahaja contohnya di Selangor masalah Ampang Disneyland, masalah pasir di Sg Long dan di Penang bapa YB yang minta wang sogokan untuk mendapatkan rumah kos rendah dan kos sederhana. Siapa kata Selangor dan Penang tiada rasuah dan buat apa kerajaan di kedua-dua negeri itu buat CAT dan SELCAT sekiranya "rasuah berleluasa"?????





Kenapa Pakatan Harapan nak batalkan projek ECLR yang boleh di katakan akan memberikan impak yang besar kepada pembangunan koridor Pantai Timur. Adakah rakyat di Pantai Timur adalah penyokong-penyokong UMNO/BN-PAS maka Tun Mahathir ingin membatalkannya ataupun persepsi Tun Mahathir yang menjadi "barua dogtrin dapigs" yang menyatakan projek bernilai 55 billion itu merupakan satu pembaziran kerana tiada keperluan kemudahan itu disediakan kepada rakyat. Alasannya "jika difikirkan secara logik tiada siapa ingin menghabiskan masa 14 jam di atas kereta api berbandingkan kurang sejam dengan menggunakan penerbangansedia ada ketika ini". Itulah masalah Tun Mahathir semua projek orang tidak betul, projek Tun Mahathir sahaja yang betul sedangkan rakyat tahu bahawa kebanyakkan projek Tun Mahathir telah melonjak kos pembinaan menjadi dua dan tiga kali ganda daripada kos asal dan banyak bail-out. Sedangkan Tok Jib membina MRT dibawah paras kos asal dengan pembinaan siap tepat pada masanya. Alhamdulillah belum ada bail-out lagi. Krisis 1MDB pun tiada bail-out tapi di zaman Tun Mahathir berapa banyak bail-out????? Lain hulu lain parangnya lain dulu kini lain pula hatinya.




Krisis PPBM telah sampai kepuncaknya apabila ROS telah menunggu selama 30 hari untuk PPBM menfailkan dokumen-dokumen berkaitan dengan mesyuarat cawangan dan bahagian. Rupa-rupanya PPBM tiada cawangan dan bahagian terus buat Mesyuarat AGUNG PPBM. Akhirnya ROS batalkan sementara pendaftaran PPBM dan beri tempoh 30 hari lagi untuk selesaikan permasalahan Mesyuarat AGUNG PPBM. Maka menurut ROS PPBM tidak boleh guna logo, nama dan bendera PPBM semasa PRU14 dan Pakatan Harapan pun tidak boleh di daftarkan sebab masalah PPBM.





Salam takziah kepada PPBM aka Parti Pecah Belah Melayu yang kononnya nak gantikan UMNO. Semua parti serpihan UMNO seperti Semangat 46 (terbubar dengan sendiri), PKR (tunggu masa tiada faktor Anwarisme) Insya Allah  tidak berjaya untuk menumbangkan UMNO kerana orang Melayu sedar bahawa parti serpihan yang bersekongkol dengan Dogtrin Dapigs adalah ibarat madu beracun dan api dalam serkam. Semasa PRU13 Anwar Ibrahim telah memimpin Pakatan Rakyat iaitu gabungan Dogtrin Dapigs, PKR dan PAS. Pakatan ketika PRU13 lagi dianggap berbisa kerana gabungan Dogtrin Dapigs (Cina) dan PAS (Melayu) akan melenyapkan UMNO/BN tetapi Allah (SWT) Maha Agung, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui UMNO/BN menang dengan 133 kerusi dan Pakatan Rakyat menang 89 kerusi. Ini bermakna orang Melayu menolak sebarang pakatan dengan parti chauvinis, anti Islam dan anti Melayu Dogtrin Dapigs. Orang Melayu tidak suka semangat Si Buang yang mengkhianati bangsanya hanya kerana hendak kuasa dan kekayaan dalam cerita Sarjan Hassan arahan P.Ramlee seperti di nyatakan dalam babak akhir cerita tersebut "jangan ada manusia seperti ini dalam tanahair kita kerana manusia seperti inilah yang akan merosakkan bangsa kita...harapan kita ialah bangsa Melayu hendak bersatu padu sesama kita". Dalam pengertiannya dan arwah P. Ramlee sudah nampak dulu sebelum Pakatan Rakyat (dibubarkan) dan Pakatan Harapan ada. Ini bermakna Anwar Ibrahim & PAS dulu dan sekarang Tun Mahathir & Mat Sabu & Co adalah "Barua Dogtrin Dapigs". Umum tahu bahawa Dogtrin Dapigs hanya pergunakan Anwar Ibrahim dan PAS untuk mengaut undi orang Melayu supaya Dogtrin Dapigs dapat memerintah Malaysia. Di Penang dan di Selangor parti mana yang lebih berkuasa PKR, PAS atau Dogtrin Dapigs. Sudah tentu Dogtrin Dapigs kerana mereka memegang kerusi terbanyak tapi untuk memenuhi kehendak undang-undang lantik Melayu jadi MB di Selangor tapi segala polisi dan perancangan kerajaan negeri mesti ikut telunjuk Dogtrin Dapigs. Di Penang teruskan tradisi KM adalah Cina tapi perbedaan Cina Dogtrin Dapigs dengan Cina BN. Cina Dogtrin Dapigs tiada pakat-pakat semua kena ikut dia "diktator dan langgar di boikot" satu dua ADUN Dogtrin Dapigs kena sebab langgar Tokong begitu juga ADUN PKR sebaliknya Cina BN lebih muafakat dalam sistem BN segala perancangan mesti melalui muafakat BN untuk semua kaum.


Orang Melayu tiada pilihan dalam PRU14 ini. Sekiranya hendak bersandarkan PAS yang bersendirian dalam PRU14, bila tengok apa yang Kelantan ada selama 5 penggal PAS memerintah risau juga apabila anak negeri semuanya keluar mencari rezeki di luar Kelantan. Islam PAS itu kita tak mahu pertikaikan. Begitu juga UMNO pemimpinnya kebanyakkannya Islam kecuali ada Bumiputra Sabah yang Kristian. Sekiranya di buat perbandingan UMNO dan PAS, orang Melayu lebih mirip kepada UMNO kerana apa yang di perlukan oleh orang Melayu boleh di sediakan oleh UMNO di bandingkan dengan PAS. Secara politiknya kita tidak hairan pun sekiranya rakyat Kelantan hendak kekalkan PAS sebagai pemerintah di Kelantan kerana Tok Jib bukan macam Tun Mahathir yang meminggirkan Kelantan daripada arus pembangunan Malaysia hanya kerana tidak mempunyai fahaman politik yang sama.


REFORMADEY

Oleh kerana Pakatan Harapan tidak boleh didaftarkan sebagai parti gabungan disebabkan permasalahan PPBM, maka Pakatan Harapan telah memutuskan untuk menggunakan logo KEADILAN (PKR) dan Dogtrin Dapigs pun terpaksa menggunakan logo tersebut di Semenanjung Malaysia tetapi logo tersebut tidak terpakai di Sabah dan Sarawak. Dulu logo PKR di anggap sebanyak musuh ketat dan PKR pun mengelar Tun Mahathir sebagai Mahafirau, Mahazalim, Mahaperompak dan Mahapenyamun tetapi semua gelaran tersebut telah beralih kepada Tok Jib pula apabila Tun Mahathir menjadi Mahakitul PKR. Segala dosa Mahakitul telah disucikan oleh PKR dan musuh ketat telah di anggap sebagai "senjata" untuk mendapatkan undi Melayu di Lembah Felda dan di Luar Bandar. Propaganda Tsunami Melayu di canang oleh Pakatan HARAPAN Kencing Rakyat kerana Mahakitul dan Mahyuddin Yassin akan menarik pengundi-pengundi Melayu mengundi Pakatan HARAPAN kencing rakyat. Dulu pun masa Anwar Ibrahim begitu juga tetapi gagal kemudian muncul pula "Banglasia", "Jumbo Jet", "Blackout" dan "dawat", semasa PRU14 ini tak tahu apa akan muncul sekiranya Pakatan HARAPAN kencing rakyat tak dapat apa yang di hajati. Inilah contoh "gila kuasa dan kemaruk Putrajaya serta tamak harta dunia". Dulu Ketum sekarang Mahakitul dan apa nak jadi dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang kecewa seperti Rais Yatim dan Rafidah Aziz yang seolah-olah berat sebelah dalam kritikannya.




HARAPAN Kencing Rakyat

Pakatan HARAPAN kencing rakyat mensasarkan negeri Johor sebagai negeri tumpuan kerana di Johor le lahirnya UMNO. Maka untuk kalahkan UMNO mesti bermula di Johor dan hantar semua tentera dan jeneral-jeneral pergi bertempur di Johor. Kawasan tumpuan ialah Ayer Hitam selama 3 penggal di pegang oleh MCA/BN. Dogtrin Dapigs telah mencalonkan Pengarah Dogtrin Dapigs untuk lawan dengan Timbalan MCA itu. Nampaknya Dogtrin Dapigs begitu yakin setelah Mahakitul dan Mahyuddin Yassin ada dalam Pakatan HARAPAN kencing rakyat untuk mendapat undi Melayu. Kita mesti ingat semasa PRU13 PAS berada dalam Pakatan Rakyat tetapi pada PRU14 PAS tiada dalam Pakatan HARAPAN kencing rakyat, maka undi Melayu itu mungkin akan menjadi satu yang amat berharga seperti "emas" kepada Pakatan HARAPAN kencing rakyat. Persoalanya mahu ke rakyat Melayu dan Islam Johor memangkah (X) selain daripada UMNO/BN dan PAS????? Rakyat Melayu dan Islam Johor tahu siapa komponen dalam parti BN dan siapa pula dalam komponen parti Pakatan HARAPAN kencing rakyat (Dogtrin Dapigs, PKR, Amanah dan PPBM). Amanah itu parti serpihan PAS aka "malaun" yang menjadi "anjing salakan dogtrin dapigs" dalam membicarakan hal-ehwal agama (YB Sepang, YB Shah Alam dan YB Parit Buntar). Sebenarnya AMANAH ini tidak Amanah langsung kerana sekiranya beramanah sudah pasti mereka dapat menerima kekalahan semasa pemilihan PAS kepada UG pada ketika itu bukannya kecewa kalah terus tubuhkan parti AMANAH. Inilah yang terjadi negara Arab yang terkenal denga kabilahnya sampai sekarang berpecah-pecah sehinggakan Israel sekecil kancil pun tidak dapat di kalahkan. 



Kita orang Melayu dan Islam tidak mempunyai kuasa ekonomi yang kukuh tetapi kita ada kuasa politik. Adakah kita nak lepaskan kuasa politik itu kepada orang yang belum tentu dapat menjamin "kestabilan, kemakmuran, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kemajuan dan keadilan". Ingat dulu masa Melayu dan Islam tidak tahu berniaga, apabila perayaan tahun cina kita terpaksa stokkan makanan dan barangan kerana takut peniaga cina cuti lama. Sekarang peniaga cina pula takut peniaga Melayu dan Islam curi customernya, maka tahun baru cina hanya tutup untuk makan besar sahaja tapi bila Hari Raya, peniaga cina akan cuti kerana customer Melayu dan Islam tiada. Zaman akan berubah dan pusing roda akan berubah tetapi kita Melayu dan Islam tidak mahu duduk di bawah pentadbiran dogtrin dapigs contohnya di Perak selama 11 bulan terasa kepanasannya. Alahmdulillah, Allah (SWT) itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segal-galanya 3 ADUN menjadi bebas menyokong BN, maka tampuk pemerintahan jatuh ke tangan BN kembali. Maka kepanasan tersebut reda. PRU13 ramai jangkakan Perak akan jatuh kepada Pakatan Rakyat tetapi kawasan Melayu di Sungai Perak tidak ingin menyerah kalah kepada kawasan Kinta Valley yang di kuasai oleh Dogtrin Dapigs. BN menang dengan 33 berbanding 30 Pakatan Rakyat. Kita Melayu dan Islam mesti rapatkan saf dan bersatu padu untuk menghadapi serangan dan asakan Pakatan HARAPAN kencing rakyat yang di ketuai oleh Dogtrin Dapigs untuk "screw Melayu dengan mengudakan Melayu untuk screw Melayu" demi mencapaikan cita-cita Dogtrin Dapigs iaitu konsep "Malaysia Malaysian".

Akhir kalam jangan lah kita mejadi "Barua Dogtrin Dapigs" untuk menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam demi masa depan anak-anak kita. Sekiranya jatuh maka binasalah segala-gala perancangan dan polisi yang telah di tetap dalam Perlembagaan Malaysia. Sekiranya Melayu dan Islam berdegil juga maka kita mesti berani menghadapi kehancuran yang telah kita Melayu dan Islam inginkan hanya berdasarkan persepsi fitnah dan pembohongan kononnya Tok Jib itu perompak dan penyamun serta pemimpin kleptrokrasi. Bila jatuh susah nak bangun semula kerana iktibar dan pengajaran dari sejarah telah ada untuk di jadikan tauladan betapa jahat si Kitul dalam menghancurkan Kesultanan Melayu Melaka.

Ini contoh jahat si Kitul yang dulu semasa jadi PM 22 tahun tak pun di hapuskan TOL lagi tambah ada tapi sekarang bila dalam Pakatan HARAPAN kencing rakyat nak hapuskan TOL secara berperingkat. Mampui rakyat dikencingnya berterusan dengan menjual janji di tasik madu yang penuh dengan racun.