ABDUL
 HADI AWANG
Presiden Doktrin PAS

Datuk Seri Abdul Hadi Awang rela menjadi khadam demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai "amanah berat" meskipun Dewan Ulama Pas menegaskan presidennya itu lebih layak. Apa yang penting kepada kami, kita ke Putrajaya. Siapa yang jadi Perdana Menteri, yang diterima oleh rakyat, yang dapat menyatukan rakyat, dapat menegakkan keadilan untuk rakyat. Kita terima. Saya terima. Macam saya sebutlah, saya sanggup jadi nelayan balik," kata Abdul Hadi pada sidang media di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), hari ini.

Mana dia sanggup lawan Anwar Ibrahim walaupun Presiden Doktrin PAS ini tahu bahawa Anwar Ibrahim itu tidak layak kerana permasalahan peribadinya yang buruk dan kaedah politiknya yang merugikan negara dengan pertolongan "dana asing" serta fahaman yang ingin di terapkan "liberalisme dan pluralisme" dalam politik, agama, ekonomi dan kemasyarakatan dll. Doktrin PAS tahu itu, tapi demi jawatan dan kuasa yang bakal di perolehi dari sekumtum bunga tahi ayam di laman Putrajaya semua itu di tolak tepi, bagi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi "FIRAUN" di alaf internet.