Saturday, November 10, 2012

Malaysia Negara Secular dan Bangsa Melayu bebas memilih apa sahaja agama serta berikan mandat kepada Barisan Nasional...


Photo: Ceroh Masa Depan.....



A secular state is a concept of secularism, whereby a state or country purports to be officially neutral in matters of religion, supporting neither religion nor irreligion.[1] A secular state also claims to treat all its citizens equally regardless of religion, and claims to avoid preferential treatment for a citizen from a particular religion/nonreligion over other religions/nonreligion. Secular states do not have a state religion or equivalent, although the absence of a state religion does not guarantee that a state is secular.”

Menurut Artikel 3(1) Perlembagaan Negara menyatakan Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Doktrin PAS yang sebelum ini berkokok tak sudah-sudah dengan agenda Negara Islam juga telah melupuskan agenda tersebut dengan menukarkan tagline Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Maknanya Negara Islam Doktrin PAS itu hanya retorik Ustaz2 politik Doktrin PAS sahaja. Itulah sebabnya parti UMNO mengajak Doktrin PAS bergabung untuk memantopkan dan mengukuhkan kesatuan serta perpaduan ummah itu.

PAS perlu menjalin kerjasama dengan UMNO sekiranya ingin merealisasikan perjuangan Islam serta melaksanakan negara berkebajikan seperti dilaungkannya. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Yusof Muhammad, berkata selagi PAS terus bekerjasama dengan DAP dan PKR, usahanya menjadikan Malaysia negara Islam berkebajikan tidak akan tercapai, malah ia juga kini dilihat semakin jauh tersasar daripada perjuangan asal.

Kalau PAS ingin bercakap soal negara berkebajikan, perkara itu sudah lama dilaksanakan UMNO melalui kerajaan Barisan Nasional (BN). Suka atau tidak, PAS kena kerjasama dengan UMNO yang menjadi tunggak dalam perkara ini.
 
Suka atau tidak, PAS kena kerjasama dengan UMNO yang menjadi tunggak dalam perkara ini," Dr Yusof Muhammad, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
 
PAS perlu belajar daripada sejarah di Perak pada 2008. Walaupun kata kerjasama dengan DAP dan PKR berdasarkan tahaluf siasi, DAP dilihat lebih dominan. Islam menetapkan jika adakan tahaluf siasi, pemimpin Islam kena memimpin dan buat keputusan. Seperti UMNO, walaupun bekerjasama dengan MCA dan MIC, mereka yang buat keputusan. Sekiranya PAS benar-benar memperjuangkan Islam, kenapa takut jalin kerjasama dengan UMNO yang dipimpin orang Islam, sedangkan tiada langsung individu Islam dalam barisan kepemimpinan rakan politiknya ketika ini, DAP” katanya.
 
Kegelisahan akar umbi Doktrin PAS di terjemahkan dalam Wacana Mengembalikan PAS ke landasan asal kerana mereka menganggap Doktrin PAS sudah  tidak lagi memperjuangkan Islam serta cita-cita menubuhkan negara Islam sebaliknya lebih 'seronok' mengejar kuasa hingga imej parti itu dilihat sudah tercalar.

Aktivis Pas, Norman Toha bekas S/U Pas Selangor berkata keadaan itu adalah hakikat yang perlu diakui semua pihak di dalam Pas walaupun terdapat pemimpin-pemimpin parti tersebut menafikan perkara berkenaan. Malah ujarnya, tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan pemimpin dalam Pas ketika ini terlalu mementingkan undi manusia daripada tanggungjawab meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah. "Ini berlaku disebabkan kebanyakan pemimpin-pemimpin yang meneraju parti khususnya di peringkat atas tidak faham perjuangan Pas. Mereka bukan seorang ahli yang faham ke mana hala tuju Pas. "Mereka tidak tahu Pas adalah gerakan Islam dan bukan parti politik semata-mata. Disebabkan anggapan mereka Pas adalah parti politik, itu yang menyebabkan mereka berpolitik 24 jam," katanya.

Datuk Muslim Othman bekasTimbalan Persuruhjaya Pas Kedah berkata atas sebab politik juga kepimpinan Pas ketika ini terlalu menghargai hubungan dengan Doktrin DAP atas faktor "tahalluf siyasi" sehingga sanggup mengetepikan peranan saudara seagama dalam organisasi lain. Adakah ini yang diajar agama kita? Adakah ini yang diajar Nabi Muhammad [SAW]? Tidak, kita diminta bertegas dengan orang bukan Islam dan berkasih sayang dengan saudara seislam.






Doktrin PAS jamin Sabah untuk orang Sabah pulak. Adakah selama ini pemerintahan kerajaan Sabah di tadbir oleh orang-orang bukan asal Sabah ke????? Adakah Musa Aman dan Menteri2 yang mentadbir Negeri Sabah di bawah Bayu bukan asal orang Sabah?????


Di Kota Kibalu baru-baru ini Doktrin PAS berpendirian bahawa urusan pentadbiran negeri Sabah harus diserahkan kepada orang Sabah yang lebih mengetahui selok belok paermasalahan di sini. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sebab itu PAS akan menyerahkan kepada orang Sabah mentadbir negeri ini jika menang pada pilihan raya umum akan datang




Photo: http://mediapjselatan.blogspot.com/ 

SHARE & TAG SEMULA. LIKE RAMAI2 PLEASE..

Bersatu di www.facebook.com/Kasih1BU. TQVM.



VIDEO KENYATAAN NURUL IZZAH: 
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=XXVAHH-W6tw

und1 Bn terbUkti (1BU). 

undi BN, kami OK! undi Pakatan (LGBT), kita K.O! 

undi BN, janji ditepati! undi Pakatan (LGBT) janji ditaburi!



Info semasa:

LIKE www.facebook.com/Kasih1BU

JOIN www.facebook.com/groups/mediapjs

VIDEO www.youtube.com/user/MediaPJSelatan 

Lencana 1BU 

(http://www.picbadges.com/2508943)
YB Lembah Pantai sanggupkah beliau mengatakan begitu kpd anaknya nanti?????


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu. Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." Kemudian untuk memperbetulkan perkara ini Nurul Izzah gunakan pula ayat 256 Surah Al-Baqarah yang mana Allah [SWT] mengatakan "Tidak ada paksaan untuk (memasukki) agama (Islam) sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang benar ingkar kepada taghut (ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain Allah [SWT]) dan beriman kepada Allah [SWT] maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Kalau di perlihatkan kepada ayat 256 Surah Al-Baqarah ini Allah [SWT] memberi kelonggaran kepada bukan Islam yang ingin memeluk agama Islam tetapi kalau kita umat Melayu yang sudah Islam sejak azali iaitu nenek moyang sudah Islam dan sejak lahir Islam, bagaimana pula kita berhak memilih untuk menganuti agama lain. Adakah Nurul Izzah ingin merujuk kpd Article 11 Perlembagaan Malaysia atau apabila anak itu sudah mencapai usia 18 tahun maka beliau berhak memilih sebarang agama. Adakah anak itu tidak beragama sebelum dia mencapai usia 18 tahun????? Adakah anak itu beragama Islam kemudian apabila sudah mencapai usia 18 tahun bebas memilih agama apa sahaja????? Di mana istilah murtad itu akan di lekatkan????? Bukankah Perlembagaan Malaysia menghalang dengan berbagai cara untuk seseorang Islam itu jatuh murtad.

Kita tengok sahaja kes Lina Joy yang ingin menukar status agamanya dalam I/C tapi di halang oleh Mahkamah kerana itu adalah peruntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia yang harus di patuhi oleh setiap warganegara Malaysia. Kes Lina Joy sudah pun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Lina Joy kalah 2:1. Hakim-hakim Muslim (Ahmad Fairuz & Alaudin) memutuskan untuk menolak permohonan Lina Joy. Sementara Richard membenarkan. Pun, ini tidak bermakna ada mana-mana kuasa yang boleh memaksa Lina Joy kembali kepada agama. Bagi saya, dia tetap murtad. Cuma tiada pengiktirafan daripada undang-undang. Keputusan ini akan terus menutup ruang bagi mana-mana orang Islam yang mahu murtad secara sah. Dan ini tidak menghalang mana-mana pihak yang mahu murtad secara tertutup.

Masih ingat Perjanjian Hudaibiyah? Lebih kurang samalah analoginya. Kalau pihak dari khemah musyrik datang ke khemah Muslim, mereka hendaklah dikembalikan. Tetapi, jika ada dari pihak khemah Muslim yang lari ke khemah musyrik, mereka hendaklah dibiarkan sahaja di khemah Musyrik. Nabi Muhammad SAW bersetuju dengan syarat tersebut. Ramai sahabat yang mempertikaikan persetujuan tersebut.

Rasionalnya mudah. Jika sudah orang Islam itu sudah murtad, dia tetap murtad. Tak perlulah diambil kembali. Samalah juga dalam kes Lina Joy ini. Secara undang-undang, dia gagal untuk menggugurkan status agamanya dari kad pengenalan. Secara undang-undang, orang murtad lain juga tidak boleh menggugurkan agamanya dari kad pengenalan. Secara undang-undang, ini menutup mana-mana pintu untuk sesiapa yang bercita-cita untuk murtad secara terbuka. Selebihnya, ini tidak menghalang mana-mana pihak yang mahu murtad secara tertutup.


photo


Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar di atas cuba melindungi anaknya) dengan menyifatkan Umno BN  menggunakan agama untuk mencari keuntungan politik dengan kali ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi  mangsa. Menyifatkan serangan fitnah terhadap anaknya itu sebagai bermotif dendam, beliau percaya perjuangan Nurul Izzah bukan terletak di tangan kerajaan sebaliknya dihakimi rakyat biasa. Satu kerajaan datang hentam dia, tapi saya nak kata bukan kerajaan penentunya, tapi rakyat yang akan menghakimi segala-galanya. Mereka nak kalahkan Izzah, nak angkat Raja Nong Chik. Apa mereka lupa isu tanah di Kampung Baru pun tak selesai, anak dia pula dapat kontrak tender berbilion ringgit. Saya pesan dekat Izzah, ini ujian. Kita kena hadapi,” kata Ketua Pembangkang itu.


Isu pluralisme agama semakin membimbangkan kerana ada pihak yang mengambil peluang daripada toleransi beragama untuk mempromosikan pluralisme yang menyamakan Islam dengan agama -agama lain. Sementara pejuang hak asasi manusia memperjuangkan kebebasan memilih agama untuk dianuti. Dalam konteks Malaysia yang Islam menjadi agama rasmi dan termaktub dalam Perlembagaan, menyamakan Islam dengan agama lain boleh mengundang pepecahan kalangan umat Islam selain memperendahkan kedudukan Islam. Toleransi yang diberikan telah disalahgunakan hingga mencetuskan keadaan yang tidak diingini.


Program Tranformasi Luar Bandar yang telah membuahkan hasilnya di mulakan di Perak kemudian di Kelantan sekarang di Melaka 


RTC menjadi tempat one-stop centre utk petani, nelayan dan penternak menjual barangan mereka dan menjadi tempat kepada pemborong dan invidu datang untuk membeli barangan secara pukal. Syabas kerajaan kerana prihatin terhadap kemudahan Pembangunan Luar Bandar.

Pelancaran pakej ketiga kepada anak2 Peneroka Felda

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kesinambungan dalam agenda pembangunan dan transformasi yang lebih besar akan diteruskan jika kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Perdana Menteri berkata, rakyat perlu melihat bagaimana rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih Barack Obama untuk memerintah AS bagi tempoh empat tahun lagi atas dasar rakyat negara itu mahukan kesinambungan yang sedia ada diteruskan.

"Saya tertarik dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat AS apabila memilih Obama dua hari lalu. Rakyat AS ada dua pilihan sama ada memilih untuk berubah atau meneruskan kesinambungan. "Apabila rakyat berdepan dengan dua pilihan mereka sebaliknya tidak yakin dengan apa yang dibentangkan oleh calon Republikan kerana tidak nampak masa depan rakyat AS lebih terjamin berbanding jika memilih kerajaan yang sama untuk memerintah.

"Saya percaya ini satu keputusan yang tepat dan bijak dibuat oleh rakyat AS. Bagi rakyat Malaysia jika mereka memilih BN untuk memerintah, kita bukan sahaja janjikan kesinambungan malah membawa transformasi besar dalam pentadbiran negara," katanya. Perdana Menteri berkata, janji-janji yang ditabur untuk membawa perubahan kepada negara sebenarnya sekadar janji manis yang tidak dapat ditunaikan oleh pakatan pembangkang.

"Janji hutang PTPTN dihapuskan, janji tol dimansuhkan, janji harga minyak dikurangkan, janji gaji minima tetapi mereka (pembangkang) tidak sebut dari mana hasil diperolehi untuk menunai janji itu," katanya. Najib berkata, janji-janji kosong itu tidak mungkin dapat ditunaikan malah pakar-pakar ekonomi dari luar negara tidak memberi penilaian kepada Buku Jingga dan Bajet 2013 yang dibentangkan pembangkang.


















No comments:

Post a Comment